Salam. Masa raya itu hari sempat aku gi menonton wayang di Teruntum Kuantan. Filemnya adalah Jin Notti, Momok The Movie dgn Tsunami. Kat bawah ni aku ulas serba sedikit sebab banyak movie nak ulas.
Jin Notti
Filem pertama arahan Azhari Zain ini terbitan KRU Pictures. Filem ini dibintangi nama besar industri hiburan seperti Mawi, Fara Fauzana, Adibah Noor, Bob Lokman, Cat Farish, Acappan, Sazzy Falak, Aziz M Osman, Betty Benafe dan ramai lagi.
Pada aku cerita boleh la tahan sebagai sebuah karya ringan. Ceritanya kuat, ada sesuatu yang baru cuma penceritaannya ala kadar sahaja menyebabkan plotnya dah boleh diagak. Kalo setakat nak tonton nak enjoy2 boleh la layan. lebih dari tu takde. Tapi mesej yg ingin disampaikan memang baik kerana ia buat kita berfikir kita ni manusia jenis apa.
Sinopsis lebih kurg gini. Notti (Fara Fauzana) adalah seekor jin yang kena penjara sbb berkelakuan baik. Nak jadi jin kena jahat katanya, so sbb dia baik dia dianggap melanggar peraturan dan dihukum penjara. Bila mahkamah bersidang, hukumannya dia akan dihantar ke dunia manusia untuk hasut manusia buat jahat. Bila dah kat dunia, dia dijelmakan sebagai 3 individu yang berlainan (3 kali jelma sbb kali pertama dan kedua tak jadi jahat jugak). Ruby si minah punk, Yvonne si minah gangster dan Sharifah si minah peguam yang selalu bela penjenayah (jenis manusia paling jahat dlm kalangan manusia merujuk filem ni). Dan setiap kali dia menjelma tu pulak dia akan bertemu Aziz (Mawi) yang membuatkan dia jatuh cinta. Jinbara (Cat Farish) ditugaskan untuk membantu Notti buat jahat agar jam skala kejahatan pada tangn Notti akan naik. Masa kat bumi jugak, Notti terjumpa dengan ayahnya yang dah hidup sbg manusia sbb takleh jadi jahat. Dan akhirnya Notti pun memilih untuk taknak buat jahat, nak hidup sbg manusia, jumpa ayah dia dan kahwin dengan Aziz.
So, pergilh tonton. tapi kalo tak pergi tak rugi pun.
Momok The Movie
Cerita ni pulak boleh dikategorikan sebagai filem komedi seram. 6 cerita digabungkan jadi satu. Hantu2 yg terkenal dalam masyrkat Malaysia dikumpulkan seperti pontianak, pocong dll. Cerita ni lagi sengal. Filem nih diangkat dari vcd tahun 2004 dulu. Pengarahnya pun sama. Jalan ceritanya pun lebih kurang je. Kalo ikut aku, filem nih sama je tarafnya dengan filem2 Prof A. Razak Mohideen yang kurang best tuh. Ceritanya nampak low budget dan macam dibuat asal boleh je. Tapi malas la nak kutuk lebih2. Kesian lak kat org2 yg dah bertungkus lumus buat filem tuh.
Filem ni diarahkan oleh M.Jamil dan menampilkan pelakon spt Faizal AF4, Abon, Datuk Sarimah Ahmad, Mama Rina AF6, Leez AF5, Datuk Aziz Sattar, Ruminah Sidek dll. Lokasinya kat Temerloh. Banyak tempat yang dikenali oleh orang Pahang dalam tuh.
Ceritanya begini. Adlin (Faizal AF4) balik kampung nak jmpa mak n adik2 dia lepas lama keje di Bintulu. Malam tu dia ajak kawan dia pergi makan kat kedai Pak Ajis (Aziz Sattar) kat hujung kampg. Dia berkeras nak pergi walaupun mak dia bgtau Pak Ajis dah tak sihat dan dah tak berniaga sejak isterinya mak Temah (Ruminah Sidek) meninggal dunia.
Sampai kat gerai dia dan Abon jumpa Pak Ajis dan order makan. Sambil makan diorg kongsi cerita hantu. Dan 6 kisah hantu ni disingkap dalam sesi berscerita diorang tuh. Antaranya kisah pontianak kacau pemandu lori, pocong kacau penduduk kg, mayat dilangkah kucing hitam, manusia sesat kat dunia bunian dan kisah gadis dirasuk. Last2 skali biasalah rupanya Pak Ajis memang dah tak berniaga bila dia pg semula tgk gerai Pak Ajis keesokan harinya. Gerai tuh dah usang sebenarnya. Rupanya yg malam tuh hantu.
Macam aku cakap tadi, ceritanya biasa saja. Agak membosankan kerana semua cerita kita dah boleh agak endingnya. Lagi pulak, aspek lakonan dan serba serbi dalam cerita kurang diberi perhatian sewajarnya membuatkan ia tak layak ditonton. Dan paling penting menyesal tgk citer kurang bijak gituh! Moralnya, jangan tengok citer nih.
Tsunami at Haeundae

Ni pulak cerita fiksyen Korea yang berkisah tentang korea dilanda Tsunami. Tapi aku takleh nak komen sbb sepanjang cerita aku tertidur dek kerana bosan. kalo aku komen karang tak adillah sbb aku tak tgk. So korang tengok la sendiri. Hehehe.
Chow Cincauuuuu!