30 November 2009Chennai To DelhiHari ni kitorg akan berangkat ke Delhi. Maka bermulalah permulaan perjalanan kitorg utk merantau di bumi India. Perjalanan dari rumah ke airport takde masalah memandangkan kitorg dihantar oleg driver si Glet. Lepas check-in, kitorg pun tunggu flight. Flight ke Delhi lancar (yekot sbb hampir spnjg penerbangan tuh kotirg tido) dan sampai pada masa yg ditetapkan. Sampai di Delhi masalah bermula. Glet pergi bayar prepaid taxi manakala aku dgn Haizam cbuk bergambar. Pergi kat luar nak tunggu teksi, puas cari. Teksi punya berderet dekat luar tapi semua buat tak layan. Kejap g tanya sana kejap tanya sini. Dekat 20 minit baru jmpe. Apa punye sistem diorg nih. Terus dia bwk g ke hotel. Yg penting, masa nak pergi cakap tau tapi tetap sesat. Kalo aku masuk Amazing Race ni, kompem dulu skali keluar ( haizam lak asyik cakap - Naain and Haizam. You're the last team to arrive. This mean you both has been eliminated from the race). Tapi masa kat dlm teksi tulah aku sempat tgk keadaan sekeliling yg padat dan berdebu. Terus aku teringat waktu aku menyumpah driver lain masa drive. Walaupun lmbt, tetap sampai juga. Sesampai di kaunter hotel kecoh lagi jugak. Aku n Haizam tunjuk pasport sbg pengenalan diri. Glet tunjuk kad pegawai dia. Org tuh tanak terima. Dah bertekak pulak kat situ. Dan seperti biasa aku duduk baca suratkhabar. haizam amik gambar. Glet bertekak. Dah setel baru naik ke bilik. Perut aku lapar nak gile. Glet suggest makan briyani ayam n tandoori. Sejam menunggu baru dapat makan tp sedapnya memang tak bole cakap. Sangat sedap!! Kat Malaysia mmg takleh lawan. Habis makan baru la g jalan. Glet menggunakan kemahirannya menawar harga teksi sambil memaki sambil berlagak, aku plak menggunakan kemahiran aku bergambar. Yg sedihnya, masa sampai kat India Gate hari dah gelap. Tak tau plak kat sini kul 6 dah gelap dah. Tak berapa kaw la. Lepas tuh kitorg gi ke Jan Path-tempat beli souvenir. Jalan2 sambil survey2 barang. Banyak yg menarik. Tapi kitorg gi minum dulu. Kaedahnya, bila habis minum pergi balik kedai tuh, dah tutup! Baru kul 8. Apa nak buat..balik bilik jelah. B4 balik ni kitorg ada kenal sorg mamat India dekat tempat kitorg beli mafla. Sohail namanya. Nampak mcm baik. So kitorg tanya pasal tempat kat area sini. Mamat ni punya baik bawak kitorg pergi bersiar2 sekitarnya. Lepak minum teh sama2. Borak2. Tapi BInye agak hancur. Puas gak la aku memeras otak nak memahamkan percakapannya. Sib baik aku leh paham Hindi skit2. Tapi seronok gak dapat kwn baru.
Malam kat bilik tgk tv. Tgh tayang citer Hindi. Tetap gigih tgk walaupun takde subtitle. Diorang berdua dah membuta.
1 Disember 2009Delhi To AgraPagi bermula seawal pukul 4. Aku kejutkan si Haizam suruh dia mandi sbb nak gerak awal. Walaupun sejuknya yang amat (cuaca di Delhi sejuk) tapi Haizam ttp bole mandi sampai 40 minit. Puas aku n Glet jerit baru siap. Bersiap2 kitorg terus pergi ke stesen keretapi utk bertolak ke Agra. Sampai di stesen keretapi, walaupun pagi2 buta, tapi kecoh dah start. Ada org suruh pergi hujung. Ada org suruh pergi atas. Lepas tuh turun bawah balik. Akhirnya, ada org suruh kitorang ikut sorg mamat nih utk claim tiket dekat office dia. Kitorg pun jalan la mengekor org tuh. Hati aku rasa tak sedap bila dia bawak kitorg keluar dari bangunan stesen tuh. Dia bwk kitorg gi ke satu pejabat pelancongan. Di mana org kat situ kenalkan kitorg dgn satu pakej perjalanan yg rasa macam berbaloi. So terus cancel tiket keretapi n naik kereta ke Agra. Kos 2 hari termasuk driver n guide adalah Rs14,000.
So perjalanan diteruskan menaiki kereta ke Agra selepas kitorg sarapan di gerai makan di bawah pejabat tadi. Perjalanan hampir 4 jam. Sekali lagi aku dijamu dengan pemandangan yg kadangkala cantik, kadangkala biasa, kadangkala memualkan dan kadangkala menidurkan. Sesampai di Agra kitorg di bawa ke Akbar's Tomb dulu. Tapi amik2 gambar kat luar je sbb malas nak bayar tiket. Dah siap tuh barulah kitorg terus dibawa ke Taj Mahal - tempat yg aku nak pergi sejak aku aku umur 8 tahun (selepas aku baca tentang 7 keajaiban dunia kat library). Taj Mahal was beautiful. Aku macam tak percaya yg akhirnya binaan tuh ada depan mata aku. Tapi sebelum masuk ke situ, kecoh lagi. Guide yg bawak kitorg tuh nak belikan kitorg tiket utk orang tempatan which bring Glet to his temper again. Kata Glet kitorg MESTI beli tiket foreigners sbb kalo kantoi kat dalam nnti kitorg yg kena bayar n denda. Lagipun sume harga tiket tuh dah termasuk dalam pakej. Agak lama jugak tersekat kat luar tuh. Glet tanak mengalah. Talipon sana sini. Memaki org lagi. Tapi sempat plak dia membeli key-chain taj mahal. Aku lak wat bodoh je. Dah la panas. Budak2 kecik yg jual souvenir tuh pulak duk kerumun kitorg suruh beli jualan diorg. Haizam boleh lagi layan2. Aku lak nak pandang pun malas. Akhirnya guide tuh lari. boleh? Talipon bos pejabat tadi diorg tanak angkat, talipon driver pun tanak angkat. Aku pasrah. Sib baik ada Glet. tak lama tuh ada sorg lagi guide dtg. Masa tuh baru la tau yg orang kat pejabat pagi tadi tuh cuba nak tipu kitorang. Bayar utk tiket pelancong, tapi suruh pakai tiket tempatan. Apa laaaa.....tapi bila dah setel n dapat masuk kat dalam tuh...mata aku memang terpaku. Cantiknya. Apa lagi. Kitorg bergambar la sakan.
Kuar dari Taj Mahal kitorg pergi makan, check in hotel n jalan2 sekitar Agra. Kul 7 baru balik ke hotel yg bernama Taj Plaza. Mlm plak, lepas makan si Glet n Haizam nih boleh plak nak g berjalan kaki di kawasan sekitar hotel tuh. Aku dgn sejuknye dah menggigil2. Last2 aku balik bilik n tido. Diorang balik kul brp pun tatau.
2 Disember 2009Agra To DelhiPagi2 kitorang dah kemas barang, check out dan bertolak balik ke Delhi. Dalam perjalanan singgah sebentar sarapan pagi di tepi jalan. Sedap makanannya. Macam capati tapi dalamnya ada kentang. Nyum2. Makan bersama teh masala (teh susu yg dicampur rempah yg buat bibir aku kering n terbakar). Habis sarapan perjalanan di teruskan. Sampai di Delhi kitorg di bawak lak pusing2 kat Delhi utk cover tempat yang tak sempat pergi hari dulu tu. Antaranya Qutb Minar (tempat shooting filem Fanaa-Kajol n Aamir Khan). Binaannya sangat hebat. Penuh dengan ukiran bermotif Islam. Ditambah pula dgn penggunaan bata merah. Memang hebat. Seperti biasa, sesi fotografi pun bermula. Selepas tuh singgah sebentar ke Narain Temple. Tapi amik gambar kat luar je sbb malas nak bukak kasut nak masuk. Kemudian terus balik ke hotel. Seperti biasa order makan kat bilik.
Tgh makan, Sohail dtg ke bilik hotel. Nak join kitorg gi jalan2 katanya. Kedai dia suruh org jaga. Kitorg nak gi ke Palikar Bazaar utk shopping. Dari hotel nak ke metro (LRT) kitorg naik kereta kuda). Best! Mamat ni punya baik, tambang semua dia bayar. Walaupun tak mahal tapi keikhlasannya menyentuh hati sbb kitorg tau dia bukan jenis banyak duit.
Palikar Bazaar adalah sebuah bazaar barangan yg terletak di bawah tanah dekat dgn stesen metro. Aku memborong alas meja yg ada manik2 utk family aku. Ribu rupees jugak la habis. Tapi souvenir lain tak sempat nak beli sbb dah tutup. So kitorg pergi minum je kat Coffee Day-kedai minum kopi mcm Starbuck. Lepas minum balik hotel.
