Monday, November 21, 2011

Keputusan Penuh FFM 24



Malam tadi dah berlangsung pengumuman keputusan2 yg bersarang dalam minda seluruh peminat filem Malaysia. Semua pemenang dah terjawab. Kat sini aku letakkan senarai penuh pemenang FFM 24.


Anugerah Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Shamsul Yusof - KL Gangster

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam - Kongsi

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahrizah (Eja) - Janin

Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Soffi Jikan - KL Gangster

Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai - Cun

Anugerah Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim - Hikayat Merong Mahawangsa


Anugerah Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim - Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof - KL Gangster

Anugerah Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali - Libas

Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jufri - KL Gangster

Anugerah Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof - KL Gangster

Anugerah Kostum / Busana Terbaik
Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid

Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa - Edry Abdul Halim


Anugerah Filem BoxOffice
KL Gangster - RM11.74 juta

Anugerah Pencapaian Gemilang
Dato' Michelle Yeoh

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin


Anugerah Khas Juri
Anugerah Juri Pelakon Veteren Yang Masih Aktif : Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem Memaparkan Warisan Bangsa : Filem Libas
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24: Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24: Filem Janin


Anugerah Poster Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Kesan Khas Visual Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa


Anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Mia Sara Nasuha


Anugerah Pelakon Harapan Lelaki 
Salehudin Abdul Bakar - Hantu Bonceng


Anugerah Pelakon Harapan Wanita 
Nadia - Cun


Anugerah Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
Great Day


Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik
Sedetik Lebih - Hikayat Merong Mahawangsa/Edry Abd. Halim/Anuar Zain


Anugerah Pengarah Harapan 
Jurey Rosli - Libas


Kategori Filem Pendek Terbaik
Pemenangnya Filem Bertajuk The Other Side


Kategori Filem Animasi Terbaik
Pemenangnya Mushroom Head (Multimedia University)




Secara keseluruhannya, persaingan sengit boleh dilihat antara 2 filem sahaja iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan KL Gangster. Dan nampaknya Hikayat Merong Mahawangsa lebih unggul dengan 8 anugerah manakala KL Gangster berpuashati dengan 6 anugerah. Apa yang menarik adalah sejak dua tahun kebelakangan ini persaingan antara KRU Pictures & SKOP Productions nampak begitu ketara dalam menghasilkan karya2 terbaik. Ini satu usaha yang baik untuk mengembangkan kualiti filem-filem Malaysia. Kata orang kuantiti tidak semestinya berkualiti tapi apa yang dilakukan olek KRU dan SKOP boleh dipuji kerana walaupun aktif mengeluarkan filem (walaupun tidak sebanyak MIG) namun aspek kualiti tidak sekali2 di abaikan. Inilah yang sepatutnya dititik beratkan oleh semua pengeluar filem Malaysia, bukan sekadar nak untung. Lebih menarik, salah satunya adalah syrikat filem yang dulunya langsung tidak pernah dipandang sebagai pengeluar filem2 yg boleh digelar terbaik iaitu SKOP Production. Dulu SKOP hanya dianggap sebagai pengeluar filem2 popular yang tidak layak dibawa bertanding pun. Sekarang situasinya telah berubah. Kebangkitan Shamsul Yusof bersama Yusry dan Edry Abdul Halim sedikit sebanyak memberi tamparan kepada pengarah2 dan  pengeluar2 filem Malaysia yg masih lagi sibuk mengejar komersial dan meminggirkan aspek kualiti.

Cuma satu perkara yang seharusnya diperbaiki adalah dari segi pencalonan dan kategori. Kategori terutamanya lakonan kadangkala menimbulkan rasa tidak puashati. Untuk apa kategori lakonan dipecahkan kepada dua iaitu aktor biasa dan aktor baru? Apa rasionalnya? Kalau dah lakonan seseorang itu terbaik, tak kisah lah dia artis baru ke artis lama ke...bagi jelah anugerah. Sebab ramai org yg tak sedar...ada pelakon baru yang lakonannya lebih menyerlah daripada pelakon senior. Campurkan saja diorg dalam satu kategori pelakon terbaik. barulah boleh berentap. Yang terbaik dgn terbaik untuk mncari yg terbaik. Sebaliknya yg berlaku tidak begitu. Saranan aku...campurkan je kategori. Kalau nak bagi jugak anugerah harapan...boleh bagi. Tapi dalam kategori utama biarlah yg baru sekalipun bertanding dengan yang lama supaya pemenang yg kita dapat benar2 terbaik. 

Untuk tahun depan pulak, harap sangat perubahan dapat dibuat dalam perjalanan acara. Ini anugerah filem. Bukan pesta nyanyi-nyanyi. Buat apa setiap segmen ada selingan nyanyian? Org nk tgk pemenang filem...bukan penyanyi. Kalau alasannya takut acara jadi bosan...itu adalah satu alasan dangkal. Pemilihan hos yg boleh menceriakan suasana sangat memainkan peranan. Contohnya malam tadi. Johan & Ogy begitu sesuai bersama dan majlis jadi hidup. Sehinggakan rasa macam tak cukup tgk aksi mereka berdua sbb terlalu memberi ruang utk penyanyi2 membuat persembahan. Kalau takde penyanyi buat persembahan pun tak cacatnya majlis. Cuba tgk Oscar kat Hollywood? Takdenya sibuk org nk menyanyi dlm anugerah filem. Sbb tu pemilihan hos dibuat dgn ketat.
Bila banyak ruang/masa utk penyanyi dan persembahan...maka acara dikhuatiri over run. Bila takut over run...langkah yang PALING BIJAK...adalah tak payah bagi pemenang berucap. TAHNIAH!!! Malam yg ditunggu2 oleh semua calon utk sampaikan rasa terima kasih pada tuhan, mak ayah, pelakon lain, penerbit, pengarah...ruang utk berkongsi rasa gembira dan syukur...TIDAK LANGSUNG DIBERI. Dapat je genggam anugerah...terus dtg mamat/minah utk tunjukkan jalan keluar. Memalukan. Warga filem dihina masa penganugerahan/pengiktirafan utk diorg sendiri! Alasan takut over run sbb nnt pemenang ucap panjang2...TAK BOLEH DITERIMA. Belajar la dr majlis2 anugerah yg lebih berprestij. Kalau takut tak cukup masa jugak....JANGAN BAGI RUANG UNTUK PERSEMBAHAN2 YANG TAK MENARIK LANGSUNG OLEH PENYANYI2 YANG SEKADAR NAK MEMENUHKAN RUANG PERSEMBAHAN SEBAB IA HANYA MEMBUANG MASA. 

Harapan aku, tahun2 dpn kualiti filem2 yg bertanding akan meningkat. Hasilkanlah filem2 yg boleh memberi sesuatu kepada penonton. Semangat, iktibar, perasaan cintakan negara, agama...mcm dlm filem2 Indonesia dan Iran yang begitu tinggi falsafah dan semangatnya. Berbeza dgn filem kita yg sekadar menyajikan hiburan kosong semata2. Bukan apa...bila tengok filem2 yg akan masuk panggung tahun depan aku jadi risau. Filem2 seram komedi dan komedi murahan masih lagi seakan2 mendominasi senarai. Masih lagi menyajikan penonton dgn lawak2 bodoh. Filem macam ni ke yg kita nak tunjuk kat dunia akan ketinggian seni kita? ketinggian budi bahasa kita? ketinggian nilai timur kita? kegigihan org2 kita? Sebab tu org2 negara lain tak nak tgk filem2 kita sbb takde isi. Sebab tu juga walaupun aku menyokong filem2 Melayu...tapi ada beberapa filem dari pengarah2 tertentu dan syrikat2 tertentu yg aku dah haramkan diri aku tonton. 

Akhirnya, tak sabar nak tonton Bunohan...filem Malaysia yg sedang keliling dunia sekarang. Filem yg menarik perhatian org2 barat sana. Filem yg buat Faizal Hussein dikejar media2 kat sana. Continue to make Malaysia proud ya!

Wassalam.

Sunday, November 20, 2011

Festival Filem Malaysia ke-24


Mmg xcited nak tunggu Festival Filem Malaysia tahun ni sbb kebanyakan filem yang bertanding aku tengok semuanya....tambah2 pulak...filem2 faveret aku dapat bnyk pencalonan. Merong Mahawangsa, Khurafat, KL Menjerit, Nur Kasih TM antara filem yg dapat banyak pencalonan. Kompem saingan sengit malam nih. Harap2 jugak dapat tebus balik kesengalan terhadap pencalonan dan pemenang dalam Anugerah Skrin hari tu. Ok lah...ni serba sedikit ulasan sepanjang acara berlangsung.

1. Hos - Johan & Fauziah Ahmad Daud. Pilihan yg diharapkan dapat memeriahkan acara malam ni. Opening menarik walaupun nyanyian Johan menggunakan tajuk2 filem yg bertanding biasa2 saja. Kemunculan Kak Ogy pulak menceriakan suasana. Harap2 tahun ni lebih meriah n menarik berbanding tahun lepas yg suram dan xbest langsung.

2. Anugerah pertama - Anugerah Filem Box Office
Penyampainya Harun Salim Bachik. Kalau tak umumkan pun 4 sure dah tau. Kompem la KL Gangster... rm11.74 juta. Satu Malaysia dh tau. Aku suka.....Tapi spoil dh start...bg la org yg menang tuh berucap skit. Biar la dia nk ucap terima kasih kt sapa2...kongsi kejayaan. Bukan nk berucap pnjg pun. Ni lah problemnya. Nak hargai org filem. tapi bg anugerah...pose2 atas pentas. Suruh turun. Dah kalau penerbit acara tak reti nak uruskan masa gitu lah. Daripada membuang masa tengok dan penuhkan dengan acara nyanyian yang ntah apa2 baik la bg pemenang berucap. Bukan lama pun. Berapa saat la sgt. Sibuk sgt nk kejar masa. Menyampah


3. Persembahan dari Filsuf Dali & Erna dgn lagu Takhta. OST Filem KL Gangster. Erna comel...suara sedap. Fiq pulak nyanyi OST Kongsi. Biasa la. Rock katanya...terjerit2...terpekik2...lagu biasa je. Apa la.....tiba2 keluar OST Libas...Moq...mcm pernah dengar nama ni...tapi siapa yer? Kalau tak silap aku dia pernah jadi vokalis kumpulan Search dulu...kalau tak silap la...tapi lagu tak sedap pun. Macam filemnya jugak.

4. Salih Yaakob, Krill n ntah pompuan mana ntah sampaikan anugerah khas juri utk seniman veteran yg masih aktif. Anugerah baru nih. Penerimanya Sidek Hussain...ala yg jadi org asli dalam citer Karak tuh. Anugerah Gemilang Perdana Khas Juri...gitulah panjangnya nama anugerah tersebut. ntah apa2. Anugerah Khas Juri seterusnya pulak dapat kat filem Libas. Promosi warisan rakyat katanya. Masa tahun dulu2...Ahmad Idham buat filem Congkak...xde lak dapat anugerah gitu. Lepas2 ni boleh la buat filem pasal wau bulan, galah panjang, teng teng...mesti boleh dpt anugerah...Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik plak dapat kat Allahyarham Zami Ismail. Yang ni mmg betul...aku suka tgk dia berlakon. Tapi sayang...umur tak panjang. Amik kaw....sedekahkan surah Al-Fatihah katanya...si penyampai tu baju seksi dedah2 dada. Anugerah Khas Juri lagi. Filem Janin pulak. Sbb apa ntah...

5. Aduhhh....nyanyi lagi. Woiiiii!!! Ini festival filem ke Juara Lagu???!!! Lagu Sini Ada Hantu & Kerek. Mula la mood aku lari dah....terutamanya dengar penyanyinya lari tempo...

6. Skor Muzik Asal Terbaik - Zizan & Juliana Evans. Wowww. Merong Mahawangsa 4 sure. Dah bajet dah...tahun lepas dpt kat dye jugak, Magika. Anugerah Pereka Kostum Terbaik pun haruslah dpt kt Merong Mahawangsa...epic movie. Xleh lawan la. Sian Kak Limah...penat terbang pakai kain batik...tak menang jgk. Hehehe...

7. Menyanyi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......................

8. Anugerah Penyunting Terbaik - Johari Ibrahim & Fazura....oooohhhhh.....minat Fazuraaaaa. Tengok Fazura. Kalau dah cantik tuh cantik la...tak yah pakai seksi2. Tak mcm sesetengah artis tuh. Dedah sana sini...padahal bukan lawa pun. Beauty comes from within OK!!! oopppsss....pemenangnya KL Gangster... yeayyyy....dah agak juga. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik pun dapat kt KL Gangster...mesti sbb banyak bunyi tembak2, tumbuk2, pukul2, pecah2 segala bagai. Hahaha.....

9. Cerita Asal Terbaik - Aziz M. Osman & Lisa Surihani. Aku target Khurafat... sekali dapat kat Libas... wekkkkk. tak suka. Tapi ceritanya ok...filemnya tak ok kot. Anugerah Lakon Layar Terbaik pulak aku target Nur Kasih atau KL Gangster...yang menang KL Gangster.Yes2....suka...suka...suka....kumpul lagi.

10. Anugerah Sinematografi Terbaik - Arja Lee & Scha Al Yahya. Baju Scha cantik. Simple but nice. Cinematography terbaik aku target Nur Kasih...Merong Mahawangsa yg menang...adusss. Tapi ok jgk la. Aku suka jugak. Cantik filem tu. Anugerah Penataan Seni Terbaik...pemenangnya harus la Merong Mahawangsa. Takde lain dah....

11. Persembahan Yasin dgn lagu Nur Kasih. Lama mamat ni xkuar tv. Mujur lagu ni sedap...layan jugak la..

12. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Zul Huzaimy & Liyana Jasmay. Nak Kak Ogy jugakkkkkk......tapi rasa Sheril Merlis kot. Pemenangnya.....Faezah Elai. Hehehe...terkujat semua. Tapi sbb aku tak tgk pun filem Cun...maka tak boleh nak komen. Lagipun dia tak datang. Anug. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pulak...aku target Soffi Jikan dlm KL Gangster...dan yessss...dia menanggggg!!! AJIB...ko menang...Like...Like...Like...!!!


13. Anugerah Pencapaian Gemilang - Michelle Yeoh. Kariernya sampai ke peringkat antarabangsa. Tapi ironiknya...tak pernah pun berlakon filem Malaysia. Tak sabar nk tgk filem br dye...The Lady.

14. Sketsa lakonan Shah Jaszle n Neelofa. Lagunya dinyanyi oleh Hafiz n Mimi Sham. Hafiz ok...suara Mimi yg aku tak tau siapa ni...mcm tak ok. Baju dye pulak terlebih labuh. Mesti pinjam kt kedai ni. Mcm kostum pontianak pon ada. Lagu klasik Sandarkan Pada Kenangan...buat la brp kali pon...panggil la penyanyi mana pon...tetap takleh lawan versi asal Jamal n Ogy. Aduhhh...syahdu...

15. Anugerah Filem Pilihan Penonton Astro - berdasarkan Astro First. Filem Kongsi dapat. Ingatkan Hantu Kak Limah. Sekali bukan daaa...

16. Anugerah seterusnya Pelakon Wanita Terbaik - Afdlin Shauki sampaikan. Tak tau nak target sapa sebab semua yang tercalon biasa2 je lakonannya. Takdelah hebat sangat. Tapi kalau ikut Anugerah Skrin arituh...dapat kat Eja filem Janin. Pemenangnya...Eja. U go girllll!!! Kena carik dvd nih. Arituh masa tayang kt pawagam tak tgk pun sbb mcm murahan jer...


17. Anuar Zain - Sedetik Lebih. Best la jugak....

18. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - Rubiah Suparman. Lama tak tgk dia. Cantik lagi. Pelakon lelaki...hmmm....pun tak strong lakonan masing2. Mungkin sbb watak tak berapa kuat kot. Tapi kalau aku...aku bagi kat Awie je. Menjadi lakonannya. Pemenangnya....Sam. Pun takleh nak komen sbb tak tgk filem tuh sbb kwn2 aku ckp filem tu hampehhh. Alaaaa...kenapalah selekeh benor pakaiannya. Sam oh Sam.


19. Persembahan istimewa - lagu2 filem arahan Jins Shamsuddin, penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Nyanyian Salamiah Hassan & Alyah. Gelombang...mengembalikan nostalgia Tiada Esok Bagimu, antara my all time favorite movie...dan juga Esok Masih Ada...syahdu. Menanti Hari Esok & Esok Untuk Siapa di tangan Alyah...boleh tahan. Cuma lagu Esok Untuk Siapa tu aku suka sangat......tapi jd kurg feel tgk dia nyanyi mcm terseksa je...

20. Jins Shamsuddin dapat anugerah. Org lain mcm teragak2 nak bangun. Tulah buruknya perangai org2 seni kat Malaysia nih. kalau kat Hollywood...tak payah tunggu org naik pentas...masa umum pun terus je bangun n tepuk tangan sbgai menghargai org yg menang. Ish3...pelik.


21. Pengarah Terbaik - Rahim Razali. Pun tak tau nak target sapa. Tapi antara Shamsul Yusof n Yusry Abd. Halim la. dan correct...Shamsul menang.....huhuhu....


23. Filem Terbaik - Tak lain tak bukan antara filem Merong Mahawangsa dan KL Gangster. Vote aku terbagi dua....tapi maybe KL Gangster kot menang sbb banyak jugak anugerah teknikal yg dia menang tadi...terutamanya kategori penting mcm lakon layar terbaik, pelakon pembantu dan pengarah terbaik. Tp lmbat la pulak pengumumannya sbb ad plak budak2 ni menyanyi. Ish. Pemenangnya...Merong Mahawangsa. hahahaha...KRU menang lagi. Tahun lepas Magika. Tahun ni dapat lagi. Congratsss...continue buat filem2 yg best...



Keseluruhannya FFM tahun ni berlangsung sederhana tapi lebih meriah daripada tahun lepas. Cuma satu perkara yang aku tak puashati.

KENAPA TAK BAGI PEMENANG BERUCAP???????

FFM ni dianjurkan untuk karyawan filem diberi penghargaan. Inilah masanya diorg nak luahkan perasaan. nak ucapkan perasaan masing2. Nak cakap terima kasih kat sapa2. Tapi nampaknya penganjur lebih menghargai persembahan2 artis/penyanyi yang kalau tak ada pun tak cacatnya FFM ni. Apa lah salahnya bagi pemenang 30 saat sorg berucap. Nak ucap terima kasih kat mak ayah, kawan2, peminat dan krew filem yg terlibat. Bukan lama pun. Kalau takut masing2 berucap panjang2...buat la mcm kat Oscar tu...mainkan lagu....taknak berenti ckp jugak...matikan mic. Apa yg susahnya...? Tak faham aku. Dah bertahun2 dah aku tgk keadaan macam ni. Tapi takpelah. Yang menang org filem. Yang anjur pun org filem. Yang tak dapat berucap pun org filem. Dah diorang suka mcm tu. Takpelah.

Assalamualaikum.

Friday, November 04, 2011

MyTV : Anugerah Skrin 2011

Aduh2. Mula2 rasa malas nak tulis. Tapi makin lama tgk makin rasa nak mengata je. Hahaha. Itulah Anugerah Skrin 2011. Teruja nak tengok anugerah ni. Nak tau sapa menang, sapa kalah sbb aku ni memang suka layan drama n filem terutama drama2 yg tayang dalam slot cerekarama. Liputan pun bukan main banyak mengalahkan Festival Filem Malaysia hujung bulan ni. Tapi tahap teruja aku makin lama makin menurun plak bila tgk majlis anugerah yg seram sejuk je pada pandangan aku. Camne nak citer pun tak tau.

1. Opening act - Elecolxhot...elecoldxout..(tak reti plak aku nak eja nama kumpulan ni). Penampilan pemenang Showdown 2011 ni sepatutnya mendatangkan impak. Tapi hasilnya tidak. Setakat bunga api je yg shine. Step tariannya ok tapi persembahan pembukaan sepatutnya jadi lebih besar. Penonton nak sorak pun segan. Lepas tu keluar pulak Black dgn Lan. Nyanyi lagu Satu yg pernah dipopularkan SM Salim & Zainal Abidin. Ingat boleh dtgkan kesan meriah...tapi tetap rasanya tak sampai...kebosanan bermula.

2. Pengacara pun keluar - Ally Iskandar & Rozita Che Wan.
Rasanya macam tak serasi. Orang pun tak tau nak buat apa. Nak sorak ke nak keji. Sorg lawa sorg hensem. tapi pada aku didn't work out. Sorry. Ada plak sketsa sengal dengan Neelofa.

3. Anugerah - Lakon Layar Filem, Lakon TV & Videografi.
Filem dapat kat filem Aku Tak Bodoh. Best ke tak aku pun tak tau sbb aku pun tak tgk filem tu. Cuma kesian kat kawan sekolah aku Amir hafizi sbb tewas walaupun ada 2 filem dia bertanding. Hehe. Cuba lg otroman.
Drama plak...dua2 plak dapat kat drama Sanggul Beracun mengalahkan calon favorite aku Air mata NurSalina. Sedih2. Kedua2 drama ni aku suka...tapi vote ttp pada Eirma Fatima. Hehehe.

4. Persembahan - Najwa Latif, Awi Rafael n Nashrin.
Satu perkataan saja merumuskan...TAK BEST!!! eh...2 perkataan rupanya.

5. Anugerah - Program Hiburan Terbaik, Majalah Terbaik dgn apa ntah....
Pemenangnya aku dah lupa sbb tak popular...hahaha...tapi Buletin Utama la 4 sure...yg lebih aku ingat bila penyampai tu xdapat baca kat dia punya IPad...ntah rosak...ntah tak reti...aku pun xtau...terpaksa berlari org dr belakang hantar kad lain. Hehehe...

6. Anugerah - Pelakon Pembantu Lelaki & Wanita (Filem)
Wanita dapat kat pelakon filem Cun yg namanya aku tak tau...n sejauh mana terbaiknya aku pun tak tau sbb aku tak tgk filem tu. Lelaki plak dapat kat Sidek Husin dari filem karak. Pada aku biasa je lakonannya. Pelik jugak. Punya banyak filem lain bertanding...itu je yg paling baik. Kalau nak dibandingkan...hebat lagi lakonan Soffi Jikan n Adi Putra dalam KL Gangster. Tapi ntah nape xmasuk finalis.

7. Persembahan - Jac, Alyah n Shila Hamzah.
Apa relevannya nyanyikan lagu Anuar Zain. rasa2 macam tak sedap plak tu. Baik la nyanyi lagu2 soundtrack dari filem. Ada jgak kaitannya. Dah la si Alyah tu kemain singkat kainnya. Jac pun pandai pakai legging. Dye plak. Selendang atas kepala. molek sgt. Vokal biasa la mantap...tp mcm tak brp serasi jek.

8. Anugerah - Pelakon Pembantu Lelaki & Wanita (Drama)
Menyampah plak aku bila penyampai melebih2 wat drama atas pentas. Sikit2 dah la. Ni asyik2 keje kutuk mengutuk org atas pentas. Dh lapuk arr idea tuh. Wanita dapat kat Elfira Loy dlm Kum Kum. Pun boleh dipersoalkan. Sapa la jadi juri anugerah ni. Pelik aku. Lelaki plak dapat kat arwah Faizal Yusof.

Sampai tahap ni aku terus rasa malas nak tgk lg dah. Nak tengok maharaja lawak mega plak...lagi best...tapi kejap2 aku alih kot....sebab nak tau Salina aku menang ke tak....huhuh...

Wednesday, May 18, 2011

MyWords | Hari Guru Preview




Hari guru dah melabuhkan tirai. Untuk memeriahkan acara...ajk  tahun ni menganjurkan Anugerah Bintang Popular Cedung Jaya 2011....so kat atas ni ada video montajnyer. Tengok la dulu sebelum aku bagi laporan yg lain. Cume sori la sbb video simple sgt. 15 minit jek buat...huhuhu.



Saturday, April 09, 2011

MyWords | Renungan - Jaga Batas Bergaul Dalam FB

 

Jaga batas bergaul dalam FB


Kita mestilah menjaga batas dalam pergaulan waima menerusi laman sosial seperti facebook.


SOALAN

KEBELAKANGAN ini ramai yang melayari facebook (FB). Apa hukumnya wanita yang telah berumahtangga mempamerkan gambar termasuk yang tidak menutup aurat untuk dikenali dalam profilnya tanpa pengetahuan suami.

JAWAPAN

Perbuatan wanita mempamerkan gambar peribadi yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam.


Bagi seorang isteri kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. Mendedahkan aurat kepada orang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia. Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui FB.
Mempamerkan gambar peribadi dalam FB dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun sebaik-baik perhiasan ini hendaklah benar-benar beriman dan bertakwa bukan yang tanpa segan silu mendedahkan apa yang disuruh disembunyikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadanya memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau baba mereka atau baba mertua mereka atau anak-anak mereka...." (al-Nur: 31)

Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum hawa menjaga batasan aurat yang menjadi maruah mereka. Mendedahkan aurat kepada mereka yang bukan mahram adalah haram.Allah SWT hanya membenarkan kelonggaran aurat dalam batasan ahli keluarga. Ayah yang beriman serta adik beradik yang beriman tidak akan terangsang dengan melihat aurat darah daging sendiri, melainkan yang bernafsu binatang.

Segolongan ulama masih menyarankan agar para wanita itu menjaga batasan aurat mereka biarpun di hadapan ayah, abang dan mahram yang lain. Sebabnya yang demikian demi menjaga kemuliaan dan kesucian seseorang wanita.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita), golongan yang telah lalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran bagi orang yang mahu bertakwa." (al-Nur: 34)

Sebab itulah di dalam al-Quran, ada suruhan dan tegahan, bagi mereka yang beriman pasti akan bersegera meninggalkan yang ditegah. Bagi mereka yang berkarat hati amat sukar mendapat petunjuk.
Ini kerana al-Quran adalah nur iaitu cahaya, bukan cahaya yang bias dilihat dan dirasa oleh pancaindera manusia, cahaya ini adalah cahaya penyuluh menuju kepada Allah SWT, mendamba keredaan dan tamak kepada cintanya.

Justeru, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah secara tidak langsung tidak patuh kepada perintah Allah SWT yang menyuruh menutupnya. Suami yang menyedari bahawa isterinya mendedahkan gambar-gambarnya dalam FB wajib menasihati dan menegur isterinya serta menyuruhnya mengeluarkan gambar yang tidak sewajarnya daripada FB. Seterusnya, bertaubat kepada Allah SWT. Batasan berinteraksi di dalam FB juga perlu diawasi. Jangan sampai mendedahkan hal-hal rumahtangga di dalamnya. Apatah lagi menceritakan keaiban rumahtangga termasuklah menceritakan keaiban suami atau isteri.

Ada kajian yang dijalankan bagi mendapatkan peratus perceraian yang berpunca daripada FB, jumlahnya agak banyak dan sangat mendukacitakan. Nampaknya sudah ada yang sengaja mendedahkan hal rumahtangga dalam FB sehingga mengecilkan hati pasangan dan berakhir dengan perceraian. Tabiat atau perbuatan mendedahkan keaiban suami di dalam FB atau di mana-mana hukumnya sama iaitu haram dan berdosa. Sekiranya si isteri tidak berpuas hati dengan suami, sedangkan berhak untuk mendapat apa yang diperuntukkan oleh syarak maka dia boleh berunding dengan suami atau minta ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan berunding mencari titik pertemuan serta mencari perdamaian. Setiap insan yang bergelar suami dan isteri adalah haram dan berdosa mendedahkan keaiban pasangan di khalayak ramai. Jika berlaku sedemikian, maka hendaklah dipadam dalam FB dan mintalah maaf pada pasangan masing-masing.


*dipetik dari sisipan Mega - Utusan Malaysia edisi 8 April 2011

Monday, April 04, 2011

MyWords | Corat-coret ABP BH 2010

Malam ni ada siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Sebagai sebuah anugerah tahunan yang mengiktiraf populariti seseorang artis di Malaysia nih...ABPBH memang ditunggu-tunggu. Tahun ni macam2 spekulasi dah kedengaran dari awal. Macam2 nama dah naik jadi pemenang. Terutamanya malam ni buat kali pertama Dato Siti iaitu pemenang Artis Paling Popular sebanyak 8 kali dan Penyanyi Wanita Popular 13 tahun berturut2 tak bertanding. Ramai la dah berangan nak dapat kereta...huhuhu.
So...ini aku catat kan serba sedikit perkara yang menangkap mata dan hati aku sepanjang acara berlangsung...

1. Opening tak menarik...Azlan, Farhan, Ning dan Adira mantap dari segi vokal cuma kurang menyengat dari segi persembahan. tak ada yang baru. cuba la wat show meletop2 mcm org kat oversea nun. baru la teruja nak tgk.

2. Pentas ada kelainan...tapi xdelah sampai tahap gempak sangat.

3. Hos sampai 3 orang...perlu ke? Kak Engku, Zizan n Shahira. Kak Engku & Shahira kembali buat yang ke berapa kali. Klise dan boring walau kadangkala agak melucukan. Zizan sekadar penambah perisa. Harap Zizan boleh handle sorang2 je.
4. Fasha Sandha menang...aku suka! Tahun lepas Tiz Zaqyah rampas...tahun ni Fasha amik balik...Chinta Chanduri punya pasal...huhu. Cantik gaun. Macam tau je nak menang.


5. Masalah paling besar bagi aku....penyampai anugerah yang terlalu ramai. Sorang pun dah cukup sebenarnya. Ni taruk ramai2 atas pentas tuh...pastu sume orang nak bertanya khabar..padahal bole bertanya khabar kat belakang pentas...pastu wat lawak yang tak lawak...pastu cakap berebut2...pastu risau show over run...ntah apa2. Ni acara anugerah...bukan acara nak tayang sume artis atas pentas.

6. Show Hujan...bese2 jek. Hampir2 kepada tak best.

7. Nape artis2 wanita tak tiru macam Ana Rafali...maintain jerk pakai baju kurung. Sapa kata pakaian kebangsaan takde kelasss?

8. Pemenang2nya hampir sume orang yang sama...tak banyak berubah. Kejutan pun kurang. Shahir, Aznil, Fafau, Norkhiriah, Rabbani, Faizal Ismail....

9. Sampai separuh jalan...aku dah bosan. Tak sabar nak tunggu abis. Esp tengok show raja2 lawak yang nampak sangat sekadar nak memenuhkan ruang persembahan.

10. Sheera Iskandar...baju terdedah sebelah bahu...berdiri sebelah Aida Khalida yang bertudung litup...apa perasaan si pemakai seksi?

11. Zizan menang....saya suka....Faizal Tahir menang....saya lagi sukaaaaaa!!!!

12. Show Yuna best....suaranya power..!

13. Hos2 mcm dah tak berapa ada idea nak melawak...

14. Memula dengar ada show Alyah n Ella...rasa teruja...bila dah tengok....biasa je. Tak best pun.

15. PALING BEST...!!! Anugerah Bintang Paling Popular 2010 diumumkan oleh Ucop dgn Abi Hurairah (Shy 8 & Johan). Sangat2 melucukan.... best... best... best...

16. Siti Nurhaliza nyanyi Bukan Cinta Biasa...muzik n menari step Wonder Girls...boleh la...nirmala dalam gaya street dance n stomp...TERBAEKKKK.... Dato CT masih unggul dalam aspek psembahan dan mencari kelainan.... tapi Dato'...Yuna tu pakai tudung penuh... menang jugak... kalo dah berbakat tetap org suka.... moralnya pakai jelah tudung penuh.

17. Semua nilai duit yang tercatat pada VT hadiah tu salah. Patut RM80,000.00 jadi RM80,00.00. Apa la.

18. Lupa plak nak cakap...congrats Sam...Bintang Paling Popular 2010... terbaekkk!!! Adnan best!


So...itu la ABPBH 2010. Sikit je kan komen aku....bukan sbb acara tu best n sempurna...cuma sbb sumenya ulangan dari tahun2 lepas....so tak banyak yg nak dikomen. Keseluruhannya...ABP tahun ni bergerak pada landasan biasa saja. Hampir bosan menonton.


Aku pun nak tido. Sok sekolah. Baju tak gosok lagi. Chow dulu.

Saturday, April 02, 2011

MyWords |

Abis cuti terus bermula acara sukan tahunan. bermula dengan sukantara. penat la aku mengerah semua budak rumah biru supaya dapat menyumbangkan mata sewaktu sukantara untuk dijadikan bekalan pada hari olahraga nanti. ada 3 acara sume sekali iatu 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru. sib baik budak sume sporting, dengar cakap dan menunjukkan sikap yang sangat terpuji dan membuatkan tugas aku menjadi sangat2 mudah. hasilnya...umah biru menang sukantara. thanx semuaa.

dalam pada sibuk membuat persiapan untuk kejohanan olahraga...tak lupa juga aku membuat persiapan untuk pasukan sepak takraw smkcj sebelum pergi mewakili sekolah ke kejohanan sepak takraw antara regu mssm daerah maran 2011. nak kata tak penat...penat jugak. nak kata penat...x la penat sangat sebab budak2 yang aku pilih tuh dah pandai main pun dan diorg pun selalu main takraw. ringan sikit tugas aku. lagipun mana pernah aku training budak takraw memandangkan aku ni yang tak berapa nak reti main takraw. huhuhuhu... cuma aku perlu pastikan diorang berlatih dengan teratur dan cukup latihannya. takde la nanti orang kata kalau kalah game sbb tak cukup latihan....itupun hampir berlaku tak cukup latihan sbb ada ahli yang ghairah sangat nak main bola tampar sampai tak datang training takraw dan hampir2 aku gugurkan budak2 tuh....mujur la diorang insaf segera. so...tercapai la hasrat aku nak hantar 2 regu setiap kategori. cume agak risau jugak sbb pelapis dalam kalangan pelajar lower form tak ada.

tak cukup dengan latihan takraw...menjelang 23hb Mac...aku bergabung dan menyumbangkan tenaga pulak untuk menyiapkan dewan sebagai tempat pengumuman keputusan spm 2010. terteleng2 la kepale aku menggantung langsir tuh. tuh yang terjadi adegan keje dari kul 7 sampai kul 7 tuh. tak cukup sampai kul 7 malam....lepas maghrib datang pulak sambung keje sampai tengah malam. penat memang penat...tapi best rasanya bila tengok hasil kerja kita boleh dinikmati oleh ramai orang dan menyenangkan hati orang lain. sekurang2nya ambik result tahun ni ada la kelainan dari tahun2 lepas. tak la sama je every year.

wahh...xsangka plak aku leh bagi sinopsis hidup aku spnjg minggu lepas. huhu. sori la sapa2 yang rasa terpakse baca sume nih. saja je nak kongsi story. hak hak.

jumpa lagi. chow.

Monday, March 21, 2011

MyWords | 2011

Assalamualaikum....
Lama rasanya tak menulis...bukan malas tapi kadang2 bila datang kerajinan, idea lak takde. Bila datang idea, kerajinan ntah ke mana. Lantas tergantung tidak bertali la blog aku ini. Ditambah pulak dengan kerja yang tak kunjung habis kat sekolah...menambah keparahan tahap malas n takde idea aku. Hehehe.

