Wednesday, September 30, 2009

MyWords | Happily Ever After

My happy family.

The Man..untuk anak2 lelaki aje.
Yg cucu2 gi join skali wtpe pun aku tak paham.

My beloved Mum..
Our very own mami jarum!


My beloved daddy..


Geng2 bujang..


Yeah! It's good to be back to school. Bestnyer cuti raya. Seronok berkumpul dgn ahli keluarga. Macam2 makanan yg aku lahap. Walaupun 3 hari pertama raya aku diserang sakit perut, namun sedikit pun tidak melunturkan semangat aku untuk makan mengikut hawa nafsu. Hahahaharun. Tahun ni semangat raya aku bertambah sbb semua adik beradik aku raya kat sini kecuali adik lelaki aku yg sorg tuh sbb dia raya kat umah mertua di mana menemani wifenye yang baru bersalin. Tambah lagi sorg anak sedare aku. Bajet duit raya pun kena tambah. Adus. Tapi takpe sbb tahun ni ayah aku bagi duit raya kat aku. I love u daddy!

1 Syawal
Pagi raya, lps salam2 n sesi bagi duit raya, ada lak sesi fotografi. Dekat 2 jam kitorg amik gambar. Aku pn tatau gmbr apa sampai lama sngat. Ada bdk2 kecik dtg pun kitorg wat dek aje. Pastu melayan sanak saudara yang dtg berkunjung. Menu istimewa ada nasi impit, soto, lemang dan kuih2 tunjuk yg melaut banyaknya kat umah tu hasil sumbangan semua adik beradik. Tahun nih ramai kawan2 aku dtg. Begitu jugak dengan student aku. Ada yg dtg dari Maran naik motor. Tengahari lak g beraya umah sedare dengan angkatan keluarga kitaorng. Yg penting, konon2 sblm g beraye makan dulu kat rumah supaya x lapor sgt n boleh la kontrol melahap dpn tuan rumah. Tapi haram. Tak sempat tuan rumah hantar air, sebalang kuih dh abis. Bukan satu rumah. Tapi lima rumah. Prestasi makan sedikit pun tak terjejas. Bayangkan, kat umah yg ke-5, puak2 nih termasuk aku boleh lagi melahap laksa n nasi impit. Unbelievable! Petang balik umah, ada lagi org dtg. Malam plak, ada pesta mercun & bunga api. Meriah oo.

2 Syawal
Pagi tak kemana pun sbb jadual aku lepas zohor. Lagipun mmg malas nak kuar sbb family sume ada. Diorg checkout baru aku g jalan. Aku g raya ke Jengka 6 rumah kawan2. Lps tuh, dh bosan kitorg g Kuantan tgk wayang citer Jin Notti (akan aku ulas nanti). Pagi2 buta baru sampai umah.

3 Syawal
Jadual raya start pagi. Pagi2 (tak la pagi sangat pun) dh bertolak ke Temerloh raya umah kawan. Pastu terus bertolak ke Sentosa n Felda Bukit Tajau utk raya kat umah student lak. Sempat la3 buah umah. Pastu terus ke Maran utk raya di area Keramat, Taman Maran Jaya n Taman Maran Impian. Sampai la petang beraye. Penat sungguh. Tapi sebab semangat tetap jalan. Malam pg Kuantan lagi. Tengok citer Momok The Movie n Tsunami lak. Tido Maran mlm ni.

Raya2 yg seterusnya dihabiskan dengan melepak dengan ahli keluarga dan kawan2. Inilah raya yang sempurna.

Tuesday, September 29, 2009

MyWords | Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin..




Tuesday, September 08, 2009

MyWords | Listen

MyWords | Something


Semalam agak penat. Walaupun cuti, takde apa nak buat tapi tetap rasa penat. Betul kata orang, bulan pose ni, kalo kerja cepat sikit masa tuh berlalu. Tak rasa sangat menderitanya menunggu masa nak berbuka. Tapi setakat pose nih bukan menderita sangat pun. Orang lain lagi hebat penderitaannya. Umat Islam kat negara lain, ada yang berperang, dalam kemiskinan, kena bencana alam. Sedang kita kat Malaysia yang aman damai ni bebas nak berpuasa dalam suasana yang aman dan harmoni. Makanan melimpah ruah. Walaupun bukan semua orang boleh berbuka dalam keadaan yang mewah, tapi sekurang-kurangnya kita masih menjalani ibadah puasa tanpa halangan. But still, ada lagi yang tanak pose. Tak paham aku.
Balik dari kampung aku terus lepak kat sekolah layan internet n update blog aku nih. Kebetulan pulak dapat chat dengan Glet (my bestest buddy). Glet sekarang keje kat India. Puas hati aku dapat menyakat dia. Aku hantar gambar bazaar ramadan kat dia. Tak lupa gambar buka puasa dengan family n main bunga api. Sorry Glet. But something about Glet yang aku tak suka adalah, I can never lie to him. Walau duk jauh n berbual dalam chatroom je, dia tetap bole tahu perasaan n emosi aku masa chat semalam. Hebat sihir hantu sekor nih. Maybe terlalu lama kawan dengan dia wat dia kenal aku luar dalam. Lalu dia pun bukaklah sesi kaunseling, kata2 hikmat n macam2 lagi. Something yang aku sangat perlukan pada waktu sekarang.
To Glet, i really appreciate semua benda yang u cakap semalam. And i really hope that i can be as strong as you. Tapi aku tak mampu. But thanks. Ko buat aku berfikir.

Balik dari sekolah terus ke rumah. Lepak sambil tgk dvd Syurga Cinta. Azab betul citer tuh. Petang lak dalam kul 6.30 aku gerak ke bazaar ramadan. 4 kali pusing. Tak tau lagi nak makan apa. Macam2 makanan ada depan mata tapi tetap tak selera. Kata2 Glet wat aku jadik murung petang tuh. Dah pukul 6.50, aku still tatau nak makan apa. Cuma beli popia n air soya. Aku tension terus tekan minyak ke Mentakab. Petang semalam aku berbuka makan McDonald! I'm loving It. Yummy yummy.



Sunday, September 06, 2009

MyWords | Facebook


Today i'm officially a member of Facebook. Baru sign up tadi. Tapi masih tatau apa kehebatan layan mende tuh. Function pun tak brp tau nak guna meskipun dekat 2 jam aku ngadap mende alah tu. Yang paling best dpt wat td pun borak dgn ex-schoolmate aku. Mungkin semakin lama aku pun leh jadi addicted to this so called komunikasi alaf baru.

Whatever pun, sama2 la kita berfacebook.

Saturday, September 05, 2009

MyWords | Gigil..



PMR tinggal 33 hari lagi.
Trial baru abis minggu lepas. Keputusan menunjukkan ada peningkatan daripada pretrial. Tapi masih belum cukup untuk beri satu tanda yang boleh dipercayai bahawa SMK Cedung Jaya akan terus mengulangi kejayaan selesa sebelum ini. Tahap pelajar menguasai semua subjek masih rendah. Begitu juga dengan pelajar cemerlang. Belum nampak tanda2 akan terlakar 8A tahun ini. Aku flashback ke tahun lepas. Adakah keadaannya sama atau semua ini perasaaan panik aku saja yang risau PMR dah dekat?
Kesimpulannya, perasaan ini datang dengan pelbagai rencah.

Masa makin sikit tinggal + pelajar belum sedia sepenuhnya + pelajar tidak serius nak periksa + pelajar ambil mudah = PANIK + GIGIL

PMR tinggal 33 hari lagi.
Cara individu memandang 33 hari ini boleh jadi berbeza2. Ada yang rasa panjang. Ada yang rasa pendek. Aku? Aku tak rasa apa2 sebab 33 hari itu tidak wujud sebenarnya. Why? Sebab 33 hari itu adalah satu masa yang ada tapi jadi tiada bila munculnya puasa dan raya. Bukan nak salahkan puasa dan raya, tapi we have to admit bahawa bila bulan puasa produktiviti akan menurun. Orang dewasa pun akan penat inikan pulak student yang baru mencecah umur 15 tahun. Bagaimna masa itu hilang? Begini :

1. Hari sekolah hari puasa : Pelajar jadi mengantuk dan bosan dan penat. Taknak belajar di sekolah. Balik ke rumah biasanya mereka akan tidur sampai petang. Lepas berbuka, kenyang dan duduk berehat. Kemudian sembahyang terawih. Balik, makan lagi sampai kenyang. Baru nak bukak buku, mata berat dan terus belayar. Study? Tiada.

2. Hari cuti hari puasa : Tiada bezanya dengan hari sekolah melainkan masa tidur mereka akan bertambah. Study? Tiada.

3. Hari raya : Seminggu raya, seminggu tak study.

Ini membawa maksud, dah tiada masa yang tinggal untu calon2 PMR 2009 sebenarnya. Masa 33 hari akan hilang begitu saja. Tapi ini tidak berlaku seandainya pelajar itu tahu siapa dirinya dan tahu cara menggunakan masa 33 hari itu. Dan daripada 59 orang calon PMR SMK Cedung Jaya kurang 20 orang adalah golongan itu.

So please boys and girls, prove me that i'm wrong. Prove me that u can excel. Prove me that u can get 8A's. Prove me that u r the best which i'm always want u to be.

Salam.

MyWords | Buka pose

Bosannya cuti. Aku memang macam ni. Bila tiba masa cuti je bosan. Suka sangat gi sekolah kot. Bila cuti tatau nak buat apa.
Semalam sempat gi kuantan. Saja gi jalan2 sambil tengok2 baju raya. Buka pose pun skali kat sana. Tak banyak benda pun nak buat selain berjalan sampai kaki lenguh n beli apa2 yang patut.
Dalam pukul 6 lebih dah gerak ke Tg. Lumpur untuk buka pose. Saja gi awal sbb takut penuh. Kat situ memang meriah kalau nak makan ikan bakar n what so ever. Pesan ikan kerapu masak 3 rasa. Sedap boleh tahan. Lapar punya pasal semua sapu.

Sebelum.

Selepas.

Malam lak gi cari baju raya. Tak jumpa banyak pun sbb masih cari ilham tentang gaya terbaik aku di aidilfitri nanti. Tapi yang pasti, baju melayu kaler hijau. Baju untuk lagi 7 hari raya tuh aku nak beli sume kaler putih. Sesuai dengan perwatakan aku yang suci sesuci lebaran ini. Aduh!

Tengok je tuh. Bukan beli pun.


Thursday, September 03, 2009

MyWords | Sleepy head...


Mengantuk yang amat aku hari nih. Malam tadi tido dah lewat sbb dikacau 'hantu-hantu' yang muncul ntah dari mana. Pastu bangun sahur pulak.
Suasana kerja hari ni memang mencabar. Perut memulas. Mata plak semakin lama semakin berat. Aku plak kejap berlari ke sana kejap berlari ke sini. Maka bertambah dahaga tekak aku. Tapi dalam kelas tak ngantuk tau. Segar dan bersemangat lagi.

Skrg dah pukul 4. Takleh jadi. Aku kena balik sekarang. Nak landing kejap. Lambat skit lagi, jadi zombilah aku nampaknya. Bertongkat dah mata nih.

By the way, almond london dah siap dalam 1000 lebih biji. Banyak kan. Tapi yang nak kena siapkan lagi banyak wo..almost 5000 biji! Mak datuk. Banyak siut. Tatau la sempat ke tidak sampai ke raya.

zzzzzzzzzzzzzz...

Sedappnnyaaa....

Cantiknya....



Tuesday, September 01, 2009

MyWords | Almond London


Hmm. Ramadan datang lagi n tak lama lagi Syawal bakal menjelang. Macam biasa seperti tahun2 sblm nih, we all cikgu2 Cedung nih start la projek almond london kitaorang. Bukan ambik tempahan kuih, cuma buat untuk tekak sendiri. Temanya, kuih sendiri buat sendiri. Rajin buat, banyak la dapat. Kuih nih kitaorang buat secara gotong royong. Sapa nak join kena bayar n datang buat sama2 bila tiba masanya. Biasanya kitaorang buat masa masing2 free. MAKA PROJEK INI LANGSUNG TIDAK MENJEJASKAN PRESTASI MENGAJAR DAN WAKTU MENGAJAR KITAORANG. Daripada duk buat keje takde faedah baik buat kuih. Boleh gak makan2. Aku sebenarnya takde la suka sangat makan almond london, sbb coklat dia tuh asyik melekat kat gigi aku yang cun nih. Cuma aku seronok bila boleh kumpul ramai2 ngan kawan2 wat keje sama2. Rasa macam rapat je. Macam satu family. Sambil2 tuh boleh gak aku jimat duit sbb kalau beli kat luar mahal kemain almond london nih. Lagi pun orang kata yang a.l yang kitaorang wat ni sedap n tahan lama. Tetamu pun suka.

Ni la antara bahan nak wat almond london nih.


So, arinih dah start. Cuma kehadirannya belum 100%. Esok ramai la kot. Harapan aku ada 4 iaitu :
i) Semua orang yang dah bagi nama leh turun n buat sama2.
ii) Boleh siapkan sbelum raya. Tahun nih banyak ribu ketul kena buat.
iii) Aku tak dapat yang hangit macam tahun lepas.
iv) Aku tak mementingkan sangat orang lain punya sampai aku punya dapat last sekali. Tahun nih nak evil skit. Heheh.

Apa tunggu lagi.. panaskan oven puan-puan!


MyScreen | District 9


BEST ALIEN MOVIE I'VE EVER SEEN!
Inilah cerita alien terbaik pernah aku tonton. Mulanya nak tengok filem ni aku agak skeptikal sebab tak dengar sangat pasal promotion nyer. Tapi gigih jugak aku g tengok sebab poster nya menarik perhatian aku dan sbb ada nama Peter Jackson. Bak kata pepatah cina yang selalu aku jumpa dalam komik2 bacaan aku, bila sudah lihat baru percaya. Bila dah tonton filem nih, tak dapat aku gambarkan betapa puasnya hati aku (mungkin orang lain tak setuju). Sangkaan bahawa ini citer tentang makhluk ganas yang bunuh2 manusia meleset sama sekali. Citer nih memang lain dari citer2 alien sblm ni.
Citer nih diarahkan oleh Neill Blomkamp dan dibintangi oleh pelakon2 yang sorang pun aku tak kenal termasuk la alien tuh. Mmg tak kenal langsung. Tapi semuanya memberikan lakonan yang baik termasuk alien2 tuh.
Citer nih dimulakan dengan laporan berita bagaimana satu kapal angkasa yang dipenuhi alien yang dipanggil The Prawn (sebab rupa fizikal diorang macam udang) tersadai di udara Johannesburg, South Africa 20 tahun dulu. Oleh sebab spaceship tersebut takleh berfungsi, maka pihak manusia dengan baik hatinya menawarkan ruang untuk mereka tinggal di bumi agar mereka tak mati. Pemimpin alien ni plak tak dapat dikesan menyebabkan mereka hilang arah tuju. Spaceship tuh pulak tak dapat berfungsi bila satu bahagian yang membolehkan kapal tersebut berfungsi jatuh dan hilang. Apabila mereka ditempatkan di satu kawasan atas tanah berhampiran ruang udara spaceship diorang, tempat tersebut lama kelamaan menjadi satu kawasan setinggan yang bermasalah. Tempoh 20 tahun adalah satu masa yang sangat lama untuk membiakkan pelbagai masalah seperti sampah bertimbun, pelacuran, jual senjata haram, miskin terbiar, kebuluran dll. Siap kat kawasan tuh ada kongsi gelap pulak yang jual senjata dan makanan utk menipu alien2 nih yang didalangi orang2 kulit hitam. Satu kehebatan alien nih pulak, diorang pandai cipta senjata canggih.
Nak dijadikan cerita, pihak MNU yang menguruskan diorang nih ambil keputusan untuk peindahkan diaorang ke tempat lain. Projek pemindahan nih diketuai oleh Wikus Van De Merwe. Yang kelakarnya si Wikus and the gang kena ketuk pintu rumah alien nih satu persatu, suruh diorang sign persetujuan pindah dan masukkan diorang dalam trak. Keadaan jadi kucar-kacir bila ada alien yang taknak pindah sampai ada yang mati ditembak dan lain2. Memburukkan keadaan ada plak alien yang ada konspirasi untuk balik ke planet diorang semula.
Rupanya, alien nih perlukan cecair yang terdapat dalam senjata yang dicipta kat planet diorang untuk hidupkan semula spaceship dia. 20 tahun diorang cari cecair tuh baru jumpa. Lama citer nih berjalan terdedahlah plot2 yang lain seperti MNU buat ujikaji kat alien tuh, alien ada sistem bawah tanah yang canggih dll.
Si Wikus nih pulak secara tak sengaja terkena cecair tersebut yang menyebabkan DNA dia berubah dan beransur2 jadi macam makhluk udang nih. Bila dia jadi gitu, kerajaan dan MNU nak tangkap dia pulak sebab nak ujikaji dia. Ketua gangster kulit hitam tuh pulak nak tangkap dia untuk dimakan sbb dia pun nak jadi macam alien tuh. Paling penting sebab, senjata2 hebat yang dicipta oleh alien2 nih hanya boleh digunakan menggunakan DNA diorang sahaja. Sbb tuh dia dah jadi buruan paling berharga skrg. Masa nilah dia berkawan dengan alien yang perlukan bantuan dia untuk curi balik cecair tuh supaya diorang sumer boleh balik. Nak tahu lagi gilah tengok sendiri.
Yang paling aku suka cerita nih adalah teknik penceritaannya yang lain dari yang lain. Cara diorang buat sangat cantik sampai macam peristiwa dalam filem tuh betul2 terjadi. Selain tu, filem nih ada gak menyentuh pasal setiakawan, sikap tamak dll. Ada nilai murni tau!
So..apa tunggu lagi? Gilah menonton. Kalo sapa2 nak belanja aku lagi sekali pun aku sanggup pergi tengok lagi sekali.