Monday, August 31, 2009

MyWords | Aktiviti Cuti


Walaupun cuti panjang tapi aku sempat duk lepak umah beberapa hari je. Gi Kl la. Gi Kuantan la. Selebihnya aku duk kat Maran. Study PTK katanya. Kat sini aku upload gambar2 beberapa aktiviti aku dengan family aku.

Ini adalah sesi membeli barang kemas.
Kak Long dengan Kak Ngah aku. Fokus kat lengan diorang tu.
Kat mana..? Toko Jasa Temerloh. Mari..mari..mari....

Dah beli barang kemas, beli lah kain pulak.
Dah beli kain, belilah tudung pulak.
Dah beli tudung..amik gambar. Sib baik tokey kedai kool je.

Haa..ni dia ratu tawar menawar.
Sakit kepala Si Asri nak bagi diskaun.

Sesi buka puasa.
Ni dia Geng Tak Puasa.
Makan la atas tikar terbang.
Tu pun semua duduk diam sbb kena ugut xleh main bunga api.

Geng Adik Beradik.
Sebahagian family aku.
Minggu nih semua kakak balik.
Meriah berbuka ramai2.

Ni Geng Abang Ipar.
Cuma yang baju kuning nih adik aku.
Yang baju hitam separuh tuh abang ipar lagi sorg.

Pesta Bunga Api.
Excited sangat bebudak nih.

Yang ni pulak sibuk nak pegang apinya.

Muhamad Hilman Irfan bin Hadisam.

Muhamad Zharif Najwan bin Hadisam.
Bukan kepala dia terbakar tau.
Sj nak sorok identiti dia. It's magic!
(sebenarnya gigi dia baru tercabut. cover)

So..itu la serba sedikit aktiviti kitaorang. Esok dah start sekolah semula. Rindunya aku nak jumpa kawan2 n student2 aku.

Jumpa lagi.


MyWords | KL Trip


Jumaat 28 Ogos 2009.
Aku n Nonie bergerak ke KL untuk urusan pembelian motor. Walaupun macam2 angan2 nak shopping sana sini, semuanya tak jadi sebab urusan kat JPJ Wangsa Maju abis agak lewat. Itupun nasib baik JPJ Wangsa Maju nih begitu efisien. Kalo lembab tatau la abis kul berapa.

Face mask kena pakai.
Langkah mencegah H1N1.

JPJ Wangsa Maju.

Sidang menunggu dalam JPJ.

Lepas tuh pergi pulak hantar motor ke Puchong n buat urusan pemindahan wang kat Maybank Puchong. Diorang masuk bank, aku gasak tido dalam kereta. Selesai hal kira2 pukul 3.30. Nak shopping memang dah tak sempat dah. Terus la kitaorang bergerak pulang. Kat area Ampang ada lak accident yang membuatkan jalan menghala ke Seremban jam. Nasib baik takkena kat kitorg. Kalo tak, subuh la sampai gamaknya.

Polis tuh cakap apa ntah.
Buat2 sibuk je kot.

Jammed.

Sebelum terus balik, sempat la aku singgah kat Dunkin' Donuts untuk beli donut kesukaan aku n family. Kat situ, boleh pulak terjumpa dengan satu group MyVi. Nak balik kampung kot. Aku pun sakan posing.

Depan Dunkin' Donuts.

Banyak MyVi.
Si Nonie yang giler.

Akhirnya, aku sampai Temerloh ngam2 pukul 7.20. Dah masuk waktu berbuka. Terus berbuka kat restoran Serasi. Malam balik Kg.Awah mengadap ayah bonda. Hehe.


MyWords | Misi Popia


Hmm. Pertama kali melangkah ke bazar ramadan maran , aku terus melilau mata mencari makanan favorite aku waktu bulan puasa n bulan tak puasa. Apa lagi kalau bukan popia goreng. Bezanya, kalau bulan tak puasa aku boleh tibai je mana2 popia goreng. Tapi kalau bulan puasa aku kena makan popia goreng yang dijual oleh seorang kakak yang aku pun tatau nama dia. Walaupun tahun lepas dah beli tiap2 hari, tetap aku tak pernah tanya nama dia. Dia pun tak pernah tanya nama aku.
So, tahun ini dengan semangat yang berkobar2 aku pun melangkah ke bazar ramadan dengan satu harapan, satu tekad untuk mencari popia goreng tersebut. Kunjungan aku ke lokasinya tahun lepas hampa kerana orang lain plak yang berniaga kat port itu. Dalam hati aku mengandaikan mungkin kakak tersebut tak berniaga tahun nih sebab nak beribadat. Aku pun terus la beli popia kat kedai lain. Nampak je popia yang macam sedap, aku beli. Sampai 3 ringgit aku beli petang tuh.
Akhirnya aku putus asa dan buat keputusan untuk balik. Sebelum balik, aku round lagi sekali buat kali terakhir. Nak kompem betul2 gerai kakak tuh takde. Tiba2, aku terperasan seseorang yang aku kenal bentuk badannya sedang berjalan. Ya! Itulah kakak popia yang aku cari2 tadi. Rupanya dia pun sibuk membeli belah makanan nak berbuka barangkali. Aku ingatkan dia jalan2, tapi mata aku cepat menangkap apron yang dia pakai menandakan dia pun berniaga kat situ. Aku mengekori dia untuk mengetahui mana port baru dia. Untuk tidak disyaki orang lain dan tertuduh, aku sembunyi dan menyorok di balik orang ramai. Begitupun, usaha aku sekali lagi gagal kerana kakak tersebut berjaya meloloskan dirinya. Terpaksalah aku cuba esok plak. Tapi, macam biasalah. Cari yang lain. Orang lain aku jumpa. Aku jumpa beberapa orang cewek yang macam pernah ku lihat, tapi di mana ya? Ni gambar2 diorang.

Suasana bazar. Ini bukan makcik popia.

My fav chicken rice.

Cewek2 penyeri bazar.

Suspect kes kehilangan makcik popia.

Balik rumah, aku berbuka puasa dengan memakan popia sebanyak rm3. Nak dijadikan cerita, dalam rm3 popia yang aku beli tuh, ada popia kakak tuh. Cuma aku dah lupa kedainya yang mana. So..kena la cari esoknya pulak.


