_______________________________________________________________________________________________
2012
Teruja sangat nak tgk citer nih sbnarnya mmndgkan trailernye bukan main gempak lagi. Tapi bila dah tgk, takdelah best sangat pun. Filem nih sangat bersandarkan pada kehebatan grafik dan CGI-nya. Selain itu takde apa yg hebat pun. Pelakon biasa2, lakonan pun biasa2 je. Jalan cerita pun sangat biasa. Filem ni mengisahkan ramalan kaum Mayan yang kononnya dunia akan kiamat pada tahun 2012. Maka apabila dah tahu akan kejadian tersebut maka pemimpin2 dunia pun memulakan misi untuk menyelamatkan bangsa manusia daripada dibinasakan. Diorg berpakat untuk buat satu kawasan penempatan manusia yang tahan dan kalis kiamat tersebut. Lokasinya di China. Dalam proses itu wujudlh watak si hero yang cuba nak menyelamatkan ahli keluarganya. Biasalah. Filem Amerika. Semua nak tunjuk diorang ni hero. Tapi bila habis cerita nih, kita sebagai orang Islam boleh wat kesimpulan bahawa ini bukanlah kiamat, cuma bencana alam je. Kalau kiamat, takkan hero n kawan2 dia hidup lagi.Rating : 2.5/5 bintang
_________________________________________________________________________________________________________________
Pisau Cukur
Pisau Cukur adalah antara filem Melayu yang ditunggu2 kerana menampilkan dua orang pelakon yang cantik jelita :- Maya Karin dan Nur Fazura dan dibantu pelakon2 lain yang terkenal. Memula menonton filem yang digambarkan berlaku atas kapal ni, ingatkan sekadar filem biasa yang menonjolkan anak dara cari calon suami lelaki kaya. Rupanya alih2 citer ala2 penyiasatan. Best jugak la. Aspek lakonan takde masalah cuma aku agak berbulu mata tengok set kapal dalam filem nih yang tak langsung menampakkan realistiknya dan kemewahannya. Macam dewan makan je. Bernard Chauly selaku pengarah memang menggunakan sepenuhnya kepakaran beliau untuk menggarap cerita2 urban begini. Watak Fazura kembali mengingatkan kita pada watak Putri lewat filem Gol dan Gincu. Apapun boleh layan la citer nih. Kelakar jugak biler tengok watak gedik si Maya dan Fazura.Rating : 3/5 bintang
_____________________________________________________________________________________________________________________
Ninja Assassin
Citer nih pada sangkaan aku hebat sangat masa mula2 tengok trailernya. Tambah teruja bila tau pelakonnya Rain - Popstar dari Korea yang menjadi kegilaan ramai. Tapi bila habis tengok aku terpikir kenapa la Rain tuh berlakon dalam cerita2 tak berfaedah macam ni. Terlalu nak memaparkan kehebatan ninja2 dalam cerita nih sampai terlupa kadang2 ada babak yang tak logik. Antaranya, ninja2 nih baling senjata yang macam bintang tuh senang je kena kat orang tapi senjata polis yang ditembak dan menghamburkan beribu2 peluru bukan setakat nak bunuh ninja2 jahat tuh, kena pun tidak. Boleh nak berfiksyen, tapi jgn la sampai melampau dan menipu sangat. Apa la. Ini membuatkan aku naik bosan menonton, tambah pulak bila endingnya dah boleh agak. Bosan sungguh tengok filem nih.Rating : 2/5 bintang
_______________________________________________________________________________________________________________
The Storm Warriors
Rating : 3.5/5 bintang
___________________________________________________________________________________________________________
Santau
HAMPEH. Itu saja perkataan yang layak untuk aku gambarkan filem Santau ni. Walaupun kat paper bukan main puji filem nih, tapi pada aku filem nih hanyalah penambah kepada filem2 seram Melayu yang makin lama makin kurang seram dan kurang kualitinya. Seawal minit pertama aku dah hilang mood nak menonton bila mendengar suara pelakonnya yang langsung tak sama dengan mulut diorang. Ditambah pulak dengan banyak benda yang boleh dipertikaikan. Antaranya, apa motifnya kontraktor yang kaya tapi pegi duduk dekat ceruk hutan yang rumahnya buruk. Siap ada akar2 menjalar dalam rumah. pastu pulak bila ada seram je ada asap keluar. Taktik lama. Masa makan muntah n telur tuh pulak, orang yang kena rasuk tuh konon2nya makan. Tengok kat muka habis penuh darah la muntah la. Tapi bukak mulut, gigi bersih je. nampak sangat benda2 tuh dilumurkan kat muka. Pasal pelakon dan lakonan pulak malas aku nak sentuh sebab lagi menyakitkan hati. Menyampah aku nak tunggu filem nih habis. Buat bazir duit je.Rating : 1.5/5 bintang
_______________________________________________________________________________________________________
Avatar
Rating : 5/5 bintang
__________________________________________________________________________________________________________
Looking 4ward
Adnan Sempit
Sherlock Holmes
The Spy Next Door
No comments:
Post a Comment