Tapi duduk hotel tak lama sbb Glet pergi lepak kat kedai si Sohail. Aku n Haizam pun turun la nak join. Tapi sampai kat kedai diorang takde. Jumpa kawan si Sohail. Katanya Glet ke rumah Sohail plak. Terkejut aku. Berani betul. Tapi tak lama tuh baru Sohail sampai n ajak kitorg ke rumah dia. Bila dia bawak gi lorong2 belakang yg gelap, anjing banyak, aku jadi cuak n takut. Yelah. tempat yang tak biasa dgn org yang tak kenal. Tapi akhirnya sampai gak kat rumah dia. Berkenalan dengan kawan2 dia. Tabrez, Naim n Ghulam. Kitorg berborak sakan. Rumah sewa saja. Kecik. Duduk 3 orang. Dah puas melepak diorang ajak gi makan. Memula ingat malas nak makan, tapi bila tgk kari ayam n capati yg nampak sedap..aku makan. Mmg sdp. Lps tu baru balik.
Balik apa lagi....tido laaa....
3 Disember 2009Delhi To Bangalore
Hari terakhir di Delhi. Kitorg akan berpisah dgn Glet hari ini sbb dia perlu ke Manipal atas urusan kerja. So, pukul 6 pagi kitorg bertolak ke airport untuk ke Bangalore. Kitorg akan berhenti di Bangalore manakala Glet akan ke terbang ke Manipal pula.
Kitorg sampai di airport agak awal. So, kitorg ambik kesempatan bergambar, beli barang n makan dekat airport Delhi.
Dalam flight semua tido. Aku dah tak larat nak tido tapi kena tido gak sbb takde apa nak buat. Sesampai dan mendarat di Bangalore Glet terus mengucapkan selamat tinggal dan berlari utk menaiki flight yg akan membawa dia ke Manipal. Sedih gak, tapi what to do. Kitorg yg tinggal ni pulak terus la keluar dari airport tuh untuk menjejaki segala2nya yang telah diaturkan oleh Glet iaitu pertemuan dengan kawannya Harsha serta dijemput oleh drivernya. Masa kat sinilah jugak demam aku start. Mungkin sbb pertukaran cuaca. Setelah menunggu lebih kurang 15 minit barulah driver yang dijanjikan sampai. Driver ini adalah driver kepada kawan Glet yg bernama Harsha. Malangnya Harsha tak dapat datang. So kitorg terus di bawa ke hotel. Dalam kereta kitorg tertidur. Sedar2 dah sampai ke hotel. Kitorg pun terus masuk n check-in tanpa bertanya sewa satu malam. Rupanya si Harsha nih dah book kan hotel untuk kitorg. Memang la bagus tapi mahal sangat sedangkan aku n Haizam biasanya tidak begitu menekankan tentang kemewahan hotel sewaktu pergi melancong. Dan disinilah segala kekalutan bermula. Aku pun tatau sbb apa walaupun aku n Haizam agak keberatan untuk bermalam disitu tetapi kitorg terus je check-in tanpa usul periksa. Sampai kat bilik baru terpikir betapa ruginya ambik hotel mahal2 sedangkan jumlah waktu yang akan kitorg spend kat bilik sgt sedikit. Demam aku lak makin menjadi. Aku terus baring. haizam plak tak puas hati. Terus dia buat keputusan untuk berjalan sambil mencari hotel yg lebih murah. Aku kata ok sambil ingatkan dia supaya balik semual pukul 3.30 sbb driver tadi akan ambik kitorg masa tuh untuk dibawak berjalan2. Aku pun terus tido. Bila aku bangun, jam dah 3.45 n Haizam masih belum ada. The worst part dia tak bawak fon, peta, kad hotel mahupun apa2 yg boleh dijadikan panduan. Aku dah gabra. terus aku turun bawah, jumpa driver n keluar cari Haizam. Lama jugak cari haizam tapi tak jumpa jugak. Hampir 5 kali kitorg ulang alik pusing bandar n check kat hotel kot2 Haizam ada. Hampa. Yg si driver ni pulak tak abis2 suruh aku pergi makan n insist nak bawak aku jalan2 walaupun aku sorg2. Puas aku terangkan yang kawan aku hilang n aku nak carik kawan aku. Tapi tetap jugak nak bawak aku jalan2. Last2 aku cakap kat dia, kawan aku hilang, aku taknak jalan2 n nak balik ke bilik. Sampai kat gate hotel aku nampak Haizam berlari ke arah kereta. Baru lega hati aku. Rupanya Haizam sesat. Lama lak tuh. Harap Haizam amik pengajaran agar len kali kalo nak jalan2 bawaklah benda2 yg penting esp peta n fon. Bila dah jumpa haizam barulah dia bawak kitorg pergi Taman Botani kat tgh2 bandar Bangalore tuh. But not much to see pun sbb dah gelap. Tak lama tuh kitorg balik hotel.
Malamnya, aku n Haizam sepatutnya keluar berjumpa Harsha. Malangnya, demam aku melarat n aku jadi makin tak larat. kepala berat n hidung selesema. Tekak sakit n bibir aku merekah n melepuh. Haizam keluar sorg2 jumpa Harsha. Aku terus tido.
4 Disember 2009BangalorePagi nih perjalanan kitorg agak jauh. Sebenarnya aku tatau nak pergi mana. Driver sampai, lepas breakfast terus kitorg cabut. Aktiviti mula sekali adalah check-out dari hotel mahal tuh n check-in ke hotel murah. Pun kecoh jugak bila nak check-in. Smlm dah booking tapi pagi nih bilik tuh dah takde pulak. Hangin betul aku. So kitorg ambik je lah bilik mana yg ada.
Setel hantar barang semua perjalanan dimulakan. Perjalanan dimulakan, peniduran pun berleluasa. Tau2 dah sampai kat satu area bukit bukau (lupa namanya). Kitorg di bawa sampai ke puncak. Sampai kat puncak aku jadik keliru. Keliling semua berkabus. Dah apa yg aku nak tengok? Satu apa tak nampak. Luckily bila kitorg dah keluar kereta, kat situ sedang diadakan penggambaran filem. tatau bahasa apa tapi yg aku tau bukan filem Hindi. Sempat la aku n Haizam tengok proses pengambaran diorang. Yang kelakarnya cara diorang buat asap. Rasa aku kalau kat Malaysia, bila ada scene asap diorang guna smoke machine, tapi kat sini diorang masih lagi bakar serbuk kemenyan untuk buat asap dalam filem. Hahaha. Tapi kalo tengok maasa tuh memang seksa. Untuk adegan nyanyian yang hanya beberapa minit tuh diorang kena take berpuluh kali. Penat giler. Aku pun dah boleh hafal lagu tuh masa tuh. Bosan tengok shooting kitorang pergi masuk kuil yang berhampiran yang katanya dah berusia emmm...berapa ek? Lupa la plak. Tapi aku tgk kat dalam biasa je pun. Kitorg keluar. Pergi tengok org shooting balik. Bosan tgk shooting pergi tepi bukit plak. Sbb dah tengahari barulah aku nampak pemandangannya. Cantik gak la. Bosan tepi bukit pergi tgk shooting. Bosan tgk shooting pergi tepi bukit sebelah lain plak. Amik gambar. Bosan duk kat atas tuh, barulah kitorang balik. Jam dah tunjuk pukul 12.00 tghari.
Seterusnya kitorang di bawak ke Innovative Film City. Tempat nih macam taman tema la. Ada water park, rumah hantu dan lain2. Kitorang sampai pukul dua. Masa nih Haizam dah menunjukkan tanda2 nak demam. Kitorg beli tiket n masuk terus ke dalam. Kat dalam tuh lebih kurang Sunway Lagoon la walau tak sehebat itu. Sempat la kitorg jalan2 dalam tuh, ambik gambar, makan dll. Paling menarik muzium Ripleys Believe It or Not. Macam2 leh jumpa. Pukul 6 kitorg keluar n terus balik ke bilik. Driver tuh bagitau yang Harsha akan datang malam nanti. So, kitorang berehat n waiting 4 Harsha.
Malamnya Harsha datang n kitorang dibawak makan malam. Masa dalam kereta n masa makan banyak yang dibualkan. Harsha sangat peramah. Seronok berkenalan dengannya. Malam ditamatkan dengan Harsha menghantar kitorang balik. Tidooo....zzzzz.
5 Disember 2009Bangalore To Chennai To Kuala LumpurPagi2 kitorang dah bangun dan bersiap2. Harsha akan datang pagi ni untuk hantar kitorg ke stesen keretapi untuk ke Chennai. Pengalaman naik keretapi sangat aku nantikan akibat pengaruh lagu Chaiyya Chaiyya. Tapi bila aku tau perjalanan tuh akan ambil masa 6 jam aku jadi terkesima. Sampai di stesen Harsha bawak kitorg breakfast dulu. Risau sangat takut kitorg lapar. Lepas tuh barulah menaiki keretapi. Still risau lagi Harsha pergi pulak carikan makanan untuk kitorg makan atas train sbb pesannya, jangan makan apa2 makanan yg dijual atas train. Kurg bersih katanya.
Train jalan baru kitorg lega. Cuma perjalanan yg terlalu panjang buat aku jadi bosan. Nak borak dengan org sebelah2 pun malas. So aku habiskan masa aku dengan selang selikan aktiviti membaca dan tidur.
Habis 6 jam penuh bosan, sampailah di Stesen Keretapi Chennai. Huru hara keadaan. Orang ramai giler. Haizam terus talipon si Abdullah-driver Glet. Tak lama Abdullah muncul. Terus kitorang di bawak ke Nalli's Place-tempat beli sari yang terkenal. Aku n Haizam pun tibai la beli sari untuk ahli keluarga. Rambang mata tengok.
Selesai membeli sari, Abdullah hantar kitorang berehat di rumah Glet sementara menanti flight pulang ke Malaysia malam ini.
Maka disinilah berakhirnya perjalanan kitorang menjejaki bumi India.