Sunday, December 18, 2011

MyWords | Kembara Bumi Medan


Assalamualaikum.
Well...well...well...Rasa2nya dah banyak tahun dah sejak kali pertama aku mendengar nama Danau Toba. Pertama kali dengar masa sekolah rendah. Ada baca buku cerita pasal kisah2 dongeng. Apa tajuk bukunya aku pun dah lupa. Ceritanya lagilah aku lupa. Yang aku ingat Toba tu nama org. Orang mana...aku tak ingat jugak. Hahaha. Sengal kan...? Nak citer tapi tak ingat. Lepas tu...bila masuk sekolah menengah pulak... Danau Toba disebut lagi. Kali ni masa belajar Geografi pulak. Antara kata2 yg sinonim yg diutarakan masa belajar pasal Danau Toba adalah...tasik...volcano...terbesar...tapi kalau suruh aku terangkan pasal tasik tu menggunakan perkataan2 tersebut, mintak maaf. Tak boleh. Sebab...aku ni kalo bab2 geografi ni failed sikit. Xpernah nye lekat ilmu2nye. Sbb tu sampai skrg baca kompas pun tak reti2. Kalo letak aku dalam hutan...bagi kompas suruh selamatkan diri...mungkin kompas tuh aku gantung jew jadi kalung. Hehehe.
So...kali ni aku ke Medan dgn tujuan utama nak menjejak Danau Toba la. Bagi sapa2 yg tak tau pasal Danau Toba ni, aku bg penerangan sikit2. Dengar ye murid2.
Ok. Danau Toba kira2nya terbentuk selepas terjadinya letusan gunung berapi kira2 75,000 tahun dulu. Ini adalah letusan supervolcano yg terbaru. Letusannya terjadi selama 1 minggu dan lontaran debunya mencapai 10 km di atas permukaan laut. Bill Rose dan Craig ChesnerMichigan Technological University membuat anggaran bahawa bahan-bahan volkanik yang dimuntahkan gunung itu adalah sebanyak 2,800 km³, dengan 800 km³ batuan ignimbrit dan 2,000 km³ abu vulkanik yang kemudiannya ditiup angin ke barat selama 2 minggu. Debu vulkanik itu dari   tersebar hampir ke separuh permukaan bumi. Dari China sampai ke Afrika Selatan. Haa...dengar tu. Punyalah dahsyat letusan gunung berapi tersebut ye anak-anak...
Kejadian ini menyebabkan kematian besar dan juga kepupusan beberapa spesis haiwan. Menurut beberapa bukti DNA, letusan ini juga menyusutkan jumlah manusia sampai hampir 60% dari jumlah populasi manusia bumi pada masa itu yang berjumlah sekitar 60 juta orang. Jadi macam mana terbentuk tasik plakk? 
Macam ni yew. Apabila gunung tu meletus...maka tinggalan kawah volcano yg terbuka tuh menjadi takungan la kira2nya. Dah la isinya seperti larva dll dah tak ada. Maka bertakung lah segala jenis air seperti air hujan, air tanah, air bukit dll. Terjadilah tasik. Yang uniknye pulakkat tengah2 danau tu ada sebuah pulau yg bernama Pulau Samosir. Besar tak besar la tapi kalau nak keliling naik bot...ada jugak makan masa setengah hari. bayangkan.
Jadi mesti korang tertanya2 kan kenapa namanya Danau Toba...? Kalau nak tau...pasal asal usul namanya dan aktiviti kitorang sepanjang kat sini...sila ikuti lagi nanti yew sbb sekarang aku masih ada sikit rasa angin dan nak marah sbb tadi tiba2 hotel ni blackout. So...xde mood nak tulis. Lagipun aku tengah lapar. Kawan2 dah tunggu nak gi makan. So aku nak makan bersama Haizam, Taufiq dan Raizal. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment