Sunday, September 26, 2010

MyWords | Undang-Undang Rimba vol.1

Melihat dunia hari ini aku jadi takut. Keganasan ada di mana2. Celik mata...aku bersyukur masih lagi hidup walaupun sana sini kedengaran pelbagai kisah yang kadangkala bila difikirkan membuat kita termenung dan bertanya...kenapa dalam zaman moden serba-serbi manusia semakin hilang pertimbangan dan mudah sekali mengambil tindakan ganas dan zalim macam makhluk dlm hutan yang tak ada undang-undang dan hati perut?

Kes-kes pembunuhan masih terus menghiasi dada2 akhbar yang saban hari membuatkan aku terus jadi takut seolah-olah tiada lagi keamanan dalam dunia hari ini. Nyawa menjadi semakin murah. Mudah sekali diragut oleh manusia2 durjana.

Sedar atau tidak keadaan sekeliling kita banyak mempengaruhi kelahiran generasi ganas hari ini. Bermula dengan teknologi komunikasi awal hinggalah kewujudan televisyen dan internet...media2 ini saban hari semakin besar pengaruhnya dalam menjadikan pemikiran generasi hari ini pemikiran yang ganas. Saban hari di televisyen terdapat bermacam jenis rancangan, filem, drama, dokumentari dan sebagainya yang ditayangkan. Banyak unsur ganas yang dahulunya menjadi sesuatu yang ditakuti untuk dilihat dan dipaparkan secara jelas kini menjadi perkara biasa.

Visual orang ditikam, orang kena tembak, orang kena rogol, orang kena pukul, darah terpercik ke sana-sini, visual kepala pecah, otak terburai, tangan patah, gangsterisme, vandalisme, keganasan rumahtangga dan banyak lagi aksi2 ganas dipaparkan dan ditayangkan di kaca tv tanpa sebarang tapisan banyak menyumbang kepada kelahiran generasi ganas hari ini. Bayangkan jika perkara2 tadi ditonton oleh anak2 kita yang berumur 2 atau 3 tahun. Sedangkan yang dah umurnya belasan tahun pun boleh terpengaruh inikan anak2 kecil yang masih mentah dan tak tahu lagi nak pikir mana yang baik mana yang buruk. Bayangkan apa ada dalam fikiran mereka bila setiap hari didedahkan dengan perkara2 ganas melampau tersebut. Benda yang tak biasa pun pasti akan jadi biasa jika terus diberi dedahan begitu.

Orang dewasa pun ada lagi yang geli-geleman bila tgk darah. Jangankan nak sembelih ayam...tengok pun tak boleh. Nak muntah bila tgk luka2 yang parah, tgk gambar accident dan sebagainya. Tapi budak2 sekarang..benda2 tuh bukan lagi perkara yang pelik sebab hari2 boleh tengok dan dah jadi kebiasaan. Dah jadi benda yang normal. 10 tahun dulu kita pasti tergamam kalau baca kisah orang kena bunuh dan mayatnya dikerat2. Tapi budak2 zaman sekarang macam dah biasa dengan semua itu. Keganasan dah jadi perkara normal. Puncanya...kerana pendedahan yang terlalu banyak kepada perkara2 sebegitu yang menjadikan mereka lali ataupun immune kepada semua itu. Dalam memilih hiburan pun kita boleh lihat kecenderungan diorang. Filem2 remaja yang menggambarkan gangsterisme, aksi pukul memukul, rogol, rempit, dadah dan sebagainya pasti lebih diminati berbanding filem2 unsur lain.

Kalau nak diberi contoh...ambil je siri2 jenayah dan kepolisan yang disogokkan barat. Dari CSI (Miami, Vegas & New York), NCIS, Criminal Mind, Bones dan lain2...semuanya menerapkan aksi2 ganas dalam drama2 mereka. Itu belum nak kira filem2 lagi. Memang ceritanya menarik..tapi kalau dah tiap2 hari tengok orang kena bunuh darah, terpancut sana sini...mana letak keseronokkannya? Orang dewasa bole lagi pikir...kanak-kanak dan remaja macamana...?

Hmm...tatau la sampai bila semua ni nak berterusan. Keluarga dan ibu bapa sangat penting dalam situasi ini. Mereka perlu mendidik anak dengan sahsiah yang baik dan sentiasa diberi panduan berkenaan tatasusila dan taingkahlaku yang baik. Kerajaan pun harus sama2 bantu. pantaulah stesen2 tv zaman sekarang. Jangan dek kerana nak mengejar rating dan jumlah penonton..kita menggadaikan masa depan generasi kita.

Sama2 lah kita berdoa Malaysia ini akan terus aman dan sentosa.

No comments:

Post a Comment