Monday, November 21, 2011

Keputusan Penuh FFM 24



Malam tadi dah berlangsung pengumuman keputusan2 yg bersarang dalam minda seluruh peminat filem Malaysia. Semua pemenang dah terjawab. Kat sini aku letakkan senarai penuh pemenang FFM 24.


Anugerah Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Shamsul Yusof - KL Gangster

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam - Kongsi

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahrizah (Eja) - Janin

Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Soffi Jikan - KL Gangster

Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai - Cun

Anugerah Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim - Hikayat Merong Mahawangsa


Anugerah Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim - Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof - KL Gangster

Anugerah Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali - Libas

Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jufri - KL Gangster

Anugerah Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof - KL Gangster

Anugerah Kostum / Busana Terbaik
Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid

Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa - Edry Abdul Halim


Anugerah Filem BoxOffice
KL Gangster - RM11.74 juta

Anugerah Pencapaian Gemilang
Dato' Michelle Yeoh

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin


Anugerah Khas Juri
Anugerah Juri Pelakon Veteren Yang Masih Aktif : Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem Memaparkan Warisan Bangsa : Filem Libas
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24: Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24: Filem Janin


Anugerah Poster Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Kesan Khas Visual Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa


Anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Mia Sara Nasuha


Anugerah Pelakon Harapan Lelaki 
Salehudin Abdul Bakar - Hantu Bonceng


Anugerah Pelakon Harapan Wanita 
Nadia - Cun


Anugerah Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
Great Day


Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik
Sedetik Lebih - Hikayat Merong Mahawangsa/Edry Abd. Halim/Anuar Zain


Anugerah Pengarah Harapan 
Jurey Rosli - Libas


Kategori Filem Pendek Terbaik
Pemenangnya Filem Bertajuk The Other Side


Kategori Filem Animasi Terbaik
Pemenangnya Mushroom Head (Multimedia University)




Secara keseluruhannya, persaingan sengit boleh dilihat antara 2 filem sahaja iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan KL Gangster. Dan nampaknya Hikayat Merong Mahawangsa lebih unggul dengan 8 anugerah manakala KL Gangster berpuashati dengan 6 anugerah. Apa yang menarik adalah sejak dua tahun kebelakangan ini persaingan antara KRU Pictures & SKOP Productions nampak begitu ketara dalam menghasilkan karya2 terbaik. Ini satu usaha yang baik untuk mengembangkan kualiti filem-filem Malaysia. Kata orang kuantiti tidak semestinya berkualiti tapi apa yang dilakukan olek KRU dan SKOP boleh dipuji kerana walaupun aktif mengeluarkan filem (walaupun tidak sebanyak MIG) namun aspek kualiti tidak sekali2 di abaikan. Inilah yang sepatutnya dititik beratkan oleh semua pengeluar filem Malaysia, bukan sekadar nak untung. Lebih menarik, salah satunya adalah syrikat filem yang dulunya langsung tidak pernah dipandang sebagai pengeluar filem2 yg boleh digelar terbaik iaitu SKOP Production. Dulu SKOP hanya dianggap sebagai pengeluar filem2 popular yang tidak layak dibawa bertanding pun. Sekarang situasinya telah berubah. Kebangkitan Shamsul Yusof bersama Yusry dan Edry Abdul Halim sedikit sebanyak memberi tamparan kepada pengarah2 dan  pengeluar2 filem Malaysia yg masih lagi sibuk mengejar komersial dan meminggirkan aspek kualiti.

Cuma satu perkara yang seharusnya diperbaiki adalah dari segi pencalonan dan kategori. Kategori terutamanya lakonan kadangkala menimbulkan rasa tidak puashati. Untuk apa kategori lakonan dipecahkan kepada dua iaitu aktor biasa dan aktor baru? Apa rasionalnya? Kalau dah lakonan seseorang itu terbaik, tak kisah lah dia artis baru ke artis lama ke...bagi jelah anugerah. Sebab ramai org yg tak sedar...ada pelakon baru yang lakonannya lebih menyerlah daripada pelakon senior. Campurkan saja diorg dalam satu kategori pelakon terbaik. barulah boleh berentap. Yang terbaik dgn terbaik untuk mncari yg terbaik. Sebaliknya yg berlaku tidak begitu. Saranan aku...campurkan je kategori. Kalau nak bagi jugak anugerah harapan...boleh bagi. Tapi dalam kategori utama biarlah yg baru sekalipun bertanding dengan yang lama supaya pemenang yg kita dapat benar2 terbaik. 

