Saturday, April 09, 2011

MyWords | Renungan - Jaga Batas Bergaul Dalam FB

 

Jaga batas bergaul dalam FB


Kita mestilah menjaga batas dalam pergaulan waima menerusi laman sosial seperti facebook.


SOALAN

KEBELAKANGAN ini ramai yang melayari facebook (FB). Apa hukumnya wanita yang telah berumahtangga mempamerkan gambar termasuk yang tidak menutup aurat untuk dikenali dalam profilnya tanpa pengetahuan suami.

JAWAPAN

Perbuatan wanita mempamerkan gambar peribadi yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam.


Bagi seorang isteri kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. Mendedahkan aurat kepada orang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia. Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui FB.
Mempamerkan gambar peribadi dalam FB dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun sebaik-baik perhiasan ini hendaklah benar-benar beriman dan bertakwa bukan yang tanpa segan silu mendedahkan apa yang disuruh disembunyikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadanya memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau baba mereka atau baba mertua mereka atau anak-anak mereka...." (al-Nur: 31)

Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum hawa menjaga batasan aurat yang menjadi maruah mereka. Mendedahkan aurat kepada mereka yang bukan mahram adalah haram.Allah SWT hanya membenarkan kelonggaran aurat dalam batasan ahli keluarga. Ayah yang beriman serta adik beradik yang beriman tidak akan terangsang dengan melihat aurat darah daging sendiri, melainkan yang bernafsu binatang.

Segolongan ulama masih menyarankan agar para wanita itu menjaga batasan aurat mereka biarpun di hadapan ayah, abang dan mahram yang lain. Sebabnya yang demikian demi menjaga kemuliaan dan kesucian seseorang wanita.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita), golongan yang telah lalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran bagi orang yang mahu bertakwa." (al-Nur: 34)

Sebab itulah di dalam al-Quran, ada suruhan dan tegahan, bagi mereka yang beriman pasti akan bersegera meninggalkan yang ditegah. Bagi mereka yang berkarat hati amat sukar mendapat petunjuk.
Ini kerana al-Quran adalah nur iaitu cahaya, bukan cahaya yang bias dilihat dan dirasa oleh pancaindera manusia, cahaya ini adalah cahaya penyuluh menuju kepada Allah SWT, mendamba keredaan dan tamak kepada cintanya.

Justeru, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah secara tidak langsung tidak patuh kepada perintah Allah SWT yang menyuruh menutupnya. Suami yang menyedari bahawa isterinya mendedahkan gambar-gambarnya dalam FB wajib menasihati dan menegur isterinya serta menyuruhnya mengeluarkan gambar yang tidak sewajarnya daripada FB. Seterusnya, bertaubat kepada Allah SWT. Batasan berinteraksi di dalam FB juga perlu diawasi. Jangan sampai mendedahkan hal-hal rumahtangga di dalamnya. Apatah lagi menceritakan keaiban rumahtangga termasuklah menceritakan keaiban suami atau isteri.

Ada kajian yang dijalankan bagi mendapatkan peratus perceraian yang berpunca daripada FB, jumlahnya agak banyak dan sangat mendukacitakan. Nampaknya sudah ada yang sengaja mendedahkan hal rumahtangga dalam FB sehingga mengecilkan hati pasangan dan berakhir dengan perceraian. Tabiat atau perbuatan mendedahkan keaiban suami di dalam FB atau di mana-mana hukumnya sama iaitu haram dan berdosa. Sekiranya si isteri tidak berpuas hati dengan suami, sedangkan berhak untuk mendapat apa yang diperuntukkan oleh syarak maka dia boleh berunding dengan suami atau minta ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan berunding mencari titik pertemuan serta mencari perdamaian. Setiap insan yang bergelar suami dan isteri adalah haram dan berdosa mendedahkan keaiban pasangan di khalayak ramai. Jika berlaku sedemikian, maka hendaklah dipadam dalam FB dan mintalah maaf pada pasangan masing-masing.


*dipetik dari sisipan Mega - Utusan Malaysia edisi 8 April 2011

Monday, April 04, 2011

MyWords | Corat-coret ABP BH 2010

Malam ni ada siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Sebagai sebuah anugerah tahunan yang mengiktiraf populariti seseorang artis di Malaysia nih...ABPBH memang ditunggu-tunggu. Tahun ni macam2 spekulasi dah kedengaran dari awal. Macam2 nama dah naik jadi pemenang. Terutamanya malam ni buat kali pertama Dato Siti iaitu pemenang Artis Paling Popular sebanyak 8 kali dan Penyanyi Wanita Popular 13 tahun berturut2 tak bertanding. Ramai la dah berangan nak dapat kereta...huhuhu.
So...ini aku catat kan serba sedikit perkara yang menangkap mata dan hati aku sepanjang acara berlangsung...

1. Opening tak menarik...Azlan, Farhan, Ning dan Adira mantap dari segi vokal cuma kurang menyengat dari segi persembahan. tak ada yang baru. cuba la wat show meletop2 mcm org kat oversea nun. baru la teruja nak tgk.

2. Pentas ada kelainan...tapi xdelah sampai tahap gempak sangat.

3. Hos sampai 3 orang...perlu ke? Kak Engku, Zizan n Shahira. Kak Engku & Shahira kembali buat yang ke berapa kali. Klise dan boring walau kadangkala agak melucukan. Zizan sekadar penambah perisa. Harap Zizan boleh handle sorang2 je.
4. Fasha Sandha menang...aku suka! Tahun lepas Tiz Zaqyah rampas...tahun ni Fasha amik balik...Chinta Chanduri punya pasal...huhu. Cantik gaun. Macam tau je nak menang.


5. Masalah paling besar bagi aku....penyampai anugerah yang terlalu ramai. Sorang pun dah cukup sebenarnya. Ni taruk ramai2 atas pentas tuh...pastu sume orang nak bertanya khabar..padahal bole bertanya khabar kat belakang pentas...pastu wat lawak yang tak lawak...pastu cakap berebut2...pastu risau show over run...ntah apa2. Ni acara anugerah...bukan acara nak tayang sume artis atas pentas.

6. Show Hujan...bese2 jek. Hampir2 kepada tak best.

7. Nape artis2 wanita tak tiru macam Ana Rafali...maintain jerk pakai baju kurung. Sapa kata pakaian kebangsaan takde kelasss?

8. Pemenang2nya hampir sume orang yang sama...tak banyak berubah. Kejutan pun kurang. Shahir, Aznil, Fafau, Norkhiriah, Rabbani, Faizal Ismail....

9. Sampai separuh jalan...aku dah bosan. Tak sabar nak tunggu abis. Esp tengok show raja2 lawak yang nampak sangat sekadar nak memenuhkan ruang persembahan.

10. Sheera Iskandar...baju terdedah sebelah bahu...berdiri sebelah Aida Khalida yang bertudung litup...apa perasaan si pemakai seksi?

11. Zizan menang....saya suka....Faizal Tahir menang....saya lagi sukaaaaaa!!!!

12. Show Yuna best....suaranya power..!

13. Hos2 mcm dah tak berapa ada idea nak melawak...

14. Memula dengar ada show Alyah n Ella...rasa teruja...bila dah tengok....biasa je. Tak best pun.

15. PALING BEST...!!! Anugerah Bintang Paling Popular 2010 diumumkan oleh Ucop dgn Abi Hurairah (Shy 8 & Johan). Sangat2 melucukan.... best... best... best...

16. Siti Nurhaliza nyanyi Bukan Cinta Biasa...muzik n menari step Wonder Girls...boleh la...nirmala dalam gaya street dance n stomp...TERBAEKKKK.... Dato CT masih unggul dalam aspek psembahan dan mencari kelainan.... tapi Dato'...Yuna tu pakai tudung penuh... menang jugak... kalo dah berbakat tetap org suka.... moralnya pakai jelah tudung penuh.

17. Semua nilai duit yang tercatat pada VT hadiah tu salah. Patut RM80,000.00 jadi RM80,00.00. Apa la.

18. Lupa plak nak cakap...congrats Sam...Bintang Paling Popular 2010... terbaekkk!!! Adnan best!


So...itu la ABPBH 2010. Sikit je kan komen aku....bukan sbb acara tu best n sempurna...cuma sbb sumenya ulangan dari tahun2 lepas....so tak banyak yg nak dikomen. Keseluruhannya...ABP tahun ni bergerak pada landasan biasa saja. Hampir bosan menonton.


Aku pun nak tido. Sok sekolah. Baju tak gosok lagi. Chow dulu.

Saturday, April 02, 2011

MyWords |

Abis cuti terus bermula acara sukan tahunan. bermula dengan sukantara. penat la aku mengerah semua budak rumah biru supaya dapat menyumbangkan mata sewaktu sukantara untuk dijadikan bekalan pada hari olahraga nanti. ada 3 acara sume sekali iatu 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru. sib baik budak sume sporting, dengar cakap dan menunjukkan sikap yang sangat terpuji dan membuatkan tugas aku menjadi sangat2 mudah. hasilnya...umah biru menang sukantara. thanx semuaa.

dalam pada sibuk membuat persiapan untuk kejohanan olahraga...tak lupa juga aku membuat persiapan untuk pasukan sepak takraw smkcj sebelum pergi mewakili sekolah ke kejohanan sepak takraw antara regu mssm daerah maran 2011. nak kata tak penat...penat jugak. nak kata penat...x la penat sangat sebab budak2 yang aku pilih tuh dah pandai main pun dan diorg pun selalu main takraw. ringan sikit tugas aku. lagipun mana pernah aku training budak takraw memandangkan aku ni yang tak berapa nak reti main takraw. huhuhuhu... cuma aku perlu pastikan diorang berlatih dengan teratur dan cukup latihannya. takde la nanti orang kata kalau kalah game sbb tak cukup latihan....itupun hampir berlaku tak cukup latihan sbb ada ahli yang ghairah sangat nak main bola tampar sampai tak datang training takraw dan hampir2 aku gugurkan budak2 tuh....mujur la diorang insaf segera. so...tercapai la hasrat aku nak hantar 2 regu setiap kategori. cume agak risau jugak sbb pelapis dalam kalangan pelajar lower form tak ada.

tak cukup dengan latihan takraw...menjelang 23hb Mac...aku bergabung dan menyumbangkan tenaga pulak untuk menyiapkan dewan sebagai tempat pengumuman keputusan spm 2010. terteleng2 la kepale aku menggantung langsir tuh. tuh yang terjadi adegan keje dari kul 7 sampai kul 7 tuh. tak cukup sampai kul 7 malam....lepas maghrib datang pulak sambung keje sampai tengah malam. penat memang penat...tapi best rasanya bila tengok hasil kerja kita boleh dinikmati oleh ramai orang dan menyenangkan hati orang lain. sekurang2nya ambik result tahun ni ada la kelainan dari tahun2 lepas. tak la sama je every year.

wahh...xsangka plak aku leh bagi sinopsis hidup aku spnjg minggu lepas. huhu. sori la sapa2 yang rasa terpakse baca sume nih. saja je nak kongsi story. hak hak.

jumpa lagi. chow.