Thursday, December 31, 2009

MyWords | SPM Final Day



Setiap yang bermula pasti berakhir. Begitu juga dgn batch Form 5 tahun 2009. Memulakan sekolah menengah di SMK Maran sehinggalah ke SMK Cedung Jaya ketika di tingkatan 2, akhirnya perjalanan ini sampai ke noktahnya.
Noktah ini bukan tanda berakhirnya usaha mereka dalam mencari kehidupan yang lebih baik, cuma noktah ini sekadar menjadi pemisah antara dunia sekolah dan realiti. Bermula detik ini, maka bermulalah pengembaraan mereka dalam dunia sebenar. Bermulalah usaha mereka berdiri sendiri sebagai seorang individu.
Harapnya semua akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.

4 tahun bersama bukan satu tempoh yang singkat. Sedari kecil dididik, diasuh, diajar dan ditegur. Adakalanya dimarah. Bukan benci cuma ingin mendidik. Agar tahu mana yang benar mana yang silap.

Tahun 2006 - SMK Cedung Jaya bermula. Waktu ni diorang kecik2 lagi. Semua dtg dari SMK Maran. Walau dalam semua kekurangan tahun ini ditempuh dengan baik. Terutamanya kenangan perkhemahan di Taman Pertanian Kuantan bersama mantan Pengetua.

Tahun 2007 - Tahun ni PMR. Puas diherdik dan dimarah. Bukan apa. Semata2 nak bagi dorongan belajar. Maklumlah, mereka ni calon sulung PMR SMK Cedung Jaya. Pastinya mahukan satu benchmark yang baik untuk dituruti. Dan usaha itu akhirnya berbaloi. PMR 2007 cemerlang dan menempatkan SMKCJ dalam peta pendidikan daerah Maran.

Tahun 2008 - Form 4. Tahun enjoy kata org. Tapi sepatutnya tidak. Tahun ni perlu bermula dengan semangat yang baik untuk menempuhi SPM tahun hadapan. Tapi tak tau kenapa, semangat ketika PMR itu tidak dikekalkan. Terus-terusan keadaan jadi makin teruk.

Tahun 2009 - Tahun akhir dan juga tahun SPM. Ada yang berusaha ada yang tidak. Begitupun ia harus dihadapi dan akhirnya berakhir jua.

Selepas ini, tiada lagi caci maki. Tiada lagi herdikan bernanah telinga. Selepas ini nasib kalian di tangan sendiri. Pilihlah jalan yang betul.












Selamat tinggal......

Wednesday, December 30, 2009

MyStage | Natrah



Sudah agak lama aku tak menonton sebuah teater yang serius. Kerana terlalu mengejar komersil kebanyakan persembahan sekarang ni asyik muzikal je. Maka apabila Natrah dipentaskan aku sangat teruja dan terus beli tiket. Mula2 tak minat sangat nak tengok sebab yang jadi Natrah tu Diana Danielle, tapi bila Diana tarik diri dan digantikan oleh Maya Karin aku jadi teruja nak tengok. Lagi pula aku mmg suka dengan lakonan Umie Aida yang turut berlakon dalam teater ni sejak dulu.
Aku menonton Natrah dengan kawan2 pada hari yg sama aku balik dari India.
Secara dasarnya, Natrah adalah sebuah karya yang bagus. Agak mengejutkan kerana inilah kali pertama produksi IB sendiri menghasilkan sebuah karya yang mampu dibanggakan setelah selama ini terlalu bergantung kepada produksi2 luar untuk memancing penonton. Buktinya, sepanjang pementasan yang lalu semua tiket habis dijual termasuk hari2 tambahan. Jumlah yang datang menonton adalah 18,000 orang. Hebat.
Sebagai sebuah pementasan yang berdasarkan fakta sejarah, Natrah berdiri atas satu tunjang yang jelas dalam menyampaikan ceritanya. Nilai sejarah dan komersil berjaya diimbangi dengan baik. Sebagai seorang penonton inilah yang dicari2. Pelakon2nya hebat2 belaka. Maya Karin sebagai Natrah remaja, Sofea Jane sebagai Natrah 70 tahun dan Umie Aida sebagai Bu Aminah sangat mengesankan. Paling menarik tatkala mereka bermonolog. Kehebatan itu disokong oleh Remy Ishak, Samantha Schubert dan beberapa orang muka popular yang lain. Aspek lakonan begitu ketara mutunya malam itu.
Natrah mengisahkan bagaimana perebutan hak menjaga seorang anak berbangsa Belanda antara seorang ibu angkat Melayu dan ibu kandungnya berdarah Belanda. Maria atau nama Melayunya Natrah menjadi rebutan setelah ditinggalkan oleh ibunya ketika perang untuk tinggal bersama pembantu mereka Aminah. Aminah pulang ke Kemaman bersama Natrah. Konflik timbul apabila ibu kandungnya menuntut semula Natrah dan semakin tegang apabila kes ini melibatkan permainan kuasa mahkamah dan politik antara beberapa buah negara. Walaupun diasuh penuh kasih sayang dan dididik sebagai seorang Islam oleh Bu Aminah, Natrah bagaimanapun diserahkan semula kepada ibu kandungnya.
Erma Fatima selaku pengarah menjalankan tugas yang sangat baik kali ini. Semoga karya2 selepas ini mampu menyaingi kehebatan Natrah. Bersama ini disertakan beberapa keping gambar berkenaan peristiwa Natrah.

Natrah dan Bu Aminah

Natrah, Bu Aminah dan Mansor Adabi.

Natrah & Bu Aminah diiringi polis keluar mahkamah.

Natrah bersama keluarga angkat ketika
pulang ke Malaysia pada 1997.




Tuesday, December 29, 2009

MyWords | Realiti India

I

Aku memang suka filem Hindi. Sejak kecik lagi. Dari tahun 80-an dulu sampaila sekarang. Aku tak dapat nak bayangkan hebatnya filem diorang sbb diorang punya filem boleh jadi satu industri yang mampu bantu ekonomi negara. Bayangkan pada masa tuh diorang boleh keluarkan 300 filem setahun. Malaysia nak kuar 30 filem setahun pun menitik air mata. Bollywood sangat2 membantu dalam menjana kekaguman aku terhadap negara India. Lepas tuh, bila aku start tahu pasal Taj Mahal aku lagi kagum. Kisahnya aku baca. Gambarnya aku cari. Hebat. Memang hebat. Tak dapat aku bayangkan mcmana kerajaan pada zaman dulu yg takde jentera atau mesin mcm sekarang boleh membina satu binaan yang hebat mcam tuh. Sebuah karya agung. Masa itu aku memandang negara India sebagai sebuah negara yang hebat. Filemnya hebat. Bangunannya hebat. Rakyatnya ramai. Duit negara mesti banyak. Itu fikiran aku.
Tetapi bila aku semakin membesar, bila aku semakin tahu serba sedikit hal selok belok dunia, semakin aku mengerti bahawa negara yang bernama India itu bukanlah hebat sangat. Imej2 yang ditonjolkan di media massa menjadi sumber untuk aku membuat penghakiman. Dan memang media massa berjaya mempengaruhi aku bahawa India bukanlah hebat sangat. But still, kekaguman aku terhadap 2 benda di atas tadi masih sama.
Penilaian2 negatif aku terhadap India bertambah lagi apabila aku jadi peminat setia rancangan The Amazing Race. Imej2 yang ditonjolkan di dalam rancangan tuh langsung tidak membantu aku menyukai dan mengagumi India semula. Kotor, miskin, sesak dan lain2 lagi terus dipaparkan . Imej itu melekat di otak aku sampai sekarang. Aku tak pernah dan tak dapat bayangkan mcamana aku nak hidup dalam suasana yang dipaparkan itu.

II

Glet ditempatkan untuk bertugas di India. Aku terkejut sungguh. Yg penting dia sangat excited nak pergi. Tapi takpelah. Dia yang pergi..bukan aku. Ini adalah jarak terjauh aku berada dari dia. Sejak umur 13 tahun sekolah sama2. Tak pernah jauh. Aku kat Pahang dia kat Johor ok lagi. Aku kat KL dia kat Seremban ok lagi. Aku kat Pahang dia kat KL ok lagi. Tapi aku kat Pahang dia kat INDIA...hello!!! Sedih. Sedih memang sedih. Sbb tuh aku taknak pergi hantar dia kat airport. Tapi aku ok lagi. Lagipun aku sangat yakin dalam hati bahawa jarak takkan memisahkan kitorg dan kitorg akan jumpa semula satu hari nanti. Cuma aku sedih n tak best bila pikir dia kena hidup kat tempat yang azab tuh. Hish.

III

Haizam ajak aku pergi India. Beberapa kali dah dia ajak. Tapi aku wat taktau je sbb aku mmg taknak pergi. Aku taknak duduk tempat yang berdebu, kotor, padat, sesak dan lain2 lagi tuh. Lagipun masa dia ajak tuh kitorg baru balik dari Bali. Aku ni dah nak muntah tgk amalan2 Hindu n kuil kat Bali. Skrg nak ajak aku pergi India plak..lagi banyak kuil. Aku cakap NO! Tapi Haizam tetap gigih memujuk. Setahun lebih jugak. Yg penting dia guna Glet sbg alasan utama. Adalah sikit terbuka hati aku nak pergi. Tapi tak lama tuh A.R Rahman-komposer terkenal India menang Oscar utk Slumdog Millionaire. Kat tv tunjuk suasana kat Chennai masa sambutan menyambut kepulangan dia. Huru hara aku tengok. Terus aku jadi berat hati semula nak pergi. Sayangnya tiket dah beli. Ayat Haizam - "Ini semua untuk Glet.." Perlahan2 aku terima hakikat itu dan cuba ikhlaskan hati aku. Untuk Glet...untuk Glet...untuk Glet..

IV

Pengembaraan di India aku selesai. Malangnya tanggapan aku tetap tak berubah. India adalah negara yang sama seperti disemat di hati aku. Suasananya kotor. Aku sampai di Chennai malam hari. Mungkin aku tak nampak. Tapi esoknya aku dapat tgk dengan jelas. Suasananya sangat padat. Orang ada merata2. Sesak. Sampah sarap merata2. Paling menyentap persaan aku bila nampak orang berak dan kencing merata2. Asal ada tembok, boleh ajer jadi tempat diorang membuang. Tempat yang paling kotor kat Malaysia pun takde rakyat kita wat camtu. Itu belum lagi yang membuang sampah sesuka hati. Yang meludah dan membuang air sirih tak kira tempat. Yang mandi tepi jalan. Yang tido di kaki lima. Yang duduk dalam khemah tepi jalan. Yang kerjanya mengumpul tahi lembu untuk dikeringkan. Yang merayau dalam keadaan kusut masai. Macam2 perangai. Semasa kat sana aku selalu diingatkan tentang kebersihan. jangan makan kat gerai tepi jalan. Jangan minum air yang diserve kat restoran or kat mana2. Or else..cirit birit. Rakyat diorang sendiri pun tak percaya dengan tahap kebersihan diorang. Ini plak kita.
Jalan rayanya sesak. Jalan yang ada dua lane biasanya akan jadi banyak lane. Selagi boleh mencelah akan dibolehkan juga tak kiralah memandu auto rickshaw atau kereta. Sesaknya luar biasa. Pemandu pulak tak henti2 menekan hon. Siap ada plak kat badan2 lori yang siap tulis 'please Horn'. tujuannya untuk ingatkan diorg. Bingit suasanya. Duduk dalam kereta pun buat aku jadi lemas. Belum lagi yang memandu mcm ada ilmu kebal. Menakutkan. Lampu isyarat kadang2 tak dihiraukan. Polis trafik memang ada. Tapi antara polis tuh dengan lampu isyarat, aku rasa tak ada beza. Kalo tengok fizikal kereta pulak, berdebu, calar2 n kemik memang dah tak heran. Memang aku tak heran pun kalo tgk diorang bawak kete camne. Lepas ada plak tak semena-mena ada kerbau dan lembu melintas. Walau kat tengah bandar! Pemandu Malaysia tak sopan? I dont think so. Malaysia jauh lebih sopan dan bertimbang rasa berbanding diorang.
Selama ini, aku ingat apa yg ditonjolkan dalam filem itu adalah fiksyen. Orang kayanya rumah besar tak ingat, rasuah, orang miskin dan lain2 lagi aku ingat rekaan. Tapi bila sampai sini aku baru sedar. Realiti India adalah dalam filem2nya. Kalo nak lebih tepat tengok filem2 Tamil. Itulah India yang sebenar. Rasuah sangat berleluasa. Cerita si Harsha, rasuah adalah sebab utama India tak maju. Kerana itu ahli2 politik diorang akan berkuasa sampai mati. kalau letak jawatan, habis la kena siasat. Sebab itu yang kaya terus kaya dan yang miskin akan terus miskin. Kasta masih lagi diamalkan. Sebab itu masih ada golongan yang tak mampu nak pergi sekolah. Yang tak mampu nak buat rumah. Yang duduk merempat dalam khemah tepi jalan. Yang duduk menggendong anak mintak sedekah kat lampu isyarat. Masya Allah.
Menjadi pelancong di India adakalanya sangat mencabar. Semua sudut anda akan diperah. Hampir setiap masa kita perlu berjaga2 takut ditipu. Itulah realitinya. Berurusan pula dengan mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Lagi haru. Itu belum lagi dengan harga tiket yang jauh beza antara pelancong dengan rakyat tempatan. Contohnya nak masuk ke Taj Mahal. Tiket rakyat tempatan Rs50. Tiket pelancong Rs750! Sangat tak masuk akal. Pelancong yang datang ke India sangat2 diperah untuk menjana ekonomi setempat dan juga negara.
Tak dinafikan India ada banyak tempat menarik dan binaan hebat. Taj Mahal dan Kubu Agra cukup menjadi bukti. Inilah tarikan utama pelancongan India. Tapi sayang seribu kali sayang. Tarikan hebat sbegini tidak dijaga seeloknya. Diluar pagar Taj Mahal kotornya Masya Allah. Lembu berak merata. Manusia kencing merata. Sampah berterabur. Hish. Sesak aku tengok. Diorang ada aset tapi sayang dibazirkan.
Tapi tak semua yang buruk dalam perjalanan aku nih. Briyani ayam mereka sangat sedap ye. Nasi kosong saja pun dah sedap bagai nak gila. Tak terlawan dgn briyani Malaysia. Kitorang dapat kawan baru juga. Rakyat biasa tapi hatinya mulia. Sangat ikhlas membantu tak seperti sesetengah yang lain. Hmmmmm....

V

Berpeluang ke India buat aku sangat2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Sekotor2 orang Malaysia, kita tak kencing merata2. Seganas2 pemandu kita, takdelah ganas macam diorang. Sejahat2 pemandu pelancong kita takdelah menipu memanjang. Setamak2 ahli politik kita, takdelah sampai lupakan tugas dan rakyat. Semiskin2 kita, takdelah hidup merempat dan melarat. Semalas2 kita takdelah sampah berterabur merata2.

To Haizam dan Glet..terima kasih.
Terima kasih kerana bawak aku ke India.
Terima kasih bawak aku jumpa Glet.
Terima kasih bawak aku ke Taj Mahal.
Terima kasih kerana buat AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!

Wednesday, December 23, 2009

MyWords | Incredible India




30 November 2009


Chennai To Delhi

Hari ni kitorg akan berangkat ke Delhi. Maka bermulalah permulaan perjalanan kitorg utk merantau di bumi India. Perjalanan dari rumah ke airport takde masalah memandangkan kitorg dihantar oleg driver si Glet. Lepas check-in, kitorg pun tunggu flight. Flight ke Delhi lancar (yekot sbb hampir spnjg penerbangan tuh kotirg tido) dan sampai pada masa yg ditetapkan. Sampai di Delhi masalah bermula. Glet pergi bayar prepaid taxi manakala aku dgn Haizam cbuk bergambar. Pergi kat luar nak tunggu teksi, puas cari. Teksi punya berderet dekat luar tapi semua buat tak layan. Kejap g tanya sana kejap tanya sini. Dekat 20 minit baru jmpe. Apa punye sistem diorg nih. Terus dia bwk g ke hotel. Yg penting, masa nak pergi cakap tau tapi tetap sesat. Kalo aku masuk Amazing Race ni, kompem dulu skali keluar ( haizam lak asyik cakap - Naain and Haizam. You're the last team to arrive. This mean you both has been eliminated from the race). Tapi masa kat dlm teksi tulah aku sempat tgk keadaan sekeliling yg padat dan berdebu. Terus aku teringat waktu aku menyumpah driver lain masa drive. Walaupun lmbt, tetap sampai juga. Sesampai di kaunter hotel kecoh lagi jugak. Aku n Haizam tunjuk pasport sbg pengenalan diri. Glet tunjuk kad pegawai dia. Org tuh tanak terima. Dah bertekak pulak kat situ. Dan seperti biasa aku duduk baca suratkhabar. haizam amik gambar. Glet bertekak. Dah setel baru naik ke bilik. Perut aku lapar nak gile. Glet suggest makan briyani ayam n tandoori. Sejam menunggu baru dapat makan tp sedapnya memang tak bole cakap. Sangat sedap!! Kat Malaysia mmg takleh lawan. Habis makan baru la g jalan. Glet menggunakan kemahirannya menawar harga teksi sambil memaki sambil berlagak, aku plak menggunakan kemahiran aku bergambar. Yg sedihnya, masa sampai kat India Gate hari dah gelap. Tak tau plak kat sini kul 6 dah gelap dah. Tak berapa kaw la. Lepas tuh kitorg gi ke Jan Path-tempat beli souvenir. Jalan2 sambil survey2 barang. Banyak yg menarik. Tapi kitorg gi minum dulu. Kaedahnya, bila habis minum pergi balik kedai tuh, dah tutup! Baru kul 8. Apa nak buat..balik bilik jelah. B4 balik ni kitorg ada kenal sorg mamat India dekat tempat kitorg beli mafla. Sohail namanya. Nampak mcm baik. So kitorg tanya pasal tempat kat area sini. Mamat ni punya baik bawak kitorg pergi bersiar2 sekitarnya. Lepak minum teh sama2. Borak2. Tapi BInye agak hancur. Puas gak la aku memeras otak nak memahamkan percakapannya. Sib baik aku leh paham Hindi skit2. Tapi seronok gak dapat kwn baru.
Malam kat bilik tgk tv. Tgh tayang citer Hindi. Tetap gigih tgk walaupun takde subtitle. Diorang berdua dah membuta.

1 Disember 2009

Delhi To Agra

Pagi bermula seawal pukul 4. Aku kejutkan si Haizam suruh dia mandi sbb nak gerak awal. Walaupun sejuknya yang amat (cuaca di Delhi sejuk) tapi Haizam ttp bole mandi sampai 40 minit. Puas aku n Glet jerit baru siap. Bersiap2 kitorg terus pergi ke stesen keretapi utk bertolak ke Agra. Sampai di stesen keretapi, walaupun pagi2 buta, tapi kecoh dah start. Ada org suruh pergi hujung. Ada org suruh pergi atas. Lepas tuh turun bawah balik. Akhirnya, ada org suruh kitorang ikut sorg mamat nih utk claim tiket dekat office dia. Kitorg pun jalan la mengekor org tuh. Hati aku rasa tak sedap bila dia bawak kitorg keluar dari bangunan stesen tuh. Dia bwk kitorg gi ke satu pejabat pelancongan. Di mana org kat situ kenalkan kitorg dgn satu pakej perjalanan yg rasa macam berbaloi. So terus cancel tiket keretapi n naik kereta ke Agra. Kos 2 hari termasuk driver n guide adalah Rs14,000.
So perjalanan diteruskan menaiki kereta ke Agra selepas kitorg sarapan di gerai makan di bawah pejabat tadi. Perjalanan hampir 4 jam. Sekali lagi aku dijamu dengan pemandangan yg kadangkala cantik, kadangkala biasa, kadangkala memualkan dan kadangkala menidurkan. Sesampai di Agra kitorg di bawa ke Akbar's Tomb dulu. Tapi amik2 gambar kat luar je sbb malas nak bayar tiket. Dah siap tuh barulah kitorg terus dibawa ke Taj Mahal - tempat yg aku nak pergi sejak aku aku umur 8 tahun (selepas aku baca tentang 7 keajaiban dunia kat library). Taj Mahal was beautiful. Aku macam tak percaya yg akhirnya binaan tuh ada depan mata aku. Tapi sebelum masuk ke situ, kecoh lagi. Guide yg bawak kitorg tuh nak belikan kitorg tiket utk orang tempatan which bring Glet to his temper again. Kata Glet kitorg MESTI beli tiket foreigners sbb kalo kantoi kat dalam nnti kitorg yg kena bayar n denda. Lagipun sume harga tiket tuh dah termasuk dalam pakej. Agak lama jugak tersekat kat luar tuh. Glet tanak mengalah. Talipon sana sini. Memaki org lagi. Tapi sempat plak dia membeli key-chain taj mahal. Aku lak wat bodoh je. Dah la panas. Budak2 kecik yg jual souvenir tuh pulak duk kerumun kitorg suruh beli jualan diorg. Haizam boleh lagi layan2. Aku lak nak pandang pun malas. Akhirnya guide tuh lari. boleh? Talipon bos pejabat tadi diorg tanak angkat, talipon driver pun tanak angkat. Aku pasrah. Sib baik ada Glet. tak lama tuh ada sorg lagi guide dtg. Masa tuh baru la tau yg orang kat pejabat pagi tadi tuh cuba nak tipu kitorang. Bayar utk tiket pelancong, tapi suruh pakai tiket tempatan. Apa laaaa.....tapi bila dah setel n dapat masuk kat dalam tuh...mata aku memang terpaku. Cantiknya. Apa lagi. Kitorg bergambar la sakan.
Kuar dari Taj Mahal kitorg pergi makan, check in hotel n jalan2 sekitar Agra. Kul 7 baru balik ke hotel yg bernama Taj Plaza. Mlm plak, lepas makan si Glet n Haizam nih boleh plak nak g berjalan kaki di kawasan sekitar hotel tuh. Aku dgn sejuknye dah menggigil2. Last2 aku balik bilik n tido. Diorang balik kul brp pun tatau.

2 Disember 2009

Agra To Delhi

Pagi2 kitorang dah kemas barang, check out dan bertolak balik ke Delhi. Dalam perjalanan singgah sebentar sarapan pagi di tepi jalan. Sedap makanannya. Macam capati tapi dalamnya ada kentang. Nyum2. Makan bersama teh masala (teh susu yg dicampur rempah yg buat bibir aku kering n terbakar). Habis sarapan perjalanan di teruskan. Sampai di Delhi kitorg di bawak lak pusing2 kat Delhi utk cover tempat yang tak sempat pergi hari dulu tu. Antaranya Qutb Minar (tempat shooting filem Fanaa-Kajol n Aamir Khan). Binaannya sangat hebat. Penuh dengan ukiran bermotif Islam. Ditambah pula dgn penggunaan bata merah. Memang hebat. Seperti biasa, sesi fotografi pun bermula. Selepas tuh singgah sebentar ke Narain Temple. Tapi amik gambar kat luar je sbb malas nak bukak kasut nak masuk. Kemudian terus balik ke hotel. Seperti biasa order makan kat bilik.
Tgh makan, Sohail dtg ke bilik hotel. Nak join kitorg gi jalan2 katanya. Kedai dia suruh org jaga. Kitorg nak gi ke Palikar Bazaar utk shopping. Dari hotel nak ke metro (LRT) kitorg naik kereta kuda). Best! Mamat ni punya baik, tambang semua dia bayar. Walaupun tak mahal tapi keikhlasannya menyentuh hati sbb kitorg tau dia bukan jenis banyak duit.
Palikar Bazaar adalah sebuah bazaar barangan yg terletak di bawah tanah dekat dgn stesen metro. Aku memborong alas meja yg ada manik2 utk family aku. Ribu rupees jugak la habis. Tapi souvenir lain tak sempat nak beli sbb dah tutup. So kitorg pergi minum je kat Coffee Day-kedai minum kopi mcm Starbuck. Lepas minum balik hotel.
Tapi duduk hotel tak lama sbb Glet pergi lepak kat kedai si Sohail. Aku n Haizam pun turun la nak join. Tapi sampai kat kedai diorang takde. Jumpa kawan si Sohail. Katanya Glet ke rumah Sohail plak. Terkejut aku. Berani betul. Tapi tak lama tuh baru Sohail sampai n ajak kitorg ke rumah dia. Bila dia bawak gi lorong2 belakang yg gelap, anjing banyak, aku jadi cuak n takut. Yelah. tempat yang tak biasa dgn org yang tak kenal. Tapi akhirnya sampai gak kat rumah dia. Berkenalan dengan kawan2 dia. Tabrez, Naim n Ghulam. Kitorg berborak sakan. Rumah sewa saja. Kecik. Duduk 3 orang. Dah puas melepak diorang ajak gi makan. Memula ingat malas nak makan, tapi bila tgk kari ayam n capati yg nampak sedap..aku makan. Mmg sdp. Lps tu baru balik.
Balik apa lagi....tido laaa....

3 Disember 2009

Delhi To Bangalore

Hari terakhir di Delhi. Kitorg akan berpisah dgn Glet hari ini sbb dia perlu ke Manipal atas urusan kerja. So, pukul 6 pagi kitorg bertolak ke airport untuk ke Bangalore. Kitorg akan berhenti di Bangalore manakala Glet akan ke terbang ke Manipal pula.
Kitorg sampai di airport agak awal. So, kitorg ambik kesempatan bergambar, beli barang n makan dekat airport Delhi.
Dalam flight semua tido. Aku dah tak larat nak tido tapi kena tido gak sbb takde apa nak buat. Sesampai dan mendarat di Bangalore Glet terus mengucapkan selamat tinggal dan berlari utk menaiki flight yg akan membawa dia ke Manipal. Sedih gak, tapi what to do. Kitorg yg tinggal ni pulak terus la keluar dari airport tuh untuk menjejaki segala2nya yang telah diaturkan oleh Glet iaitu pertemuan dengan kawannya Harsha serta dijemput oleh drivernya. Masa kat sinilah jugak demam aku start. Mungkin sbb pertukaran cuaca. Setelah menunggu lebih kurang 15 minit barulah driver yang dijanjikan sampai. Driver ini adalah driver kepada kawan Glet yg bernama Harsha. Malangnya Harsha tak dapat datang. So kitorg terus di bawa ke hotel. Dalam kereta kitorg tertidur. Sedar2 dah sampai ke hotel. Kitorg pun terus masuk n check-in tanpa bertanya sewa satu malam. Rupanya si Harsha nih dah book kan hotel untuk kitorg. Memang la bagus tapi mahal sangat sedangkan aku n Haizam biasanya tidak begitu menekankan tentang kemewahan hotel sewaktu pergi melancong. Dan disinilah segala kekalutan bermula. Aku pun tatau sbb apa walaupun aku n Haizam agak keberatan untuk bermalam disitu tetapi kitorg terus je check-in tanpa usul periksa. Sampai kat bilik baru terpikir betapa ruginya ambik hotel mahal2 sedangkan jumlah waktu yang akan kitorg spend kat bilik sgt sedikit. Demam aku lak makin menjadi. Aku terus baring. haizam plak tak puas hati. Terus dia buat keputusan untuk berjalan sambil mencari hotel yg lebih murah. Aku kata ok sambil ingatkan dia supaya balik semual pukul 3.30 sbb driver tadi akan ambik kitorg masa tuh untuk dibawak berjalan2. Aku pun terus tido. Bila aku bangun, jam dah 3.45 n Haizam masih belum ada. The worst part dia tak bawak fon, peta, kad hotel mahupun apa2 yg boleh dijadikan panduan. Aku dah gabra. terus aku turun bawah, jumpa driver n keluar cari Haizam. Lama jugak cari haizam tapi tak jumpa jugak. Hampir 5 kali kitorg ulang alik pusing bandar n check kat hotel kot2 Haizam ada. Hampa. Yg si driver ni pulak tak abis2 suruh aku pergi makan n insist nak bawak aku jalan2 walaupun aku sorg2. Puas aku terangkan yang kawan aku hilang n aku nak carik kawan aku. Tapi tetap jugak nak bawak aku jalan2. Last2 aku cakap kat dia, kawan aku hilang, aku taknak jalan2 n nak balik ke bilik. Sampai kat gate hotel aku nampak Haizam berlari ke arah kereta. Baru lega hati aku. Rupanya Haizam sesat. Lama lak tuh. Harap Haizam amik pengajaran agar len kali kalo nak jalan2 bawaklah benda2 yg penting esp peta n fon. Bila dah jumpa haizam barulah dia bawak kitorg pergi Taman Botani kat tgh2 bandar Bangalore tuh. But not much to see pun sbb dah gelap. Tak lama tuh kitorg balik hotel.
Malamnya, aku n Haizam sepatutnya keluar berjumpa Harsha. Malangnya, demam aku melarat n aku jadi makin tak larat. kepala berat n hidung selesema. Tekak sakit n bibir aku merekah n melepuh. Haizam keluar sorg2 jumpa Harsha. Aku terus tido.


4 Disember 2009

Bangalore

Pagi nih perjalanan kitorg agak jauh. Sebenarnya aku tatau nak pergi mana. Driver sampai, lepas breakfast terus kitorg cabut. Aktiviti mula sekali adalah check-out dari hotel mahal tuh n check-in ke hotel murah. Pun kecoh jugak bila nak check-in. Smlm dah booking tapi pagi nih bilik tuh dah takde pulak. Hangin betul aku. So kitorg ambik je lah bilik mana yg ada.
Setel hantar barang semua perjalanan dimulakan. Perjalanan dimulakan, peniduran pun berleluasa. Tau2 dah sampai kat satu area bukit bukau (lupa namanya). Kitorg di bawa sampai ke puncak. Sampai kat puncak aku jadik keliru. Keliling semua berkabus. Dah apa yg aku nak tengok? Satu apa tak nampak. Luckily bila kitorg dah keluar kereta, kat situ sedang diadakan penggambaran filem. tatau bahasa apa tapi yg aku tau bukan filem Hindi. Sempat la aku n Haizam tengok proses pengambaran diorang. Yang kelakarnya cara diorang buat asap. Rasa aku kalau kat Malaysia, bila ada scene asap diorang guna smoke machine, tapi kat sini diorang masih lagi bakar serbuk kemenyan untuk buat asap dalam filem. Hahaha. Tapi kalo tengok maasa tuh memang seksa. Untuk adegan nyanyian yang hanya beberapa minit tuh diorang kena take berpuluh kali. Penat giler. Aku pun dah boleh hafal lagu tuh masa tuh. Bosan tengok shooting kitorang pergi masuk kuil yang berhampiran yang katanya dah berusia emmm...berapa ek? Lupa la plak. Tapi aku tgk kat dalam biasa je pun. Kitorg keluar. Pergi tengok org shooting balik. Bosan tgk shooting pergi tepi bukit plak. Sbb dah tengahari barulah aku nampak pemandangannya. Cantik gak la. Bosan tepi bukit pergi tgk shooting. Bosan tgk shooting pergi tepi bukit sebelah lain plak. Amik gambar. Bosan duk kat atas tuh, barulah kitorang balik. Jam dah tunjuk pukul 12.00 tghari.
Seterusnya kitorang di bawak ke Innovative Film City. Tempat nih macam taman tema la. Ada water park, rumah hantu dan lain2. Kitorang sampai pukul dua. Masa nih Haizam dah menunjukkan tanda2 nak demam. Kitorg beli tiket n masuk terus ke dalam. Kat dalam tuh lebih kurang Sunway Lagoon la walau tak sehebat itu. Sempat la kitorg jalan2 dalam tuh, ambik gambar, makan dll. Paling menarik muzium Ripleys Believe It or Not. Macam2 leh jumpa. Pukul 6 kitorg keluar n terus balik ke bilik. Driver tuh bagitau yang Harsha akan datang malam nanti. So, kitorang berehat n waiting 4 Harsha.
Malamnya Harsha datang n kitorang dibawak makan malam. Masa dalam kereta n masa makan banyak yang dibualkan. Harsha sangat peramah. Seronok berkenalan dengannya. Malam ditamatkan dengan Harsha menghantar kitorang balik. Tidooo....zzzzz.

5 Disember 2009

Bangalore To Chennai To Kuala Lumpur

Pagi2 kitorang dah bangun dan bersiap2. Harsha akan datang pagi ni untuk hantar kitorg ke stesen keretapi untuk ke Chennai. Pengalaman naik keretapi sangat aku nantikan akibat pengaruh lagu Chaiyya Chaiyya. Tapi bila aku tau perjalanan tuh akan ambil masa 6 jam aku jadi terkesima. Sampai di stesen Harsha bawak kitorg breakfast dulu. Risau sangat takut kitorg lapar. Lepas tuh barulah menaiki keretapi. Still risau lagi Harsha pergi pulak carikan makanan untuk kitorg makan atas train sbb pesannya, jangan makan apa2 makanan yg dijual atas train. Kurg bersih katanya.
Train jalan baru kitorg lega. Cuma perjalanan yg terlalu panjang buat aku jadi bosan. Nak borak dengan org sebelah2 pun malas. So aku habiskan masa aku dengan selang selikan aktiviti membaca dan tidur.
Habis 6 jam penuh bosan, sampailah di Stesen Keretapi Chennai. Huru hara keadaan. Orang ramai giler. Haizam terus talipon si Abdullah-driver Glet. Tak lama Abdullah muncul. Terus kitorang di bawak ke Nalli's Place-tempat beli sari yang terkenal. Aku n Haizam pun tibai la beli sari untuk ahli keluarga. Rambang mata tengok.
Selesai membeli sari, Abdullah hantar kitorang berehat di rumah Glet sementara menanti flight pulang ke Malaysia malam ini.
Maka disinilah berakhirnya perjalanan kitorang menjejaki bumi India.

Monday, November 30, 2009

MyWords | Namaste India


सलामत दतंग के India
29 November 2009


Hari ni perjalanan bersejarah buat aku kerana buat kali pertama dalam hidup aku akan menjejakkan kaki ke bumi India. Setelah lama menunggu akhirnya hari ini tiba juga. Baju n barang2 yg akan aku bawa semuanya dah siap di pack. Aku bertolak dari Maran jam 9.30 pagi. Singgah kampung kejap utk jumpa family. Kemudian terus ke Temerloh utk ambik abg Jack n kawan2 yg nak hantar aku ke airport.
Sampai di KL dalam pukul 1.30 terus kitorg gi jln2 kat bukit bintang n jumpa Pauline kat The Pavillion. Sempat la kitorg menjengah susana sambutan krismas kat situ. Hebat n cantik hiasan dalamnya.

Suasana Krismas kt Pavillion KL

Jam 5.15 petang aku sampai kat area rumah Haizam n ambik dia lantas terus memecut ke KLIA. Sampai di KLIA jam 7.00 petang. Selepas segala urusan selesai kitorang terus check in je sbb malas nak jalan2. Beg berat lagipun. Pukul 8.40 kitorg dibenarkan naik pesawat MAS - MH 180 yg akan membawa kitorang ke Chennai, India. Perjalanan mengambil masa dua jam setengah. Dalam plane tak banyak benda yg boleh dibuat melainkan makan, baca paper, borak2, baca buku n tido. Hatiku berdebar2 tak sabar nak turun. Tak sabar nak jumpa Glet. Tak sabar nak tengok bumi India.

Dlm KLIA

Dlm MH 0180

Jejak je airport di Chennai hatiku sedikit terkesima melihat suasana kusam airport tersebut. Rupabentuknya saling tak tumpah pejabat2 kerajaan kat Malaysia tahun 70-an. Kebiasaan aku n Haizam, kitorang akan amik gambar kat sekitar airport utk wat kenangan. Tapi kat sini, aku nak bawak keluar kamera pun tak semangat. Takde apa yg nak diambik-gambarkan. Haizam lak beria suruh aku posing kat satu lukisan kat dinding situ. Haram aku nak sbb mural kat sekolah aku pun lagi cantik. Kalo Cikgu Zainal wat mural kat airport nih, menangis diorang nih semua sbb cantik sangat. Menambah lagi kesangapan hati aku bila tengok perkakas n perabot kat situ semuanya ala2 azab. Tambah tensen lagi bila bagasi kitorg tak sampai2.
Keluar drpd airport aku nampak bukan main ramai yg menyambut kedatangan aku (aku je perasan-diorang ntah menyambut sapa ntah). Puas mata aku melilau mencari Glet. Tiada. Dalam cuak2 tuh baru aku teringat nak msg dia. Baru la jumpa.
Perjalanan ke kediaman Glet mmg satu cabaran sbb Glet memandu dengan cara yg jelas ke-Indiaannya। Aku berasa sungguh seremmmm। Sempat jugak aku menjengah suasana sekeliling. Walau dalam gelap still aku nampak suasana kotor, berdebu dan padat. Dalam hati aku berdoa agar cepat sampai ke rumah Glet. Sesampai di rumah Glet, kitorg dihidangkan dengan spaghetti goreng yg dimasak oleh Glet (katanya!). Malam diteruskan dgn aktiviti yg disediakn oleh pengurus acara. Siapa ntah!

जुम्पा एसोक..

Thursday, November 26, 2009

MyWords | Dinner

Dinner akhir tahun akhirnya menjelma. Walaupun dilangsungkan dalam suasana ringkas dan sederhana, tapi semuanya berjalan lancar. Tahun nih venue dinner adalah di Restoran New Horizon, Kuantan.

Tahun ni aku agak bertuah. Dapat la beberapa hamper cabutan bertuah (walaupun hadiah tu semua orang dapat). Tapi at least, walaupun majlisnya ringkas sahaja sekurang2nya dapat la kitorang lari daripada Golf Resort yang mmg tak best tuh. Tengoklah gambar mn yg ada.


Kat depan restoran.

Nyum nyum nyum...

Banyak lauk wehh...

Inilah hidangan malam tuh. Sedap.



Wednesday, November 25, 2009

MyWords | Memori Tercipta

Finally, hari ini sampai juga. Hari di mana i've to pack everything. Aku kena kemas kelas dan tinggalkannya dalam keadaan sediakala. Kelas kosong yang aku terima harus aku pulangkan juga dalam keadaan kosong. Segala hiasan di dalamnya aku cabut. Semua tampalan pun aku cabut. Beberapa orang budak aku paksa untuk bantu aku. Yelah..hias kelas sama2 takkan aku lak nak kemas sorang2. Every year perkara yang sama tetap aku kena buat. But yes, this year perasaannya lain skit. Seolah2 aku kena tinggalkan sesuatu yang dah lama jadi milik aku. Kena berpisah dengan sesuatu yang dah jadi sebahagian daripada aku. It was hard. Next year aku akan dapat kelas lain plak. Tatau lagi mcmana aku nak buat.
3 Bestari...banyak benda yg boleh diperkatakan tentang kelas yg aku ambik dari awal tahun ni. Aku sendiri yg request utk ambik kelas ni dgn satu harapan utk jadikan kelas ni better than before. Bukan nak kata keadaannya sebelum nih tak bagus tapi oleh sebab aku yakin yg aku boleh buat lebih baik. Ini pandangan peribadi aku. Aku dah bagi segalanya untuk 3B nih. Tapi kalo masih tak cukup apa aku boleh buat. Setiap org ada kelemahan.
Banyak kenangan dekat kelas ni especially dgn budak2nya. Paling manis pasti waktu belajar dlm kelas. macam2 perangai keluar. Tak boleh aku nak ceritakan kt sini sbb byk sangat n pasti akan jadi kenangan paling best utk aku. Lagi best bila kitorg menang kelas terbersih hampir setiap minggu dan berkekalan sehingga hujung tahun. Adalah kalah sekali dua tapi dpt no.2..bukan corot. Hadiah bulanan tiap2 bulan kitorg dapat. Thanks utk bdk2 kelasnya sbb bagi kerjasama.
Tapi yelah. Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Kegemilangan 3B 2009 pun begitu. Tahun depan ahli2 kelasnya akan naik Ting. 4. Harap diorg boleh terapkan apa yg kitorg buat tahun ni tahun depan.
Buat ahli2 3B 2009...saya ucapkan terima kasih atas kerjasama yg diberi sepanjang setahun nih. All the best to all of u.

3 Bestari tanpa hiasan.

Faiz kat 3B yg kosong.

Friday, November 13, 2009

MyWords | Hujan

Salam. Pagi ni suasana sedikit muram kerana hujan sejak pagi tadi. Kalo keadaan macam ni rasanya lebih selesa duduk dalam selimut lagi. Dah pukul 11 lebih matahari belum keluar lagi menampakkan diri. Termenung sekejap. Kalo masa kecik2 dulu, waktu hujan nih memang aku suka sbb kalo hujan pagi maksudnya tak payah gi sekolah. Kalo lebat sangat la...kalo renyai2 kena pergi jugak. Kalo hujan petang boleh mandi hujan dengan kawan2. Main bola dalam hujan pun syok. Cuma takut jugak bila ada petir sekali sekala tuh. Habis main bola dalam hujan, bila balik rumah biasanya mak akan buat kopi panas. Paling syok bila ada lak ubi rebus ataupun pisang rebus atau pisang bakar. Bestnya... Tapi sebelum makan kena mandi dulu. Masa mandi, baju kena basuh sendiri. Sidai sendiri. Kalo kotor sangat, lempap dulu dengan sabun, esok mak akan tolong basuhkan. Siap mandi, pakai baju barulah duduk ramai2 makan ubi rebus dengan kopi panas. Ubi tuh cicah dengan gula kalo takde misan gula kabung. Seronok sangat. Biasalah, family bukannya senang. Dapat makan macam itupun dulu dah kira best. Kena la dengan suasana.
Tapi sekarang dah jarang makan ubi rebus. Nak tanam ubi pun malas. Inikan gali ubi sedangkan tanam ubi kerja paling senang sekali. Kalo dulu, dapat je batang ubi tuh terus gali tanah. Tanam. Bila rasa macam pokok dah tinggi mak akan suruh gali. Gali pun kena hati2. Takut tercangkul ubinya. Lepas tuh basuh dulu nak bagi buang tanah2 yg melekat tuh. Ubinya akan bagi dekat mak. Terserah pada mak nak wat apa dengannya. Biasanya mak akan rebus. Kalo yang rebus tuh makan tak abis, mak akan hiris nipis2 dan jemur sebelum digoreng. Abah suka makan yang goreng macam ni. Kami adik beradik lak suka makan kerepek ubi goreng biasa je. Kalo nak buat yang ni, lepas basuh tadi kitorang kena la tolong mak sagat ubi tuh. Mak akan goreng kan. Kalo kakak2 aku balik dari asrama diorang yang akan tolong buat. Sekarang nih, nak makan kerepek ubi, beli aje.
Hmm..itulah cerita dulu2. Sekarang bila dah keje dah ada duit semua main beli je. Lagipun malas dah nak susahkan mak nak wat itu ini. Tapi kalo dah namanya mak, mana boleh duduk diam. Kalo anak2 balik kampung mula la dia sibuk nak sediakan macam2. 2 hari punya menu dia akan sediakan. Start dari sarapan, makan tghari, minum petang sampai la malam. Masa tuh penuhla peti dgn sayur, ikan ayam segala. Petang2 mak n kakak2 akan buat kuih. I LOVE U MAK!
Hujan pun dah berhenti. Matahari dah celik. Boleh la aku sambung game dgn student tadi......

Wednesday, November 11, 2009

MyScreen | Tgk wayang

Salam. Agak lama tak wat review filem kat sini. Dalam masa sebulan lebih nih ada banyak juga filem yang aku tonton. Nak ulas semua memang tak mampu. So kat sini aku letak je la gambar filem2 tuh n bagi komen sikit2.
________________________________________________________________________________________

Final Destination 4

3 filem terdahulu dah pun aku tonton. Maka apabila keluar yang ke-4 pastinya hati tak sabar nak g tengok. Tapi lepas tengok rasa nyesal lak tengok. Kalo macam ini tahapnya lebih baik tak payah dibuat sambungannya. Nyata tidak langsung memuaskan hati aku. Sepanjang cerita ni hanyalah ditonjolkan cara kematian yang pelbagai. Kreatif dan mengerikan juga menjijikkan. Darah sana sini. Daging bersepai. Kepala pecah. Tapi oleh sebab jalan ceritanya tak bagus maka semuanya tidak membawa erti. Berbeza dengan siri pertama FD, jalan cerita siri ke-4 ni hanya berlegar tentang kematian setiap orang. Lepas sorang..sorang. Langsung tidak dikembangkan. Jalan cerita yang predictable membuat aku bosan tengok filem nih. Moralnya, kalo korang peminat siri Final Destination, JANGAN tengok yang ini.