Tuesday, August 25, 2009

MyScreen | Up


Menonton filem kartun or animasi di pawagam memang jarang2 berlaku dalam hidup aku. Tapi semalam aku pg jugak menonton filem animasi terbitan Pixar ni kat wayang. Sebab? Sebab citer lain sume aku dah tgk. Sempat lagi bulan2 pose nih gi tgk wayang. Hehe.
Filem Up nih diarahkan oleh Peter Docter pengarah yang terkenal dengan Toy Story dan Monster's Inc. Suara pelakonnya pulak, sorang pun aku tak kenal. Tapi semuanya bersesuaian la dengan karekter masing2.
Filem nih mengisahkan pengembaraan seorang jurujual belon berumur 78 tahun naik rumah dia yang diikat dengan beribu-ribu belon. Mula-mula citer nih, penonton di kisahkan dulu tentang hidup masa kecik sampai la tua pakcik yang bernama Carl Fredricksen nih. Mcmana dia suka sangat dengan sorg mamat penjelajah yang apa nama ntah, yang pergi menjelajah ke Paradise Fall (tempat yang dikatakan terpencil dan terputus hbgn dengan dunia luar dan tempat tinggal haiwan2 pelik). Minat dia yang mendalam sangat dengan penjelajahan tuh menemukan dia dengan isteri dia, ellie. Diorang bercinta dari kecik sampai kahwin, sampai tua. Dan diaorang kongsi angan2 yang sama iaitu nak pergi ke Paradise Fall. Kelakar betul bila diorang kmpul duit tiap2 hari, tapi last2 kena pecah tabung byk kali sbb ada keperluan lain. Malangnya angan2 tu tak kesampaian bila Ellie mati. Dan Carl nih pulak hidup la sendirian berbekalkan kenangan isteri dia. Yang menarik kat sini, pengkisahan hidup dia nih, takde dialog pun. Babak demi babak dipaparkan. Tapi dapat menyentuh hati. Sedih sgt bila wife dia mati.
Kick citer nih mula bila Carl nih dipaksa pindah oleh pemaju bangunan sbb kawasan umah dia akan dirobohkan sbb nak wat bangunan. Hari2 kena desak sampai kejadian dia kena tahan polis n nak dihantar ke rumah orang tua, membuat kan dia nekad ikat belon beribu-ribu pada umah dia, terbang dan menuju ke Paradise Fall (hasrat hati isteri dia nak buat umah n hidup kat sana). Tapi masalahnya, bila dah terbang tuh, ada lak sorang budak yang bernama Russel ikut sekali. Budak nih ala2 pengakap la, tengah kumpul lencana. Start dari situ bermula la pengembaraan mereka. Penuh kelakar dan kelucuan. Masa tuh diorang jumpa dengan sejenis burung pelik yang si Russell namakan Kevin. Pas tuh jumpa la anjing2 pengesan yang nak tangkap burung tuh. Nak dijadikan cerita, anjing2 nih tuannya adalah si penjelajah masa kat awal cerita td.
Boleh tahan la citer nih. Kelakar pun kelakar, emosi pun emosi. Sedih gak lah. Filem nih betul2 mengajar tentang kasih sayang, persahabatan dan setia kawan. Abih citer, tringat kat kawan2 aku.


Monday, August 24, 2009

MyWords | Bazaar


Hari semalam aku pergi bazar ramadan Temerloh. Mula2 malas nak pergi, tapi dah kebetulan pg bank keluar duit, singgah la. Itupun lps ternampak kwn2 aku g skali. Aku pun singgah la.
Sampai kat temerloh, masa tuh dah hujan lebat. Angin pun kuat. Siap ada dahan patah lagi. Tapi tetap tidak mematahkan semangat manusia2 yang lapar untuk mendapatkan makanan. Kalo aku pergi pasar ramadan, macam biasa la. Sama je mcm aku g pasar malam n pekan sehari, tatau nak beli apa. Nak dapat parking pun susah. Bukan main pack tepi2 jalan tuh. Tapi walau jam, tetap la aku sempat ambik gambar. Last2 setelah penat berjalan, aku belilah berkoyan-koyan air untuk family aku. Diorang kirim. Sambil2 tuh aku beli la kuih sikit2. Pasar ramadan temerloh boleh tahan la besar, tak macam maran. Tapi aku nih bukan besar sangat nafsu makannya. So takde bezanya. Aku melantak bagai nak rak pun kalao ada hantu masuk je. Tapi bulan pose nih takde hantu, so aku makan pun tak banyak.

Dahan patah. Sib baik tak hempap kete tepi tuh.

Gigih jalan dalam hujan.

Jalan kecik. Kete banyak.
Tepi jalan penuh kete. Sesak la jawabnya.

Suasana sekitar bazaar.


Abis beli, aku pun balik makan kat umah dengan family. Ada lak anak sedara aku yang umur 4 tahun asyik wat kelakar. Kecoh betul. Lepas sembahyang maghrib, aku balik maran semula sebab esoknya nak daftar budak2 PMR 2010. Mlm ada study dgn budak2 nih.
Hari nih tatau lagi nak berbuka n makan kat mana. Katanya ada orang nak belanja aku KFC. Kita tunggu dan lihat.


MyWords | Trial dah abis... Yahoo!

Yea yea. Trial PMR dah abis. Seminggu menunggu akhirnya trial ni abih jugak. Dulu berdebar2 nak menunggu trial, sekarang berdebar2 nak menunggu result plak. Itupun setelah lepas seksa menanda kertas. BM woo...2 kelas woo... gila woo..! Sebelum berbicara lebih lanjut ni ada gambar exam tempoh hari. Jemput2..

Emm..mcm tekun kan?
Jangan tertipu. Ntah apa la dibantainya.

Haa. Ni lagi satu.
Sindrom putus harapan.
Tak tau nak jawab...tido jelah.

Haa...tulah dia gaya menjawab exam budak2 zaman sekarang. Awal2 tak nak study. Skrang dah dekat exam tatau nak jawab apa. Berdoalah ye budak2. Supaya dapat score exam nih.
Tulah dulu kan dah pesan. Study..study..study..tp taknak. Entah diorang ingat aku membebel hari2 kat dalam kelas tuh sesajer agaknya. Atau diorang memang suka dengar aku membebel. Ntah la. Tau la suara aku merdu.


