I
Aku memang suka filem Hindi. Sejak kecik lagi. Dari tahun 80-an dulu sampaila sekarang. Aku tak dapat nak bayangkan hebatnya filem diorang sbb diorang punya filem boleh jadi satu industri yang mampu bantu ekonomi negara. Bayangkan pada masa tuh diorang boleh keluarkan 300 filem setahun. Malaysia nak kuar 30 filem setahun pun menitik air mata. Bollywood sangat2 membantu dalam menjana kekaguman aku terhadap negara India. Lepas tuh, bila aku start tahu pasal Taj Mahal aku lagi kagum. Kisahnya aku baca. Gambarnya aku cari. Hebat. Memang hebat. Tak dapat aku bayangkan mcmana kerajaan pada zaman dulu yg takde jentera atau mesin mcm sekarang boleh membina satu binaan yang hebat mcam tuh. Sebuah karya agung. Masa itu aku memandang negara India sebagai sebuah negara yang hebat. Filemnya hebat. Bangunannya hebat. Rakyatnya ramai. Duit negara mesti banyak. Itu fikiran aku.
Tetapi bila aku semakin membesar, bila aku semakin tahu serba sedikit hal selok belok dunia, semakin aku mengerti bahawa negara yang bernama India itu bukanlah hebat sangat. Imej2 yang ditonjolkan di media massa menjadi sumber untuk aku membuat penghakiman. Dan memang media massa berjaya mempengaruhi aku bahawa India bukanlah hebat sangat. But still, kekaguman aku terhadap 2 benda di atas tadi masih sama.
Penilaian2 negatif aku terhadap India bertambah lagi apabila aku jadi peminat setia rancangan The Amazing Race. Imej2 yang ditonjolkan di dalam rancangan tuh langsung tidak membantu aku menyukai dan mengagumi India semula. Kotor, miskin, sesak dan lain2 lagi terus dipaparkan . Imej itu melekat di otak aku sampai sekarang. Aku tak pernah dan tak dapat bayangkan mcamana aku nak hidup dalam suasana yang dipaparkan itu.
II
Glet ditempatkan untuk bertugas di India. Aku terkejut sungguh. Yg penting dia sangat excited nak pergi. Tapi takpelah. Dia yang pergi..bukan aku. Ini adalah jarak terjauh aku berada dari dia. Sejak umur 13 tahun sekolah sama2. Tak pernah jauh. Aku kat Pahang dia kat Johor ok lagi. Aku kat KL dia kat Seremban ok lagi. Aku kat Pahang dia kat KL ok lagi. Tapi aku kat Pahang dia kat INDIA...hello!!! Sedih. Sedih memang sedih. Sbb tuh aku taknak pergi hantar dia kat airport. Tapi aku ok lagi. Lagipun aku sangat yakin dalam hati bahawa jarak takkan memisahkan kitorg dan kitorg akan jumpa semula satu hari nanti. Cuma aku sedih n tak best bila pikir dia kena hidup kat tempat yang azab tuh. Hish.
III
Haizam ajak aku pergi India. Beberapa kali dah dia ajak. Tapi aku wat taktau je sbb aku mmg taknak pergi. Aku taknak duduk tempat yang berdebu, kotor, padat, sesak dan lain2 lagi tuh. Lagipun masa dia ajak tuh kitorg baru balik dari Bali. Aku ni dah nak muntah tgk amalan2 Hindu n kuil kat Bali. Skrg nak ajak aku pergi India plak..lagi banyak kuil. Aku cakap NO! Tapi Haizam tetap gigih memujuk. Setahun lebih jugak. Yg penting dia guna Glet sbg alasan utama. Adalah sikit terbuka hati aku nak pergi. Tapi tak lama tuh A.R Rahman-komposer terkenal India menang Oscar utk Slumdog Millionaire. Kat tv tunjuk suasana kat Chennai masa sambutan menyambut kepulangan dia. Huru hara aku tengok. Terus aku jadi berat hati semula nak pergi. Sayangnya tiket dah beli. Ayat Haizam - "Ini semua untuk Glet.." Perlahan2 aku terima hakikat itu dan cuba ikhlaskan hati aku. Untuk Glet...untuk Glet...untuk Glet..
IV
Pengembaraan di India aku selesai. Malangnya tanggapan aku tetap tak berubah. India adalah negara yang sama seperti disemat di hati aku. Suasananya kotor. Aku sampai di Chennai malam hari. Mungkin aku tak nampak. Tapi esoknya aku dapat tgk dengan jelas. Suasananya sangat padat. Orang ada merata2. Sesak. Sampah sarap merata2. Paling menyentap persaan aku bila nampak orang berak dan kencing merata2. Asal ada tembok, boleh ajer jadi tempat diorang membuang. Tempat yang paling kotor kat Malaysia pun takde rakyat kita wat camtu. Itu belum lagi yang membuang sampah sesuka hati. Yang meludah dan membuang air sirih tak kira tempat. Yang mandi tepi jalan. Yang tido di kaki lima. Yang duduk dalam khemah tepi jalan. Yang kerjanya mengumpul tahi lembu untuk dikeringkan. Yang merayau dalam keadaan kusut masai. Macam2 perangai. Semasa kat sana aku selalu diingatkan tentang kebersihan. jangan makan kat gerai tepi jalan. Jangan minum air yang diserve kat restoran or kat mana2. Or else..cirit birit. Rakyat diorang sendiri pun tak percaya dengan tahap kebersihan diorang. Ini plak kita.
Jalan rayanya sesak. Jalan yang ada dua lane biasanya akan jadi banyak lane. Selagi boleh mencelah akan dibolehkan juga tak kiralah memandu auto rickshaw atau kereta. Sesaknya luar biasa. Pemandu pulak tak henti2 menekan hon. Siap ada plak kat badan2 lori yang siap tulis 'please Horn'. tujuannya untuk ingatkan diorg. Bingit suasanya. Duduk dalam kereta pun buat aku jadi lemas. Belum lagi yang memandu mcm ada ilmu kebal. Menakutkan. Lampu isyarat kadang2 tak dihiraukan. Polis trafik memang ada. Tapi antara polis tuh dengan lampu isyarat, aku rasa tak ada beza. Kalo tengok fizikal kereta pulak, berdebu, calar2 n kemik memang dah tak heran. Memang aku tak heran pun kalo tgk diorang bawak kete camne. Lepas ada plak tak semena-mena ada kerbau dan lembu melintas. Walau kat tengah bandar! Pemandu Malaysia tak sopan? I dont think so. Malaysia jauh lebih sopan dan bertimbang rasa berbanding diorang.
Selama ini, aku ingat apa yg ditonjolkan dalam filem itu adalah fiksyen. Orang kayanya rumah besar tak ingat, rasuah, orang miskin dan lain2 lagi aku ingat rekaan. Tapi bila sampai sini aku baru sedar. Realiti India adalah dalam filem2nya. Kalo nak lebih tepat tengok filem2 Tamil. Itulah India yang sebenar. Rasuah sangat berleluasa. Cerita si Harsha, rasuah adalah sebab utama India tak maju. Kerana itu ahli2 politik diorang akan berkuasa sampai mati. kalau letak jawatan, habis la kena siasat. Sebab itu yang kaya terus kaya dan yang miskin akan terus miskin. Kasta masih lagi diamalkan. Sebab itu masih ada golongan yang tak mampu nak pergi sekolah. Yang tak mampu nak buat rumah. Yang duduk merempat dalam khemah tepi jalan. Yang duduk menggendong anak mintak sedekah kat lampu isyarat. Masya Allah.
Menjadi pelancong di India adakalanya sangat mencabar. Semua sudut anda akan diperah. Hampir setiap masa kita perlu berjaga2 takut ditipu. Itulah realitinya. Berurusan pula dengan mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Lagi haru. Itu belum lagi dengan harga tiket yang jauh beza antara pelancong dengan rakyat tempatan. Contohnya nak masuk ke Taj Mahal. Tiket rakyat tempatan Rs50. Tiket pelancong Rs750! Sangat tak masuk akal. Pelancong yang datang ke India sangat2 diperah untuk menjana ekonomi setempat dan juga negara.
Tak dinafikan India ada banyak tempat menarik dan binaan hebat. Taj Mahal dan Kubu Agra cukup menjadi bukti. Inilah tarikan utama pelancongan India. Tapi sayang seribu kali sayang. Tarikan hebat sbegini tidak dijaga seeloknya. Diluar pagar Taj Mahal kotornya Masya Allah. Lembu berak merata. Manusia kencing merata. Sampah berterabur. Hish. Sesak aku tengok. Diorang ada aset tapi sayang dibazirkan.
Tapi tak semua yang buruk dalam perjalanan aku nih. Briyani ayam mereka sangat sedap ye. Nasi kosong saja pun dah sedap bagai nak gila. Tak terlawan dgn briyani Malaysia. Kitorang dapat kawan baru juga. Rakyat biasa tapi hatinya mulia. Sangat ikhlas membantu tak seperti sesetengah yang lain. Hmmmmm....
V
Berpeluang ke India buat aku sangat2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Sekotor2 orang Malaysia, kita tak kencing merata2. Seganas2 pemandu kita, takdelah ganas macam diorang. Sejahat2 pemandu pelancong kita takdelah menipu memanjang. Setamak2 ahli politik kita, takdelah sampai lupakan tugas dan rakyat. Semiskin2 kita, takdelah hidup merempat dan melarat. Semalas2 kita takdelah sampah berterabur merata2.
To Haizam dan Glet..terima kasih.
Terima kasih kerana bawak aku ke India.
Terima kasih bawak aku jumpa Glet.
Terima kasih bawak aku ke Taj Mahal.
Terima kasih kerana buat AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!
India amat unik. Tak perlulah disingkap sejarah agungnya, apa yang ada sekarang pun sangat mengkagumkan.. Yang baik mahupun yang buruknya. sebelum ke India, apa yang buat aku happy bukan pasal dapat ke India, tapi pada kepercayaan yang diberikan kepada aku, dan satu cabaran baru dalam hidup aku yang aku rasakan adalah satu peluang yang amat besar nilainya.
ReplyDelete'Melawat' india dan 'hidup' di India adalah amat besar jurang bezanya. Kalau kau sekadar menjadi penumpang, aku terpaksa memandu sendiri di sini. Kalau kau bimbang diputarbelit, aku terpaksa belajar menepisnya sepanjang masa.
Dan sebenarnya bila aku jauh di India, makin buat aku sayangkan Malaysia dan menghargai semuanya. Kebebasan, kepercayaan, kebersihan, tata susila, kesungguhan,dan paling penting betapa indahnya nilai persahabatan...
wohoo! penerangan yg sangat teliti so terus terbantut aku nak jalan jalan pi india! hehe
ReplyDeletetake it as a challengelah hazrul! eh, ni blog aku ke blog naain nih?
ReplyDeleteyers. memang aku paham tentang perbezaan melawat dan tinggal di India. Sebab tuh aku TAKNAK duduk kat India!
ReplyDeletetakmo hahaha takdelah..buat masa ni dalam keadaaan yg tak berapa kaya ni kalau nak bjalan nak pi tempat cantiq cantiq jer...dah pernah berjalan 2 hk ngan bangkok, hk best bangkok tak berapa best...so rasa mcm rugi duit kalau pi jejauh tapi ermm ermm :) nanti ar duit dah berteraburan dalam wallet aku pi india ek! erkk kem salam kat Padayappa!
ReplyDelete