Penilaian aku : 2/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Papadom

Kalo tak kerana masih ada 2 bulan l agi sebelum habis tahun dan ada beberapa lagi filem Melayu yang akan menjengah pawagam, pasti aku nobatkan Papadom sebagai filem Melayu terbaik tahun nih. Sesuai dengan pelbagai anugerah yang dimenanginya dalam FFM beberapa bulan lepas. Jujurnya aku agak skeptikal bila dapat tau Papadom menang besar kat FFM n aku dah hampir bosan nak tengok filem2 Afdlin Shauki kerana corak directingnya hampir sama setiap kali. Tapi tatkala aku selesai menonton Papadom aku rasa nak berdiri beri tepukan kat dia. Sentuhannya kali ni memang berbeza. Kelakar, drama, emosi dan lain2 lagi semuanya dicantumkan dalam filem nih membuatkan tak terasa masa berlalu. Alih2 cerita dah nak abis. Dalam erti kata lain, macamana puas aku tengok Setem, macam tulah puasnya aku tengok Papadom.

Penilaian aku : 4/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Surrogates

Filem nih membawa semula Bruce Willis ke layar perak. Aku bukan minat sangat dengan dia nih kerana lakonan dia biasa sahaja dan sebab aku menyampah dengan Die Hard lakonan dia yang ntah apa2 tuh. Aku tengok citer nih pun sbb dah takde citer lain nak tengok. Konsep cerita nih agak menarik yang menceritakan bagaimana pada masa depan manusia boleh beli robot menyerupai diri sendiri atau siapa saja yang kita nak dan diprogramkan. Manakala kita hanya duduk di rumah dan bertindak sebagai pengawal. Boleh la. Adaptasi daripada komik dengan tajuk yang sama. Plotnya pun aku dah boleh agak. Ada hasad dengki, pengkhianatan dan balas dendam.

Penilaian aku : 3/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Cloudy With A Chance of Meatball

Siri animasi yang ini tahapnya biasa2 saja dan adakalanya membosankan. Ada satu ketika aku tertidur. Berkisar tentang sorang budak genius yang bercita2 menjadi saintis dengan pelbagai hasil ciptaan yang mengarut. Sampai la besar hasil ciptaan dia banyak menyusahkan orang. Akhirnya dia berjaya menghasilkan mesin menghasilkan hujan makanan untuk mengatasi masalah kebosanan makan sardin kat pulau yang dia duduk. Dari situlah bermulanya cerita di mana akhirnya mesin yang mulanya membawa kebaikan akhirnya membawa keburukan. pergelutan nak menyelamatkan pulau tersebut dari musnah menjadi agenda cerita. Berada pada tahap sikit lagi nak masuk kategori bosan, nasihatnya, jangan bawak anak2 tengok. Nanti diorang nangis dalam panggung sebab bosan.

Penilaian aku : 2.5 /5 bintang
________________________________________________________________________________________

Pandorum

Filem ini agak istimewa kerana ini adalah filem pertama yang aku tonton di The Pavillion yang aku jejak buat kali pertama haritu. Selain daripada itu, filem ini takde apa yang special pun. Hanya menambah kepada satu lagi filem sains fiksyen yang agak klise dan membosankan. Sekumpulan saintis, pergi ke angkasa, diserang virus, bunuh orang makan orang. Kan bosan. Tak mencabar minda langsung. Hampir2 jugak aku tertidur. Dah la sepanjang masa citer tuh asyik gelap je. Apa la. Tak rugi pun kalau tak tengok cerita nih.

Penilaian aku : 2/5 bintang
________________________________________________________________________________________

Ninja

Ni lagi satu filem bajet murahan yang mencuba untuk jadi best. Mungkin mengambil peluang sebelum kemunculan Ninja Assasin yang aku tunggu2, diorang keluarkan dulu filem nih. Nak wat orang konpius pun ada kot. Filem nih berkisarkan dendam dan membalas dendam. Sorang ninja yang dengki dan tak puas hati dengan rakan seguru telah dibuang sekolah ninja dan menjadi pembunuh upahan yang ala2 terer gila laa. Dalam merebut hak milik sekolah ninja tersebut maka berlakulah pertembungan antara mereka nih. Dalam erti kata lain, filem nih pun bosan dan trying too hard nak jadik best. Apa la nasib aku bulan nih asyik tengok filem tak best je.

Penilaian aku : 2/5 bintang
________________________________________________________________________________________

This Is It

Inilah filem yang aku tunggu2. Sejak kematian MJ, penayangan klip2 latihan konsert beliau sebelum beliau mati membuat aku begitu teruja untuk tengok konsert tuh. Tapi apakan daya, tak sempat. Nasib baik produksi konsert tuh berbesar hati untuk membuat kompilasi latihan konsert ini. Dapatlah peminat2 setia beliau menonton aksi terakhir beliau. Pengalaman aku menonton This Is It sangat mengujakan. Suasana yang tak ramai orang buat aku lebih menghayati story ini. Melalui filem ini kita dapat melihat sisi lain MJ yang jarang dapat kita saksikan. Bagaimana seriusnya beliau ketika bekerja, mementingkan kesempurnaan, berbakat, kelakar dan lain-lain lagi. Sebagai penggemar MJ, merupakan satu kepuasan untuk aku dapat menonton filem ini. Antara lagu2 yang dimuatkan dalam filem ini adalah They Dont Care About Us, Earth Song, Beat It dan banyak lagu hit lain. Filem ini pasti berbaloi untuk ditonton. Tapi sekiranya anda bukan peminat MJ, pasti anda mendapati filem ini biasa saja.

Penilaian aku : 3.8/5 bintang
________________________________________________________________________________________


Looking 4ward :

Pisau Cukur
Ninja Assasin
2012


Tuesday, November 10, 2009

MyWords | MyVisa

Salam. Misteri yang tercipta masih belum terungkai. Tanda tanya masih berlegar kenapa visa untuk aku ke India menghadapi masalah.
______________________________________________________________________________________________

Prolog

Panggilan daripada Haizam mematikan lamunan aku. Cepat2 aku menyambut panggilan telefon tersebut. Selesai perbualan aku menekan butang mematikan perbualan. Haizam menelifonku untuk menyatakan status permohonan visaku. Kami akan ke India hujung bulan ini untuk menziarahi Glet. Dalam perbualan kami tadi, dia menyatakan tentang masalah yang melanda permohonan aku itu. Katanya, permohonan visa kami dihantar melalui travel agency - Mayflower. Begitupun, apa yang terjadi adalah, permohonannya lulus manakala permohonan aku gagal. Maka aku dikehendaki datang sendiri ke India Visa Centre untuk memohon visa tersebut. Aku agak bimbang dengan masalah yang bakal timbul kerana tarikh untuk kami berangkat semakin hampir. Begitupun, aku telah menyatakan persetujuanku untuk datang sendiri ke KL bagi menguruskan permohonan visa tersebut.
______________________________________________________________________________________________

Sepatutnya aku ke KL Jumaat lepas untuk menyelesaikan urusan ini. Tapi oleh sebab keletihan aku batalkan hasrat tersebut. Maka hari semalam aku bergegas ke KL selepas selesai kerja. Aku tidak boleh berlengah kerana waktu pejabat ditutup adalah 5.30 petang.
Aku meminta Iwan untuk menemaniku ke KL. Entah mengapa sejak akhir2 ini aku sering mengantuk setiap kali memandu dalam jarak yang jauh. Mengajak Iwan setidak-tidaknya dapat juga aku teman berbual.
Destinasi pertama aku pastinya Wangsa Maju untuk mengambil Haizam. Terperanjat aku tatkala melihat Haizam masuk ke keretaku dengan kaki berbalut. Kami berbual tentang kakinya sambil meneruskan perjalanan ke Pusat Bandaraya untuk ke India Visa Centre. Sesampai di sana, aku melihat ramai sekali orang yang menunggu untuk mengambil visa. Terdetik takut dalam hatiku, bimbang tidak sempat giliran kami. Begitupun kami terus ke kaunter kerana khalayak yang ramai itu rupanya sedang menunggu pasport masing2 sampai dari kedutaan. Pertanyaan kami dijawab dengan rasa hairan oleh petugas kaunter bagaimana visaku boleh menghadapi masalah. Dia hairan kami lagi hairan. Akhirnya kami disuruh pergi ke Kedutaan India sendiri untuk membuat pengesahan. Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 5 petang. Dengan keadaan kesesakan lalulintas di KL, aku harus ke Kedutaan yang aku pun tidak tahu di mana. Sempat ke?
Jawapannya sempat. Aku memandu manakala Haizam menggunakan kepakarannya mencari lokasi. Kami sampai ke Kedutaan Besar India dalam masa 15 minit. Keadaan di kedutaan juga tidak jauh bezanya dengan di Visa Centre tadi. Mereka juga tidak tahu apa masalahnya. Setelah puas kami menerangkan kedudukan dan situasi yang berlaku petugas di kaunter tersebut tanpa ragu memberikan bantuan. Tidak mengambil masa yang panjang, status untuk aku memohon visa diluluskan. Dengan hanya sedikit tandatangan di tepi surat dengan pen bewarna hijau. Begitu mudah? hmm.
Alhamdulillah. Urusan tersebut selesai. Permohonan aku akan dikemukakan esok. Namun akan dihantar oleh Haizam.
Selesai urusan, aku terus ke Bukit Bintang untuk membeli beberapa barang keperluan. Iwan bershopping sakan. Aku pula membeli kasut dan keperluan salon ku. Pukul 10 malam barulah kami bergerak pulang dan sampai di Maran pada jam 12 tengah malam.
______________________________________________________________________________________________



Di dalam Kedutaan Besar India.



Di hadapan bangunan kedutaan.



Aku dan Iwan di Star Hill.



Aku dan Haizam.



Gaya menarik tauke ubat.
______________________________________________________________________________________________

Epilog

Haizam menelifonku pagi tadi menyatakan permohonanku telah di hantar dan meminta aku berdoa agar visa ku boleh segera didapatkan. Amin.

India...here I comeee...!


Friday, November 06, 2009

MyWords | B-Day

Today will be a day to remember. Hari ni hari lahir aku yg ke-29. Sejak dari malam tadi bertalu2 sms masuk mengucapkan selamat hari lahir. Mostly daripada anak2 murid aku. Aku jadi sungguh terharu. Tidak lupa juga kawan2 sekerja.

Menambah keterharuan itu...anak2 murid F3 aku buat surprise party utk aku. Diorg share duit ramai2, beli kek n tempah makanan. Siap dengan belon n letup2an yg tidak memudaratkan kesihatan. Itu tak termasuk lagi yg bagi hadiah secara peribadi. Tak ada kata2 yg boleh aku ucapkan betapa terharunya aku bila diorang buat semua tuh utk aku.

Inilah rupa kek harijadi yg diorg tempah tu.
Delicious..

Acara memotong kek diserikan dengan
kehadiran Pelawak Yuyu yg lengkap bertopeng.

Me, Arif n Pelawak Yuyu.

With the boys.

n the girls.

Seronok memang seronok. Tapi bila mengenangkan itu mungkin adalah kali terakhir kitorg dpt celebrate something bersama2 buat aku jadi sedih. Next year diorg dah F4. Suasana pastinya tidak seperti skrg. Hubungan juga mesti tak mesra mcm skrg. Komunikasi akan berkurang. Aku juga menjangkakan akan ramai yg akan pergi ke sekolah teknik. Tapi aku takleh halang. Itu semua untuk kebaikan diorang. Sekolah asrama penuh, sekolah teknik, MRSM n Sri Jengka semuanya sekolah yang baik2. Peluang ke sana sangat berharga. Aku pun galakkan diorg ke sana supaya masa depan lebih cerah. Tapi yelah. Setiap sesuatu pasti ada harga yang perlu dibayar. Aku dah bersedia menghadapi detik itu? Aku pun tak tahu.

the boys again.

hadiah2nya.

Whatever it is..aku ucapkan jutaan terima kasih kepada diorg semua atas tanda kasih dan ingatan diorang kat aku. Pasti saat ini akan aku kenang selamanya. Insya Allah. Luv u guys.

Thursday, November 05, 2009

MyWords | Jumpa Kawan2

Last two weeks..aku lepak KL sebab Glet ada balik dari India. Dia cuti seminggu sbb mengiringi jenazah pelajar Malaysia yg terkorban dalam kemalangan di India. So alang2 dia dah cuti, aku pun mintak la satu hari nak lepak dengan dia dan yg selebihnya dia lepak dengan family dia kat JB.
Lama tak jumpa dia..macam2 citer kuar. Tq Glet sebab sanggup luangkan masa untuk aku n kawan2 sedangkan aku tau masa dia ada mmg tak banyak. Tapi apalah sangat kan kalo nak dibandingkan sehari dengan seminggu tuh. Tak luak pun kan...hehe.
Tak banyak pun aktiviti yg kitorg wat sbb aku pun sampai kl lambat. Check in hotel pun lambat. Lepas makan malam barulh mula aktiviti. Kaedahnya la budak sekor nih ajak gi karaoke. Kul 11 masuk kul 4 pagi baru kuar. Tak parak tekak masing2. Balik hotel, letak je kepala atas bantal aku terus tertidor..tak sempat pun nak borak2.
Esoknya pulak...bangun n breakfast. Glet nak g beli kamera pulak. Walaupun Glet kena gerak kul 3 ke Semenyih plak sbb nak g umah anak sedare dia...tapi tidak langsung menghalang kitorg g shopping. Akhirnya tetap la dia gerak kul 5 lepas makan petang. Hehe. Kitorg berpisah di INTAN dan berjanji utk berjumpa semula di Chennai, India Disember nih. InsyaAllah. Malamnya pulak gi tgk wayang citer Pandorum kat Pavillion Star Hill. Laha sungguh citer tuh.
Plan aku nak balik hari Sabtu tak tercapai sbb nak gi IKEA lak hari Ahad tuh. Puas shopping barang2 peribadi n salon. Aku lak takleh tgk gelas2 yg cantik dan murah, terus beli. Tapi bila balik umah, aku tatau bila aku akan guna gelas2 tuh. Puas la aku berjalan satu hari kat KL tuh. Penat giler. Malam pulak makan kat Kg. Baru. Puas mencari kedai masakan Thai - Sukhumvit oleh sbb seorang manusia yg nak sangat makan kat situ. Satu Kg. Baru pusing. Lepas sejam baru jumpa. Sib baik makanannya cepat dan enak. Puas hati.
Lepas hantar budak2 nih..barulah aku gerak balik ke Pahang kul 12.30 pagi. Dengan keadaan aku drive sorg diri n mengantuk..banyak2 aku doa supaya selamat. Tak tahan sangat mengantuk aku berhenti kat R&R Bentong utk tido. Tido punya tido..kul 5 baru bangun. Gerak ke Maran tatkala mata masih mengantuk. Puas aku menyanyi mcm org giler dlm kereta nak bagi hilang ngantuk. Tak hilang pun. Kereta lak kejap2 masuk lane kanan. Kus semangat. Sampai kul 6.30 kt umah aku tido kejap. Kul 7 bangun, siap2 n terus ke sekolah. Huhh..

Pose depan Green Box Karaoke - Sungai Wang Plaza.

Time tgh syok menyanyi.

Lunch kat Ikea.

Ada plak Pertandingan Gimrama bdk2 kecik kat Tropicana City kat PJ.

Sajian makanan di Sukhumvit - bila hantu raya berkumpul nak makan.