Monday, October 19, 2009

MyWords | Aktvt

Lega tul bila budak2 PMR dah abis pekse. Leh la aku rileks skit. Kebetulan pulak, kelas aku dgn bdk2 F3 mmg banyak, jadik aku pun banyak la masa free. Tapi masa2 yg free tuh tidak aku gunakan dengan sewenang2nya. Walaupun aku dah free, aku masih lagi guna masa2 tersebut utk jaga n pantau bdk2 F3 nih supaya diorg dtg sekolah. Kat skolah lak aku join aktvt diorg. Kaunselor plak harituh takde sampai 2,3 hari. So aku lah yg mempertanggungjawabkan diri aku ke atas budak2 tuh.

Hujung minggu lak aku turun kl utk beli brg2 salon aku yg akan dibuka tak berapa lama lagi. Punya la syok membeli barang sampai tak sedar duit dah tak cukup. Beribu2 gak abis. Menyangak kete aku bawak balik brg2 banyak sgt. Itupun nasib baik sinki n kerusi segala tuh aku suruh diorg hantar. Kalo tak maunya aku kena ikat sume tuh atas bumbung kete.

Hari ni pulak, aktiviti kat sekolah cam biasa. P&P berjalan. Bdk2 kelas aku lak kena pulang buku teks hari ni. Aku lah yg kena handle. Pastuh, diorg nih dah dibahagikan kpd bbrp group. Aku dah siapkan plan utk bdk2 group aku. Banyak projek mega kitaorang nih. Nantikan saja.


Wednesday, October 14, 2009

MyWords | Day Five

The Last Day

PMR 2009 ditutup dengan rasminya dengan paper Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Hari kelima sebagai hari terakhir PMR buat semua pelajar Form 3 seluruh Malaysia gembira kerana dah habis seksa. Tak terkecuali F3 SMK Cedung Jaya. PMR dah abis, diorang pun happy. Hilang tekanan. Lepas ni tak payah dah dengar aku membebel tiap2 hari. Lepas ni tak payah dengar aku paksa2 diorang study. Lepas ni tak payah dah dengar aku marah2 bila result diorang teruk. Lepas ni tak payah dah tengok aku masuk kelas muka masam. Lepas ni tak payah dah kena cubit or denda dgn aku. And macam2 lagilah.

Lepas abis pekse aku jumpa dgn bdk2 F3 untuk bagi beberapa pesanan drpd Tuan Pengetua. Dan lps tuh ada sesi ambik gambar sbg kenangan sblm diorg berpisah.




Monday, October 12, 2009

MyWords | Day Four

Hari ni paper yg sangat penting dan ditakuti oleh calon2 PMR nih. Apa lagi kalau bukan matematik. Math 1 n 2. Masa aku skolah2 dulu pun aku pun takut dgn Math. Yang pertama aku takut sebab aku nih memang lemah Math. Al maklumlah, aku ni orang bahasa. Bab2 Math ni memang aku slow skit. Yang kedua plak, cikgu2 math aku masa skolah dulu kdg2 menakutkan aku. Tapi yelah, kalau diorg tak wat mcm tuh dulu, takdelah aku jadi camni skrg. Masa skolah rendah cikgu Math aku namanya Cikgu Mazlan. Dia nih baik, tapi aku tetap seriau sbb misai dia hehe. Masa kat SDAR lak, F1 blajar dgn Cg. Mat Ali, F2 & F3 dgn Mr. Wong Foo Keong manakala F4 & F5 plak dgn Cg. Halim d legend. Sumenya cikgu yg hebat dan best2. Tapi tetap la aku tak pandai Math. Anyway, terima kasih cikgu2ku.
Habis paper Math, aku tgk soalannya memang senang. Kalo bdk2 yg betul2 tumpukan perhatian masa wat soalan2 ulangkaji arituh memang boleh jawab. Sbbnya, soalan2 yg diorang wat masa latihan ulangkaji, latih tubi, gerak gempur n trial berkali2 ganda lebih susah dari nih. Tapi apa cerita dalam dewan tuh, tatau la aku nak jawab. Paper 2 plak, ramai yg kata senang. Lega skit hati aku.
Sejarah lak, budak2 ni kata susah. Tapi hasil temuramah aku dgn Cg. Sarimah selaku Arkib Negara, dia kata soalan senang. Tapi aku yakin bdk2 leh wat.

Hai...tak sabar rasanya nak tunggu sehari lagi. Abislh PMR tahun nih. Segala usaha aku sejak dari bdk2 ni F1 akan ternoktah hari esok. Semoga Allah berikan kecemerlangan untuk semua calon PMR 2009 SMK Cedung Jaya.


Sunday, October 11, 2009

MyWords | Timebreak

Wah. Best rasanya dapat break 2 hari nih. Tapi nak kata break pun tak jugak sbb hari sabtu (semalam) aku still wat kelas math untuk bdk2 yg rajin nak dtg sbb hari isnin bdk2 pmr ni ada paper math n sejarah. Kelas sampai tengahari je. Tapi still ada budak yg rajin nak stay back utk study lagi. Alhamdulillah. Akhirnya kelas aku tamatkan pada kul 5.30 ptg sbb aku lapar, ngantuk n tak larat dah. Budak2 ni pun balik dgn berat hati. Kuar dr skolah aku bergegas ke gerai goreng pisang kegemaran aku. Tgh makan jumpa lak ex-student aku 2 org. Sempat la borak2 tukar citer pasal study dia. Aku pun bagi la nasihat apa yg ptt.
Balik lak aku leisure2 kat umah layan lagu, kemas umah n tgk tv. Malam ada budak nak dtg study kat umah lak. Kelas berlangsung tapi tak lama, dalam 2 jam je sbb budak tuh dah fenin kepala study byk ngat. Hehe. Nak ikutkan, mmg aku tak puas hati sbb kejap sgt. Tapi aku consider la sbb dah brp hari bdk2 ni aku pakse belajar. Lgpun, tgh malam tuh ader citer hantu yg bertajuk 'Hantu' kat Astro Citra. Syoknye sbb aku pun dh lama tak layan citer hantu. So, aku pun ready gelapkan umah, buat suasana sunyi skit utk feel seram. Tp yg penting ttp tak seram sbb jln citernya aku dh boleh jangka. Sapa la wat citer nih. Bosan. Mgkin sbb tuh mlmnye aku sakit perut. 3 kali 3 toilet.
Ahad lak aku gi temerloh. Gi ukur cermin utk kedai. Pastu br la gi jln2 beli brg skit. Lapar punya pasal tengahari tuh aku pg makan nasi daun pisang kat Mentakab. Lama tak g makan kat situ. Nyam2. Malam lak ada kelas lg dgn bdk2 yg nak study. Hmmmm...tapi takpe, lepas PMR nih aku relax la skit. Yahooo....


Ni lah rupa nasi beralas daun pisang yg aku makan tuh.
Diserikan lagi dengan kemunculan kobis goreng, gulai labu, kari dan rendang ayam.
Penampilan khas air sirap dan popadem.
Nyam2. Jemput makan. Bismillah.



Saturday, October 10, 2009

MyWords | Day Three

Salam. Hari ketiga PMR 2009 menyaksikan bebudak ni pulun menjawab kertas Geografi. Subjek yg aku sendiri tak gemar..tapi budak2 ni suka sangat n sume target nak skor A. Insya Allah boleh. Hasil temuramah aku dengan cikgu yg mengajar pun menampakkan hasil yg positif. Berikut adalah sesi temuramah tersebut.

Cikgu Naain : Salam Cikgu Mat (sambil menekan2 handset yg baru dibaling sbb abis batri td)
Cikgu Mat : Salam. Buat apa ni?
Cikgu Naain : Saja jalan2 kat kat KLCC nih. Sambil2 tunggu bdk2 abis jwb exam. Cikgu Mat lak watpe? (handset td melayang ke tingkat bawah KLCC sbb dibaling lagi)
Cikgu Mat : Saya pulak baru abis ukur tinggi KLCC ni. Kebetulan pula jumpa kat sini.
Cikgu Naain : Oh ya. Cikgu Mat dh tengok soalan Geog blom? sng ke susah? rs bdk2 kita leh wat ke?
Cikgu Mat : Saya dah tgk sepintas lalu td sblm dtg sini. Senang soalannya. Banyak yg dah kuar masa trial n latihan latih tubi.
Cikgu Naain : Kalau gitu, mesti 100% kelulusan geografi tahun ni. Boleh wat kenduri besar!
Cikgu Mat : Ish, awak ni ada2 aje. Tapi boleh juga.
Cikgu Naain : Haha. Takpelah kalau gitu. Saya nak balik sekolah semula ni. Nnt bdk2 keluar exam sy nak interview skit.
Cikgu Mat : Baiklah. Kalau begitu sampaikan salam saya pd diorang ye.
Cikgu Naain : Insya Allah. Bye2.
Cikgu Mat : Waalaikummusalam.
Cikgu Naain : (malu sambil memakai kaca mata hitam dan berlalu)

*P/S 90% hasil temuramah ini adalah rekaan semata2.

Ye. Begitulah hasil temuramah tersebut. Kesimpulannya, soalan senang n boleh skor. So, aku harap sangat sume budak leh jwb.
Habis paper Geog, sume budak dibenarkan balik ke rumah masing2. Rehat 2 hari start balik hari Isnin. Tinggal lagi 3 subjek je. Math, Sejarah n KHB.

Thursday, October 08, 2009

MyWords | Day Two


Inilah wajah2 ceria yang tak sabar sangat dah nak masuk exam. Maybe mood nak beraya masih ada. So hepi manjang. Hari ni ada 4 paper yg diorang kena jawab. BI 1 n BI 2 pagi tadi. Sains 1 & 2 tengahari n ptg tadi. Muntah la budak2 ni menjawab.

Tapi bila keluar dewan semua merungut susah lah, apalah. Haa..tulah. Rasakan penangan PMR. Tapi apapun, yg lepas tu biarlah lepas. Ada banyak lagi paper lepas ni yang boleh korang skor. Mesti dapat A.
So..sendiri mau ingat arr. Hari ni susah soalannya. Esok jangan wat lagi perangai tanak study tuh. Esok pulak ada 1 paper jer. Lagilh bole concentrate. Jangan main2. Kalau wat betul2 tak mustahil dapat A. Pulun la malam ni budak2 oii.

Wednesday, October 07, 2009

MyWords | Day One

THIS IS IT!

Hari ni hari pertama PMR. Budak2 ni pagi2 dah seram sejuk. senyum pun macam kena paksa dek kerana takut nak masuk pekse.Kecut perut aku sama gak mcm student2 aku nih. Takut sangat kalo2 diorang takleh jawab. Tapi aku yakin dengan diorang. Pasti aku takkan kecewa. But it's all depends on fate finally. Kalo ada rezeki n nasib dapat la result best. Yang penting kena usaha sbb Allah pasti akan membantu hambanya yang berusaha. Insya Allah.
Pagi2 budak2 dah beratur. Kemudian bdk2 f3 berjalan sambil diiringi tepukan dan sorakan oleh pelajar2 lain sbg tanda sokongan dan semangat so that diorg akan wat sungguh2 masa dlm dewan tuh. Then, diorang berkumpul di luar dewan untuk menunggu panggilan ketua pengawas peperiksaan. Masa nih, bbrapa org cikgu bertugas untuk mengambil suhu badan pelajar, memberi gel pencuci-tangan-berubat-tanpa-bilas dan mengedarkan penutup mulut sbg langkah pencegahan merebaknya jangkitan penyakit. Aku pun turut serta membantu sambil menyanyi lagu cara2 mencuci tangan macam yg belajar kat tadika dulu. Aku wat gaya mencuci tangan n ramai2 ikut serta menyanyi n wat gaya mencuci tangan. Majlis diakhiri dengan tarian dan nyanyian lagu Jai Ho (yg nyanyi2 tuh acah je).
Dengar aje panggilan ketua pengawas, semua pelajar berbaris masuk ke dewan. Semua bersalam dengan cikgu2 yg ada di luar dewan tuh. Sampai saja dalam dewan, maka dengan rasminya PMR 2009 bermula.
__________________________________________________________________________________________

Abis paper, ada yg senyum, ada yg muram n ada juga yg takde perasaan apa2 pun. Yg senyum n yg muram dtg jumpa aku nak tanya jawapan. Betul ke tak betul diorg jwb. Tapi aku taknak bincg. Frust diorg. Yg takde perasaan lak, ambik beg, salam, terus balik. Hehe.
So..jumpa esok lak ye. BI n Sains.

My Words | The Last Commandments

Semalam adalah hari terakhir kelas aku dengan budak2 F3. And mungkin kelas terakhir mengajar dorang sbb aku tak mengajar tingkatan 4 & 5. Lagi pulak lepas dapat result PMR mesti ada yang akan pindah ke sekolah yang lebih baik sbb result pun baik. So aku gunakan peluang itu untuk beri amanat2 terakhir menjelang PMR dan juga untuk kehidupan. Things that i want to make it so simple turned out to be so emotional for me. Macam2 aku cerita. Semuanya bukan suruh diorang kesian kat aku, tapi sebenarnya nak bagi diorang tau betapa sayangnya aku kat diorang ni semua. Tak mahu diorang rosakkan masa depan masing2 coz i'm not gonna be here forever untuk bagi nasihat kat diorang in the future.

Monday, October 05, 2009

MyStage | Muzikal Gamat

Salam.
Menyaksikan teater muzikal Gamat membuat aku terkenang ketika menonton teater kanak-kanak Siti di Alam Fantasi 6 tahun lepas. Daya penariknya adalah Amy Mastura. Bezanya, 6 tahun dulu dia menjadi Siti tapi sekarg dia jadi Ibu Gamat.
Muzikal gamat membawa mesej untuk gaya hidup sihat, sayangkan alam sekitar dan pentingya mendengar nasihat ibu bapa. Ia membawa kisah tentang kehidupan di dasar laut yang penuh dengan suka dan duka. Ada yang sakit akibat terkena toksik yang dibuang manusia.
Pada suatu hari, Ketam Bunga, Ketam batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Tiba2 mereka tersesat ketika mereka leka dan seronok bermain. Mereka terjumpa dengan anak gamat bernama Mat yang sedang ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya sedangkan ibu dan bapanya menyuruh Mat duduk di rumah saja. Di Karang Puaka, Kurita sakit terkena sisa toksik yang dibuang manusia ke laut. Kurita mengarahkan pengikutnya Obor2 untuk menangkap Ibu Gamat bagi mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor2 tersalah tangkap Mat. Akibatnya Kurita sangat marah dan bertambah sakit.


to be continued...

Sunday, October 04, 2009

MyScreen | Raya Movie

Salam. Masa raya itu hari sempat aku gi menonton wayang di Teruntum Kuantan. Filemnya adalah Jin Notti, Momok The Movie dgn Tsunami. Kat bawah ni aku ulas serba sedikit sebab banyak movie nak ulas.

Jin Notti

Filem pertama arahan Azhari Zain ini terbitan KRU Pictures. Filem ini dibintangi nama besar industri hiburan seperti Mawi, Fara Fauzana, Adibah Noor, Bob Lokman, Cat Farish, Acappan, Sazzy Falak, Aziz M Osman, Betty Benafe dan ramai lagi.
Pada aku cerita boleh la tahan sebagai sebuah karya ringan. Ceritanya kuat, ada sesuatu yang baru cuma penceritaannya ala kadar sahaja menyebabkan plotnya dah boleh diagak. Kalo setakat nak tonton nak enjoy2 boleh la layan. lebih dari tu takde. Tapi mesej yg ingin disampaikan memang baik kerana ia buat kita berfikir kita ni manusia jenis apa.
Sinopsis lebih kurg gini. Notti (Fara Fauzana) adalah seekor jin yang kena penjara sbb berkelakuan baik. Nak jadi jin kena jahat katanya, so sbb dia baik dia dianggap melanggar peraturan dan dihukum penjara. Bila mahkamah bersidang, hukumannya dia akan dihantar ke dunia manusia untuk hasut manusia buat jahat. Bila dah kat dunia, dia dijelmakan sebagai 3 individu yang berlainan (3 kali jelma sbb kali pertama dan kedua tak jadi jahat jugak). Ruby si minah punk, Yvonne si minah gangster dan Sharifah si minah peguam yang selalu bela penjenayah (jenis manusia paling jahat dlm kalangan manusia merujuk filem ni). Dan setiap kali dia menjelma tu pulak dia akan bertemu Aziz (Mawi) yang membuatkan dia jatuh cinta. Jinbara (Cat Farish) ditugaskan untuk membantu Notti buat jahat agar jam skala kejahatan pada tangn Notti akan naik. Masa kat bumi jugak, Notti terjumpa dengan ayahnya yang dah hidup sbg manusia sbb takleh jadi jahat. Dan akhirnya Notti pun memilih untuk taknak buat jahat, nak hidup sbg manusia, jumpa ayah dia dan kahwin dengan Aziz.
So, pergilh tonton. tapi kalo tak pergi tak rugi pun.

