Saturday, September 05, 2009

MyWords | Gigil..



PMR tinggal 33 hari lagi.
Trial baru abis minggu lepas. Keputusan menunjukkan ada peningkatan daripada pretrial. Tapi masih belum cukup untuk beri satu tanda yang boleh dipercayai bahawa SMK Cedung Jaya akan terus mengulangi kejayaan selesa sebelum ini. Tahap pelajar menguasai semua subjek masih rendah. Begitu juga dengan pelajar cemerlang. Belum nampak tanda2 akan terlakar 8A tahun ini. Aku flashback ke tahun lepas. Adakah keadaannya sama atau semua ini perasaaan panik aku saja yang risau PMR dah dekat?
Kesimpulannya, perasaan ini datang dengan pelbagai rencah.

Masa makin sikit tinggal + pelajar belum sedia sepenuhnya + pelajar tidak serius nak periksa + pelajar ambil mudah = PANIK + GIGIL

PMR tinggal 33 hari lagi.
Cara individu memandang 33 hari ini boleh jadi berbeza2. Ada yang rasa panjang. Ada yang rasa pendek. Aku? Aku tak rasa apa2 sebab 33 hari itu tidak wujud sebenarnya. Why? Sebab 33 hari itu adalah satu masa yang ada tapi jadi tiada bila munculnya puasa dan raya. Bukan nak salahkan puasa dan raya, tapi we have to admit bahawa bila bulan puasa produktiviti akan menurun. Orang dewasa pun akan penat inikan pulak student yang baru mencecah umur 15 tahun. Bagaimna masa itu hilang? Begini :

1. Hari sekolah hari puasa : Pelajar jadi mengantuk dan bosan dan penat. Taknak belajar di sekolah. Balik ke rumah biasanya mereka akan tidur sampai petang. Lepas berbuka, kenyang dan duduk berehat. Kemudian sembahyang terawih. Balik, makan lagi sampai kenyang. Baru nak bukak buku, mata berat dan terus belayar. Study? Tiada.

2. Hari cuti hari puasa : Tiada bezanya dengan hari sekolah melainkan masa tidur mereka akan bertambah. Study? Tiada.

3. Hari raya : Seminggu raya, seminggu tak study.

Ini membawa maksud, dah tiada masa yang tinggal untu calon2 PMR 2009 sebenarnya. Masa 33 hari akan hilang begitu saja. Tapi ini tidak berlaku seandainya pelajar itu tahu siapa dirinya dan tahu cara menggunakan masa 33 hari itu. Dan daripada 59 orang calon PMR SMK Cedung Jaya kurang 20 orang adalah golongan itu.

So please boys and girls, prove me that i'm wrong. Prove me that u can excel. Prove me that u can get 8A's. Prove me that u r the best which i'm always want u to be.

Salam.

No comments:

Post a Comment