Tuesday, December 14, 2010

MyScreen | Hantu Kak Limah Balik Rumah

Tajuk : Hantu Kak Limah Balik Rumah
Terbitan : Tayangan Unggul

Arahan : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, Johan RL, Shy 8, Zami Ismail, Delimawati, Man Kadir, Soffi Jikan, Ummi Nazeera, Avaa Vanja dll.


Enjit-enjit semut...sapa sakit naik atas......

Haa...lama kan tak dengar lagu tu. Kalau rasa nak dengar...sila la pergi menonton filem nih. Yang bestnya dalam filem nih....lagu tuh akan dinyanyikan oleh Kak Limah sendiri. Memang best.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni dah lama aku tunggu sejak diumumkan akan dibikin. Bukan apa, filem ni adalah kesinambungan kepada salah satu filem paling banyak kali aku tonton iaitu Zombie Kampung Pisang. Tontonlah banyak mana pun, setiap kali tonton aku akan tergelak. Biar sorg diri pun. So...menjadi wajib la aku turut serta bila dah ada sambungannya...lebih2 lagi ad akhbar melaporkan katanya filem ni kutip RM1 juta dalam sehari!!. Biar betik!! Lagi wat aku ghairah nk tgk.

Menonton filem ni berjaya menghilangkan baki2 stres yang masih berbekas di kepale otak aku ni. Walaupun aku masuk lewat 5 minit...tapi keseronokannya tak terganggu pun. Sepanjang menonton...memang lawak sentiasa. Cuma separuh perjalanan menuju penghabisan...aku agak kurang ketawa kerana babak2 dan jalan ceritanya aku dah tau kerana boleh diagak. Ditambah pulak dengan sinopsis dan gambar yang aku terbaca dalam suratkhabar. Spoil!!

HKLBR bermula dengan kepulangan Husin (Awie) ke Kampung Pisang setelah bekerja di Singapura. Sampai kat kampung, dia terserempak dengan jirannya Kak Limah yang berambut panjang dan asyik mendongak ke langit. Malam tulah di start kena kacau dgn hantu Kak Limah tu. Dialah org pertama yg kena kacau. Lari punya lari terserempak dgn  Abi Hurairah (Johan RL) dan Ucop (Shy8). Sblm tu diaorg dah berjumpa waktu si berdua ni pergi menakut2kan si Husin. Masa tulah si Ucop ni cerita mcm mana kaki dia leh lumpuh. Lawak betul cara dia lumpuh. Tapi sebagai bekas penari kebudayaan, tangan tetap gemalai. Haha. Diorang bawak Husin ni ke kedai Pak Jabit (Man Kadir) dan berjumpalah Pak Abu (Zami Ismail) sekali. Start dari sinilah lawaknya tak henti2. Habis semua orang kena kacau dengan Kak Limah dalam suasana yg penuh lawak. So...sepanjang perjalanan cerita ni puas lah diorang pikir mcmana nak hapuskan hantu Kak Limah tu. Panggil Wak Joko (bomoh Indon - Soffi Jikan)...sia2 kena pelempang dgn Kak Limah. Panggil bomoh Siam (Chomprak Chawatbesiwat - Kamarul Yusoff)...habis patah riuk Kak Limah kerjakan. Sampai la akhirnya si Ucop cadangkan nak bakar rumah Kak Limah. Situlah mcamana semuanya terungkai. Rupanya....haaa. Malas bagitau. nanti spoil korg tgk cerita tuh. G lah beli tiket ye. Ada jugak babak2 yang pelik dan sukar dipercayai tapi aku abaikan aje sbb kata citer lawak...itulah lawaknyer. Tak gitu...?


Lawak memang lawak. Tapi pada pendapat aku belum cukup kuat nak melawan Zombie Kampung Pisang. Apapun mmg best. Kalo ada org nak belanje aku tgk lagi sekali pun ok. Huk huk huk. Begitupun...filem kali ni walaupun tidak sebaik ZKP dalam lawak2nye...tapi dari sudut pembikinannya, aku kira lebih baik. Terutamanya bab kostum dan mekap. Pendek kata semuanya diberi penelitian yang lebih.

Akhir kata...sapa2 penggemar Mamat Khalid dan Zombie Kampung Pisang...pergilah tgk Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pasti terhibur...terutama yang tgh stress. So, sebelum abis...tgk la babak2 dari filem ni ye...

Abi Hurairah tgh posing tgk bomoh ubatkan Pak Abu.

Inilah Kak Limah...

Bomoh Siam yg kena belasah dgn Kak Limah.

Husin mcm biasa la. Asyik nak mandi je kejenye.

Monday, December 13, 2010

MyStage | Natrah Musim Ke-2

Tajuk : Natrah - Cinta, Perjuangan dan Airmata
Tarikh : 25 Nov ~ 5 Dis 2010
Tempat : Istana Budaya, KL

Arahan : Eirma Fatima
Pelakon : Maya Karin, Remy Ishak, Datin Paduka Umie Aida, Datin Sofea Jane, Susan Lankester, Fizz Fairuz, Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Ziela Jalil, Iqbal Taufik, Mazin Amien Siraj, Sharifah Sofea, Lufya Omar dll.

Natrah kembali ke Istana Budaya dalam musim ke-2 ini atas permintaan ramai. Pementasan yang lalu mencatat sejarah yang cukup baik bagi team Natrah dan juga Istana Budaya. Maka, buat kali kedua aku pun begitulah excited nak menonton. Nak mengembalikan perasaan best ketika menonton musim pertama dulu. Thanks kepada Haizam yg tolong beli tiket awal2 sbb kalo nak ikut kesibukan aku, mmg aku tak smpt nak beli. Sib baik ada Haizam yg sentiasa alert dengan jadual Istana Budaya dan jadual aku.

Jadual aku menonton Natrah penuh pancaroba. Gerak tengahari ke KL. Konon2 nak dtg awal la sbb sejak akhir2 ni, kalo gi tgk teater kt IB aku akan jadi individu paling akhir masuk. So dgn impian murni aku pun gerak la dlm kul 11 pagi ke KL. Tapi kejadian mencari rumah si Lan kt Seri Kembangan dan berjumpa Farra di MidValley membuatkan aku tetap lewat.  20 minit lewat. Huhuhu. Apa taknya...show kul 8.30...tp kul 8.00 aku kt MidValley lg...dgn silap masuk jalan lagi...lewat la aku akhirnya. Dgn muka yg tebal aku pun masuk. Dgn penuh syukur aku duduk...sbb rupanya ada tayangan video dari MAC...kul 9.00 baru start.

2 jam menonton Natrah bagai tak terasa. Susunan plot kali ini lebih padat dan tersusun. Secara peribadi aku merasa Natrah kali ini lebih baik dari yang pertama. Aspek lakonan tidak perlu dipertikaikan. Hampir semua memberikan lakonan yg cukup baik. Barangkali jika ada kekurangan mungkin pada Remy Ishak yg pada pndpat aku masih dibelenggu gaya kontrol macho. Begitu juga dgn kemasukn bbrapa nama popular sprt Ziela Jalil, Liyana Jasmay dan Nabila Huda yg tidak banyk fungsinya. Sekadar menambah elemen komersial.
Lakonan Maya Karin, Umie Aida, Sofea Jane dan Susan Lankester berada pada tahap terbaik. Emosi yang dituntut berjaya disampaikan. Babak monolog sangat berkesan. Cuma penambahan monolog 3 Natrah di hujung persembahan dirasakan tidak perlu. Yang lainnya, best! Sama jugak seperti musim pertama dulu. Paling aku suka adalah babak bollywood antara Remy dan Maya. babak tersebut sangat melegakan sbb sblum tu suasananya amat tegang. Tgk tarian ala2 bollywood kejap buat debaran di dada sedikit kendur.

Pementasan kali ini juga, aku tgk Erma seakan2 mahu menyedapkan hati beberapa pihak yg banyak mengkritik Natrah musim pertama dulu. Paling ketara apabila ada babak2 tambahan tentang perjuangan menegakkan bangsa dan agama. Begitu juga dengan lambang salib yang telahpun dikecilkan. Pada aku dua perkara tersebut tidak ada apa yang nak dikecohkan. Yang pertama,  ada individu komplen sbb Natrah di tangan Eirma dah jadi macam fiksyen dan kurang menegakkan fakta terutamanya fakta bahawa tragedi Natrah ni membangkitkan semangat dlm diri pelbagai kaum di Singapura ketika itu. Diaorang nak supaya Natrah ni jadi sebuah naskah yg lebih berpaksikan sejarah. Komen aku...itu adalah pendapat orang yang kecewa dan tak puashati. Dah namanya teater Natrah - Cinta dan Airmata. Biarlah Eirma nak cerita pasal percintaan dan kehidupan Natrah je. Lainlah kalau tajuknya Pemberontakan Natrah ke...itu lain cerita. Yang kedua, lambang salib yang kononnya mengagungkn agama lain. Pada pendapat aku sebagai penonton waktu tu....takde sedetik pun rasa pasal itu. Yang aku rasa bila tgk salib tuh terlalu besar adalah kita org2 Islam pd masa tu dan masa sekrg dah kalah. Kalah dgn org2 kafir yg makin lm makin menindas agama Islam. babak tu mmberikan aku kesedaran sbg seorang Islam ttg keperluan mmpertahankan agama. Itulah reverse psikologi namanya. Nasihat aku pada diorang2 ni.....nak ikut sedap korg...buat la teater sendiri.

Untuk Eirma Fatima..teruskan naluri kreatif anda. Jangan peduli ttg cakap2 org ni. Bila dah siap...selesai dipentaskan barulah nak komplenlah..apalah. Ingatlah...kalau takde Eirma Fatima yg angkat kisah Natrah ni ke teater...takde sapa pun yg nak wat. Bila dah wat...banyak lak songeh. Blahhh!!..Terima kasih jugak pd Eirma sbb dgn teater ni wat org2 muda tahu dan mengkaji ttg kisah ini. Nak harap org2 yg wat bising tuh...habuk pun tarak.

So..rasanya panjang dah ni. Nanti tak abis2 lak aku bebel.
Sampai sini jelah yerk.tp sblm abis...tgk la gambar2 babak dlm Natrah ni.








Wassalam.
________________________________________________________________________

Akan datang :

 Tiket dah beli. Yahoo.

Sunday, December 12, 2010

MyWords | Jika Kau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
Ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi
Bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi
Air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama
 
Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Friday, December 10, 2010

MyWords | Hari Yang Muram vs Hati Yang Tenang.

*Lebuhraya Pantai Timur, 8 Disember 2010



Salam.

Setelah beberapa minggu bercuti baru kini aku berjaya menghabiskan hari2 cuti aku tanpa melakukan apa2. Duduk melayan internet, merehatkan minda, bertenang dan mendengar lagu2 kegemaran aku. Dah lama tak dapat duduk2 senang lenang macam ni. Mujur la ada cuti pnjg camni. Dapat la jugak aku mengumpul kekuatan semula untuk menghadapi musim baru tahun depan. Tahun 2011. Tahun baru, student baru. Pastinya banyak agenda2 baru diorang nih. Mcm2 la yg nak dibuatnya kat sekolah tu. Puas la aku dan kawan2 mengerah keringat dan tenaga nak menjaga serba serbi. Tapi takpe. Dah tanggungjawab katanya...kena la buat.

Dalam pada berehat2 dan bersenang lenang...aku sebenarnya ada bbrapa tugas yg aku belum langsaikan. Sepatutnya dah start buat dah. Tapi oleh sbb dah beberapa hari berehat dengan bersungguh2...bahananya, malas betul nak start wat keje semula. Ntah la bila plak dtg nye kerajinan itu. Adusss....

Walaupun begitu...duk senang lenang aku bukanlah duk2 saja. Mcm2 bnda yg dtg kat fikiran aku ni. Yelah...tahun baru nak dtg. Idea2 pun mesti la baru. Kena la carik program2 baru nak buat tahun depan. Takkan asyik ulang benda n program2 yang lama/sama je. Kalo asyik ulang...jangankan student...aku pun naik bosan. Jadi, aku menyeru semua cikgu...marilah kita berfikir di luar kotak supaya program2 kita pada tahun hadapan dapat menarik minat student2 kita supaya hasilnya dapat kita lihat. Bukan apa...kadang2 kita wat program atau aktiviti utk budak2. Tapi diorang tak suka pun. Dalam erti kata lain...sasaran tak sampai. Rupa2nya kita wat program syok sendiri. So...tahun depan kita elakkan la program2 sebegini. Sbbnye...nak wat sesuatu program bukannye sikit duit yg keluar. Terutama sekolah2 yg kurang matawang mcm Cedung Jaya ni. Belum cerita bab penat lelah lagi. Jadi kalo program tak sampai tujuan atau objektifnya...maka pembaziran la maksudnye. Cuba la kita elakkan ye..

Student pun kena main peranan. Kalau nak program2 best...kena la bagi sokongan. Kalo cikgu2 buat sesuatu, support la sikit. Join la ramai. Ini asyik2 muka yg sama je yang ambik bahagian. Kalo sambutan hebat diberikan...baru la cikgu2 ada semangat nak wat sesuatu yg lebih hebat. Ini tidak...buat proram bagai nak rak, tapi penyertaan pelajar...kadang2 penganjur lagi ramai dari peserta. Sapa nak jawab tuh...? Lepas tuh pulak, perangai pun kena jaga. Jagalah hati cikgu2 ni. Ini tidak. Tiap2 hari ada je benda yg dibuat yg menyakitkan hati cikgu2 atau buat cikgu geram. Tu yang kadang2 jadik malas nak wat apa2. Sbb cikgu usaha mcm2...tapi langsung tidak dihargai oleh student. Bukan mintak bayaran pun...cuma kadang2 bila dah berpenat lelah dan bertungkus lumus...terdetik jugak di hati inginkan penghargaan. Boleh jugak buat penyejuk hati dan perangsang. Apalah salahnya...ucapkan terima kasih kalau taknak bagi pujian pun. Ini tidak...dah la tak nak join program, bila kena paksa...buat mcm2 perangai yg menyakitkan hati. Bila cikgu tegur, dia wat kurang ajar. Bila cikgu marah atau ambik tindakan...mula la mengadu sana, mengadu sini, tulis surat layang...tempiasnya kena la kat semua org...Fikir2 kan lh. Tak susah pun nak jaga hati orang lain terutamanya cikgu2 atau org yg lebih tua.

So...dalam kepala otak aku ni dh ada beberapa rancangan utk aku aplikasikan tahun depan. Tapi semuanya masih bergantung pada pihak pentadbir, sumber kewangan, bantuan2 lain dan sambutan student sendiri. InsyaAllah...kalu tiada aral boleh la dilaksanakan.

Akhir kata, sama2lah kita jadikan SMK Cedung Jaya sekolah yang terbaik. Hajat kita nak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn sekolah2 hebat dalam daerah Maran ni. Kerjasama semua pihak diperlukan. Baik daripada pihak pengurusan sekolah, pelajar2, ibubapa, msyarakat sekeliling dan pihak2 lain.

Ingatlah. Perjalanan kita masih jauh. Tapi untuk menyelusuri jalan yang jauh itu...semuanya bermula dengan langkah kita pada hari ini. Kalau sumbang langkahnya...maka sumbanglah ke akhirnya.

Wassalam.

Sunday, September 26, 2010

MyWords | Undang-Undang Rimba vol.1

Melihat dunia hari ini aku jadi takut. Keganasan ada di mana2. Celik mata...aku bersyukur masih lagi hidup walaupun sana sini kedengaran pelbagai kisah yang kadangkala bila difikirkan membuat kita termenung dan bertanya...kenapa dalam zaman moden serba-serbi manusia semakin hilang pertimbangan dan mudah sekali mengambil tindakan ganas dan zalim macam makhluk dlm hutan yang tak ada undang-undang dan hati perut?

Kes-kes pembunuhan masih terus menghiasi dada2 akhbar yang saban hari membuatkan aku terus jadi takut seolah-olah tiada lagi keamanan dalam dunia hari ini. Nyawa menjadi semakin murah. Mudah sekali diragut oleh manusia2 durjana.

Sedar atau tidak keadaan sekeliling kita banyak mempengaruhi kelahiran generasi ganas hari ini. Bermula dengan teknologi komunikasi awal hinggalah kewujudan televisyen dan internet...media2 ini saban hari semakin besar pengaruhnya dalam menjadikan pemikiran generasi hari ini pemikiran yang ganas. Saban hari di televisyen terdapat bermacam jenis rancangan, filem, drama, dokumentari dan sebagainya yang ditayangkan. Banyak unsur ganas yang dahulunya menjadi sesuatu yang ditakuti untuk dilihat dan dipaparkan secara jelas kini menjadi perkara biasa.

Visual orang ditikam, orang kena tembak, orang kena rogol, orang kena pukul, darah terpercik ke sana-sini, visual kepala pecah, otak terburai, tangan patah, gangsterisme, vandalisme, keganasan rumahtangga dan banyak lagi aksi2 ganas dipaparkan dan ditayangkan di kaca tv tanpa sebarang tapisan banyak menyumbang kepada kelahiran generasi ganas hari ini. Bayangkan jika perkara2 tadi ditonton oleh anak2 kita yang berumur 2 atau 3 tahun. Sedangkan yang dah umurnya belasan tahun pun boleh terpengaruh inikan anak2 kecil yang masih mentah dan tak tahu lagi nak pikir mana yang baik mana yang buruk. Bayangkan apa ada dalam fikiran mereka bila setiap hari didedahkan dengan perkara2 ganas melampau tersebut. Benda yang tak biasa pun pasti akan jadi biasa jika terus diberi dedahan begitu.

Orang dewasa pun ada lagi yang geli-geleman bila tgk darah. Jangankan nak sembelih ayam...tengok pun tak boleh. Nak muntah bila tgk luka2 yang parah, tgk gambar accident dan sebagainya. Tapi budak2 sekarang..benda2 tuh bukan lagi perkara yang pelik sebab hari2 boleh tengok dan dah jadi kebiasaan. Dah jadi benda yang normal. 10 tahun dulu kita pasti tergamam kalau baca kisah orang kena bunuh dan mayatnya dikerat2. Tapi budak2 zaman sekarang macam dah biasa dengan semua itu. Keganasan dah jadi perkara normal. Puncanya...kerana pendedahan yang terlalu banyak kepada perkara2 sebegitu yang menjadikan mereka lali ataupun immune kepada semua itu. Dalam memilih hiburan pun kita boleh lihat kecenderungan diorang. Filem2 remaja yang menggambarkan gangsterisme, aksi pukul memukul, rogol, rempit, dadah dan sebagainya pasti lebih diminati berbanding filem2 unsur lain.

Kalau nak diberi contoh...ambil je siri2 jenayah dan kepolisan yang disogokkan barat. Dari CSI (Miami, Vegas & New York), NCIS, Criminal Mind, Bones dan lain2...semuanya menerapkan aksi2 ganas dalam drama2 mereka. Itu belum nak kira filem2 lagi. Memang ceritanya menarik..tapi kalau dah tiap2 hari tengok orang kena bunuh darah, terpancut sana sini...mana letak keseronokkannya? Orang dewasa bole lagi pikir...kanak-kanak dan remaja macamana...?

Hmm...tatau la sampai bila semua ni nak berterusan. Keluarga dan ibu bapa sangat penting dalam situasi ini. Mereka perlu mendidik anak dengan sahsiah yang baik dan sentiasa diberi panduan berkenaan tatasusila dan taingkahlaku yang baik. Kerajaan pun harus sama2 bantu. pantaulah stesen2 tv zaman sekarang. Jangan dek kerana nak mengejar rating dan jumlah penonton..kita menggadaikan masa depan generasi kita.

Sama2 lah kita berdoa Malaysia ini akan terus aman dan sentosa.

Tuesday, September 21, 2010

MyWords | Menguatkan Pertahanan, Menyerang Peperiksaan, Menembusi Cita-Cita

Pertahanan kamu perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu ditingkatkan
Usaha semua perlu digandakan
Senjata individu perlu ditajamkan
Latihan perlu diperbanyakkan

Percayalah
Jeneral perang anda akan memimpin anda ke arah kemenangan
Ikutilah strategi , kaedah dan teknik perang mereka
Hormtilah Jeneral supaya mendapat berkat

Ingat!
Dari hari pertama anda menjejak kaki ke alam persekolahan
Anda tidak dapat mengelak daripada peperangan
Anda tidak boleh berundur
Anda hanya boleh mara ke hadapan

Sama ada anda ditumpaskan
Sama ada anda menumpaskan
Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-galanya
Jika menumpaskan akan memperoleh segalanya
Biar memperoleh daripada kehilangan

Perjuangan manira belum tamat
Lawan tetap lawan
Berjuanglah sepenuh hati , sepenuh jiwa
Anda tidak boleh terkorban
Hanya masa, usaha dan tenaga boleh dikorbankan
Anda tidak boleh menyerah kalah walau apa terjadi
Biar putih tulang , Jangan putih mata

Bawalah semangat dan keyakinan bersamamu
Bersatu menyerang peperiksaanmu
Biar kubu cita-cita yang kukuh dapat ditelusuri
Biar sekuat kubu itu dapat ditawan

Peperangan dengan peperiksaan mesti menang
Kalahkannya, Tumpaskannya
Kemenangan akan memberi kekuatan
Kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini

Sedarilah
Biar sekuat mana pertahanan, serangan dan kekuatan
Yang Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah pada Yang Maha Besar
Percayalah anda akan dirahmati, dilindungi
Rahmah dan lindungan ini akan memodenkan senjatamu

Bersatulah!
Sedarilah!
Bangunlah!
Bangkitlah
Berjuanglah!
Wahai golongan remaja dan pelajar yang unggul

Nukilan:
Shen Yee Aun

dipetik dari blog Dunia Penyair

Saturday, September 18, 2010

MyWords | Tak releven

Aku tertanya-tanya apa kaitannya sambutan Aidilfitri dengan filem2 seram? Bukan apa...sepanjang cuti raya ni aku tengok banyak sangat citer seram yg tak berapa seram yg ditayangkan di tv. Kalau best takpe jugak. Ini....ya Allah...ceritanya macam apa ntah.

Lagi wat aku lebih berbulu bila ada satu saluran tuh siarkan cerita seram dari Indonesia setiap hari sepanjang cuti ni. Xsilap aku ada dalam 10 tajuk semua sekali. Itu belum masuk lagi koleksi citer2 bertajuk pocong yg ditayangkan masa ramadhan tempoh hari. Dan lagi...belum masuk lagi citer2 tak berunsur seram yang ditayang di seluruh saluran tv malaysia. Dan belum masuklagi siri2 konsert artis sana yang ditayangkan percuma di saluran kita. Bahananya....orang Indonesia sibuk nak ganyang malaysia...kita duduk senang lenang dibuai dongeng2 dari sana. Tak peduli pun apa diorang buat kat kita.

Dalam masa orang2 di Indonesia sibuk pijak Jalur Gemilang...kita sibuk nak tayangkan cerita2 n filem2 diorang. Di kala orang2 di Indonesia tengah bakar jalur Gemilang...kita sibuk nak dengar lagu2 diorang...radio2 sibuk nak putar lagu diorang. Pada saat diorang protes depan kedutaan kita suruh balik...kita sibuk nak panggil artis2 seberang buat konsert kat sini sedangkan artis2 kita ada yg tak pernah pun merasa buat konsert. Semua sibuk nak puji diorang tuh melambung sedangkan diorang pandang kita sebelah mata pun tidak. Pada diorang Malaysia ni sekadar tempat nak cari duit banyak2. sebab tuh ada lebih kurang 2 juta pekerja indon kat sini. yang akan datang tak tau lagi berapa ramai. itu yg masuk secara halal. yang masuk secara haram...tatau la berapa banyak. malaysia gari orang indon yg ceroboh perairan malaysia...bukan main jadik agenda nasional indonesia...bila pendatang2 haram diorang masuk sini secara haram ikut pintu belakang...takde plak diorang pikir kita ni suka atau tidak. yamg kita tanggung pendatang2 haram diorang tuh siap tanggung makan semua...tak pikir plak. Isu gari yg diorg nak hebohkan. kurang bijak.

Orang Malaysia je yang sibuk nak berkawan...sibuk nak jaga semangat serumpun...sibuk nak kerjasama ekonomi...sibuk nak jaga hati keluarga kononnya... sedangkan baru ada masalah kecil...orang2 sana dah sibuk usung buluh runcing nak usir org malaysia dari bumi indonesia tuh. Bila ada silap kecil yg sebenarnya bukan kesilapan Malaysia pun...terus lupa...org2 malaysia nilah yg hantar bantuan kemanusiaan masa diorg kena tsunami arituh...kutip derma...hantar makanan...hantar sukarelawan....sedangkan kat malaysia sendiri pun ada org yang hidup miskin.

