Monday, November 30, 2009

MyWords | Namaste India


सलामत दतंग के India
29 November 2009


Hari ni perjalanan bersejarah buat aku kerana buat kali pertama dalam hidup aku akan menjejakkan kaki ke bumi India. Setelah lama menunggu akhirnya hari ini tiba juga. Baju n barang2 yg akan aku bawa semuanya dah siap di pack. Aku bertolak dari Maran jam 9.30 pagi. Singgah kampung kejap utk jumpa family. Kemudian terus ke Temerloh utk ambik abg Jack n kawan2 yg nak hantar aku ke airport.
Sampai di KL dalam pukul 1.30 terus kitorg gi jln2 kat bukit bintang n jumpa Pauline kat The Pavillion. Sempat la kitorg menjengah susana sambutan krismas kat situ. Hebat n cantik hiasan dalamnya.

Suasana Krismas kt Pavillion KL

Jam 5.15 petang aku sampai kat area rumah Haizam n ambik dia lantas terus memecut ke KLIA. Sampai di KLIA jam 7.00 petang. Selepas segala urusan selesai kitorang terus check in je sbb malas nak jalan2. Beg berat lagipun. Pukul 8.40 kitorg dibenarkan naik pesawat MAS - MH 180 yg akan membawa kitorang ke Chennai, India. Perjalanan mengambil masa dua jam setengah. Dalam plane tak banyak benda yg boleh dibuat melainkan makan, baca paper, borak2, baca buku n tido. Hatiku berdebar2 tak sabar nak turun. Tak sabar nak jumpa Glet. Tak sabar nak tengok bumi India.

Dlm KLIA

Dlm MH 0180

Jejak je airport di Chennai hatiku sedikit terkesima melihat suasana kusam airport tersebut. Rupabentuknya saling tak tumpah pejabat2 kerajaan kat Malaysia tahun 70-an. Kebiasaan aku n Haizam, kitorang akan amik gambar kat sekitar airport utk wat kenangan. Tapi kat sini, aku nak bawak keluar kamera pun tak semangat. Takde apa yg nak diambik-gambarkan. Haizam lak beria suruh aku posing kat satu lukisan kat dinding situ. Haram aku nak sbb mural kat sekolah aku pun lagi cantik. Kalo Cikgu Zainal wat mural kat airport nih, menangis diorang nih semua sbb cantik sangat. Menambah lagi kesangapan hati aku bila tengok perkakas n perabot kat situ semuanya ala2 azab. Tambah tensen lagi bila bagasi kitorg tak sampai2.
Keluar drpd airport aku nampak bukan main ramai yg menyambut kedatangan aku (aku je perasan-diorang ntah menyambut sapa ntah). Puas mata aku melilau mencari Glet. Tiada. Dalam cuak2 tuh baru aku teringat nak msg dia. Baru la jumpa.
Perjalanan ke kediaman Glet mmg satu cabaran sbb Glet memandu dengan cara yg jelas ke-Indiaannya। Aku berasa sungguh seremmmm। Sempat jugak aku menjengah suasana sekeliling. Walau dalam gelap still aku nampak suasana kotor, berdebu dan padat. Dalam hati aku berdoa agar cepat sampai ke rumah Glet. Sesampai di rumah Glet, kitorg dihidangkan dengan spaghetti goreng yg dimasak oleh Glet (katanya!). Malam diteruskan dgn aktiviti yg disediakn oleh pengurus acara. Siapa ntah!

जुम्पा एसोक..

Thursday, November 26, 2009

MyWords | Dinner

Dinner akhir tahun akhirnya menjelma. Walaupun dilangsungkan dalam suasana ringkas dan sederhana, tapi semuanya berjalan lancar. Tahun nih venue dinner adalah di Restoran New Horizon, Kuantan.

Tahun ni aku agak bertuah. Dapat la beberapa hamper cabutan bertuah (walaupun hadiah tu semua orang dapat). Tapi at least, walaupun majlisnya ringkas sahaja sekurang2nya dapat la kitorang lari daripada Golf Resort yang mmg tak best tuh. Tengoklah gambar mn yg ada.


Kat depan restoran.

Nyum nyum nyum...

Banyak lauk wehh...

Inilah hidangan malam tuh. Sedap.



Wednesday, November 25, 2009

MyWords | Memori Tercipta

Finally, hari ini sampai juga. Hari di mana i've to pack everything. Aku kena kemas kelas dan tinggalkannya dalam keadaan sediakala. Kelas kosong yang aku terima harus aku pulangkan juga dalam keadaan kosong. Segala hiasan di dalamnya aku cabut. Semua tampalan pun aku cabut. Beberapa orang budak aku paksa untuk bantu aku. Yelah..hias kelas sama2 takkan aku lak nak kemas sorang2. Every year perkara yang sama tetap aku kena buat. But yes, this year perasaannya lain skit. Seolah2 aku kena tinggalkan sesuatu yang dah lama jadi milik aku. Kena berpisah dengan sesuatu yang dah jadi sebahagian daripada aku. It was hard. Next year aku akan dapat kelas lain plak. Tatau lagi mcmana aku nak buat.
3 Bestari...banyak benda yg boleh diperkatakan tentang kelas yg aku ambik dari awal tahun ni. Aku sendiri yg request utk ambik kelas ni dgn satu harapan utk jadikan kelas ni better than before. Bukan nak kata keadaannya sebelum nih tak bagus tapi oleh sebab aku yakin yg aku boleh buat lebih baik. Ini pandangan peribadi aku. Aku dah bagi segalanya untuk 3B nih. Tapi kalo masih tak cukup apa aku boleh buat. Setiap org ada kelemahan.
Banyak kenangan dekat kelas ni especially dgn budak2nya. Paling manis pasti waktu belajar dlm kelas. macam2 perangai keluar. Tak boleh aku nak ceritakan kt sini sbb byk sangat n pasti akan jadi kenangan paling best utk aku. Lagi best bila kitorg menang kelas terbersih hampir setiap minggu dan berkekalan sehingga hujung tahun. Adalah kalah sekali dua tapi dpt no.2..bukan corot. Hadiah bulanan tiap2 bulan kitorg dapat. Thanks utk bdk2 kelasnya sbb bagi kerjasama.
Tapi yelah. Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Kegemilangan 3B 2009 pun begitu. Tahun depan ahli2 kelasnya akan naik Ting. 4. Harap diorg boleh terapkan apa yg kitorg buat tahun ni tahun depan.
Buat ahli2 3B 2009...saya ucapkan terima kasih atas kerjasama yg diberi sepanjang setahun nih. All the best to all of u.

3 Bestari tanpa hiasan.

Faiz kat 3B yg kosong.

Friday, November 13, 2009

MyWords | Hujan

Salam. Pagi ni suasana sedikit muram kerana hujan sejak pagi tadi. Kalo keadaan macam ni rasanya lebih selesa duduk dalam selimut lagi. Dah pukul 11 lebih matahari belum keluar lagi menampakkan diri. Termenung sekejap. Kalo masa kecik2 dulu, waktu hujan nih memang aku suka sbb kalo hujan pagi maksudnya tak payah gi sekolah. Kalo lebat sangat la...kalo renyai2 kena pergi jugak. Kalo hujan petang boleh mandi hujan dengan kawan2. Main bola dalam hujan pun syok. Cuma takut jugak bila ada petir sekali sekala tuh. Habis main bola dalam hujan, bila balik rumah biasanya mak akan buat kopi panas. Paling syok bila ada lak ubi rebus ataupun pisang rebus atau pisang bakar. Bestnya... Tapi sebelum makan kena mandi dulu. Masa mandi, baju kena basuh sendiri. Sidai sendiri. Kalo kotor sangat, lempap dulu dengan sabun, esok mak akan tolong basuhkan. Siap mandi, pakai baju barulah duduk ramai2 makan ubi rebus dengan kopi panas. Ubi tuh cicah dengan gula kalo takde misan gula kabung. Seronok sangat. Biasalah, family bukannya senang. Dapat makan macam itupun dulu dah kira best. Kena la dengan suasana.
Tapi sekarang dah jarang makan ubi rebus. Nak tanam ubi pun malas. Inikan gali ubi sedangkan tanam ubi kerja paling senang sekali. Kalo dulu, dapat je batang ubi tuh terus gali tanah. Tanam. Bila rasa macam pokok dah tinggi mak akan suruh gali. Gali pun kena hati2. Takut tercangkul ubinya. Lepas tuh basuh dulu nak bagi buang tanah2 yg melekat tuh. Ubinya akan bagi dekat mak. Terserah pada mak nak wat apa dengannya. Biasanya mak akan rebus. Kalo yang rebus tuh makan tak abis, mak akan hiris nipis2 dan jemur sebelum digoreng. Abah suka makan yang goreng macam ni. Kami adik beradik lak suka makan kerepek ubi goreng biasa je. Kalo nak buat yang ni, lepas basuh tadi kitorang kena la tolong mak sagat ubi tuh. Mak akan goreng kan. Kalo kakak2 aku balik dari asrama diorang yang akan tolong buat. Sekarang nih, nak makan kerepek ubi, beli aje.
Hmm..itulah cerita dulu2. Sekarang bila dah keje dah ada duit semua main beli je. Lagipun malas dah nak susahkan mak nak wat itu ini. Tapi kalo dah namanya mak, mana boleh duduk diam. Kalo anak2 balik kampung mula la dia sibuk nak sediakan macam2. 2 hari punya menu dia akan sediakan. Start dari sarapan, makan tghari, minum petang sampai la malam. Masa tuh penuhla peti dgn sayur, ikan ayam segala. Petang2 mak n kakak2 akan buat kuih. I LOVE U MAK!
Hujan pun dah berhenti. Matahari dah celik. Boleh la aku sambung game dgn student tadi......

Wednesday, November 11, 2009

MyScreen | Tgk wayang

Salam. Agak lama tak wat review filem kat sini. Dalam masa sebulan lebih nih ada banyak juga filem yang aku tonton. Nak ulas semua memang tak mampu. So kat sini aku letak je la gambar filem2 tuh n bagi komen sikit2.
________________________________________________________________________________________

Final Destination 4

3 filem terdahulu dah pun aku tonton. Maka apabila keluar yang ke-4 pastinya hati tak sabar nak g tengok. Tapi lepas tengok rasa nyesal lak tengok. Kalo macam ini tahapnya lebih baik tak payah dibuat sambungannya. Nyata tidak langsung memuaskan hati aku. Sepanjang cerita ni hanyalah ditonjolkan cara kematian yang pelbagai. Kreatif dan mengerikan juga menjijikkan. Darah sana sini. Daging bersepai. Kepala pecah. Tapi oleh sebab jalan ceritanya tak bagus maka semuanya tidak membawa erti. Berbeza dengan siri pertama FD, jalan cerita siri ke-4 ni hanya berlegar tentang kematian setiap orang. Lepas sorang..sorang. Langsung tidak dikembangkan. Jalan cerita yang predictable membuat aku bosan tengok filem nih. Moralnya, kalo korang peminat siri Final Destination, JANGAN tengok yang ini.

Penilaian aku : 2/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Papadom

Kalo tak kerana masih ada 2 bulan l agi sebelum habis tahun dan ada beberapa lagi filem Melayu yang akan menjengah pawagam, pasti aku nobatkan Papadom sebagai filem Melayu terbaik tahun nih. Sesuai dengan pelbagai anugerah yang dimenanginya dalam FFM beberapa bulan lepas. Jujurnya aku agak skeptikal bila dapat tau Papadom menang besar kat FFM n aku dah hampir bosan nak tengok filem2 Afdlin Shauki kerana corak directingnya hampir sama setiap kali. Tapi tatkala aku selesai menonton Papadom aku rasa nak berdiri beri tepukan kat dia. Sentuhannya kali ni memang berbeza. Kelakar, drama, emosi dan lain2 lagi semuanya dicantumkan dalam filem nih membuatkan tak terasa masa berlalu. Alih2 cerita dah nak abis. Dalam erti kata lain, macamana puas aku tengok Setem, macam tulah puasnya aku tengok Papadom.

Penilaian aku : 4/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Surrogates

Filem nih membawa semula Bruce Willis ke layar perak. Aku bukan minat sangat dengan dia nih kerana lakonan dia biasa sahaja dan sebab aku menyampah dengan Die Hard lakonan dia yang ntah apa2 tuh. Aku tengok citer nih pun sbb dah takde citer lain nak tengok. Konsep cerita nih agak menarik yang menceritakan bagaimana pada masa depan manusia boleh beli robot menyerupai diri sendiri atau siapa saja yang kita nak dan diprogramkan. Manakala kita hanya duduk di rumah dan bertindak sebagai pengawal. Boleh la. Adaptasi daripada komik dengan tajuk yang sama. Plotnya pun aku dah boleh agak. Ada hasad dengki, pengkhianatan dan balas dendam.

Penilaian aku : 3/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Cloudy With A Chance of Meatball

Siri animasi yang ini tahapnya biasa2 saja dan adakalanya membosankan. Ada satu ketika aku tertidur. Berkisar tentang sorang budak genius yang bercita2 menjadi saintis dengan pelbagai hasil ciptaan yang mengarut. Sampai la besar hasil ciptaan dia banyak menyusahkan orang. Akhirnya dia berjaya menghasilkan mesin menghasilkan hujan makanan untuk mengatasi masalah kebosanan makan sardin kat pulau yang dia duduk. Dari situlah bermulanya cerita di mana akhirnya mesin yang mulanya membawa kebaikan akhirnya membawa keburukan. pergelutan nak menyelamatkan pulau tersebut dari musnah menjadi agenda cerita. Berada pada tahap sikit lagi nak masuk kategori bosan, nasihatnya, jangan bawak anak2 tengok. Nanti diorang nangis dalam panggung sebab bosan.

Penilaian aku : 2.5 /5 bintang
________________________________________________________________________________________

Pandorum

Filem ini agak istimewa kerana ini adalah filem pertama yang aku tonton di The Pavillion yang aku jejak buat kali pertama haritu. Selain daripada itu, filem ini takde apa yang special pun. Hanya menambah kepada satu lagi filem sains fiksyen yang agak klise dan membosankan. Sekumpulan saintis, pergi ke angkasa, diserang virus, bunuh orang makan orang. Kan bosan. Tak mencabar minda langsung. Hampir2 jugak aku tertidur. Dah la sepanjang masa citer tuh asyik gelap je. Apa la. Tak rugi pun kalau tak tengok cerita nih.

Penilaian aku : 2/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Ninja

Ni lagi satu filem bajet murahan yang mencuba untuk jadi best. Mungkin mengambil peluang sebelum kemunculan Ninja Assasin yang aku tunggu2, diorang keluarkan dulu filem nih. Nak wat orang konpius pun ada kot. Filem nih berkisarkan dendam dan membalas dendam. Sorang ninja yang dengki dan tak puas hati dengan rakan seguru telah dibuang sekolah ninja dan menjadi pembunuh upahan yang ala2 terer gila laa. Dalam merebut hak milik sekolah ninja tersebut maka berlakulah pertembungan antara mereka nih. Dalam erti kata lain, filem nih pun bosan dan trying too hard nak jadik best. Apa la nasib aku bulan nih asyik tengok filem tak best je.

Penilaian aku : 2/5 bintang
________________________________________________________________________________________

This Is It

Inilah filem yang aku tunggu2. Sejak kematian MJ, penayangan klip2 latihan konsert beliau sebelum beliau mati membuat aku begitu teruja untuk tengok konsert tuh. Tapi apakan daya, tak sempat. Nasib baik produksi konsert tuh berbesar hati untuk membuat kompilasi latihan konsert ini. Dapatlah peminat2 setia beliau menonton aksi terakhir beliau. Pengalaman aku menonton This Is It sangat mengujakan. Suasana yang tak ramai orang buat aku lebih menghayati story ini. Melalui filem ini kita dapat melihat sisi lain MJ yang jarang dapat kita saksikan. Bagaimana seriusnya beliau ketika bekerja, mementingkan kesempurnaan, berbakat, kelakar dan lain-lain lagi. Sebagai penggemar MJ, merupakan satu kepuasan untuk aku dapat menonton filem ini. Antara lagu2 yang dimuatkan dalam filem ini adalah They Dont Care About Us, Earth Song, Beat It dan banyak lagu hit lain. Filem ini pasti berbaloi untuk ditonton. Tapi sekiranya anda bukan peminat MJ, pasti anda mendapati filem ini biasa saja.

Penilaian aku : 3.8/5 bintang
________________________________________________________________________________________


Looking 4ward :

Pisau Cukur
Ninja Assasin
2012


Tuesday, November 10, 2009

MyWords | MyVisa

Salam. Misteri yang tercipta masih belum terungkai. Tanda tanya masih berlegar kenapa visa untuk aku ke India menghadapi masalah.
______________________________________________________________________________________________

Prolog

Panggilan daripada Haizam mematikan lamunan aku. Cepat2 aku menyambut panggilan telefon tersebut. Selesai perbualan aku menekan butang mematikan perbualan. Haizam menelifonku untuk menyatakan status permohonan visaku. Kami akan ke India hujung bulan ini untuk menziarahi Glet. Dalam perbualan kami tadi, dia menyatakan tentang masalah yang melanda permohonan aku itu. Katanya, permohonan visa kami dihantar melalui travel agency - Mayflower. Begitupun, apa yang terjadi adalah, permohonannya lulus manakala permohonan aku gagal. Maka aku dikehendaki datang sendiri ke India Visa Centre untuk memohon visa tersebut. Aku agak bimbang dengan masalah yang bakal timbul kerana tarikh untuk kami berangkat semakin hampir. Begitupun, aku telah menyatakan persetujuanku untuk datang sendiri ke KL bagi menguruskan permohonan visa tersebut.
______________________________________________________________________________________________

Sepatutnya aku ke KL Jumaat lepas untuk menyelesaikan urusan ini. Tapi oleh sebab keletihan aku batalkan hasrat tersebut. Maka hari semalam aku bergegas ke KL selepas selesai kerja. Aku tidak boleh berlengah kerana waktu pejabat ditutup adalah 5.30 petang.
Aku meminta Iwan untuk menemaniku ke KL. Entah mengapa sejak akhir2 ini aku sering mengantuk setiap kali memandu dalam jarak yang jauh. Mengajak Iwan setidak-tidaknya dapat juga aku teman berbual.
Destinasi pertama aku pastinya Wangsa Maju untuk mengambil Haizam. Terperanjat aku tatkala melihat Haizam masuk ke keretaku dengan kaki berbalut. Kami berbual tentang kakinya sambil meneruskan perjalanan ke Pusat Bandaraya untuk ke India Visa Centre. Sesampai di sana, aku melihat ramai sekali orang yang menunggu untuk mengambil visa. Terdetik takut dalam hatiku, bimbang tidak sempat giliran kami. Begitupun kami terus ke kaunter kerana khalayak yang ramai itu rupanya sedang menunggu pasport masing2 sampai dari kedutaan. Pertanyaan kami dijawab dengan rasa hairan oleh petugas kaunter bagaimana visaku boleh menghadapi masalah. Dia hairan kami lagi hairan. Akhirnya kami disuruh pergi ke Kedutaan India sendiri untuk membuat pengesahan. Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 5 petang. Dengan keadaan kesesakan lalulintas di KL, aku harus ke Kedutaan yang aku pun tidak tahu di mana. Sempat ke?
Jawapannya sempat. Aku memandu manakala Haizam menggunakan kepakarannya mencari lokasi. Kami sampai ke Kedutaan Besar India dalam masa 15 minit. Keadaan di kedutaan juga tidak jauh bezanya dengan di Visa Centre tadi. Mereka juga tidak tahu apa masalahnya. Setelah puas kami menerangkan kedudukan dan situasi yang berlaku petugas di kaunter tersebut tanpa ragu memberikan bantuan. Tidak mengambil masa yang panjang, status untuk aku memohon visa diluluskan. Dengan hanya sedikit tandatangan di tepi surat dengan pen bewarna hijau. Begitu mudah? hmm.
Alhamdulillah. Urusan tersebut selesai. Permohonan aku akan dikemukakan esok. Namun akan dihantar oleh Haizam.
Selesai urusan, aku terus ke Bukit Bintang untuk membeli beberapa barang keperluan. Iwan bershopping sakan. Aku pula membeli kasut dan keperluan salon ku. Pukul 10 malam barulah kami bergerak pulang dan sampai di Maran pada jam 12 tengah malam.
______________________________________________________________________________________________



Di dalam Kedutaan Besar India.



Di hadapan bangunan kedutaan.



Aku dan Iwan di Star Hill.



Aku dan Haizam.



Gaya menarik tauke ubat.
______________________________________________________________________________________________

Epilog

Haizam menelifonku pagi tadi menyatakan permohonanku telah di hantar dan meminta aku berdoa agar visa ku boleh segera didapatkan. Amin.

India...here I comeee...!


Friday, November 06, 2009

MyWords | B-Day

Today will be a day to remember. Hari ni hari lahir aku yg ke-29. Sejak dari malam tadi bertalu2 sms masuk mengucapkan selamat hari lahir. Mostly daripada anak2 murid aku. Aku jadi sungguh terharu. Tidak lupa juga kawan2 sekerja.

Menambah keterharuan itu...anak2 murid F3 aku buat surprise party utk aku. Diorg share duit ramai2, beli kek n tempah makanan. Siap dengan belon n letup2an yg tidak memudaratkan kesihatan. Itu tak termasuk lagi yg bagi hadiah secara peribadi. Tak ada kata2 yg boleh aku ucapkan betapa terharunya aku bila diorang buat semua tuh utk aku.

Inilah rupa kek harijadi yg diorg tempah tu.
Delicious..

Acara memotong kek diserikan dengan
kehadiran Pelawak Yuyu yg lengkap bertopeng.

Me, Arif n Pelawak Yuyu.

With the boys.

n the girls.

Seronok memang seronok. Tapi bila mengenangkan itu mungkin adalah kali terakhir kitorg dpt celebrate something bersama2 buat aku jadi sedih. Next year diorg dah F4. Suasana pastinya tidak seperti skrg. Hubungan juga mesti tak mesra mcm skrg. Komunikasi akan berkurang. Aku juga menjangkakan akan ramai yg akan pergi ke sekolah teknik. Tapi aku takleh halang. Itu semua untuk kebaikan diorang. Sekolah asrama penuh, sekolah teknik, MRSM n Sri Jengka semuanya sekolah yang baik2. Peluang ke sana sangat berharga. Aku pun galakkan diorg ke sana supaya masa depan lebih cerah. Tapi yelah. Setiap sesuatu pasti ada harga yang perlu dibayar. Aku dah bersedia menghadapi detik itu? Aku pun tak tahu.

the boys again.

hadiah2nya.

Whatever it is..aku ucapkan jutaan terima kasih kepada diorg semua atas tanda kasih dan ingatan diorang kat aku. Pasti saat ini akan aku kenang selamanya. Insya Allah. Luv u guys.

Thursday, November 05, 2009

MyWords | Jumpa Kawan2

Last two weeks..aku lepak KL sebab Glet ada balik dari India. Dia cuti seminggu sbb mengiringi jenazah pelajar Malaysia yg terkorban dalam kemalangan di India. So alang2 dia dah cuti, aku pun mintak la satu hari nak lepak dengan dia dan yg selebihnya dia lepak dengan family dia kat JB.
Lama tak jumpa dia..macam2 citer kuar. Tq Glet sebab sanggup luangkan masa untuk aku n kawan2 sedangkan aku tau masa dia ada mmg tak banyak. Tapi apalah sangat kan kalo nak dibandingkan sehari dengan seminggu tuh. Tak luak pun kan...hehe.
Tak banyak pun aktiviti yg kitorg wat sbb aku pun sampai kl lambat. Check in hotel pun lambat. Lepas makan malam barulh mula aktiviti. Kaedahnya la budak sekor nih ajak gi karaoke. Kul 11 masuk kul 4 pagi baru kuar. Tak parak tekak masing2. Balik hotel, letak je kepala atas bantal aku terus tertidor..tak sempat pun nak borak2.
Esoknya pulak...bangun n breakfast. Glet nak g beli kamera pulak. Walaupun Glet kena gerak kul 3 ke Semenyih plak sbb nak g umah anak sedare dia...tapi tidak langsung menghalang kitorg g shopping. Akhirnya tetap la dia gerak kul 5 lepas makan petang. Hehe. Kitorg berpisah di INTAN dan berjanji utk berjumpa semula di Chennai, India Disember nih. InsyaAllah. Malamnya pulak gi tgk wayang citer Pandorum kat Pavillion Star Hill. Laha sungguh citer tuh.
Plan aku nak balik hari Sabtu tak tercapai sbb nak gi IKEA lak hari Ahad tuh. Puas shopping barang2 peribadi n salon. Aku lak takleh tgk gelas2 yg cantik dan murah, terus beli. Tapi bila balik umah, aku tatau bila aku akan guna gelas2 tuh. Puas la aku berjalan satu hari kat KL tuh. Penat giler. Malam pulak makan kat Kg. Baru. Puas mencari kedai masakan Thai - Sukhumvit oleh sbb seorang manusia yg nak sangat makan kat situ. Satu Kg. Baru pusing. Lepas sejam baru jumpa. Sib baik makanannya cepat dan enak. Puas hati.
Lepas hantar budak2 nih..barulah aku gerak balik ke Pahang kul 12.30 pagi. Dengan keadaan aku drive sorg diri n mengantuk..banyak2 aku doa supaya selamat. Tak tahan sangat mengantuk aku berhenti kat R&R Bentong utk tido. Tido punya tido..kul 5 baru bangun. Gerak ke Maran tatkala mata masih mengantuk. Puas aku menyanyi mcm org giler dlm kereta nak bagi hilang ngantuk. Tak hilang pun. Kereta lak kejap2 masuk lane kanan. Kus semangat. Sampai kul 6.30 kt umah aku tido kejap. Kul 7 bangun, siap2 n terus ke sekolah. Huhh..

Pose depan Green Box Karaoke - Sungai Wang Plaza.

Time tgh syok menyanyi.

Lunch kat Ikea.

Ada plak Pertandingan Gimrama bdk2 kecik kat Tropicana City kat PJ.

Sajian makanan di Sukhumvit - bila hantu raya berkumpul nak makan.

Wednesday, November 04, 2009

MyWords | Jamuan Raya

Wow...lama tol tak update blog nih. Al maklumlah... kehidupan aku yg sentiasa busy nih membataskan penulisan aku. Emm..hari ni aku nak citer pasal jamuan raya sekolah aku bulan lepas. Seronok tol. Cikgu2 n pelajar2 sume sporting melaram pakai baju raya. Makanan n aktiviti yg disediakan pun bole tahan. Tapi aku tak join pun aktiviti tuh sume sbb aku tak pandai anyam ketupat n aku lebih suka melayan kerenah budak2 nih. Kira mcm aku berlagak tuan rumah laa. Program dimulakan seawal 7.30 pg. Tapi pagi2 buta tuh diorg pergi surau dulu. Ada bacaan Yassin n tahlil. Sementara diorg baca Yassin, aku g la siapkan tempat jamuan dll. Aku lantik diri aku sbg runner. Hehe. Habis bc Yassin baru diorg ke Astaka untuk jamuan. Makan minum dan segalanya. Jemputan kitorg hari tuh terdiri daripada AJK2 PIBG dan Pengetua2 sekolah yg berdekatan. Kat sini ada gambar sbg tatapan.

Aktiviti menghidang makanan sambil bergosip.

Terkesima dikejutkan Hantu Sate..

Sate yg ditempah khas dari En.Ramli - the best satay in town.

Beratus2 nasi impit yg direbus dgn ihsan bilik ERT.

Keceriaan di pagi raya..konon2 laaa..

Jejaka macho tgh kontrooll...

Begitupun, dalam keseronokan itu ada gak individu2 yg tak bertanggungjawab yg menunjukkan kelakuan yg tidak wajar. Bukan nak cakap kasar, tapi org dah bagi makan free..pandai2 la hargai. Ini tidak, lepas makan sampah bertaburan atas lantai n longkang. Itu belum lagi makanan yang tumpah. Apa la nak jadi dgn budak2 zaman sekarang. Sikap menghargai dan menghormati pengorbanan org lain semakin payah nak melekat dalam jiwa diorg. Ntah la. Tatau salah sapa. Mak bapak tak ajar atau cikgu yg lupa nak ajar.

Posing dgn bdk2 F5 n Ust. Sabu

Me with the f3.

Me n Hafizi.

Me n Fareez.