Semalam agak penat. Walaupun cuti, takde apa nak buat tapi tetap rasa penat. Betul kata orang, bulan pose ni, kalo kerja cepat sikit masa tuh berlalu. Tak rasa sangat menderitanya menunggu masa nak berbuka. Tapi setakat pose nih bukan menderita sangat pun. Orang lain lagi hebat penderitaannya. Umat Islam kat negara lain, ada yang berperang, dalam kemiskinan, kena bencana alam. Sedang kita kat Malaysia yang aman damai ni bebas nak berpuasa dalam suasana yang aman dan harmoni. Makanan melimpah ruah. Walaupun bukan semua orang boleh berbuka dalam keadaan yang mewah, tapi sekurang-kurangnya kita masih menjalani ibadah puasa tanpa halangan. But still, ada lagi yang tanak pose. Tak paham aku.
Balik dari kampung aku terus lepak kat sekolah layan internet n update blog aku nih. Kebetulan pulak dapat chat dengan Glet (my bestest buddy). Glet sekarang keje kat India. Puas hati aku dapat menyakat dia. Aku hantar gambar bazaar ramadan kat dia. Tak lupa gambar buka puasa dengan family n main bunga api. Sorry Glet. But something about Glet yang aku tak suka adalah, I can never lie to him. Walau duk jauh n berbual dalam chatroom je, dia tetap bole tahu perasaan n emosi aku masa chat semalam. Hebat sihir hantu sekor nih. Maybe terlalu lama kawan dengan dia wat dia kenal aku luar dalam. Lalu dia pun bukaklah sesi kaunseling, kata2 hikmat n macam2 lagi. Something yang aku sangat perlukan pada waktu sekarang.
To Glet, i really appreciate semua benda yang u cakap semalam. And i really hope that i can be as strong as you. Tapi aku tak mampu. But thanks. Ko buat aku berfikir.
Balik dari sekolah terus ke rumah. Lepak sambil tgk dvd Syurga Cinta. Azab betul citer tuh. Petang lak dalam kul 6.30 aku gerak ke bazaar ramadan. 4 kali pusing. Tak tau lagi nak makan apa. Macam2 makanan ada depan mata tapi tetap tak selera. Kata2 Glet wat aku jadik murung petang tuh. Dah pukul 6.50, aku still tatau nak makan apa. Cuma beli popia n air soya. Aku tension terus tekan minyak ke Mentakab. Petang semalam aku berbuka makan McDonald! I'm loving It. Yummy yummy.

aku tak nak la cakap pape lagik nanti ko bersimptom kemurungan ekstrim plak kan.. habis anak murid kau kena maki nanti.
ReplyDeleteneway, whatever it is, i just missed that friend who's always happy, and make others happy too. and that's you. live life the way u want it. :)