Friday, August 21, 2009

MyWords | It is time

Wow. Tak sangka. Sekejap betul masa berlalu. Dah bulan puasa semula. Rasa macam baru sangat aku puasa n raya. Tapi takpe sebab bulan Ramadhan nih penuh keberkatan. Kalo datang banyak2 kali pun takpe. Boleh topup mana2 amalan yang kurang. Inilah masa nak tambahkan amalan.
Bila tiba time puasa, ingatan aku tak dapat lari daripada macam2 jenis pengalaman aku berpuasa dari aku kecik sampai sekarang.
Seingat aku aku start puasa masa umur lima tahun. Time tuh puasa penuh. Bila lagi sejam nak berbuka, masa tulah aku rasa macam nak mati sebab tak tahan sangat dah. Haus, lapar, macam2. Tapi hidup lagi sampai skrg. Kalau waktu kecik2 dulu, makan ala kadar aje sebab family aku bukan org kaya. Biasanya mak aku akan masak aje apa yang ada. Mujur mak aku pandai masak n pelbagaikan jenis makanan. Takde la kitaorg makan lauk sama je. Kalo ada duit lebih, bapak aku akan belikan lauk or makanan lain kat pasar ramadhan. Aku n adik2 lak akan makan tak ingat dunia sampai nak sembahyang pun kena papah. Huhu. Aku ingat lagi pernah sekali kitaorang berbuka makan goreng pisang mak aku buat sebab bapak aku balik keje lambat. Lauk pun lambat la. Tapi masa nih best, sebab walaupun bapak aku garang tapi kalo time bulan puasa dia akan ikut je selera anak2 dia. I love u abah!
Time kat SDAR lak, bila tiba time puasa, dewan makan akan sediakan macam2 makanan. Nasi, lauk, burger, dadih, epal n macam2 lagi. Mana tak mewah, bajet makan untuk siang tuh semua dibawa ke malam, pasal tuh boleh makan macam2. Bila tiba time sembahyang, mula masing2 curi tulang tersandar kat tiang. Bila time sahur lak, senior akan kejut. Kadang2 diorg saja2 jerit kat telinga nak bagi bangun. Bila aku senior aku lak wat gitu. Hehe. Bila time nak cuti raya, diaorang pasang lagu raya time sahur. Saja nak bagi budak2 nih nangis sbb rindu kat family. Jahat betul!
Masa kat UPM lak lagi best. Aku n kawan2 pergi bazaar ramadan Serdang. Memang best. Makanan banyak. Orang pun ramai. Bersesak2. Walau ke mana aku gi, tetap bazaar ramadan Serdang the best. Berbuka kat bilik ramai2. Seronok gila. Kalo bosan kat bilik, berbuka kat luar. Bukan luar bilik, restoran luar la. Bila dah keje kat UPM pun still pegi bazaar ni jugak. Sbb tuh aku suka.
Waktu duk kat Batu Pahat, budak2 maktab akan beli kat kafe. Tapi kitaorang budak2 KPLI yang ader kereta suka beli or makan kat luar. Banyak skit pilihan. Walau beli kat luar, tapi biasanya aku akan bawak n makan kat bilik. Sama2 dengan budak2 BED sebab kesian kat diaorang takde duit. Saja sedekah bulan puasa. So, bila tiba time berbuka, bilik aku memang akan penuh sebab jadi port buak puasa. Macam open house dah.
Sekarang bila dah keje, seminggu sekali aku akan balik kampung, berbuka dengan family. Pun best sebab kitaorang akan beli macam2 walaupun kat umah ada mak, abah n adik aku je. Tapi tetap kena sental semua sebab bapak aku paksa. Jangan membazir kata dia. Bila kakak2 kat kl balik baru ramai. Masa nih la meriah. Makan, borak tak ingat sampai kadang2 terbabas maghrib di akhir garisan. Bila sahur, makanan yang tak abis tadi kena habiskan. Mak aku tetap maintain masak nasi. Tapi dia tengok je kitaorg makan.
Kalo tak balik aku akan berbuka kat umah jelah. Pergi pasar ramadhan n makan kat umah. Lauk pun simple2 je. Sahur kadang2 bangun kadang2 tak. Bosan makan kat umah, aku berbuka kat Kuantan. Ajak la student 2, 3 orang. Saja belanja diaorang. Tahun nih ingat nak berbuka kat hotel plak. Tapi tatau hotel mana. Tengah survey2.
So, Ramadhan datang lagi dengan seribu manfaat dan seribu nikmat. Aku harap puasa aku tahun nih lebih baik dari tahun2 lepas.

Ladies and gentleman..it is time.


Thursday, August 20, 2009

MyWords | Forever

Yesterday i have to turned down an invitation from my ex-teacher, Cg.Hanafi to the majlis doa selamat and solat hajat at Surau Taman Maran Impian. His daughter nak pergi study kat India. Tempat yang aku nak pergi this coming Disember. Not because that i don't want to go, tapi dalam pukul 7 lebih i got a call from my best friend, Khairuddin Hj Abdullah a.k.a Glet from India. Ada lah kitorang borak hampir sejam. Sampai melewati waktu maghrib. Itupun call terputus sbb kredit dia habis.

Call tu adalah satu rahmat bagi aku di kala aku sangat perlukan someone to talk to. Memang hari tu kepala aku tengah kusut. Dulu waktu dia kat sini lagi, bila ada masalah je mmg aku akan call dia. Tp skrg susah la skit..banyak sebenarnya nak call dia nun jauh kat India tu. Dalam masa yang singkat tuh, sempat la lepas rindu setelah bbrp bulan tak bercakap. Tapi tak sempat nak borak pasal peribadi sebab most of the time borak n plan pasal trip aku ke India hujung tahun nih. Dalam borak2 tuh baru aku tau betapa besarnya India tuh sampai nak pergi jalan antara negeri pun kena travel sampai 2,3 hari. Mak aii.
Sempat jugak aku menjaki2 kan dia pasal tepung pelita n bazaar ramadan sempena Ramadhan yang dah dekat nih. Heheh.

A few days earlier, aku g tengok teater dengan kawan2 aku yang sama2 skolah kat SDAR dulu. What a reunion.. Lama tak jumpa, buat masa 2 jam borak tuh rasa sangat singkat. Dah lama tak borak n gelak mcm tuh dengan orang yang sama wavelength dengan aku. Malam tuh aku, Haizam, Mega, Izzad n Jack lepak kat Old Town KL. Macam2 borak. Pun sama keadaannya dengan panggilan Glet tadi. Perjumpaan aku dengan diorang wat hilang tension keje aku. Tapi lepas tuh, balik skolah tension semula.