Momok The Movie

Cerita ni pulak boleh dikategorikan sebagai filem komedi seram. 6 cerita digabungkan jadi satu. Hantu2 yg terkenal dalam masyrkat Malaysia dikumpulkan seperti pontianak, pocong dll. Cerita ni lagi sengal. Filem nih diangkat dari vcd tahun 2004 dulu. Pengarahnya pun sama. Jalan ceritanya pun lebih kurang je. Kalo ikut aku, filem nih sama je tarafnya dengan filem2 Prof A. Razak Mohideen yang kurang best tuh. Ceritanya nampak low budget dan macam dibuat asal boleh je. Tapi malas la nak kutuk lebih2. Kesian lak kat org2 yg dah bertungkus lumus buat filem tuh.

Filem ni diarahkan oleh M.Jamil dan menampilkan pelakon spt Faizal AF4, Abon, Datuk Sarimah Ahmad, Mama Rina AF6, Leez AF5, Datuk Aziz Sattar, Ruminah Sidek dll. Lokasinya kat Temerloh. Banyak tempat yang dikenali oleh orang Pahang dalam tuh.
Ceritanya begini. Adlin (Faizal AF4) balik kampung nak jmpa mak n adik2 dia lepas lama keje di Bintulu. Malam tu dia ajak kawan dia pergi makan kat kedai Pak Ajis (Aziz Sattar) kat hujung kampg. Dia berkeras nak pergi walaupun mak dia bgtau Pak Ajis dah tak sihat dan dah tak berniaga sejak isterinya mak Temah (Ruminah Sidek) meninggal dunia.
Sampai kat gerai dia dan Abon jumpa Pak Ajis dan order makan. Sambil makan diorg kongsi cerita hantu. Dan 6 kisah hantu ni disingkap dalam sesi berscerita diorang tuh. Antaranya kisah pontianak kacau pemandu lori, pocong kacau penduduk kg, mayat dilangkah kucing hitam, manusia sesat kat dunia bunian dan kisah gadis dirasuk. Last2 skali biasalah rupanya Pak Ajis memang dah tak berniaga bila dia pg semula tgk gerai Pak Ajis keesokan harinya. Gerai tuh dah usang sebenarnya. Rupanya yg malam tuh hantu.
Macam aku cakap tadi, ceritanya biasa saja. Agak membosankan kerana semua cerita kita dah boleh agak endingnya. Lagi pulak, aspek lakonan dan serba serbi dalam cerita kurang diberi perhatian sewajarnya membuatkan ia tak layak ditonton. Dan paling penting menyesal tgk citer kurang bijak gituh! Moralnya, jangan tengok citer nih.

Tsunami at Haeundae

Ni pulak cerita fiksyen Korea yang berkisah tentang korea dilanda Tsunami. Tapi aku takleh nak komen sbb sepanjang cerita aku tertidur dek kerana bosan. kalo aku komen karang tak adillah sbb aku tak tgk. So korang tengok la sendiri. Hehehe.














Chow Cincauuuuu!

Friday, October 02, 2009

MyWords | Case Of The Ex


Kadang2 kita takkan tahu sejauh mana manusia boleh berubah. Aku tak tahu aku boleh berubah jadi apa. Bukan maksud aku boleh jadi ultraman ke, berubah jadi raksasa ke, tapi berubah sikap. Manusia kadang2 akan berubah, tapi hanya bergantung pada masa dan keadaan yang sesuai.

Inilah kesnya dengan ex-student aku. Siang tadi aku ke SMK Maran. Dalam berkejar2 nak g jumpa cikgu sekolah tu, aku terserempak dengan beberapa orang ex-xtudent aku yang skrg ni upper n lower six kat SMK Maran. Student2 tuh, (sorry guys terkutuk korg) dulunya bukan la tergolong dlm kumpulan cemerlang. Dan keadaannya kat sekolah pulak asyik nak wat kecoh sana sini. Kalau ikut keadaan masa diorang F4 n F5 dulu, aku tgk memang takde harapan la.

Tapi tulah. Kesedaran pasti akan datang pada setiap manusia. Cuma cepat atau lambat je. Dan student2 yang aku jumpa tadi aku rasa dah berubah. Aku rasa diorang bukan lagi student yang suka wat kecoh. Bukan lagi student yang taknak belajar. Bukan lagi student yang tak tahu hala tuju hidup. Dan bukan lagi student yang gelap masa depannya.

Untuk Akram, Taufiq, Sayuti, Hamiza, Yati dan semua SMKCJ Fivers 2007 dan 2008, saya doakan awak semua yang terbaik dalam menempuh kehidupan. Jangan malas2 lagi.


MyWords | Restu Ilmu

Assalamualaikum. Pagi tadi kat sekolah ada Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana. Majlis ini diadakan untuk memohon petunjuk dan bantuan daripada Yang Maha Esa agar calon2 PMR dan SPM kitorang tidak berhadapan dengan sebarang masalah dalam mencari keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah. Kedatangan pelajar sangat baik manakala kehadiran ibu bapa juga memuaskan. Majlis sama2 membaca Yasin dan berdoa sebelum ditamatkan dengan solat hajat dan doa. Semoga Allah mengabulkan permintaan kami tadi.
Kemudian acara disambung pula dengan Majlis Restu Ilmu. Sesi bersalaman sangat menyentuh hati aku. Semua pelajar aku nampak ikhlas memohon restu pada semua guru serta meminta maaf atas segala ketelanjuran selama ini. Ramai yang sebak dan menitiskan airmata. Empang aku pun hampir pecah jugak tadi bila bersalaman dengan diorang. Aku lak jenis takleh tgk orang nangis. Aku pun join skali. Nasib baik darah anak wayang ada dalam diri aku nih. Leh la cover skit.
Untuk semua student, saya halalkan semua ilmu yang selama ini telah saya curahkan. Harap ilmu itu dapat dimanfaatkan dalam kehidupan awak semua. Sebelum itu, gunakanlah apa yang telah dipelajari selama ini untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM yang akan datang ini.
Untuk pelajar 3A dan 3B, saya menaruh harapan yang sangat tinggi pada awak semua agar cemerlang dalam PMR 2009 ni. Berikanlah yang terbaik. Saya yakin, awak semua tidak seteruk yang disangka dan mampu buat guru2 gembira.

Thursday, October 01, 2009

MyWords | Makin Jelas

Hmm..hari ni dah masuk bulan Oktober yakni 1 Oktober 2009. Ini bermaksud tinggal kurang dari seminggu student2 aku akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009. For information PMR berlangsung dari 7 ~ 13 Oktober 2009. Personally aku rasa sangat takut. Bukan takut PMR dah dekat tapi macam2.
1. Aku takut peratus sekolah jatuh memandangkan 2 tahun kebelakangan ini peratus kitaorang agak baik dan mencatatkan peningkatan.
2. Aku takut menerima hakikat bahawa masih ramai budak yang belum 100% peratus bersedia untuk ambil exam tuh.
3. Aku takut akan ada ramai budak yg gagal.
4. Aku takut target 35 orang A untuk BM takkan tercapai.
5. Aku takut takde budak dapat 8A lagi tahun ni.
6. Aku takut kalau2 budak tak study langsng kat umah.
7. Aku takut budak datang exam dengan otak yang kosong.
8. Aku takut apa2 kejadian buruk menimpa student aku menybabkan diorg takleh exam.
9. Aku takut soalan yang keluar nanti susah sangat sampai diorang xleh jawab.
10. Aku takut aku lak yang sakit sampai takleh tengok diorang exam.
11. Yang paling aku takut adalah kalau aku takleh bantu diorang pada saat diorang sangat2 memerlukan bantuan aku.
Banyak lagi perasaan yang berkecamuk dan sentiasa muncul di fikiran aku. Selagi PMR ni tak habis memang aku tak senang duduk. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini. Amin.
Sejak Selasa lepas, kelas tambahan intensif dah kitorg mulakan. Start abis sekolah, kul 3 sampai 4.30 ptg. Then brsambung plak pada 5 sampai 6 ptg. Malam pun ada dari kul 8 sampai 10 malam. Well, nampak memang packed giler tapi itu baru sikit je. Kalau ikut hati aku, lagi ketat dari tu jadual dia. Tapi memandangkan tahap student aku, aku terpaksa kurangkan. Aku faham diorang tak mampu nak berkorban lebih dari itu. Diorang nak kejayaan tapi pengorbanan untuk membayar harga kejayaan itu diorang tak sanggup nak bagi.
Apapun, alhamdulillah ramai yang datang kelas. Tak macam dulu2, jumlah yang datang boleh dibilang dengan jari. Sekarang pun boleh, tapi banyak la jari kena guna. harap diorang leh maintain macam ni sampai pekse n memberi isyarat pada aku dan rakan2 yang diorang dah bersedia. Insya Allah.