Thursday, December 31, 2009

MyWords | SPM Final Day



Setiap yang bermula pasti berakhir. Begitu juga dgn batch Form 5 tahun 2009. Memulakan sekolah menengah di SMK Maran sehinggalah ke SMK Cedung Jaya ketika di tingkatan 2, akhirnya perjalanan ini sampai ke noktahnya.
Noktah ini bukan tanda berakhirnya usaha mereka dalam mencari kehidupan yang lebih baik, cuma noktah ini sekadar menjadi pemisah antara dunia sekolah dan realiti. Bermula detik ini, maka bermulalah pengembaraan mereka dalam dunia sebenar. Bermulalah usaha mereka berdiri sendiri sebagai seorang individu.
Harapnya semua akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.

4 tahun bersama bukan satu tempoh yang singkat. Sedari kecil dididik, diasuh, diajar dan ditegur. Adakalanya dimarah. Bukan benci cuma ingin mendidik. Agar tahu mana yang benar mana yang silap.

Tahun 2006 - SMK Cedung Jaya bermula. Waktu ni diorang kecik2 lagi. Semua dtg dari SMK Maran. Walau dalam semua kekurangan tahun ini ditempuh dengan baik. Terutamanya kenangan perkhemahan di Taman Pertanian Kuantan bersama mantan Pengetua.

Tahun 2007 - Tahun ni PMR. Puas diherdik dan dimarah. Bukan apa. Semata2 nak bagi dorongan belajar. Maklumlah, mereka ni calon sulung PMR SMK Cedung Jaya. Pastinya mahukan satu benchmark yang baik untuk dituruti. Dan usaha itu akhirnya berbaloi. PMR 2007 cemerlang dan menempatkan SMKCJ dalam peta pendidikan daerah Maran.

Tahun 2008 - Form 4. Tahun enjoy kata org. Tapi sepatutnya tidak. Tahun ni perlu bermula dengan semangat yang baik untuk menempuhi SPM tahun hadapan. Tapi tak tau kenapa, semangat ketika PMR itu tidak dikekalkan. Terus-terusan keadaan jadi makin teruk.

Tahun 2009 - Tahun akhir dan juga tahun SPM. Ada yang berusaha ada yang tidak. Begitupun ia harus dihadapi dan akhirnya berakhir jua.

Selepas ini, tiada lagi caci maki. Tiada lagi herdikan bernanah telinga. Selepas ini nasib kalian di tangan sendiri. Pilihlah jalan yang betul.












Selamat tinggal......

No comments:

Post a Comment