Untuk tahun depan pulak, harap sangat perubahan dapat dibuat dalam perjalanan acara. Ini anugerah filem. Bukan pesta nyanyi-nyanyi. Buat apa setiap segmen ada selingan nyanyian? Org nk tgk pemenang filem...bukan penyanyi. Kalau alasannya takut acara jadi bosan...itu adalah satu alasan dangkal. Pemilihan hos yg boleh menceriakan suasana sangat memainkan peranan. Contohnya malam tadi. Johan & Ogy begitu sesuai bersama dan majlis jadi hidup. Sehinggakan rasa macam tak cukup tgk aksi mereka berdua sbb terlalu memberi ruang utk penyanyi2 membuat persembahan. Kalau takde penyanyi buat persembahan pun tak cacatnya majlis. Cuba tgk Oscar kat Hollywood? Takdenya sibuk org nk menyanyi dlm anugerah filem. Sbb tu pemilihan hos dibuat dgn ketat.
Bila banyak ruang/masa utk penyanyi dan persembahan...maka acara dikhuatiri over run. Bila takut over run...langkah yang PALING BIJAK...adalah tak payah bagi pemenang berucap. TAHNIAH!!! Malam yg ditunggu2 oleh semua calon utk sampaikan rasa terima kasih pada tuhan, mak ayah, pelakon lain, penerbit, pengarah...ruang utk berkongsi rasa gembira dan syukur...TIDAK LANGSUNG DIBERI. Dapat je genggam anugerah...terus dtg mamat/minah utk tunjukkan jalan keluar. Memalukan. Warga filem dihina masa penganugerahan/pengiktirafan utk diorg sendiri! Alasan takut over run sbb nnt pemenang ucap panjang2...TAK BOLEH DITERIMA. Belajar la dr majlis2 anugerah yg lebih berprestij. Kalau takut tak cukup masa jugak....JANGAN BAGI RUANG UNTUK PERSEMBAHAN2 YANG TAK MENARIK LANGSUNG OLEH PENYANYI2 YANG SEKADAR NAK MEMENUHKAN RUANG PERSEMBAHAN SEBAB IA HANYA MEMBUANG MASA

Harapan aku, tahun2 dpn kualiti filem2 yg bertanding akan meningkat. Hasilkanlah filem2 yg boleh memberi sesuatu kepada penonton. Semangat, iktibar, perasaan cintakan negara, agama...mcm dlm filem2 Indonesia dan Iran yang begitu tinggi falsafah dan semangatnya. Berbeza dgn filem kita yg sekadar menyajikan hiburan kosong semata2. Bukan apa...bila tengok filem2 yg akan masuk panggung tahun depan aku jadi risau. Filem2 seram komedi dan komedi murahan masih lagi seakan2 mendominasi senarai. Masih lagi menyajikan penonton dgn lawak2 bodoh. Filem macam ni ke yg kita nak tunjuk kat dunia akan ketinggian seni kita? ketinggian budi bahasa kita? ketinggian nilai timur kita? kegigihan org2 kita? Sebab tu org2 negara lain tak nak tgk filem2 kita sbb takde isi. Sebab tu juga walaupun aku menyokong filem2 Melayu...tapi ada beberapa filem dari pengarah2 tertentu dan syrikat2 tertentu yg aku dah haramkan diri aku tonton. 

Akhirnya, tak sabar nak tonton Bunohan...filem Malaysia yg sedang keliling dunia sekarang. Filem yg menarik perhatian org2 barat sana. Filem yg buat Faizal Hussein dikejar media2 kat sana. Continue to make Malaysia proud ya!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment