Saturday, December 31, 2011

MyTv | Maharaja Lawak Mega Finale


Malam ni Final Maharaja Lawak. Sokongan tentunya buat kumpulan favorite aku iaitu Osbon and Boboi. Dua2 aku minat...cuma bezanya...Osbon aku minat sejak dulu. Nampak sangat aku dah tua minat org2 lama. Hehehe. Hadiah jadik law jd pelawak mega ni memang la lumayan. Juara dapat RM350,000 dan trofi, naib juara RM250,000 dan trofi, ketiga RM150,000 dan trofi serta keempat RM50,000. Lumayan kannnn.

Dah 10 minggu akhirnya sampai jugak ke final. Punya la lama nak singkirkan 13 peserta yg bertanding. So, pasti korang pun dah tau siapa yg masuk final. Osbon, Boboi, Syok dan Saehu.
Jadi inilah ulasan malam bertanding.

ROUND 1 - Bebas

SAEHU : Kumpulan dari Indonesia ni selalu menampilkan kelainan. Masa awal2 dulu aku suka kumpulan ni. tapi makin lama makin kureng plak. Kadang2 terlalu mencuba dan berharap sangat pada si Boncil.

Aksi final pusingan pertama plak...agak kureng rasanya. Pada akulah. Sebagai pembuka gelanggang kehangatan diorang ni seakan tak terasa. Mungkin kerana menampilkan lawak yg ada unsur2 Indonesia membuatkan kurangnya kefahaman dalam jiwa penonton kot.
Dalam pusingan ni diorang wat lawak standard diorang la. Buli membuli dan bermain pemahaman kata. Agak klise la dgn persembahan diorang yang sebelum2 ni. Bagai sudah dijangka. Orang yg gelak pun kurang. Mungkin sebab expectation penonton tinggi kot. Yelah...dah finale katanya.
Komen dari Chef Wan pulak agak sopan walaupun dia mengandaikan ini buat the best from Saehu.

BOBOI : Konsisten dari awal. Masa mula2 diorang masuk...aku agak skeptikal sebab aku cuma yakin pada Harun Salim Bachik je memandangkan dia ni aku suka. Afdlin plak aku kureng sikit sebab yg aku pun tak tau. Tapi bila first time tgk diorang bersama...terus aku suka.

Aksi Finale pertama diorang membuatkan aku pecah perut ketawa. Aksi Datin Maimon miming lagu Ombak Rindu sangat membuka selera untuk terus gelak ketawa. Keluar pulak orang minyak yg ada sistem MLM yg minum air zam-zam dan akhirnya Datin jadi ghostbuster. Idea sangat original...sampai lagu ghostbuster Datin Maimon disahut penonton2 kat dalam dewan tuh. Dapat sorakan yg kuat.
Memang terbaik dr diorang. Abg Zainal komen bagusss... Harap round 2 ni lagi kaw3.

OSBON : Gabungan org2 lama. Pelawak zaman aku kecik2 dulu. Mr. Os dan Abon. Sbb tu aku minat sampai sekarang. Hehehe.

Pusingan pertama ala2 nak panaskan badan jew. Abon sangat selamba dan Os juga. Walaupun simple jew jalan ceritanya tapi setiap perkataan yg keluar dr mulut diorang ada je lawaknya. Pecah jugak la perut aku gelak. Abon punye konfiden cantik.
Sketch diorang yg ni ala2 sambungan daripada citer kahwin minggu yg ke-4 tak silap aku. Yg dulu lawak...yang ni tetap lawak. Dewan tak henti2 gelak. Juri2 pun sama. Si isteri dulu tu dah mengandung...kira tgh tunggu hari nak bersalin la. Punch line mmg banyak. Tak kering gusi la tgk.
Juri Siti puji bagus jugak...Abon kontrol cantik...hehehehe...

SYOK : Gabungan pelawak dari Singapore dan Malaysia. Mula2 dulu ingat diorang bertahan 2-3 minggu jew. Tak sangka la plak sampai masuk final.

Minggu start diorg ni best masa minggu muzikal tu la. Jadi hantu. Start tu terus la diorang konsisten. Sampai jugak ke final.
Tapi aksi pertama dalam final ni macam kurang sikit. Sketch pasal bomoh dan hantu macam dah selalu orang tengok. Datang pulak sorang mak datin. Mintak mcm2 la...sebab aku rasa macam bosan sikit jadik aku pun tengok gitu2 jew. Sampai aku pun dah lupa banyak mana punch line yg diorang ada. Hehehe..
Aaron Aziz komen bese2 jew...aku pun lupa. Hahahaha....

ROUND 2 - Muzikal

Saehu : Percubaan yang baik. Tak banyak beza sangat dengan persembahan2 diorang yg sebelum ni. Masih ada satu dua ketika yang mencuit hati. Sketch yang sederhana tapi masih bole tahan. Takde la bosan sangat. Suara Boncil sedap jugak...

Boboi : Sketch Cinta Muka Bulu dulu dah kembali semula...gabungan yang best jugak. Banyak lagu yang dimasukkan dalam ni. Masih lagi macam yg dulu la. Best3. Lawak3. Tak tengok rugi.

Osbon : Yang ni lagi best. Jalan citer senang jew. Os pergi belajar vokal dgn Abon. Tapi macam bese...banyak punch line. Lawak tak henti2. Best4. Lawk4. Tak tengok memang rugi....

Syok : Slow tempo. Bosan sikit. Nak kata tak lawak...ada la jugak lawaknya...tapi agak mengecewakan la. sbb ni kan dah final. Takkan nak buat lawak2 suam je. Lagipun muzikal la yg buat diorang diterima dulu. Kali no terbalik plak. Adusss...

Undangan - Jozan

So...keputusannya...seperti dijangka. Ramalanku benar belaka. My fav menang. Yes6.

JUARA
OSBON

NAIB JUARA
BOBOI

KETIGA
SAEHU

KEEMPAT
SYOK

Memang tak mengecewakan menonton final malam ni. Best3. Jumpa lagi di lain masa. Bye

Wassalam.

Sunday, December 18, 2011

MyWords | Kembara Bumi Medan


Assalamualaikum.
Well...well...well...Rasa2nya dah banyak tahun dah sejak kali pertama aku mendengar nama Danau Toba. Pertama kali dengar masa sekolah rendah. Ada baca buku cerita pasal kisah2 dongeng. Apa tajuk bukunya aku pun dah lupa. Ceritanya lagilah aku lupa. Yang aku ingat Toba tu nama org. Orang mana...aku tak ingat jugak. Hahaha. Sengal kan...? Nak citer tapi tak ingat. Lepas tu...bila masuk sekolah menengah pulak... Danau Toba disebut lagi. Kali ni masa belajar Geografi pulak. Antara kata2 yg sinonim yg diutarakan masa belajar pasal Danau Toba adalah...tasik...volcano...terbesar...tapi kalau suruh aku terangkan pasal tasik tu menggunakan perkataan2 tersebut, mintak maaf. Tak boleh. Sebab...aku ni kalo bab2 geografi ni failed sikit. Xpernah nye lekat ilmu2nye. Sbb tu sampai skrg baca kompas pun tak reti2. Kalo letak aku dalam hutan...bagi kompas suruh selamatkan diri...mungkin kompas tuh aku gantung jew jadi kalung. Hehehe.
So...kali ni aku ke Medan dgn tujuan utama nak menjejak Danau Toba la. Bagi sapa2 yg tak tau pasal Danau Toba ni, aku bg penerangan sikit2. Dengar ye murid2.
Ok. Danau Toba kira2nya terbentuk selepas terjadinya letusan gunung berapi kira2 75,000 tahun dulu. Ini adalah letusan supervolcano yg terbaru. Letusannya terjadi selama 1 minggu dan lontaran debunya mencapai 10 km di atas permukaan laut. Bill Rose dan Craig ChesnerMichigan Technological University membuat anggaran bahawa bahan-bahan volkanik yang dimuntahkan gunung itu adalah sebanyak 2,800 km³, dengan 800 km³ batuan ignimbrit dan 2,000 km³ abu vulkanik yang kemudiannya ditiup angin ke barat selama 2 minggu. Debu vulkanik itu dari   tersebar hampir ke separuh permukaan bumi. Dari China sampai ke Afrika Selatan. Haa...dengar tu. Punyalah dahsyat letusan gunung berapi tersebut ye anak-anak...
Kejadian ini menyebabkan kematian besar dan juga kepupusan beberapa spesis haiwan. Menurut beberapa bukti DNA, letusan ini juga menyusutkan jumlah manusia sampai hampir 60% dari jumlah populasi manusia bumi pada masa itu yang berjumlah sekitar 60 juta orang. Jadi macam mana terbentuk tasik plakk? 
Macam ni yew. Apabila gunung tu meletus...maka tinggalan kawah volcano yg terbuka tuh menjadi takungan la kira2nya. Dah la isinya seperti larva dll dah tak ada. Maka bertakung lah segala jenis air seperti air hujan, air tanah, air bukit dll. Terjadilah tasik. Yang uniknye pulakkat tengah2 danau tu ada sebuah pulau yg bernama Pulau Samosir. Besar tak besar la tapi kalau nak keliling naik bot...ada jugak makan masa setengah hari. bayangkan.
Jadi mesti korang tertanya2 kan kenapa namanya Danau Toba...? Kalau nak tau...pasal asal usul namanya dan aktiviti kitorang sepanjang kat sini...sila ikuti lagi nanti yew sbb sekarang aku masih ada sikit rasa angin dan nak marah sbb tadi tiba2 hotel ni blackout. So...xde mood nak tulis. Lagipun aku tengah lapar. Kawan2 dah tunggu nak gi makan. So aku nak makan bersama Haizam, Taufiq dan Raizal. 
Wassalam.

Monday, December 05, 2011

MyTV | Calon-Calon Anugerah Juara Lagu ke-26

Assalamualaikum. Wah. Nampaknya senarai 12 finalis yang akan beraksi di gelanggang AJL 2011 dah pun diumumkan. Gerun plak bila tengok senarai lagu dan penyanyinya hebat2 belaka. Yang akan beraksi buat kali pertama plak jaga2 lah ye. Melihat finalis tahun ni...rata2nya pernah ataupun biasa bersaing di AJL. Jaclyn Victor, Ning Baizura, Faizal Tahir, Aizat dan Yuna bolehlah dianggap otai ataupun muka2 lama AJL. Tahun ni dorg masuk lagi yg mana aku amat yakin diorang takkan menghampakan peminat2 dan komposer lagu yg dorang nyanyikan. So...ni lah finalisnya...

1. Kisah Hati - Alyah / Manusia Putih / Manusia Putih
2.  Awan Nano - Hafiz / M.Nasir / Budi Hekayat
3. Gadis Semasa - Yuna / Yuna / Yuna
4. Beribu Sesalan - Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah / Kevin Chin / Tinta
5. Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque / Monoloque / Monoloque
6. Cinta Muka Buku - Najwa Latif / Najwa Latif / Ika Latif
7.  Sungai Lui - Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
8. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol / Boy Clifford / Boy Clifford
9. Kalau Berpacaran - Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet / Shohaimi Mior Hassan / Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
10. Penakut - Yuna / Yuna / Yuna
11. Sedetik Lebih - Jaclyn Victor / Edry Abd Halim / Edry Abd Halim
12. Karma - Faizal Tahir / Audi Mok & Faizal Tahir / Audi Mok & Faizal Tahir

Penjurian mencari juara sesebuah lagu biasanya berdasarkan melodi dan lirik serta keasliannya. Perkembangan semasa yang semakin pesat membuatkan lagu2 yang bertanding juga mengalami evolusi. Kalau pada awal penganjurannya dulu...sesebuah lagu yang dinobatkan juara itu biasanya kita lihat mempunyai melodi yang kuat serta lirik yang puitis. Sbb tu lagu2 mcm Cinta Beralih Arah, Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Isabella dan Menaruh Harapan boleh menang. Begitu juga dengan Cindai dan Tanya Sama Itu Hud-Hud. tapi zaman sekarang...semuanya ringkas. Melodi yang lebih ringan dan lirik yang lebih straight forward menjadi pilihan pendengar dan juga juri. Contohnya lagu2 Yuna dan Najwa Latif. Tapi tak jadi masalah...apalah ertinya sebuah lagu juara tapi orang tak suka dengar kan? Itu pendapat aku je.

Btw...AJL ke-26 ini akan dilangsungkan secara langsung dr Stadium Putra Bkt Jalil pada 29 Januari 2011. Satu acara yang tak boleh dilepaskan...kita tgk prediction sapa yang tepat....

Wassalam.