Glet's call n lepak sama2 dgn bdk2 tuh tiba2 buat aku rindu yang teramat sangat kepada Allahyarham Mohd. Alfian bin Jamaluddin. Diam tak diam dah 5 tahun arwah pergi meninggalkan aku dan kawan2. Especially bila dah nak pose n raya nih. Tapi aku rasa marah pada diri sendiri. Dah 5 tahun arwah pergi tapi tak sampai 5 kali aku ziarah kubur dia. Apa jenis kawan la aku nih. Kalo waktu arwah ada dulu, walau tak selalu jumpa tapi bila jumpa memang pecah perut ketawa. Lagi pulak dia nih memang jenis yang tak berkira. Nak mintak tolong memang senang. Sepanjang 10 tahun kenal dia, banyak kenangan. Lagi pulak, dalam semua kawan2, aku la yang paling last jumpa dia.
So, tahun nih Insya Allah..aku azam untuk ziarah kubur dia. Nak baca Yasin untuk dia. Banyak benda aku nak cerita dekat dia.

To Alfian, you will never be forgotten. Forever.

Me and my forever best friend.


Wednesday, August 19, 2009

MyWords | Mari Meracau


Begitu lapar aku hari nih. Tahapnya sampai sikit lagi je aku nak meracau. Kalau ada sapa2 buat hal dengan aku tadi memang malang nasib org tuh. Tapi nasib baik takde. Pagi tadi start pekse budak2 F3 lepas tuh ingat nak pegi makan. Baru order air, ada lak panggilan tugas. Menitik air mata aku sambil berjalan menyelesaikan tanggungjawab (acah je..saja nak bagi dramatik). Habis selesai tugas, loceng pun berbunyi menandakan waktu kelas bagi jadual aku dan guru2 yang sewaktu dengannya. Masuk la kelas pulak. Keluar masuk kelas sampai la balik. Tambah menyedapkan cerita kepala pening pulak. Simptom penyakit apa aku pun tak tahu.
Krong kreng krong kreng. Begitulah tajuk lagu yang dimainkan perut aku sepanjang hari ini. Tapi akhirnya lagu tersebut berhenti setelah jamuan birthday kitaorg berjalan lancar. Makan nasi ayam n air oren. Aku makan sampai tambah dua kali. Biasa la tuh untuk orang yang membela seperti aku. Sedap hingga menjilat jari kaki.
So anak2, begitulah serba sedikit kehidupan seorang guru yang sibuk sampai kadang2 tak sempat nak makan. Sapa cakap jadi cikgu senang? Tulah..sapa suruh jadi cikgu?


Monday, August 17, 2009

MyWords | PMR Trial





Ini la antara calon PMR 2009 SMK Cedung Jaya.
Ada gaya tak dapat straight A's?


Hualamak. Hari ni start trial PMR JPN Pahang. Kecoh giler pagi2 tadi. Ingatkan periksa kat kelas sebab dewan F4 n F5 guna, sekali trial PMR kat dewan daa. Kecoh giler dengan nak susun meja, dengan nak tampal label, dengan nak sapu n macam2 lagi. Dah settle kat dewan, kira2 kertas soalan tak cukup pulak. Dah kena gi fotostat nak bagi cukup. Sampaikan hari nih aku tak sempat nak makan. Settle keje kat dewan ingat nak g makan, ada kelas pulak sampai pukul 12. Lepas tuh relief pulak sampai kul 2. Lapar giler. Sampai aku tulis mende nih..aku tak menjamah nasi lagi. Dah pukul 10 malam. Nak g makan mata ngantuk dah sbb semalam tido lambat.

So, ada apa dengan trial?

Trial memang penting. Ini lah masanya kita nak ukur sejauh mana tahap kesediaan kita untuk menghadapi PMR yang bakal tiba nih. Hampir semua budak F3 kat Cedung nih memang tak ready nak pekse. Kalo dah ready takde la diaorg gubra sgt macam skrg. Itupun nasib baik gak ada perasaan takut nak pekse tuh, oklah gak. Ini ada gak yang buat tak peduli jek pasal pekse PMR nih. Malang sungguh nasib malang orang yang malang tuh.

Even worst, usaha nak bagi sedar calon2 PMR nih yang PMR dah makin dekat macam takde kesan apa2. Diaorg masih lagi berborak, bersukaria, berlari2, melompat2 tak kira bila ada masa lapang. Tak pernah adanya masa yang serius nak blaja. Kat sekolah taknak belajar. Kat umah lagilah. So, masuk dewan peperiksaan dengan otak y ang kosong. Mulalah bila dapat kertas soalan tersengih2, jeling kiri kanan, pandang kawan, pandang cikgu..taktau nak buat apa.

Masa kat dewan periksa, still lagi nak pinjam alatulis kawan2. Pemadam pun nak pinjam padahal harganya berapa sen lah sangat. Kalo topup talipon tuh, berpuluh2 ringgit sanggup. Bukan saja buang masa sendiri, dah buang pulak masa member tuh nak melayan kerenah orang yang tak serius nak pekse nih. Dalam pekse, setiap saat begitu berharga. Nasihatnya, kalo dah tak mampu nak beli pensil, pembaris or pemadam yang tak sampai seringgit satu tuh, berhentilah jadi student. Benda yang senang pun takleh nak sediakan.

Paling menyakitkan mata, paper baru start tak sampai setengah jam, dah ada yang tidur. Ntah apa masalahnya. Tak tahu nak jawab, tapi langsung tak nak mencuba. Taknak langsung berusaha, nak pikir. Selayaknya, orang macam ni suruh je baring atas lantai tuh.

Ni, belum tengok lagi skrip jawapan siang tadi. Ada harapan tekanan darah meningkat nih. Tapi still doa aku semoga budak2 nih leh skor. Segalanya dah dibagi. Even cara nak study pun dah ajar. Dari A-Z dah diturunkan kat diorg. Tak tahu dah nak cakap apa lagi. Kalo tak skor jugak, memang kecewa lah. Harapan aku untuk batch budak2 nih memang tinggi sebab aku dah jaga diorg dari F1 lagi. Harap sangat the first 8A untuk skolah nih datang dari batch ini. Tapi skrg, lagi 2 bulan nak pekse, tak tau la ada harapan lagi ke tidak. Best student UPT2 hari tu pun baru dapat 4A. So, how?

Still lagi nak tanya ada apa dengan trial?



