Tuesday, September 01, 2009

MyScreen | District 9


BEST ALIEN MOVIE I'VE EVER SEEN!
Inilah cerita alien terbaik pernah aku tonton. Mulanya nak tengok filem ni aku agak skeptikal sebab tak dengar sangat pasal promotion nyer. Tapi gigih jugak aku g tengok sebab poster nya menarik perhatian aku dan sbb ada nama Peter Jackson. Bak kata pepatah cina yang selalu aku jumpa dalam komik2 bacaan aku, bila sudah lihat baru percaya. Bila dah tonton filem nih, tak dapat aku gambarkan betapa puasnya hati aku (mungkin orang lain tak setuju). Sangkaan bahawa ini citer tentang makhluk ganas yang bunuh2 manusia meleset sama sekali. Citer nih memang lain dari citer2 alien sblm ni.
Citer nih diarahkan oleh Neill Blomkamp dan dibintangi oleh pelakon2 yang sorang pun aku tak kenal termasuk la alien tuh. Mmg tak kenal langsung. Tapi semuanya memberikan lakonan yang baik termasuk alien2 tuh.
Citer nih dimulakan dengan laporan berita bagaimana satu kapal angkasa yang dipenuhi alien yang dipanggil The Prawn (sebab rupa fizikal diorang macam udang) tersadai di udara Johannesburg, South Africa 20 tahun dulu. Oleh sebab spaceship tersebut takleh berfungsi, maka pihak manusia dengan baik hatinya menawarkan ruang untuk mereka tinggal di bumi agar mereka tak mati. Pemimpin alien ni plak tak dapat dikesan menyebabkan mereka hilang arah tuju. Spaceship tuh pulak tak dapat berfungsi bila satu bahagian yang membolehkan kapal tersebut berfungsi jatuh dan hilang. Apabila mereka ditempatkan di satu kawasan atas tanah berhampiran ruang udara spaceship diorang, tempat tersebut lama kelamaan menjadi satu kawasan setinggan yang bermasalah. Tempoh 20 tahun adalah satu masa yang sangat lama untuk membiakkan pelbagai masalah seperti sampah bertimbun, pelacuran, jual senjata haram, miskin terbiar, kebuluran dll. Siap kat kawasan tuh ada kongsi gelap pulak yang jual senjata dan makanan utk menipu alien2 nih yang didalangi orang2 kulit hitam. Satu kehebatan alien nih pulak, diorang pandai cipta senjata canggih.
Nak dijadikan cerita, pihak MNU yang menguruskan diorang nih ambil keputusan untuk peindahkan diaorang ke tempat lain. Projek pemindahan nih diketuai oleh Wikus Van De Merwe. Yang kelakarnya si Wikus and the gang kena ketuk pintu rumah alien nih satu persatu, suruh diorang sign persetujuan pindah dan masukkan diorang dalam trak. Keadaan jadi kucar-kacir bila ada alien yang taknak pindah sampai ada yang mati ditembak dan lain2. Memburukkan keadaan ada plak alien yang ada konspirasi untuk balik ke planet diorang semula.
Rupanya, alien nih perlukan cecair yang terdapat dalam senjata yang dicipta kat planet diorang untuk hidupkan semula spaceship dia. 20 tahun diorang cari cecair tuh baru jumpa. Lama citer nih berjalan terdedahlah plot2 yang lain seperti MNU buat ujikaji kat alien tuh, alien ada sistem bawah tanah yang canggih dll.
Si Wikus nih pulak secara tak sengaja terkena cecair tersebut yang menyebabkan DNA dia berubah dan beransur2 jadi macam makhluk udang nih. Bila dia jadi gitu, kerajaan dan MNU nak tangkap dia pulak sebab nak ujikaji dia. Ketua gangster kulit hitam tuh pulak nak tangkap dia untuk dimakan sbb dia pun nak jadi macam alien tuh. Paling penting sebab, senjata2 hebat yang dicipta oleh alien2 nih hanya boleh digunakan menggunakan DNA diorang sahaja. Sbb tuh dia dah jadi buruan paling berharga skrg. Masa nilah dia berkawan dengan alien yang perlukan bantuan dia untuk curi balik cecair tuh supaya diorang sumer boleh balik. Nak tahu lagi gilah tengok sendiri.
Yang paling aku suka cerita nih adalah teknik penceritaannya yang lain dari yang lain. Cara diorang buat sangat cantik sampai macam peristiwa dalam filem tuh betul2 terjadi. Selain tu, filem nih ada gak menyentuh pasal setiakawan, sikap tamak dll. Ada nilai murni tau!
So..apa tunggu lagi? Gilah menonton. Kalo sapa2 nak belanja aku lagi sekali pun aku sanggup pergi tengok lagi sekali.


No comments:

Post a Comment