Terbitan : Tayangan Unggul
Arahan : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, Johan RL, Shy 8, Zami Ismail, Delimawati, Man Kadir, Soffi Jikan, Ummi Nazeera, Avaa Vanja dll.
Enjit-enjit semut...sapa sakit naik atas......
Haa...lama kan tak dengar lagu tu. Kalau rasa nak dengar...sila la pergi menonton filem nih. Yang bestnya dalam filem nih....lagu tuh akan dinyanyikan oleh Kak Limah sendiri. Memang best.
Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni dah lama aku tunggu sejak diumumkan akan dibikin. Bukan apa, filem ni adalah kesinambungan kepada salah satu filem paling banyak kali aku tonton iaitu Zombie Kampung Pisang. Tontonlah banyak mana pun, setiap kali tonton aku akan tergelak. Biar sorg diri pun. So...menjadi wajib la aku turut serta bila dah ada sambungannya...lebih2 lagi ad akhbar melaporkan katanya filem ni kutip RM1 juta dalam sehari!!. Biar betik!! Lagi wat aku ghairah nk tgk.
Menonton filem ni berjaya menghilangkan baki2 stres yang masih berbekas di kepale otak aku ni. Walaupun aku masuk lewat 5 minit...tapi keseronokannya tak terganggu pun. Sepanjang menonton...memang lawak sentiasa. Cuma separuh perjalanan menuju penghabisan...aku agak kurang ketawa kerana babak2 dan jalan ceritanya aku dah tau kerana boleh diagak. Ditambah pulak dengan sinopsis dan gambar yang aku terbaca dalam suratkhabar. Spoil!!
HKLBR bermula dengan kepulangan Husin (Awie) ke Kampung Pisang setelah bekerja di Singapura. Sampai kat kampung, dia terserempak dengan jirannya Kak Limah yang berambut panjang dan asyik mendongak ke langit. Malam tulah di start kena kacau dgn hantu Kak Limah tu. Dialah org pertama yg kena kacau. Lari punya lari terserempak dgn Abi Hurairah (Johan RL) dan Ucop (Shy8). Sblm tu diaorg dah berjumpa waktu si berdua ni pergi menakut2kan si Husin. Masa tulah si Ucop ni cerita mcm mana kaki dia leh lumpuh. Lawak betul cara dia lumpuh. Tapi sebagai bekas penari kebudayaan, tangan tetap gemalai. Haha. Diorang bawak Husin ni ke kedai Pak Jabit (Man Kadir) dan berjumpalah Pak Abu (Zami Ismail) sekali. Start dari sinilah lawaknya tak henti2. Habis semua orang kena kacau dengan Kak Limah dalam suasana yg penuh lawak. So...sepanjang perjalanan cerita ni puas lah diorang pikir mcmana nak hapuskan hantu Kak Limah tu. Panggil Wak Joko (bomoh Indon - Soffi Jikan)...sia2 kena pelempang dgn Kak Limah. Panggil bomoh Siam (Chomprak Chawatbesiwat - Kamarul Yusoff)...habis patah riuk Kak Limah kerjakan. Sampai la akhirnya si Ucop cadangkan nak bakar rumah Kak Limah. Situlah mcamana semuanya terungkai. Rupanya....haaa. Malas bagitau. nanti spoil korg tgk cerita tuh. G lah beli tiket ye. Ada jugak babak2 yang pelik dan sukar dipercayai tapi aku abaikan aje sbb kata citer lawak...itulah lawaknyer. Tak gitu...?
Lawak memang lawak. Tapi pada pendapat aku belum cukup kuat nak melawan Zombie Kampung Pisang. Apapun mmg best. Kalo ada org nak belanje aku tgk lagi sekali pun ok. Huk huk huk. Begitupun...filem kali ni walaupun tidak sebaik ZKP dalam lawak2nye...tapi dari sudut pembikinannya, aku kira lebih baik. Terutamanya bab kostum dan mekap. Pendek kata semuanya diberi penelitian yang lebih.
Akhir kata...sapa2 penggemar Mamat Khalid dan Zombie Kampung Pisang...pergilah tgk Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pasti terhibur...terutama yang tgh stress. So, sebelum abis...tgk la babak2 dari filem ni ye...
![]() |
Abi Hurairah tgh posing tgk bomoh ubatkan Pak Abu. |
![]() |
Inilah Kak Limah... |
![]() |
Bomoh Siam yg kena belasah dgn Kak Limah. |
![]() |
Husin mcm biasa la. Asyik nak mandi je kejenye. |