MyStage | Muzikal Tun Razak



Agak mengecewakan. Harapan menggunung untuk menyaksikan sebuah pementasan hebat sebagaimana yang diwar-warkan di media massa akhirnya berakhir dengan sebuah kekecewaan tatkala selesai menyaksikan Muzikal Tun Abdul Razak yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi. Sepengetahuan aku ini adalah pementasan yang kedua selepas di pentaskan oleh Aswara pada tahun 2008.
Muzikal ni diarahkan Rahim Razali, pelakon yang memang aktif berteater. dan pernah mengarahkan beberapa pementasan. Watak utama didokong Rashidi Ishak (Tun Abdul Razak), Fauziah Latiff (Toh Puan Rahah), Shahrul Mizad Ashari (Wan Rakyat), Rime Nazri (Tun Dr. Ismail), Syukor Ibrahim Bachik (Tunku Abdul Rahman) dan pelakon2 Aswara.
Kat sini aku senaraikan beberapa sebab yang membuatkan aku kecewa dengan pementasan ini (nasib baik dapat tiket free) :

i) Set - melihat set yang ditonjolkan malam tadi membuatkan aku tak rasa pun perasaan menonton kat pentas hebat seperti di Istana Budaya. Set yang ditonjolkan seolah-olah baru siap semalam. Dah tu pulak, warna dan catnya sekata aja. Cikgu seni sekolah aku warna lagi cantik. Senang cerita, set yang ada dalam muzikal tuh tak hebat la. Macam tak cukup bajet nak buat. Lepas tu pulak, bila ader je slideshow yang dipancar pada latar belakang, mesti ada benda yang menghalang sampai tak nampak langsung apa yang dislide show kn. Contoh masa babak konfrontasi, ada slide show keratan2 akhbar dari Indonesia, ada plak benda kain berjuntai2 n menghalang pandangan. Nak bagi tengok tapi mcm tak ikhlas.

ii) Nilai sejarah - tujuan aku menonton muzikal ini adalah untuk mengenali Tun dengan lebih dekat. Yelah, manalah tau kot2 ada fakta2 tambahan dalam muzikal ni yang cikgu aku tak ajar kat sekolah. Tapi, hampeh. Memang la kalau nak masuk semua tak cukup masa. Tapi sekurang2nya, masuk kan la perkara2 yang orang belum tahu. Tak tahu la plak kan kalau2 semua yang dipaparkan dalam muzikal tuh memang orang tak tahu. Kalau gitu, buta sejarah la orang2 tuh.

iii) Isi kandungan - sisi Tun yang cuba dikupas melalui muzikal ini sangat nipis. Hanya pada kulitnya saja. Zaman kanak-kanak beliau hanya diceritakan oleh watak bernama Wan Rakyat sambil disokong tayangan multimedia gambar2 berkenaan. Itupun tidak menyeluruh. Saat perkenalan Tun dan Toh Puan Rahah langsung tak disentuh yang pada hemat saya pastinya menarik jika diimbau. Malah, ada pulak babak yang penting diabaikan dan babak tidak penting ditonjolkan berlebihan. Contohnya, babak konfrontasi dan 13 Mei. Babak ini sangat penting sebenarnya kerana disitulah kebijaksanaan Tun teruji, namun babak ini hanya ditampilkan melalui gerak tari para penari yang langsung tak menarik ditambah dengan props yang entah apa2. Kalau budak2 atau remaja tengok, belum tentu diaorang akan paham. Aku tertanya-tanya adakah babak bersama orang gaji lebih penting daripada itu. Tidak ada babak-babak penting yang memberi kesan yang menggambarkan Tun sebagai seorang wira besar.

iv) Lakonan - aku tak berapa pasti apa yang menyebabkan Rashidi Ishak dan Fauziah Latiff terpilih mendokong watak utama sedangkan lakonan mereka berada pada tahap biasa-biasa saja. Malah Rashidi kurang boleh menyanyi. Watak Tun Razak tidak dijelmakan sebaiknya. Watak Toh Puan pula sekadar pelengkap yang hampir tidak meninggalkan impak. Begitupun pujian harus diberikan kepada beberapa orang pelakon dari Aswara yang menunjukkan lakonan berkesan.

v) Perwatakan - watak utama tidak meresap dan watak pembantu sekadar penghias yang kadangkala nampak seperti pokok bercakap. Tegak macam kayu. Ahli politik memang berdiri tegak je ke? Tak nampak langsung keje2 Tun membangunkan negara dan paling penting, tak nampak langsung yang Tun tu sakit. Tiba2, meninggal.

Alah. Malas nak tulis panjang2. Kesimpulannya, muzikal ini tak best dan agak tawar rasanya. Tidak seperti teater2 yang pernah dipentaskan IB sebelum ini. Langsung tidak meninggalkan kesan. Ditambah pulak dengan bau yang kurang menyenangkan yang datang daripada orang depan aku. Lagilah spoil mood aku nak layan. Apparaa..... Ni ada sikit gambar untuk tatapan.

Kat lobby Istana Budaya

Tengah menunggu show nak start.

Show abih doh.

Berangkat la keluar.

Pameran kat luar.

Pameran lagi.



Friday, August 14, 2009

MyScreen | Setem

Best! Satu perkataan saja yang boleh aku gambarkan seusai menonton filem Setem ini. Bergerak atas jalur aksi komedi, Setem boleh aku gambarkan sebagai sebuah filem yang lain daripada filem-filem Melayu sebelum ini. Tak dapat dinafikan ketika menontonnya, banyak kali filem Ocean's 13 lakonan George Clooney dan Brad Pitt muncul di fikiran. Bukan nak cakap ini filem ciplak cuma corak penceritaannya ada sedikit persamaan. Begitu juga dengan pemilihan muzik latar. Yang membuatkan aku kagum, ceritanya berjalan dengan sangat lancar tanpa satupun babak yang membosankan. Setiap babak saling menyokong antara satu sama lain. Dah lama aku nantikan filem Melayu seperti ini yang mahu lari daripada klise filem Melayu biasa yang lebih mementingkan unsur drama. Nampaknya penantian aku berbaloi kerana filem ini memang harus ditonton oleh penggemar dan penyokong filem Melayu.
Filem ni diarahkan oleh Kabir Bhatia yang terkenal lewat filem Cinta (2007) dan Sepi (2008) serta tidak ketinggalan siri drama seram Kekasihku Seru (2008). Cerita dan lakon layar yang diilhamkan si Kabir ni memang ada kelas. Walaupun filem Cinta dan Sepi adalah filem cinta yang syahdu, tapi menonton Setem membuat kita lupa tentang filem beliau sebelum ini. Aksi dan komedinya begitu bersahaja dan menjadi. Paling menghiburkan pastinya dialog2 lucu Afdlin dan Sathiya. Tidak bersandarkan komedi dalam dialog semata, malah elemen dark comedy diterapkan.
Pemilihan pelakon dan persembahan mereka juga baik. Setiap watak memang sesuai dengan pemerannya. Setem ditunjangi oleh pelakon yang sememangnya terkenal dan hebat di Malaysia malah memang sering muncul dalam filem-filem Kabir. Watak utama didokong oleh Rashidi Ishak (Mami Jarum, Cinta, Sepi) sebagai Sid, Afdlin Shauki (Buli, Sumolah, Sepi) sebagai Joe, Sathiya sebagai Vellu, Indi Nadarajah sebagai Mani, Vanidah Imran (The Red Kebaya, Sepi) sebagai Alliya, Que Haidar (KL Menjerit 1, Cinta, Maut) sebagai Iskandar, Bront Palare sebagai Burn, Isma Yusoof sebagai Heryanto dan Chew Kin Wah sebagai Lim Piranha.
Setem mengisahkan komplot beberapa individu yang ingin mencuri sekeping setem yang berharga USD4 juta yang akan dipamerkan di Muzium Melaka. Setiap mereka mempunyai sebab untuk memiliki setem tersebut. Apa yang membezakan adalah tujuan dan cara mereka terlibat dalam komplot tersebut. Geng Anak Yatim si Rashidi dgn Afdlin memerlukan duit untuk menyelamatkan rumah anak yatim tempat mereka membesar. Memang diorang sengaja nak curi sebab kena paksa oleh penjaga rumah anak yatim Si Aziz Satar. Geng Tosai si Sathiya dgn Indi Nadarajah pulak nak duit tu untuk bina semula rumahtangga yang hancur. Geng Piranha pulak sebab nak duit. Manakala Geng Tak Bersalah Si Vee dgn Que perlukan duit untuk pembedahan mata Que dan diaorg termasuk dalam komplot secara tak sengaja. Sub plot-sub plot dalam cerita ini digabungkan dengan kemas sekali untuk menjadi plot yang menarik. Lupakan kebetulan yang sekian banyak dan beberapa scene yang agak tak logik seperti setem terbang terus masuk dalam beg, orang buta bawak kereta, meletup tapi tak mati dan lain2, jalan ceritanya memang menghiburkan. Alah, kalo orang putih buat filem tak logik, kita telan gak. Ini kita bikin sendiri, apa salahnya.
Dialog yang paling best dalam cerita ni adalah "I know how you Malaysian like titles" yang sinis dituturkan oleh mat salleh yang tipu pasal setem tuh. Ada kebenarannya, memang orang Malaysia suka dengan gelaran. Terpanjang, terpendek, tercantik, Dato...dan pelbagai lagi gelaran.
So, kesimpulannya, citer nih memang best. Sangat berbaloi!

Thursday, August 13, 2009

MyWords | Aduh ngantuknyerrr..

Wahh..ngantuknya. Rasa nak tersungkur dah ni. Aku pun tak tau kenapa sekarang cepat ngantuk. Pastu pagi2 plak susah/liat sgt nak bangun. Kalo dulu setakat nak berjaga n tido kul 3,2 pagi tuh memang tak kisah la. Tp skrg..berjaga memang bole, tapi balasannya bangun lambat la. Macam tak cukup tido lak. Adakah ini tanda2 penuaan? Tidaaaaaakkkkk!!!!
Tapi walaupun ngantuk, dek kerana budak2 yang nak study nih aku gagahkan jugak mata aku nih walaupun aku dah hampir2 nak jadi zombie nih. Adoii.
Malam nih ada 5 org dtg study. Apis, Arip, Ateh, Anen, Ayu n Nad. Ada yang study math, ada yang study bm, ada yang study sains. Nak tengok? Mari..


Budak ni namanya Apis.
Dia tengah buat latihan BM tuh.


Ni pulak namanya Arih.
Dia tengah tekun buat latihan Math ni.
Lepas dua jam study baru pulangkan balik talipon dia.


Baju oren namanya Anen n sebelah dia namanya Ayu.
Ayu wat latihan BM.
Si Anen pulak pening. Kejap wat BM. Kejap wat Sains. Kejap makan. Kejap borak. Kejap wat Sejarah. Kejap mengata orang. Macam2 perangai.


Ateh dgn Nad pulak wat latihan BM n Sains.
Cuba perhatikan betul2 kat kawasan gelap belakang Nad tuh?

Haa..nampak tak?
Takde apa2 kan. Hehe.


Ni jelah budak2 yang rajin datang study malam2. Mintak2 berbaloi la usaha diorng study malam2 nih. Walaupun takleh cemerlang, sekurang2nya lulus semua subjek dalam PMR 2009. Insya Allah.


Wednesday, August 12, 2009

MyWords | Keje Sama


Kita Keje Sama-Sama
Kita duduk sama-sama
Kita keje sama-sama
Bila keje sama-sama
Hasil kongsi sama-sama
Relax kita sama-sama
Happy kita sama-sama
Kalo sume sama-sama
Nape keje tak sama-sama
Kalo taknak keje sama
Cakap taknak keje sama
Tak payah buat taktik lama
Tak payah bagi alasan sama
Orang geram memang dah lama
Asyik-asyik orang yang sama
Kalo macam ni lama-lama
Kita pindah sama-sama!

Terimalah puisi sengal di atas yang bertajuk Kita Keje Sama-Sama. Sapa2 yang terasa... rasakan! Bukan nak menghina...cuma nak luah rasa je. Whatever pun, thousand apologies.


MyWords | Ya Ampun..

Aduuuuhhhh.....gue malu sekali!

Hari nih hari rabu. Hampir semua cikgu pakai pakaian beruniform kecuali beberapa orang termasuk aku. Kaedahnya bukan aku tak nak pakai, tapi aku punya pangkat tuh dah hilang. Aku tak tau kat mana aku simpan, kat ceruk mana ntah. Puas dah aku selongkar laci, almari hatta dalam kabinet kat dapur sekali aku geledah. Tetap tak jumpa. Kalo talipon boleh la aku wat missed call. Misteri sungguh..anasir manalah yang ambik pangkat krs aku nih....

Hari ni suasana pemakaian uniform dlm kalangan students agak baik daripada minggu2 sebelum ni...maybe sebab Mr. Najib dah tegur n pengetua serta gpk koko dah campurtangan. Tambah2 lak pelajar F1 yang dapat bantuan pakaian seragam tuh dah dapat pakaian masing2..so diorang pakai la. Cuma yang musykilnye student2 lama yang dah ada uniform tapi taknak pakai uniform. Still lagi pakai t-shirt sedangkan t-shirt unit tuh adalah pakaian ketika nak wat aktiviti. Apalah budak2 nih. Kalo cakap kat depa nih bagai mencurah air ke daun keladi. Tak pernahnya masuk dalam pale otak. Kalo masuk telinga kanan kuar telinga kiri pun ok lagi..ni tak sempat masuk telinga lgsung. Aduhaii..

Haa lantak..lepas nih kalo kena tindakan apa2 jangan nak saman2 ye. Dah bgtau banyak kali..pandai2lah bawak diri.

Tuesday, August 11, 2009

MyPost | School Jokes


Q
: Why did the teacher wear sunglasses to school?
A : She had bright students.


Q : What word is always spelled incorrectly?
A : Incorrectly.


Q : How do you get straight A's?
A : By using a ruler.


Q : What's an eight letter word that only has one letter in it?
A : An envelope.


Monday, August 10, 2009

MyWords | Guru Tetap Guru...


Panggilan telefon aku kepada 2 orang cikgu aku petang tadi membuat aku rasa bangga jd seorang cikgu. Cikgu berdua nih memang sangat rapat dengan aku masa aku sekolah kat SDAR : Sekolah Dato' Abdul Razak yang tercinta. Namanya Pn. Zainah n Pn. Nirwana. 2 orang yang dah aku anggap sebagai sahabat, kakak, mak, nenek, jiran tetangga dll lagi selain Pn. Hasni & Pn. Norzila. Masa dulu diaorg ni gelar diri sendiri Black Roses atas sebab musabab yang pihak tertentu saja tahu. Nak citer betapa sayangnya aku kat mereka ni memang takleh aku gambarkan dengan kata-kata. Kat cikgu lain sayang jugak..tp diorang ni sayang lebih laa. Aku pilih kasih..? memang pun.
Kalo waktu aku tension..kat diorang nilah tempat aku mengadu n curah perasaan walaupun akhirnya aku lak yang kena menyanyi nak hiburkan diorang. Kat mana...? Bilik kaunseling..hehe. Kalo lapar diorang selalu belanje makan. Kalo sedih diorang selalu hiburkan. Kalo bosan diorang bawak gi jalan-jalan. Kalo senior kacau dia selalu backup. Kalo masalah study diorang slalu tunjuk ajar tak kenal jemu. Macam2 kenangan aku simpan dengan diorang nih. Mana pernah ada cikgu lain bawak aku g kenduri kahwin kat Melaka. mana pernah ada cikgu lain bawak aku g tengok wayang. Mana pernah ada cikgu lain bawak aku datang umah n masak n makan2. Mana pernah cikgu lain bwk aku g seremban. Mcam2 lagi la..tapi itu la yang diorang buat. Nak kata yang mana paling best...bagi aku semuanya best. Banyak sangat. Sebab itu they will always be my favorite (sori cikgu Sahak..even u tak jadi nak rotan i pun..tetap takleh lawan).

Petang td aku talipon Cikgu Zainah dgn Cikgu Nirwana. Mcm2 kitaorang borak. Dari hal kerje sampai la yang lain2. Mcm2 nasihat diorang bagi. Walaupun aku smpat cakap dgn Cikgu Zainah sekejap aje sbb dia kena jawab call penting...tp lepas tuh dia sms aku tanya ada problem ke..? sesuatu yang mungkin takde apa2 pd dia tp pada aku it was HUGE. Terharu sangat sebab she still ambik berat. Atau dia masih ingat aku ni student dia yang comel mcm dulu kot..hehe.
Pastu aku talipon pulak Pn. Nirwana. Yang ini lagilah..siap bagi aku panduan camne nak elak H1N1 lagi. Panjang ceritanya. Gelak sakan. Tak terkecuali ceramah motivasi dan juga kerjaya. Sesuatu yang sangat berguna untuk aku.

Semua nih buat aku terpikir maksud sebenar seorang cikgu@guru@pendidik. Seorang guru walau selama manapun tetap sayang kat anak murid dia. Tetap nak anak murid dia berjaya. Nasihat dan panduan tak akan berhenti keluar dari mulut seorang guru. Walaupun dah 12 tahun sejak aku menjadi bekas pelajar SDAR, namun mereka ini tak pernah berhenti menjadi cikgu aku. Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana dikurniakan the best teacher that anyone can ever imagine. Semoga mereka sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kebahagiaan yang tidak ada penghujungnya seperti mana aku merasa bahagia menjadi anak murid mereka.

To these teachers..you will always be my idols. I will try my very best to be a great teacher like all of u. Terima kasih cikgu..

MyTheme | Terngiang-ngiang


"Dirty Diana"

Oh No . . .
Oh No . . .
Oh No . . .

You'll Never Make Me Stay
So Take Your Weight Off Of Me
I Know Your Every Move
So Won't You Just Let Me Be
I've Been Here Times Before
But I Was Too Blind To See
That You Seduce Every Man
This Time You Won't Seduce Me

She's Saying That's Ok
Hey Baby Do What You Please
I Have The Stuff That You Want
I Am The Thing That You Need
She Looked Me Deep In The Eyes
She's Touchin' Me So To Start
She Says There's No Turnin' Back
She Trapped Me In Her Heart

Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, No
Dirty Diana
Let Me Be!

Oh No . . .
Oh No . . .
Oh No . . .

She Likes The Boys In The
Band
She Knows When They Come To Town
Every Musician's Fan After
The Curtain Comes Down
She Waits At Backstage
Doors
For Those Who Have Prestige
Who Promise
Fortune And Fame, A Life
That's So Carefree
She's Saying That's Ok
Hey Baby Do What You Want
I'll Be Your Night Lovin' Thing
I'll Be The Freak You Can Taunt
And I Don't Care What You
Say
I Want To Go Too Far
I'll Be Your Everything
If You Make Me A Star

Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, No
Dirty Diana . . .
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, No
Dirty Diana . . .
Diana!
Diana!
Dirty Diana!
It's Dia . . .Aa . . .Aa . . .
Come On!

