Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Kekal Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA ke-26

Teka-teki kemampuan Malaysia menundukkan pasukan tuan rumah dan mengekalkan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA akhirnya terjawab selepas gagah menumpaskan pasukan Garuda Muda Indonesia melalui penentuan penalti. Penentuan penalti diadakan setelah permainan yang berlanjutan hingga ke masa tambahan menyaksikan kedudukan terikat 1-1. Malaysia menang penalti dengan kiraan 4-3. Sorakan hampir 100,000 penyokong tuan rumah sedikit pun tidak merobek keinginan tinggi pasukan negara untuk bermain sebaik mungkin sekaligus mengekalkan kejuaraan edisi 2009.


Perlawanan akhir yang menenggelamkan populariti acara lain hari ini menyaksikan Indonesia lebih dulu menembusi gawang Malaysia hasil sepakan sudut Okto Maniani dan disempurnakan melalui tandukan Gunawan Dwi Cahyo seawal minit kelima. Begitupun setelah berhempas pulas Malaysia berhasil menyamakan kedudukan menjadi 1-1 melalui Asrarudin yang menanduk umpanan Badrol Bakhtiar dan menewaskan penjaga gol lawan. Masa ni penyokong Indonesia dah terdiam sejenak.

Permainan seterusnya berlanjutan dengan kedua2 pasukan mencuba sedaya upaya menembusi gawang lawan masing2. Malaysia tidak terkecuali dengan beberapa percubaan menarik yang gagal disempurnakan. Walaupun pada awal permainan Indonesia beraksi dominan serta agak agresif namun kecekalan dan semangat tidak putus asa anak buah Ong Kim Swee ini berjaya menyerap tekanan dan mengimbangi permainan. Penyokong Indonesia mula menikus.
Indonesia juga berhasil mencuba membuat jaringan beberapa kali namun menemui jalan buntu. Perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan dan memaksa penentuan penalti diadakan. Gawang Malaysia beberapa kali teruji dalam masa tambahan tapi kecekapan Khairul Fahmi Che Mat menafikan segalanya. Penyokong Indonesia mula tak senang duduk.

Habis 120 minit...penentuan penalti diadakan..

Penalti :

1. Titus Bonai sumbat gol. Indonesia leading 1-0.
2. Mahali Jasuli sumabt gol jugak. Kedudukan sama 1-1.
3. Gunawan Dwi Cahyo tersasar ke tiang. Kekal 1-1.
4. Mohd Fandi Othman mudah menewaskan Meiga. Malaysia lead 1-2.
5. Egi Megiansyah tambah jaringan. Sama semula 2-2.
6. Ahmad Fakri Saarani gagal sempurnakan penalti. Terikat 2-2.
7. Abdul Rahman tambah satu lagi. Indonesia lead semula 3-2.
8. Fadhli pun sumbat gol. Sama semula 3-3.
9. Ferdinand Sinaga gagal membolos gol. Masih sama 3-3.
10. Kapten Baddrol pastikan gol kemenangan Malaysia. Kedudukan akhir 3-4.

Malaysia menanggggggggggggg....separuh stadium dah kosong. Hahahaha.



Tulah bapak-bapak sekalian. Lain kali jangan dengki dan busuk hati dengan kitorang. Org buat ini sukan bagi semua orang seronok...lu orang buat ini sukan macam lu orang yg punya. Tau la tuan rumah. Tapi hormat la sikit kat negara2 lain nih. Yang pelik tuh korg tak puas hati sgt kat Malaysia ni...tapi kitorg pun tak tau sbb ap yg korang tak puas hati sangat. Padahal kalau korang datang sini...kitorang bukan main baik layannya. Rakyat korang ramai (lebih kurang 2 juta org) cari makan kat sini dengan selesa tapi korang nak sembelih rakyat Malaysia kat sana bila ada masalah dgn Malaysia. Artis korang bebas keluar masuk buat persembahan kat negara kitorang tapi nak dengar lagu Malaysia kat sana punya susah. Filem2 korang melambak masuk sini sedangkan filem Malaysia susah sangat korang nak terima.

Nah...sekarang rasakan ya penangan Harimau Muda kitorang. Sifat takbur tuh tak selamanya boleh buat korang bangga dengan negara korang...Telanlah balik segala caci maki korang kat atlit2 kitorang sepanjang SEA Games ni berlangsung. Tapi takpe...bila kitorang jadi tuan rumah nanti kitorang akan layan korang baik2 sbb kitorang ni dah maju dan bertamadun. Takde main2 taktik mcm budak2 gitu. Walaupun tiap kali main kat sana team kitorang kena naik Barracuda...tapi kitorang tak simpan dalam hati.

Congrats Harimau Muda. Congrats Team Malaysia. Malaysia Boleh.

Catatan : 

Pemenang Pingat Emas Bola Sepak Sukan SEAP/SEA

Bangkok 1959         - Vietnam Selatan
Rangoon 1961         - Malaya
Kuala Lumpur 1965 - Burma & Thailand
Bangkok 1967         - Burma
Rangoon 1969         - Burma
Kuala Lumpur 1971 - Burma
Singapura 1973        - Vietnam
Bangkok 1975         - Thailand
Kuala Lumpur 1977 - Malaysia
Jakarta 1979            - Malaysia
Manila 1981             - Thailand
Singapura 1983        - Thailand
Bangkok 1985         - Thailand
Jakarta 1987            - Indonesia
Kuala Lumpur 1989 - Malaysia
Manila 1991             - Indonesia
Singapura 1993        - Thailand
Chiang Mai 1995      - Thailand
Jakarta 1997            - Thailand
Brunei 1999             - Thailand
Kuala Lumpur 2001 - Thailand
Vietnam 2003          - Thailand
Filipina 2005            - Thailand
Korat 2007              - Thailand
Laos 2009                - Malaysia
Jakarta-Palembang 2011 - Malaysia

3 comments:

  1. wah..jd pengulas bola sepak plak....mcm2 boleh erk...hehehe

    ReplyDelete
  2. guru bm katanya...hakhakhak..

    ReplyDelete
  3. serba serbi boleh...=)
    nice writing..gudjob....

    ReplyDelete