Dan seperti biasa...bila ada kejadian begini...org malaysia takkan buat apa2. teruslah diam tengok org pijak dan bakar bendera kita. terus menikus tatkala kedutaan kita dilempar najis...kecil betul hati org malaysia.

kita tak perlu bakar bendera indonesia. pijak bendera indonesia atau lempar najis di kedutaan indonesia...kerana tindakan begitu hanya akan menjatuhkan martabat negara berdaulat malaysia serendah martabat diorang...kerajaan tak perlu putuskan hubungan diplomatik. tapi jangan sampai tidak bertindak langsung sampai org terus pijak kepala kita. apa salahnya kalau kerajaan ajar sikit diorang ni....keluarkan larangan penyiaran bahan2 hiburan dari indonesia....jangan panggil artis2 sana buat show kat sini...jangan import filem2 diorang...kita kena tunjuk bahawa kita tak suka diorang pijak n bakar jalur gemilang kita. Yes....memang kegiatan itu didalangi pihak tertentu...penunjuk2 perasaan itu diupah dan dibayar, tapi takkan itu sebabnya kita kena merendahkan maruah kita sendiri! Memang perlakuan tersebut hanyalah menggambarkan perasaan sebilangan kecil rakyat sana terhadap malaysia...tapi kenapa tak fikir yang perlakuan sebilangan kecil tersebut melukakan hati sebilangan besar rakyat malaysia...!!!

dan seperti biasa...akhirnya perkara ini akan diam begitu sahaja...pihak di sana diam...pihak di sini pun diam. maka tinggallah maruah malaysia yang dipijak2 tanpa sebarang pembelaan. bila ada lagi kes2 membabitkan kedua2 negara nanti..percayalah...kita akan terus dipijak dan kita juga yang akan terus diam. jalur gemilang dibakar...kita akan terus diam. jalur gemilang dipijak...kita akan terus diam. maruah negara kita di bawah tapak kaki indonesia...kita akan terus diam....

Friday, September 17, 2010

MyWords | Makin Jelas..

Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga aku menyambut aidilfitri dalam keadaan yang tenang walaupun pelbagai keje ada depan mata. Sepanjang ramadan hari persekolahan begitu sibuk. macam2 benda nak buat. Hias lorong la. Buat sambutan merdeka la. Jumpa dato' la. Budak2 f3 trial la. Tanda kertas pekse la. Buat itu la. Buat ini la. Wow...busy betol. Tapi takdelah teruk sngat. Aku masih boleh beraya dengan senang hati walaupun tak banyak berjalan ke sana sini sebab nak duk berehat dekat rumah dgn ahli keluarga (walaupun umah di kampung dah jadi litar lumba utk anak-anak sedara aku main lumba lari).

Diam tak diam...PMR 2010 semakin dekat. 5 Oktober ni maka akan tibalah harinya budak2 f3 aku ni masuk dewan pekse utk menduduki peperiksaan penting bg diorg. Aku pun tatau diorg ni dah sedia ke tidak. Kalau mengikut pengamatan aku....tak semua yang dah bersedia. Macam mana nak sedia...lagi 2 minggu nak pekse pun ada lagi soalan2 mudah yang masih tatau nak dijawab. Masih lg tanya soalan2 yang budak f1 n f2 pun bole jawab. Keadaan ini kadang2 buat aku telan air liur banyak kali....betul ke diorg ni nak PMR? aku lak yg heran. Diorang yg nak pekse tuh aku tatau la apa yg ada dlm pikirannya.

Tapi takpelah. Aku n kawan2 lain buat la apa yang termampu. jangan nnt org kata cikgu2 ni tak buat keje lak. Cukup la dengan surat2 yg melayang sejak 2 menjak ni. Cikgu2 akan buat apa yang patut n mampu. Terpulang la pada budak2 ni sendiri nak terima atau tidak. Semuanya terletak di tangan anda sendiri..

Friday, August 06, 2010

MyWords | Apa nak jadi..

What should i do? Tak tau nak buat apa. Apa tindakan yang perlu diambil bila nampak sesuatu yng tak berapa betul berlaku depan mata? Nak ditegur takut kecik hati. Nak dibiar takut diulangi. Nak dibetulkan takut dikata menyibuk. Akhirnya diam je la. Tapi kalau diam pun bukan dapat selesaikan masalah. Tak pasti lagi apa yang nak dibuat. Masalahnya, bendanya bukan besar sangat pun. Tapi kalau dibiarkan akhirnya jadi besar dan akibatnya orang lain yang tanggung. Inilah akibatnya bila sikap tak kisah...tak apalah....ada dalam diri. Semuanya nak ambik mudah. Semuanya nak pandang ringan. Semua nak harap orang lain. Akhirnya benda yang dibuat tak sempurna. Masa tu mulalah jari orang lain untuk dituding. Masa tulah baru nak cakap...sepatutnya macam ni...sepatutnya macam tu...sedangkan semuanya boleh selesaikan kalau ringankan sikit mulut nak tanya orang lain. Apa la....dan yang paling penting, apa yang dah jadi langsung tak nak diambil iktibar. Bukan sekali jadi...dah 2, 3 kali dah. Tapi tetap la tak reti2 nak perbaiki. Sudahnya...selamanya lah gitu tahapnya.

Takpelah. Aku berdoa semoga aku dan semua manusia diberikan petunjuk daripada Allah dan dijauhkan dari segala sifat riak dan takbur.

Wednesday, August 04, 2010

MyWords | Slow2..

Wah. Diam tak diam lagi seminggu je lagi nak pose. Rasa macam baru je lagi raya. Baju raya tahun lepas pun tak silap aku adalah 5 kali aku pakai. Sib baik pose takde yang kantoi. Kalo tidak..senak juga nak menggantinya. Tapi bukan susah pun. Sekarang pun aku memang dah kurang makan. Sebagai persediaan agar perut aku tak tergezut masa start pose nanti...

Cuma bila makin hampir nak pose nih...semakin aku terpikir. Camnelah dengan ibadat pose aku tahun2 sebelum ni. Banyak ke pahalanya. Sempurna ke puasanya...atau aku dapat lapar dan dahaga saja? Dunia zaman sekarang...banyak sungguh godaan. Kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah...macam2 godaan yang memanggil dan menggoda2 untuk menipiskan puasa aku. Tak payah la nak cerita aurat2 yang terdedah yang mencolok2 mata aku...pergi pasar ramadan je cukup. Makanan masya Allah banyaknya. Kalau tak pandai kawal nafsu makan yang membuak2 dalam diri...maksudnya terbabas la perbelanjaan. Berat pun terbabas la jadinya. Tapi bab perbelanjaan mungkin la aku terbabas..tapi kalo bab berat badan...tiada ertinya aku terbabas. Tak pernahnya berat aku terbabas melebihi 58kg. Makan la banyak mana pun bagai membela hantu raya, polong dan sebagainya...berat aku tetap la macam tu juga. Maintain.... tapi orang2 lain selalu gitu. Bulan pose konon2 nak kuruskan badan...tapi makin bertambah adalah. Tuh belum masuk campur ketupat, lemang, rendang n kuih semprit yang akan di makan sepanjang hari raya. Sepatutnya...kalau mengenangkan tabiat makan orang Malaysia nih...dah memang wajar kita ada show The Biggest Loser sendiri...

Aduh2...begitulah adanya kalo citer pasal pose ni. Takpelah..bulan ramadan nanti aku citer la lagi pasal pose. Simpan dulu.

Saturday, July 17, 2010

MyWords | Fuhh..

Alhamdulillah...akhirnya berakhir jugak Hari Keluarga SMK Cedung Jaya 2010 di Le Paris PD. Selepas berbulan2 membuat perancangan dan perbincangan, syukurlah acara tahunan tersebut berjaya jugak dijalankan. Mungkin tidak sehebat mana tapi rasanya best jugak dapat lari sekejap dari suasana sekolah yang kadangkala rasa mencekik-cekik leher ni ha. Tengok laut n berendam di kolam renang rasa aku mampu jugak buat release tension. Hilang sekejap rasa gusar di fikiran akan nasib budak2 yang nak periksa tapi perangai macam dunia takkan kiamat.

Tahun ni KGKT SMKCJ rasa dah tiba masanya ahli2nya keluar dari kebiasaan. Biasanya family day buat kat Cherating je...tapi tahun ni venuenya di Port Dickson. Tempatnya jauh...perjalanan pun jauh. Maaflah kalau ada ahli yang rasa terbeban, penat, letih dan sebagainya sbb perjalanan jauh. Tapi bukannya selalu kan.... Setahun sekali je. Lain lah kalau ada org ajak nak wat lagi tahun ni jugak...hehehe..

So...semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah2 besar. Pendaftaran, sukaneka, dinner n bowling match semuanya lancar. Kecuali bowling yang dijalankan agak lewat sbb ada group lain potong queue. Aku happy je sepanjang majlis berlangsung. Yang lain pun aku harap happy jugak.

Insya Allah...ada rezeki tahun depan jumpa lagi di tempat yg lain pulak. Jadi di kesempatan ini aku nak mengucapkan terima kasih kepada :

1. Pengerusi dan AJK2 KGKT 2010 yg bersepakat dan bekerjasama dalam merealisasikan family day tahun ni. Thanx utk pengerusi, SU n bendahari yg pening kepala nak cari sponsor. Penat ye...takpe. Tahun depan kita relaks pulak. AJK baru lak yg anjurkan.

2. Semua ahli KGKT yang turut serta dalam family day tahun nih. Dari pengetua, gpk2, cikgu2 hinggalah kakitangan yang ikut sekali serta ahli keluarga mereka. Sokongan anda semua amat dihargai. Kalau ada salah silap, tak best, tak puashati dan sebagainya...sila pendamkan saja. hahaha.

3. Zulhafiz, Saufee n Arif yg sudi ikut dan membantu buat itu ini. Tapi kalo mak bapak korg marah...saya wat tak kenal jee...kui kui.

4. Pihak Le Paris PD atas penyediaan tempat, makanan dan lain2. Walaupun bukan percuma... tapi biasalah..org Melayu kena berbudi bahasa.

5. Tak lupa juga kepada sponsor2 yang membuat sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan hamper. Tahun depan we all mintak lagi. hehe.


akhirnya kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...TERIMA KASIH DAUN KELADI...kepada ahli yang tak dapat join...jgn risau...ada lagi aktiviti sepanjang tahun nih. Nanti joinlah ye.

Wassalam.

Monday, May 24, 2010

MyWords | survivor ehh...

Damn. damn. damn...d.a.m.n.
Tak tahu nak bereaksi camne. Marah. Geram. Kecewa. Sedih. Mix emotions.
Cuma satu je isyarat yang jelas. Kita mungkin rasa kita dah bagi n buat yang terbaik...but for some people it's nothing.
Tapi isyarat aku pun jelas juga. I know what i want...!I know what my target is...! I know what I'm going to achieve...! and to achieve that i know what i'm capable of!
Yes...pasti akan ada halangan, dugaan dan cabaran. Macam2 yg orang akan buat untuk melemahkan semangat. Dengan harapan i will stop...aku akan berhenti dari melakukan kerja2 amal untuk mencapai target aku. For those people...you know what? I don't give a damn. Ada aku kisah? Tidak!! Yeah..pasti akan ada sedikit heartbroken, sedih, kecewa dan lain-lain. Tapi itu rencahnya yg terpaksa aku hadapi. Cuma ingat, usik aku sekali, aku akan usik banyak kali...!!

So...tak apa. Umpatlah aku...kejilah aku...makilah aku...ejeklah aku...you can call me names...you can mock me...you can draw my face...please do so. Aku luak pun tidak.


You thought that I'd be weak without ya...But I'm stronger
You thought that I'd be sad without ya...I laugh harder
You thought I wouldn't grow without ya...Now I'm wiser
You thought that I'd be helpless without ya...But I'm smarter
You thought that I'd be stressed without ya...But I'm chillin'

I'm a survivor
I'm not gonna give up
I'm not going to stop
I'm gonna work harder
I'm a survivor
I'm gonna make it
I will survive
Keep on surviving

Thought I couldn't breathe without you...I'm inhalin'
You thought I couldn't last without ya...But I'm lastin'
You thought that I would die without ya...But I'm livin'
Thought that I would fail without ya...But I'm on top,
Though it would be over by now...But it won't stop,
You thought that I would self-destruct...But I'm still here,
Even in my years to come...I'm still gonna be here

I'm wishing you the best,
Pray that you are blessed,
Much success, no stress, and lots of happiness...coz I'm better than that
I'm not gonna blast you on the radio...coz I'm better than that
I'm not gonna lie on you or your family...coz I'm better than that
I'm not gonna hate you in the magazine...coz I'm better than that
You know I'm not gonna diss you on the Internet...Cause my momma told me I'm better than that.

After all of the darkness and sadness...Still comes happiness
If I surround myself with positive things...I'll gain prosperity.

Saturday, May 22, 2010

MyWords | Selamat Hari Guru...

16 Mei datang lagi. Tahun ni skolah aku sambut lewat skit. Biasanya akan disambut pada tarikh tersebut...tapi tahun ni takleh sbb 16 Mei tuh hari Ahad. Lagi pulak...SMKCJ ada perkhemahan bersepadu dari 14hb sampai 16 Mei. 15 Mei pulak seluruh Malaysia ada gotong royong perdana sempena hari guru. Apa signifikannya aku pun tatau. Patutnya wat la hari lain. da la hari sabtu. bagi la peluang cikgu2 ni rehat. Hari2 lain wat keje pagi, petang, siang, malam...bila tiba hari nak meraikan cikgu...cikgu lak kena gotong royong. Hairan aku. Seumpama kena puasa masa hari raya. Masa hari pekerja, hari pahlawan, hari belia dan hari2 yg lain...xde plak aku tgk diorang kena gotong royong masa sambutannya. Bila tiba time cikgu...skali kena gotong royong daaaa! Kotor sangat ke sekolah2 kat Malaysia ni yang dicuci dan dijaga oleh tukang2 kebun yang dibayar gaji tiap2 bulan sampai kena wat gotong royong pulak? dan yang bestnya gotong royong oleh guru2 pada hari guru! Acara gotong royong ni melibatkan ibubapa sebenarnya...tapi kelibat ibubapa tidak begitu memberangsangkan. Tapi nak salahkan diorang pun takleh. Hari bekerja diorang bekerja...so bila hari sabtu tiba, masa tulah diorang nak berehat. Cikgu lain. Kalo dah namanya cikgu...mana boleh rehat. Tak kisah la hari sabtu ke ahad ke...yg penting keje kena jalan...cukup rehat or tak cukup rehat tolak tepi. Dan pulak, bila dah semua sekolah buat gotong royong pada hari yang sama... mak bapak yang anak-anaknya bersekolah di lebih dari sebuah sekolah dah keliru nak g yg mana...(yg aku pasti keputusannya tak payah pergi mana2). Contoh kalo ada anak yg sekolah rendah dan sekolah menengah...mana satu nak pergi? Kalo 2 orang je boleh la bagi2 laki bini. Sorg g sana sorg g sini.
Tapi biasalah...bila cikgu komplen, org awam akan tak puas hati dgn cikgu. Macam2 diorang cakap. Cikgu gaji banyak, kje separuh hari tapi banyak komplen. Komplen itu komplen ini. Hakikatnya hanya sorg cikgu yang paham tugas sbenar cikgu...(boleh la kalo nak tambah...hanya cikgu, isteri cikgu, suami cikgu, ayah cikgu, mak cikgu, adik cikgu, kakak abang cikgu, anak2 cikgu yang paham tugas cikgu).

Gaji cikgu banyak bukan salah cikgu (banyak ke???). Cikgu2 yg ada ijazah belajar bertahun2 nak dapat ijazah. Takkan nak bayar gaji SPM. Cikgu2 yg takde ijazah bertungkus lumus sambung blaja walau masih kena masuk kelas n mengajar. Korban hujung minggu. Takkan nak bagi gaji sikit. Tapi pokoknya gaji banyak itu memang sesuai dengan kelayakan diorang. Nak kata apa?

Cikgu keje separuh hari. YA..MEMANG CIKGU KEJE SEPARUH HARI! nak buat macam mana..dah time persekolahan sampai takat tu je. nak wat lagu mana. Tapi bila cikgu buat kelas tambahan sampai ke malam, hari cuti takde pulak orang ambik kira. Bila cikgu datang skolah petang2 melatih budak sukan tak nak ambik kira. Bila cikgu datang skolah hari cuti melukis mural tak nak ambik kira. Bila cikgu bersengkang mata menanda kertas periksa, latihan atau buat alat bantu mengajar sampai ke malam tak nak ambik kira. Bila cikgu payah nak tidur malam memikirkan apa nak buat dengan pelajaran anak2 murid taknak ambik kira. Still kata cikgu keje separuh hari. Sungguh adil dunia ini.

Tapi biasalah. Cikgu ni kan pembimbing masa depan. So, bila nampak skit masa depan tuh macam tak berapa nak cerah...cikgu n sekolah akan disalahkan. Sejak dulu memang begitu. Bila ada ramai kanak-kanak hilang n kena culik, cadangan agar waktu sekolah dipanjangkan. Bila ada budak2 kena rogol, cikgu salah sebab tak ajar budak2 mcm mana nak halang perogol. Bila ada ramai budak ponteng sekolah, cikgu salah sebab budak2 tak minat pergi sekolah. Bila ada ramai budak hisap rokok, cikgu salah sebab tak ambil tindakan. Bila ada ramai mat rempit, cikgu salah sbb cikgu tak galakkan budak2 masuk aktiviti kokurikulum yang berfaedah. Bila ramai bayi kena buang, cikgu salah sebab tak ajar budak2 ilmu agama. Bila budak2 hisap dadah, cikgu salah sbb tak ajar budak2 dadah itu bahaya. Bila budak2 bawak beg berat, cikgu salah sbb suruh murid bawak buku banyak2. Bila budak2 tak lulus pekse, cikgu salah sebab tak pandai mengajar.
And the list goes on and on....cikgu sentiasa jadi kambing yang paling mudah dihitamkan. Cuma orang ramai lupa...dalam satu hari berapa jam aje yg budak2 ni ada kat sekolah? Lain la kalo duduk asrama. Sekolah dari pukul 730 pagi sampai 230 petang. Masa selebihnya ada kat mana? So kenapa bila jadik apa2 masalah yag tak relevan dgn waktu kerja guru...cikgu masih menjadi pihak yang popular utuk dituding? Aku pun tatau...atau orang lain memang tak suka mengaku kelemahan sendiri.

Tapi aku taknak komplen lebih2. Aku yang pilih bidang yang mulia ni. Inspirasi dari cikgu2 aku yg dedikasi. Sendirilah tanggung....

Terima kasih kepada semua cikgu yg telah mendidik aku sepanjang hidup aku ni. Sekolah rendah, menengah, universiti, sekolah memandu dan tempat2 lain. Jasa cikgu2 semua tak akan termampu saya membalasnya. Terima kasih juga pada ayah, mak dan keluarga yag sentiasa memberi sokongan dalam menjalankan tugas sebagai seorag cikgu.

SELAMAT HARI GURU 2010.

*Ini cuma pendapat peribadi. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

MyWords | I'm Back...

Akhirnya hari ini 22 Mei 2010 aku wat keputusan utk kembali menulis dalam blog ini setelah genap 3 bulan aku bertapa dari mengupdate blog aku sendiri. Bukan malas...tapi kesibukan sendiri buat aku sendiri takde masa, takde idea n takde mood nak menulis. Nak kata fenomena facebook melanda aku pun tak juga...sebab aku bukan peng-facebook tegar. Kadang2 seminggu tak bukak facebook. Jujurnya, aku masih tak merasai keseronokan sebenar facebook. N still wonder apa yg hebat sgt facebook sampai sume org gile sgt kat benda alah tu. Tapi xpelah...itu hak masing2. But for me...ada or xde facebook sama je.

Hopefully, hari ini dan seterusnya...akan datang dan berlalu dengan banyak ilham, idea dan inspirasi utk aku meneruskan hidup dan kerjaya aku. Bukan apa, kalo xde ilham payah la skit nak hidup n kerja. Payah juga nak tulis blog hehe..

Monday, February 22, 2010

MyWords | Adooii.

Aduh. Buhsan betul aku bila asyik cuti memanjang nih. Aku dah la tak semangat nak keje tahun nih. Baru enjin nak panas cuti pulak. Kalau sehari dua takpe gak. Ini dibantainya seminggu. Aduh senak dah kepala aku nih asyik tidur je. Nasib baik juga manusia dah mencipta satu bentuk hiburan yang dipanggil pawagam atau nama panjangnya panggung wayang gambar. Dapat la aku menonton filem2 terbaru bila cuti nih. Walaupun begitu, aku tetap mengamalkan polisi tidak bekerja dalam cuti. Sedangkan punya banyak keje yang melambak2 yang menjerit2 minta disiapkan. Tapi takpe..akan aku lunaskan sedikit demi sedikit bak kata orang tua-tua. Sikit2 lama2 jadi bukit.

Dalam cuti ni kebanyakan masa aku dihabiskan di kampung. Rumah abah dan mak. Kebetulan pula cuti panjang sempena tahun baru cina ni, puak2 KL nun balik semua. Leh la lepak sama2 melihat kerenah anak2 sedara aku yang macam2 perangainya. Paling penting, semuanya ganas2 belaka. Tak kira laki pompuan. Yang laki pandai tumbuk yang pompuan pandai sepak. Yang laki pandai tolak yang pompuan pandai tarik rambut. Persamaannya dua2 laki pompuan pandai menangis bila kalah. Hehe. Maksudnya kalo sume menangis, menempek la kitorg mendengar irama dan melodi yg merdu sekali. Tapi senang je nak bagi diam. Yang lelaki pergi masuk bilik adik main game. Yang pompuan bawak je pergi keluar. Terus diam.

Dalam cuti ni jugak, umah mak dan abah dah beberapa minggu direnovate. Dapur dan ruang tandas diupgrade supaya mencapai standard negara2 maju. Senang la kalo presiden mana2 negara nak dtg. Tapi agak mencabar jugak bila bilik mandi, toilet dan dapur direnovate. Tak selesa sungguh. Camne nak mandi bila bumbung bilik air takde. Camne nak buang air bila pintu tandas takde. Macam rancangan Bersamamu pun ada gak. Sib baik waktu malam takde binatang ataupun makhluk yg terbang melayang, kalo tak gabra jugak. Tapi nak komplen lebih pun takleh. Nak umah lawa kena la korban sikit. Itupun aku baru duduk kejap. Mak n abah duduk situ hari2. Ok je. Takde komplen pun. Maaf Tuan!

Friday, February 05, 2010

MyWords | Wasiat



SOALAN
: Setiap kali saya membuka e-mel, kerap kali saya menerima e-mel yang di-forward-kan. Pada suatu hari, saya menerima satu e-mel yang mendakwa isinya merupakan wasiat daripada seorang penjaga makam Rasulullah SAW bernama Sheikh Ahmad. Pada penghujung e-mel, dituliskan kelebihan dan mudarat yang bakal menimpa seandainya e-mel tersebut tidak di-forward-kan. Bagaimana pandangan Islam dalam hal sebegini? Adakah boleh di-forward-kan e-mel tersebut?

JAWAPAN : Sebenarnya, isu berkenaan e-mel yang didakwa merupakan wasiat daripada Sheikh Ahmad, penjaga makam Rasulullah SAW bukan suatu perkara yang baharu. Isu ini sebenarnya sudah muncul pada penghujung tahun 1970-an. Di dalam wasiat yang diedarkan itu, disertakan fadilat mengedarkan ‘wasiat’ tersebut dan juga implikasi buruk seandainya tidak berbuat demikian.

Untuk menjawab pertanyaan itu, saya ingin memetik naqal daripada seorang ulama moden kontemporari merangkap Mufti Qatar, Dr. Yusuf al-Qaradawi. Dalam mengulas hal ini, beliau berkata:
“Justeru, isi wasiat (wasiat Sheikh Ahmad) tersebut merupakan petanda yang memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebabnya, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mahu menyebarluaskannya bahawa dia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal fikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca al-Quran harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Sahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

“Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang Muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid 1).

Lihat, sehingga Dr. Yusuf al-Qaradawi menghukum ‘wasiat’ itu sebagai suatu perkara khurafat. Tidak ketinggalan, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 mengesahkan bahawa wasiat Sheikh Ahmad “menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheikh Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, mereka mengesahkan bahawa ‘wasiat’ tersebut sebenarnya ditulis oleh paderi-paderi biara di Blessings of St. Antonio, Texas, Amerika Syarikat pada tahun 1974-1975 dengan tujuan untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal ‘wasiat’ tersebut ialah mendiang Father Francis Jose de Villa. Antara bukti yang menunjukkan bahawa ‘wasiat’ tersebut ialah palsu ialah tidak ditemui nama Sheikh Ahmad dalam senarai penjaga makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah, antara 1881 sehingga 1979.

Dan sememangnya isu ‘wasiat’ ini memberi kesan, apabila pada tahun 1979, bekas Menteri Besar Perak, Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah buat kali kedua di hadapan Kadi Daerah Kinta setelah beliau mengaku menerima ‘wasiat’ tersebut dan mengedarkannya kepada 20 orang sahabatnya.

Allahyarham Datuk Shafawi, Mufti Kerajaan Negeri Selangor, mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini (‘wasiat’ Sheikh Ahmad) adalah melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad (yakni keluar daripada Islam) melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Sebab Majlis Fatwa Kebangsaan menghukum mengedarkan ‘wasiat’ ini sebagai syirik ialah seseorang yang mengedarkannya percaya bahawa ‘wasiat’ tersebut berupaya memberikan manfaat jika disebarkan atau menimpakan kemudaratan ke atasnya jika tidak, dan hal ini jelas sekali bertentangan dengan prinsip “tiada lain yang berhak disembah dan diminta pertolongan melainkan Allah SWT”. Firman Allah SWT (maksudnya) :

“Engkau sahajalah (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah ayat 5).

Maka jelaslah kepada kita bahawa mengedarkan ‘wasiat’ tersebut merupakan suatu perbuatan syirik dan harus dijauhi. Dan, hal ini juga perlu menjadi iktibar kepada kita agar berhati-hati dalam mengedarkan apa-apa sahaja yang kita terima, supaya isu seperti isu ‘wasiat’ Sheikh Ahmad dan juga isu panggilan nombor berwarna merah (yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu) tidak berulang sekali lagi.

Allah Lebih Mengetahui.



Wednesday, January 27, 2010

MyWords | Sepenuh Masa

Hari ni ada 3 agenda penting. Ketiga2nya buat aku agak terkejar2. Tak la busy mana pun cuma sbb aku banyak kelas hari ni membuatkan aku tak terkejar.

1. Sambutan hari jadi - akhirnya berjaya jugak dianjurkan walaupun bulan Januari dah nak abis. Tapi kira ok la walaupun ada yang berpendapat diadakan pada masa yang kurang sesuai, tapi at least dapat jugak makan sama2. Yang penting nak buat jugak dalam bulan ni. Mintak maaf la kepada sapa yang tak sempat makan or terlambat datang. Biasa la, ajk baru. Baru belajar.

2. Pertandingan meja bermaklumat - 100% aku serahkan kat budak2 yang buat. Bukan aku malas cuma aku kena masuk mesyuarat. Tak sempat nak pantau diorang. Bahan nak ditampal pun tak cukup sebab malam semalam aku tertidur. Maka tak siap la benda2 tuh. Tapi aku puashati sebab budak2 tuh boleh manage n siap jugak meja tuh. Bila budak dah balik semua baru mesyuarat habis n barulah aku dapat tengok hasil kerja diorang. Boleh la daripada takde langsung.

3. Mesyuarat AJK Kurikulum - aku bentangkan pasal PMR. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut perancangan. Cuma aku ada suarakan betapa aku takut nak menghadapi peperiksaan tahun ni bila tengok calon2 yang kami terima. Tapi Insya Allah. Selagi ada usaha pasti ada kejayaan. Cuma bila pengetua sebut pasal program, tak dapat tidak aku terus teringat kat program2 yang aku wat tahun lepas dengan cikgu2 lain. Tapi pastinya yang paling melekat kat ingatan aku ada beberapa. Apa dia..emm..

  • Lawatan menonton teater - best sangat dapat jalan2 dengan student yang betul2 rapat dengan aku. Yelah, dari kecik aku yang jaga. Mana tak rapat. Pergi tengok gajah la, g dataran la. Memang enjoy habis.Budak2 pun sporting melayan cikgu dia yang tak berapa nak betul ni.
  • Study malam - program yang ni tak melibatkan semua. Cuma beberapa orang budak je yang rela hati nak datang malam2 utk belajar kat sekolah. Amalina, Nadirah, Hafisah, Hanin, Ayu, Zulhafiz n Arif memang tetap. Kadang2 ada Nizu n Saufee. Sebagai cikgu aku kena support usaha diorang walaupun aku terpaksa korbankan masa rehat n masa tgk tv aku. Nak kata tak penat, memang penat. Pagi2 sblm kul 730 dah kena ada kat sekolah. Balik lak kadang2 dah dekat pukul 6 lepas habis semak buku dll. Malam kul 800 dah dtg balik sampai kul 1130. Kadang2 terlajak sampai kul 1200. Itu la jadual aku sepanjang beberapa bulan sblm diaorg PMR. Masa tuh memang penat giler. Hampir2 jugak la aku menjadi zombie. Subjek yang aku boleh bantu ada gak la aku ajar. Subjek yg tak dapat aku nak tolong maksudnya belajar sendiri la.
  • Chicken Chop! - yang ni khas utk pelajar2 yang lulus semua subjek masa pra-percubaan. Aku n cikgu2 lain belanja diorang makan c.chop. Walaupun kat kantin je, tapi meja makan tuh aku dah hias ala2 hotel. Makan pun pakai sudu garfu. Sib baik takde orang yang terpelanting ayam. Aku lak...jadi waiter je. Huhu. Tapi tekpe la. Demi anak2.
  • Kem Motivasi Kuala Sentul - yang ni lagi best. Bole gak tengok kawasan luar. Macam2 aktiviti ada. Akademik ada, riadah pun ada. Paling best mesti la masa masuk hutan n buat abseiling.
  • Kelas tambahan - kelas ni wat terus lepas sekolah. Diorang cuma bole makan n sembahyang je. Lepas tuh terus masuk kelas. Tapi kedatangan mendukacitakan. Nasib aku ajar kelas budak cemerlang. Hampir penuh jugak la kelas aku.
  • Kembara BT - ni kelas Matematik. Jangan tatau ye. Aku mengajar matematik masa ni. Kelas ni aku mintak sendiri dengan pihak sekolah n penduduk setempat utk buat sebab pencapaian matematik budak masa ni teruk sangat. Bukan nak tunjuk aku bagus sangat cuma nak menghulurkan bantuan kat cikgu Ishak yang masa tuh ada masalah kesihatan. Kalau kawan tak tolong kawan siapa lagi ye dak. So, setiap malam berangkut la aku ke Felda Bukit Tajau nak mengajar Matematik dengan beberapa org budak. Oleh sebab aku boleh bawak naik kereta 4 orang je, maka adalah beberapa orang budak Keramat yang takleh ikut. Merajuk pulak. Tak dapek pakcik nak layan. Tapi sejauh mana kelas aku wat nih membantu diorang, aku pun tatau. Tak sempat nak kaji.
  • Pecutan Terakhir - inilah pecutan dan kelas paling havoc dan melampau pernah aku buat sepanjang tempoh perkhidmatan aku yang singkat nih. Seminggu sebelum PMR 2009 kitorang boleh dikatakan berkampung kat sekolah ni. Pagi sekolah cam biasa. 230 berhenti rehat n sembahyang. 300 start kelas dan sampai pukul 430. Sembahyang n minum sambung pulak pukul 500 sampai pukul 630. Malam ada pulak kelas dari jam 800 sampai 1030. Hari sabtu dan ahad lagi hectic. Dari pagi sampai malam. Mana cikgu yang dapat hadir aku ucapkan terima kasih. Mana yang tak dapat hadir aku jadi pengganti dengan syarat diorang sediakan soalan dan jawapan. Tapi syukur semua guru memberikan sokongan yang sangat padu. Begitu juga dengan pihak sekolah. Ibubapa juga tak menghalang malah memberi galakan yang buat aku bersemangat. Kedatangan pelajar juga sangat menggembirakan aku. Setidak2nya jadi pengubat kepenatan aku.
Semua nih pasti akan melekat dalam ingatan aku untuk tempoh yang lama. Sentimental value nye sangat kuat. Tahun nih adakah akan sama? Belum pasti. Adakah kekuatan aku masih sama? Belum pasti. Aku masih lagi mencari ilham.

So, malam nih maybe aku datang sekolah utk siapkan beberapa kerja lagi. Tapi tatau lagi la. Kalau jadik macam semalam tertidur depan tv alamatnya kirim salam je la.

Tuesday, January 26, 2010

MyWords | Bosan

Hampeh betul la hari ni. Rasa mcm bosan je keje hari ni. Takde apa yang mampu menarik perhatian aku. Suasana berjalan dalam kelajuan yang begitu lambat sekali. Bosan sungguh. Walaupun banyak keje yang nak dibuat tapi kebosanan ini berjaya membuatkan aku tak membuat keje. Dah la subjek untuk aku sambung master belum dapat lagi. Tarikh tutup makin dekat. Kalo tak sambung sekarang bila lagi. Zaimi maybe dah jumpa kursus yang dia nak ambik. Tapi dalam hati masih berbelah bahagi nak sambung atau tidak.....

Monday, January 25, 2010

MyWords | Hehe

First time mengajar seni hari nih. Rasa macam kelakar je. First time dalam kelas yg aku tak tau nak cakap apa.

Sunday, January 24, 2010

MyWords | My Dilemma

Aduh. Tawaran untuk sambung belajar dah keluar. Hati teringin sangat nak sambung. Kalo tak sambung sekarang bila lagi. Umur bukan makin berkurang. Takut nanti otak aku nih makin rendah RAMnye, makin payah lak aku nak grad n dapat master. Tapi bila pikir2 balik macam leceh lak kalau aku sambung. Pertamanya, tawaran tahun nih tidak melibatkan penawaran biasiswa seperti tahun2 lepas. Maknanya kena la aku membiayai sendiri pelajaran aku. Tapi itu tak kisah sangat pun sbb akan diluluskan cuti bergaji penuh seperti nama tawaran tersebut. Cuma yang merisaukan aku adalah halatuju selepas aku abis belajar. Tempoh belajar adalah 2 tahun. Lepas habis yang pastinya aku akan ditempatkan ke sekolah lain. Ini yang lebih membebankan aku. Perasaan nak meninggalkan sesuatu yang selama ini dah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Aku ada di sini semenjak hari pertama sekolah ini dibuka lagi. Tatau macamana aku nak menyesuaikan diri dan memulakan semula segalanya andai aku berada di tempat, sekolah dan situasi yang lain. Itu belum kira lagi dengan persekitaran, budaya kerja, kawan2 dan anak2 murid yang akan aku tinggalkan. Hmmm...

Thursday, January 21, 2010

MyScreen | Tgk Wayang

Lamanye tak taruk citer2 wayang kat sini. Apa kata aku taruk sekarang. Punya la lama berzaman punya wayang nih. Sambung dari tahun lepas.
_______________________________________________________________________________________________

2012

Teruja sangat nak tgk citer nih sbnarnya mmndgkan trailernye bukan main gempak lagi. Tapi bila dah tgk, takdelah best sangat pun. Filem nih sangat bersandarkan pada kehebatan grafik dan CGI-nya. Selain itu takde apa yg hebat pun. Pelakon biasa2, lakonan pun biasa2 je. Jalan cerita pun sangat biasa. Filem ni mengisahkan ramalan kaum Mayan yang kononnya dunia akan kiamat pada tahun 2012. Maka apabila dah tahu akan kejadian tersebut maka pemimpin2 dunia pun memulakan misi untuk menyelamatkan bangsa manusia daripada dibinasakan. Diorg berpakat untuk buat satu kawasan penempatan manusia yang tahan dan kalis kiamat tersebut. Lokasinya di China. Dalam proses itu wujudlh watak si hero yang cuba nak menyelamatkan ahli keluarganya. Biasalah. Filem Amerika. Semua nak tunjuk diorang ni hero. Tapi bila habis cerita nih, kita sebagai orang Islam boleh wat kesimpulan bahawa ini bukanlah kiamat, cuma bencana alam je. Kalau kiamat, takkan hero n kawan2 dia hidup lagi.

Rating : 2.5/5 bintang
_________________________________________________________________________________________________________________

Pisau Cukur

Pisau Cukur adalah antara filem Melayu yang ditunggu2 kerana menampilkan dua orang pelakon yang cantik jelita :- Maya Karin dan Nur Fazura dan dibantu pelakon2 lain yang terkenal. Memula menonton filem yang digambarkan berlaku atas kapal ni, ingatkan sekadar filem biasa yang menonjolkan anak dara cari calon suami lelaki kaya. Rupanya alih2 citer ala2 penyiasatan. Best jugak la. Aspek lakonan takde masalah cuma aku agak berbulu mata tengok set kapal dalam filem nih yang tak langsung menampakkan realistiknya dan kemewahannya. Macam dewan makan je. Bernard Chauly selaku pengarah memang menggunakan sepenuhnya kepakaran beliau untuk menggarap cerita2 urban begini. Watak Fazura kembali mengingatkan kita pada watak Putri lewat filem Gol dan Gincu. Apapun boleh layan la citer nih. Kelakar jugak biler tengok watak gedik si Maya dan Fazura.

Rating : 3/5 bintang
_____________________________________________________________________________________________________________________

Ninja Assassin

Citer nih pada sangkaan aku hebat sangat masa mula2 tengok trailernya. Tambah teruja bila tau pelakonnya Rain - Popstar dari Korea yang menjadi kegilaan ramai. Tapi bila habis tengok aku terpikir kenapa la Rain tuh berlakon dalam cerita2 tak berfaedah macam ni. Terlalu nak memaparkan kehebatan ninja2 dalam cerita nih sampai terlupa kadang2 ada babak yang tak logik. Antaranya, ninja2 nih baling senjata yang macam bintang tuh senang je kena kat orang tapi senjata polis yang ditembak dan menghamburkan beribu2 peluru bukan setakat nak bunuh ninja2 jahat tuh, kena pun tidak. Boleh nak berfiksyen, tapi jgn la sampai melampau dan menipu sangat. Apa la. Ini membuatkan aku naik bosan menonton, tambah pulak bila endingnya dah boleh agak. Bosan sungguh tengok filem nih.

Rating : 2/5 bintang
_______________________________________________________________________________________________________________

The Storm Warriors

Filem nih adalah sambungan kepada filem The Storm Rider yang dikeluarkan pada tahun 1990-an dulu. Masa tuh bukan main teruja nak tengok sbb masa tuh aku memang hantu komik. Komik Pedang Setiawan yang ditulis oleh Ma Wing Shing ini antara kegemaran aku. Inilah mulanya terhasil filem ini. Untuk siri kedua nih, filem nih berkisarkan tentang Penjejak Awan dan Penjejak Badai yang bergabung tenaga untuk menumpaskan satu cubaan rampasan kuasa terhadap Maharaja China. Macam2 dibuat termasuklah Penjejak Badai yang menuntut ilmu setan. Tapi yang buat lagi best bila last2 diaorg kena lawan berdua. Terbang sana terbang sini. Tetak sana tetak sini. Citer nih bestlah sbb aku minat komiknya di samping grafiknya yang best. Teringat zaman2 kecik dulu. Endingnya macam tergantung..mungkin ada sambungan. Harap ada. Dan aku jugak harap ada lagi filem2 adaptasi komik2 cina macam ni lagi.

Rating : 3.5/5 bintang
___________________________________________________________________________________________________________

Santau

HAMPEH. Itu saja perkataan yang layak untuk aku gambarkan filem Santau ni. Walaupun kat paper bukan main puji filem nih, tapi pada aku filem nih hanyalah penambah kepada filem2 seram Melayu yang makin lama makin kurang seram dan kurang kualitinya. Seawal minit pertama aku dah hilang mood nak menonton bila mendengar suara pelakonnya yang langsung tak sama dengan mulut diorang. Ditambah pulak dengan banyak benda yang boleh dipertikaikan. Antaranya, apa motifnya kontraktor yang kaya tapi pegi duduk dekat ceruk hutan yang rumahnya buruk. Siap ada akar2 menjalar dalam rumah. pastu pulak bila ada seram je ada asap keluar. Taktik lama. Masa makan muntah n telur tuh pulak, orang yang kena rasuk tuh konon2nya makan. Tengok kat muka habis penuh darah la muntah la. Tapi bukak mulut, gigi bersih je. nampak sangat benda2 tuh dilumurkan kat muka. Pasal pelakon dan lakonan pulak malas aku nak sentuh sebab lagi menyakitkan hati. Menyampah aku nak tunggu filem nih habis. Buat bazir duit je.

Rating : 1.5/5 bintang
_______________________________________________________________________________________________________

Avatar

BEST TAK TERKATA! Tiada perkataan yang boleh aku berikan untuk menggambarkan perasaan aku sebaik aku selesai menonton Avatar. Puasnya tak terkata. Grafiknya hebat. Jalan ceritanya biasa tapi perjalanan filem nih begitu menarik dan membuat aku takde masa nak fikir benda lain. Terlalu khusyuk melihat semua benda yang terpapar kat layar panggung tuh. Semua perkara sangat detail dan membuatkan kita betul2 percaya akan kewujudan avatar tuh. Filem nih mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang bermastautin di sebuah planet lain untuk mendapatkan sejenis bahan galian sumber tenaga untuk digunakan di bumi. Galian tu pulak terletak betul2 di bawah sepohon pokok yang menjadi nadi kehidupan satu kaum yang aku lupa namanya. Konflik wujud bila proses nak mengambil alih tanah kat situ bermula. Mesej yang nak disampaikan juga jelas. Kasih sayang dan cintai alam sekitar. Best! Best! Best!

Rating : 5/5 bintang

__________________________________________________________________________________________________________

Looking 4ward

Adnan Sempit
Sherlock Holmes
The Spy Next Door

Monday, January 04, 2010

MyWords | Jom Pergi Sekolah

YAHOOOO....
Bestnya kembali ke sekolah. Maka tamatlah era rehat aku selama sebulan nih. Setelah bercuti di India dan di rumah (berehat di rumah saja kerana takde kereta) akhirnya aku kembali juga ke SMK Cedung Jaya yang best nih. Tahun nih dah aku tetapkan beberapa matlamat untuk aku capai. Apa dia? Rahsia. Biarlah aku sorg je yang tau. Yelah, nanti kalo dh bagitau orang laen tapi tak tercapai haruslah aku yg malu. So better org lain tak tau.

Tapi apa2 pun yg paling penting tahun ni nak usaha keras lagi. Insya Allah.

Saturday, January 02, 2010

MyWords | Back to School

Hari ni dah start dah kerja2 sekolah. Pelajar mendaftar semula ke sekolah dan menjelaskan bayaran yang perlu dibayar. Seperti biasa aku tetap menjadi guru kelas. Tahun ni aku dapat kelas 3 Arif. Tapi tak ramai yang datang. Cuma 11 orang saje.

Nampaknya aku dah kena start panaskan enjin ni...

PMR 2010..here I come!