She Said I Have To Go Home
'Cause I'm Real Tired You See
But I Hate Sleepin' Alone
Why Don't You Come With
Me
I Said My Baby's At Home
She's Probably Worried
Tonight
I Didn't Call On The Phone To
Say That I'm Alright

Diana Walked Up To Me,
She Said I'm All Yours
Tonight
At That I Ran To The Phone
Sayin' Baby I'm Alright
I Said But Unlock The Door,
Because I Forgot The Key,
She Said He's Not Coming
Back
Because He's Sleeping With
Me

Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, No
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana, Nah
Dirty Diana . . .
Come On!
Come On!
Come On!
Come On!...

MyWords | PMR is just around the corner, but...

Alamak ai...tensen pale otak. Tak tau dah nak buat macamana. PMR dah dekat...sangat sangat dekat. Ni dah nak puasa and naik raya nanti dah tak berapa lama terus PMR. Even dah dekat sangat pun still my students masih sempat main2 lagi. Langsung tak menunjukkan sifat or tingkahlaku orang yang nak ambik exam. Result still banyak yang failed...even yang dapat 8E dalam UPT 2 baru nih pun ada. Macamana nak jadi 8A PMR. Memang la kata orang...usaha macamana pun kalao dah takde rezeki..tak dapat jugak. Ini kata-kata orang yang malas nak berusaha. Semua nak serah pada takdir...kalo dah cuba sehabis baik takpe jugak...ini hammmpeeehhhh...
Dah tau tak berapa nak pandai tak nak belajar. Dah tau tak cukup latihan tak nak buat lebih. Dah tau tak ingat fakta malas nak baca. Dalam kelas main-main. Cikgu bagi latihan, meniru kawan punya. Buku hilang. Alatulis tak cukup. Mengantuk. Ponteng kelas. Ponteng sekolah. My god! And all these did by the PMR candidates yang akan ambik periksa Oktober ini.
Budak-budak zaman sekarang. Semua nak harap cikgu suap. Semua nak tunggu cikgu yang bagi. langsung tak tahu macamana nak usaha sendiri. Itupun ada lagi yang malas nak buat homework, latihan or whatever yang cikgu-cikgu bagi. Sampai ke tahap cikgu-cikgu kena tunggu nak buat kerja. Kalo dibiar bawak balik alamatnya...keluar asap laa. Bukan nak berkira, tapi pengorbanan daripada cikgu-cikgu rasanya dah banyak sangat. Tak payah nak cerita pasal duit. Masa pun dah banyak habis nak bagi betul keadaan but still perkara ni terus berlaku. Ada cikgu yang belikan alatulis untuk students, buku dll. Tahap kesabaran ada batasnya. Cikgu pun manusia. Tau erti penat. MELAKUKAN SESUATU YANG KITA TIDAK PERNAH DAPAT HASILNYA SANGAT MEMENATKAN.
Personally, i don't even care dapat 8A ke 8E ke...but the most important thing adalah teruskan usaha. Rezeki tuhan bagi masing-masing. Kalo cukup usaha tak mungkin tuhan tak bagi apa yang kita nak.
So now...what to do? I will never stop! I will do whatever i can do to make sure this year's result will top the previous years result. Almost impossible...but can be achieved. So..boys and girls, fasten your seatbelt....

MyScreen | G.I Joe : The Rise of The Cobra

Hmm..malam tadi sempat la aku gi menonton filem adaptasi dari kartun kegemaran aku masa kecik2...GI Joe. Kartun ni antara favourite aku la masa dulu selain Thundercats, He-Man, X-Men, Spiderman, Superman, Batman dan lain-lain. Memang filem ni yang aku tunggu-tunggu. Dan tahap kesabaran aku malam tadi akhirnya berbaloi lepas dapat menonton GI Joe : Rise of The Cobra dekat Star Screen Cinemas, Kuantan mlm td. Memang best. Full of actions. Walaupun aku dah lupa mostly nama2 wataknya. Tapi yang fav aku ingat lagi. Ceritanya lancar dan menarik. Even kalo kita tak pernah tengok pun versi kartunnye, kita masih boleh faham jalan ceritanya. Plotnya pun menarik walaupun melampau sangat teknologi yang ditonjolkan dalam cerita nih.

Filem ni diarahkan oleh Stephen Sommers, pengarah Hollywood yang terkenal dengan deretan filem2 hebat seperti Deep Rising, The Mummy, The Mummy Returns dan Van Helsing. Maka hebat jugalah hasilnya filem ini. Imej janaan komputernya memang mengagumkan walau kadangkala ada part yang nampak tak real. Bagitupun takleh lawan Transformers..lagi gempak. Barisan pelakonnya pun gempak gak..Channing Tatum-Duke, Sienna Miller-Baroness, Dennis Quaid-Capt. Hawke, Joseph Gordon Levit-Rex, Arnold Vosloo-Zartan dan Marlon Wayans-Ripcord. Oleh sebab filem nih sangat bergantung kepada aksi dan teknologinya, maka aspek lakonan agak kureeng..tapi masih berjalan pada paksi yang betul.
Citernya pulak lebih kurang macam ni. Sebagai filem awal GI Joe, Rise of The Cobra bermula sebagai pengenalan kepada susulannya yang kompem akan ada. Siri yang ni masih dalam peringkat pengenalan kepada watak2 dan juga asal usul kemunculan Cobra. Berkisar tentang senjata pemusnah hebat Warheads yang dicipta oleh Destro, suku sakat McCullen tokey jual senjata kat Perancis zaman dulu kala, filem ni citer pasal tu lah. Perebutan antara Nato dan Cobra dan mcmn GI Joe nak hentikan daripada dunia ini musnah di makan dek nanomyte dalam warheads tuh. So..pergilah menonton yerr..
Kesimpulannya, filem ini best dan tak rugi menontonnya walaupun ceritanya masih nak menonjolkan kehebatan Amerika dalam melindungi dunia. Dada...

Sunday, August 09, 2009

hi again..

aduh....lama sungguh la tak menulis kat sini...ada setahun lebih rasanya...so..this time around i'll write something...i'll try to write everyday...just to express my thoughts la...
this first time post...will be my this week activity...with my beloved students...Kem Maths n Science...kem ni kitaorang buat kat sekolah je...saja nak bawak budak-budak ni alih pandangan sikit..tukar suasana...
lagipun this form five students dah nak ambik spm...tak lama lagi they all akan meninggalkan sekolah cedung jaya yang tercinta ni....sedih nyer..huhu...
so...untuk mengabadikan suasana ini...i'll post some pictures...