Thursday, October 01, 2009

MyWords | Makin Jelas

Hmm..hari ni dah masuk bulan Oktober yakni 1 Oktober 2009. Ini bermaksud tinggal kurang dari seminggu student2 aku akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009. For information PMR berlangsung dari 7 ~ 13 Oktober 2009. Personally aku rasa sangat takut. Bukan takut PMR dah dekat tapi macam2.
1. Aku takut peratus sekolah jatuh memandangkan 2 tahun kebelakangan ini peratus kitaorang agak baik dan mencatatkan peningkatan.
2. Aku takut menerima hakikat bahawa masih ramai budak yang belum 100% peratus bersedia untuk ambil exam tuh.
3. Aku takut akan ada ramai budak yg gagal.
4. Aku takut target 35 orang A untuk BM takkan tercapai.
5. Aku takut takde budak dapat 8A lagi tahun ni.
6. Aku takut kalau2 budak tak study langsng kat umah.
7. Aku takut budak datang exam dengan otak yang kosong.
8. Aku takut apa2 kejadian buruk menimpa student aku menybabkan diorg takleh exam.
9. Aku takut soalan yang keluar nanti susah sangat sampai diorang xleh jawab.
10. Aku takut aku lak yang sakit sampai takleh tengok diorang exam.
11. Yang paling aku takut adalah kalau aku takleh bantu diorang pada saat diorang sangat2 memerlukan bantuan aku.
Banyak lagi perasaan yang berkecamuk dan sentiasa muncul di fikiran aku. Selagi PMR ni tak habis memang aku tak senang duduk. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini. Amin.
Sejak Selasa lepas, kelas tambahan intensif dah kitorg mulakan. Start abis sekolah, kul 3 sampai 4.30 ptg. Then brsambung plak pada 5 sampai 6 ptg. Malam pun ada dari kul 8 sampai 10 malam. Well, nampak memang packed giler tapi itu baru sikit je. Kalau ikut hati aku, lagi ketat dari tu jadual dia. Tapi memandangkan tahap student aku, aku terpaksa kurangkan. Aku faham diorang tak mampu nak berkorban lebih dari itu. Diorang nak kejayaan tapi pengorbanan untuk membayar harga kejayaan itu diorang tak sanggup nak bagi.
Apapun, alhamdulillah ramai yang datang kelas. Tak macam dulu2, jumlah yang datang boleh dibilang dengan jari. Sekarang pun boleh, tapi banyak la jari kena guna. harap diorang leh maintain macam ni sampai pekse n memberi isyarat pada aku dan rakan2 yang diorang dah bersedia. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment