Wednesday, December 30, 2009

MyStage | Natrah



Sudah agak lama aku tak menonton sebuah teater yang serius. Kerana terlalu mengejar komersil kebanyakan persembahan sekarang ni asyik muzikal je. Maka apabila Natrah dipentaskan aku sangat teruja dan terus beli tiket. Mula2 tak minat sangat nak tengok sebab yang jadi Natrah tu Diana Danielle, tapi bila Diana tarik diri dan digantikan oleh Maya Karin aku jadi teruja nak tengok. Lagi pula aku mmg suka dengan lakonan Umie Aida yang turut berlakon dalam teater ni sejak dulu.
Aku menonton Natrah dengan kawan2 pada hari yg sama aku balik dari India.
Secara dasarnya, Natrah adalah sebuah karya yang bagus. Agak mengejutkan kerana inilah kali pertama produksi IB sendiri menghasilkan sebuah karya yang mampu dibanggakan setelah selama ini terlalu bergantung kepada produksi2 luar untuk memancing penonton. Buktinya, sepanjang pementasan yang lalu semua tiket habis dijual termasuk hari2 tambahan. Jumlah yang datang menonton adalah 18,000 orang. Hebat.
Sebagai sebuah pementasan yang berdasarkan fakta sejarah, Natrah berdiri atas satu tunjang yang jelas dalam menyampaikan ceritanya. Nilai sejarah dan komersil berjaya diimbangi dengan baik. Sebagai seorang penonton inilah yang dicari2. Pelakon2nya hebat2 belaka. Maya Karin sebagai Natrah remaja, Sofea Jane sebagai Natrah 70 tahun dan Umie Aida sebagai Bu Aminah sangat mengesankan. Paling menarik tatkala mereka bermonolog. Kehebatan itu disokong oleh Remy Ishak, Samantha Schubert dan beberapa orang muka popular yang lain. Aspek lakonan begitu ketara mutunya malam itu.
Natrah mengisahkan bagaimana perebutan hak menjaga seorang anak berbangsa Belanda antara seorang ibu angkat Melayu dan ibu kandungnya berdarah Belanda. Maria atau nama Melayunya Natrah menjadi rebutan setelah ditinggalkan oleh ibunya ketika perang untuk tinggal bersama pembantu mereka Aminah. Aminah pulang ke Kemaman bersama Natrah. Konflik timbul apabila ibu kandungnya menuntut semula Natrah dan semakin tegang apabila kes ini melibatkan permainan kuasa mahkamah dan politik antara beberapa buah negara. Walaupun diasuh penuh kasih sayang dan dididik sebagai seorang Islam oleh Bu Aminah, Natrah bagaimanapun diserahkan semula kepada ibu kandungnya.
Erma Fatima selaku pengarah menjalankan tugas yang sangat baik kali ini. Semoga karya2 selepas ini mampu menyaingi kehebatan Natrah. Bersama ini disertakan beberapa keping gambar berkenaan peristiwa Natrah.

Natrah dan Bu Aminah

Natrah, Bu Aminah dan Mansor Adabi.

Natrah & Bu Aminah diiringi polis keluar mahkamah.

Natrah bersama keluarga angkat ketika
pulang ke Malaysia pada 1997.




No comments:

Post a Comment