Skolah tahun ni bermula macam biasa cume tugas aku agak luar biasa...pada aku la. Tahun ni buat julung2 kalinya aku kena mengajar 2 kelas peperiksaan yang berlainan...PMR & SPM...wow!!!...aku pun tak tau la boleh ke tidak. Tapi setakat bulan Mac ni aku sihat je lagi...ok je lagi...maksudnye boleh la kot. Hehehe. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan kesihatan sepanjang masa. Amin.

Tahun ni jugak...buat julung2 kalinya aku jadi guru kelas Form 5. Biasanya aku jadi guru kelas Form 3 je...tapi tahun ni ada pembaharuan sikit dalam sejarah perkhidmatan aku...jadi guru kelas Tingkatan 5 Uranus. Asalnya budak2 kelas aku jugak masa diorg sumer tingkatan 3. So, bila diorang Form 5 diorang kembali semula bernaung di bawah pemerintahan kuku besi aku nih. Bak kata peribahasa, bagai sirih pulang ke gagang la. Lembing Awang pulang ke Dayang. Gitulah adanya...







So...inilah kelas 5 Uranus yang sangat disayangi. Cume gambar2 pelajarnye je yg tak dapat diletak kat sini sbb ramai sangat. Nak mendapatkan begitu rupa kelasnya....mengambil usaha selama 4 hari keseluruhannya dengan kerahan tenaga ahli2 kelas dan semestinya guru kelasnya. Mujur la budak2 ni semua sporting n menurut kata. Mudah la keje aku.

Alaaa....da takde idea semula...toloonngggg...!!!

Nanti la kalau ada idea aku sambung semula...

Wassalam.

Tuesday, December 14, 2010

MyScreen | Hantu Kak Limah Balik Rumah

Tajuk : Hantu Kak Limah Balik Rumah
Terbitan : Tayangan Unggul

Arahan : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, Johan RL, Shy 8, Zami Ismail, Delimawati, Man Kadir, Soffi Jikan, Ummi Nazeera, Avaa Vanja dll.


Enjit-enjit semut...sapa sakit naik atas......

Haa...lama kan tak dengar lagu tu. Kalau rasa nak dengar...sila la pergi menonton filem nih. Yang bestnya dalam filem nih....lagu tuh akan dinyanyikan oleh Kak Limah sendiri. Memang best.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni dah lama aku tunggu sejak diumumkan akan dibikin. Bukan apa, filem ni adalah kesinambungan kepada salah satu filem paling banyak kali aku tonton iaitu Zombie Kampung Pisang. Tontonlah banyak mana pun, setiap kali tonton aku akan tergelak. Biar sorg diri pun. So...menjadi wajib la aku turut serta bila dah ada sambungannya...lebih2 lagi ad akhbar melaporkan katanya filem ni kutip RM1 juta dalam sehari!!. Biar betik!! Lagi wat aku ghairah nk tgk.

Menonton filem ni berjaya menghilangkan baki2 stres yang masih berbekas di kepale otak aku ni. Walaupun aku masuk lewat 5 minit...tapi keseronokannya tak terganggu pun. Sepanjang menonton...memang lawak sentiasa. Cuma separuh perjalanan menuju penghabisan...aku agak kurang ketawa kerana babak2 dan jalan ceritanya aku dah tau kerana boleh diagak. Ditambah pulak dengan sinopsis dan gambar yang aku terbaca dalam suratkhabar. Spoil!!

HKLBR bermula dengan kepulangan Husin (Awie) ke Kampung Pisang setelah bekerja di Singapura. Sampai kat kampung, dia terserempak dengan jirannya Kak Limah yang berambut panjang dan asyik mendongak ke langit. Malam tulah di start kena kacau dgn hantu Kak Limah tu. Dialah org pertama yg kena kacau. Lari punya lari terserempak dgn  Abi Hurairah (Johan RL) dan Ucop (Shy8). Sblm tu diaorg dah berjumpa waktu si berdua ni pergi menakut2kan si Husin. Masa tulah si Ucop ni cerita mcm mana kaki dia leh lumpuh. Lawak betul cara dia lumpuh. Tapi sebagai bekas penari kebudayaan, tangan tetap gemalai. Haha. Diorang bawak Husin ni ke kedai Pak Jabit (Man Kadir) dan berjumpalah Pak Abu (Zami Ismail) sekali. Start dari sinilah lawaknya tak henti2. Habis semua orang kena kacau dengan Kak Limah dalam suasana yg penuh lawak. So...sepanjang perjalanan cerita ni puas lah diorang pikir mcmana nak hapuskan hantu Kak Limah tu. Panggil Wak Joko (bomoh Indon - Soffi Jikan)...sia2 kena pelempang dgn Kak Limah. Panggil bomoh Siam (Chomprak Chawatbesiwat - Kamarul Yusoff)...habis patah riuk Kak Limah kerjakan. Sampai la akhirnya si Ucop cadangkan nak bakar rumah Kak Limah. Situlah mcamana semuanya terungkai. Rupanya....haaa. Malas bagitau. nanti spoil korg tgk cerita tuh. G lah beli tiket ye. Ada jugak babak2 yang pelik dan sukar dipercayai tapi aku abaikan aje sbb kata citer lawak...itulah lawaknyer. Tak gitu...?


Lawak memang lawak. Tapi pada pendapat aku belum cukup kuat nak melawan Zombie Kampung Pisang. Apapun mmg best. Kalo ada org nak belanje aku tgk lagi sekali pun ok. Huk huk huk. Begitupun...filem kali ni walaupun tidak sebaik ZKP dalam lawak2nye...tapi dari sudut pembikinannya, aku kira lebih baik. Terutamanya bab kostum dan mekap. Pendek kata semuanya diberi penelitian yang lebih.

Akhir kata...sapa2 penggemar Mamat Khalid dan Zombie Kampung Pisang...pergilah tgk Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pasti terhibur...terutama yang tgh stress. So, sebelum abis...tgk la babak2 dari filem ni ye...

Abi Hurairah tgh posing tgk bomoh ubatkan Pak Abu.

Inilah Kak Limah...

Bomoh Siam yg kena belasah dgn Kak Limah.

Husin mcm biasa la. Asyik nak mandi je kejenye.

Monday, December 13, 2010

MyStage | Natrah Musim Ke-2

Tajuk : Natrah - Cinta, Perjuangan dan Airmata
Tarikh : 25 Nov ~ 5 Dis 2010
Tempat : Istana Budaya, KL

Arahan : Eirma Fatima
Pelakon : Maya Karin, Remy Ishak, Datin Paduka Umie Aida, Datin Sofea Jane, Susan Lankester, Fizz Fairuz, Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Ziela Jalil, Iqbal Taufik, Mazin Amien Siraj, Sharifah Sofea, Lufya Omar dll.

Natrah kembali ke Istana Budaya dalam musim ke-2 ini atas permintaan ramai. Pementasan yang lalu mencatat sejarah yang cukup baik bagi team Natrah dan juga Istana Budaya. Maka, buat kali kedua aku pun begitulah excited nak menonton. Nak mengembalikan perasaan best ketika menonton musim pertama dulu. Thanks kepada Haizam yg tolong beli tiket awal2 sbb kalo nak ikut kesibukan aku, mmg aku tak smpt nak beli. Sib baik ada Haizam yg sentiasa alert dengan jadual Istana Budaya dan jadual aku.

Jadual aku menonton Natrah penuh pancaroba. Gerak tengahari ke KL. Konon2 nak dtg awal la sbb sejak akhir2 ni, kalo gi tgk teater kt IB aku akan jadi individu paling akhir masuk. So dgn impian murni aku pun gerak la dlm kul 11 pagi ke KL. Tapi kejadian mencari rumah si Lan kt Seri Kembangan dan berjumpa Farra di MidValley membuatkan aku tetap lewat.  20 minit lewat. Huhuhu. Apa taknya...show kul 8.30...tp kul 8.00 aku kt MidValley lg...dgn silap masuk jalan lagi...lewat la aku akhirnya. Dgn muka yg tebal aku pun masuk. Dgn penuh syukur aku duduk...sbb rupanya ada tayangan video dari MAC...kul 9.00 baru start.

2 jam menonton Natrah bagai tak terasa. Susunan plot kali ini lebih padat dan tersusun. Secara peribadi aku merasa Natrah kali ini lebih baik dari yang pertama. Aspek lakonan tidak perlu dipertikaikan. Hampir semua memberikan lakonan yg cukup baik. Barangkali jika ada kekurangan mungkin pada Remy Ishak yg pada pndpat aku masih dibelenggu gaya kontrol macho. Begitu juga dgn kemasukn bbrapa nama popular sprt Ziela Jalil, Liyana Jasmay dan Nabila Huda yg tidak banyk fungsinya. Sekadar menambah elemen komersial.
Lakonan Maya Karin, Umie Aida, Sofea Jane dan Susan Lankester berada pada tahap terbaik. Emosi yang dituntut berjaya disampaikan. Babak monolog sangat berkesan. Cuma penambahan monolog 3 Natrah di hujung persembahan dirasakan tidak perlu. Yang lainnya, best! Sama jugak seperti musim pertama dulu. Paling aku suka adalah babak bollywood antara Remy dan Maya. babak tersebut sangat melegakan sbb sblum tu suasananya amat tegang. Tgk tarian ala2 bollywood kejap buat debaran di dada sedikit kendur.

Pementasan kali ini juga, aku tgk Erma seakan2 mahu menyedapkan hati beberapa pihak yg banyak mengkritik Natrah musim pertama dulu. Paling ketara apabila ada babak2 tambahan tentang perjuangan menegakkan bangsa dan agama. Begitu juga dengan lambang salib yang telahpun dikecilkan. Pada aku dua perkara tersebut tidak ada apa yang nak dikecohkan. Yang pertama,  ada individu komplen sbb Natrah di tangan Eirma dah jadi macam fiksyen dan kurang menegakkan fakta terutamanya fakta bahawa tragedi Natrah ni membangkitkan semangat dlm diri pelbagai kaum di Singapura ketika itu. Diaorang nak supaya Natrah ni jadi sebuah naskah yg lebih berpaksikan sejarah. Komen aku...itu adalah pendapat orang yang kecewa dan tak puashati. Dah namanya teater Natrah - Cinta dan Airmata. Biarlah Eirma nak cerita pasal percintaan dan kehidupan Natrah je. Lainlah kalau tajuknya Pemberontakan Natrah ke...itu lain cerita. Yang kedua, lambang salib yang kononnya mengagungkn agama lain. Pada pendapat aku sebagai penonton waktu tu....takde sedetik pun rasa pasal itu. Yang aku rasa bila tgk salib tuh terlalu besar adalah kita org2 Islam pd masa tu dan masa sekrg dah kalah. Kalah dgn org2 kafir yg makin lm makin menindas agama Islam. babak tu mmberikan aku kesedaran sbg seorang Islam ttg keperluan mmpertahankan agama. Itulah reverse psikologi namanya. Nasihat aku pada diorang2 ni.....nak ikut sedap korg...buat la teater sendiri.

Untuk Eirma Fatima..teruskan naluri kreatif anda. Jangan peduli ttg cakap2 org ni. Bila dah siap...selesai dipentaskan barulah nak komplenlah..apalah. Ingatlah...kalau takde Eirma Fatima yg angkat kisah Natrah ni ke teater...takde sapa pun yg nak wat. Bila dah wat...banyak lak songeh. Blahhh!!..Terima kasih jugak pd Eirma sbb dgn teater ni wat org2 muda tahu dan mengkaji ttg kisah ini. Nak harap org2 yg wat bising tuh...habuk pun tarak.

So..rasanya panjang dah ni. Nanti tak abis2 lak aku bebel.
Sampai sini jelah yerk.tp sblm abis...tgk la gambar2 babak dlm Natrah ni.








Wassalam.
________________________________________________________________________

Akan datang :

 Tiket dah beli. Yahoo.

Sunday, December 12, 2010

MyWords | Jika Kau Pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
Ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi
Bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi
Air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama
 
Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah

Friday, December 10, 2010

MyWords | Hari Yang Muram vs Hati Yang Tenang.

*Lebuhraya Pantai Timur, 8 Disember 2010



Salam.

Setelah beberapa minggu bercuti baru kini aku berjaya menghabiskan hari2 cuti aku tanpa melakukan apa2. Duduk melayan internet, merehatkan minda, bertenang dan mendengar lagu2 kegemaran aku. Dah lama tak dapat duduk2 senang lenang macam ni. Mujur la ada cuti pnjg camni. Dapat la jugak aku mengumpul kekuatan semula untuk menghadapi musim baru tahun depan. Tahun 2011. Tahun baru, student baru. Pastinya banyak agenda2 baru diorang nih. Mcm2 la yg nak dibuatnya kat sekolah tu. Puas la aku dan kawan2 mengerah keringat dan tenaga nak menjaga serba serbi. Tapi takpe. Dah tanggungjawab katanya...kena la buat.

Dalam pada berehat2 dan bersenang lenang...aku sebenarnya ada bbrapa tugas yg aku belum langsaikan. Sepatutnya dah start buat dah. Tapi oleh sbb dah beberapa hari berehat dengan bersungguh2...bahananya, malas betul nak start wat keje semula. Ntah la bila plak dtg nye kerajinan itu. Adusss....

Walaupun begitu...duk senang lenang aku bukanlah duk2 saja. Mcm2 bnda yg dtg kat fikiran aku ni. Yelah...tahun baru nak dtg. Idea2 pun mesti la baru. Kena la carik program2 baru nak buat tahun depan. Takkan asyik ulang benda n program2 yang lama/sama je. Kalo asyik ulang...jangankan student...aku pun naik bosan. Jadi, aku menyeru semua cikgu...marilah kita berfikir di luar kotak supaya program2 kita pada tahun hadapan dapat menarik minat student2 kita supaya hasilnya dapat kita lihat. Bukan apa...kadang2 kita wat program atau aktiviti utk budak2. Tapi diorang tak suka pun. Dalam erti kata lain...sasaran tak sampai. Rupa2nya kita wat program syok sendiri. So...tahun depan kita elakkan la program2 sebegini. Sbbnye...nak wat sesuatu program bukannye sikit duit yg keluar. Terutama sekolah2 yg kurang matawang mcm Cedung Jaya ni. Belum cerita bab penat lelah lagi. Jadi kalo program tak sampai tujuan atau objektifnya...maka pembaziran la maksudnye. Cuba la kita elakkan ye..

Student pun kena main peranan. Kalau nak program2 best...kena la bagi sokongan. Kalo cikgu2 buat sesuatu, support la sikit. Join la ramai. Ini asyik2 muka yg sama je yang ambik bahagian. Kalo sambutan hebat diberikan...baru la cikgu2 ada semangat nak wat sesuatu yg lebih hebat. Ini tidak...buat proram bagai nak rak, tapi penyertaan pelajar...kadang2 penganjur lagi ramai dari peserta. Sapa nak jawab tuh...? Lepas tuh pulak, perangai pun kena jaga. Jagalah hati cikgu2 ni. Ini tidak. Tiap2 hari ada je benda yg dibuat yg menyakitkan hati cikgu2 atau buat cikgu geram. Tu yang kadang2 jadik malas nak wat apa2. Sbb cikgu usaha mcm2...tapi langsung tidak dihargai oleh student. Bukan mintak bayaran pun...cuma kadang2 bila dah berpenat lelah dan bertungkus lumus...terdetik jugak di hati inginkan penghargaan. Boleh jugak buat penyejuk hati dan perangsang. Apalah salahnya...ucapkan terima kasih kalau taknak bagi pujian pun. Ini tidak...dah la tak nak join program, bila kena paksa...buat mcm2 perangai yg menyakitkan hati. Bila cikgu tegur, dia wat kurang ajar. Bila cikgu marah atau ambik tindakan...mula la mengadu sana, mengadu sini, tulis surat layang...tempiasnya kena la kat semua org...Fikir2 kan lh. Tak susah pun nak jaga hati orang lain terutamanya cikgu2 atau org yg lebih tua.

So...dalam kepala otak aku ni dh ada beberapa rancangan utk aku aplikasikan tahun depan. Tapi semuanya masih bergantung pada pihak pentadbir, sumber kewangan, bantuan2 lain dan sambutan student sendiri. InsyaAllah...kalu tiada aral boleh la dilaksanakan.

Akhir kata, sama2lah kita jadikan SMK Cedung Jaya sekolah yang terbaik. Hajat kita nak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn sekolah2 hebat dalam daerah Maran ni. Kerjasama semua pihak diperlukan. Baik daripada pihak pengurusan sekolah, pelajar2, ibubapa, msyarakat sekeliling dan pihak2 lain.

Ingatlah. Perjalanan kita masih jauh. Tapi untuk menyelusuri jalan yang jauh itu...semuanya bermula dengan langkah kita pada hari ini. Kalau sumbang langkahnya...maka sumbanglah ke akhirnya.

Wassalam.

Sunday, September 26, 2010

MyWords | Undang-Undang Rimba vol.1

Melihat dunia hari ini aku jadi takut. Keganasan ada di mana2. Celik mata...aku bersyukur masih lagi hidup walaupun sana sini kedengaran pelbagai kisah yang kadangkala bila difikirkan membuat kita termenung dan bertanya...kenapa dalam zaman moden serba-serbi manusia semakin hilang pertimbangan dan mudah sekali mengambil tindakan ganas dan zalim macam makhluk dlm hutan yang tak ada undang-undang dan hati perut?

Kes-kes pembunuhan masih terus menghiasi dada2 akhbar yang saban hari membuatkan aku terus jadi takut seolah-olah tiada lagi keamanan dalam dunia hari ini. Nyawa menjadi semakin murah. Mudah sekali diragut oleh manusia2 durjana.

Sedar atau tidak keadaan sekeliling kita banyak mempengaruhi kelahiran generasi ganas hari ini. Bermula dengan teknologi komunikasi awal hinggalah kewujudan televisyen dan internet...media2 ini saban hari semakin besar pengaruhnya dalam menjadikan pemikiran generasi hari ini pemikiran yang ganas. Saban hari di televisyen terdapat bermacam jenis rancangan, filem, drama, dokumentari dan sebagainya yang ditayangkan. Banyak unsur ganas yang dahulunya menjadi sesuatu yang ditakuti untuk dilihat dan dipaparkan secara jelas kini menjadi perkara biasa.

Visual orang ditikam, orang kena tembak, orang kena rogol, orang kena pukul, darah terpercik ke sana-sini, visual kepala pecah, otak terburai, tangan patah, gangsterisme, vandalisme, keganasan rumahtangga dan banyak lagi aksi2 ganas dipaparkan dan ditayangkan di kaca tv tanpa sebarang tapisan banyak menyumbang kepada kelahiran generasi ganas hari ini. Bayangkan jika perkara2 tadi ditonton oleh anak2 kita yang berumur 2 atau 3 tahun. Sedangkan yang dah umurnya belasan tahun pun boleh terpengaruh inikan anak2 kecil yang masih mentah dan tak tahu lagi nak pikir mana yang baik mana yang buruk. Bayangkan apa ada dalam fikiran mereka bila setiap hari didedahkan dengan perkara2 ganas melampau tersebut. Benda yang tak biasa pun pasti akan jadi biasa jika terus diberi dedahan begitu.

Orang dewasa pun ada lagi yang geli-geleman bila tgk darah. Jangankan nak sembelih ayam...tengok pun tak boleh. Nak muntah bila tgk luka2 yang parah, tgk gambar accident dan sebagainya. Tapi budak2 sekarang..benda2 tuh bukan lagi perkara yang pelik sebab hari2 boleh tengok dan dah jadi kebiasaan. Dah jadi benda yang normal. 10 tahun dulu kita pasti tergamam kalau baca kisah orang kena bunuh dan mayatnya dikerat2. Tapi budak2 zaman sekarang macam dah biasa dengan semua itu. Keganasan dah jadi perkara normal. Puncanya...kerana pendedahan yang terlalu banyak kepada perkara2 sebegitu yang menjadikan mereka lali ataupun immune kepada semua itu. Dalam memilih hiburan pun kita boleh lihat kecenderungan diorang. Filem2 remaja yang menggambarkan gangsterisme, aksi pukul memukul, rogol, rempit, dadah dan sebagainya pasti lebih diminati berbanding filem2 unsur lain.

Kalau nak diberi contoh...ambil je siri2 jenayah dan kepolisan yang disogokkan barat. Dari CSI (Miami, Vegas & New York), NCIS, Criminal Mind, Bones dan lain2...semuanya menerapkan aksi2 ganas dalam drama2 mereka. Itu belum nak kira filem2 lagi. Memang ceritanya menarik..tapi kalau dah tiap2 hari tengok orang kena bunuh darah, terpancut sana sini...mana letak keseronokkannya? Orang dewasa bole lagi pikir...kanak-kanak dan remaja macamana...?

Hmm...tatau la sampai bila semua ni nak berterusan. Keluarga dan ibu bapa sangat penting dalam situasi ini. Mereka perlu mendidik anak dengan sahsiah yang baik dan sentiasa diberi panduan berkenaan tatasusila dan taingkahlaku yang baik. Kerajaan pun harus sama2 bantu. pantaulah stesen2 tv zaman sekarang. Jangan dek kerana nak mengejar rating dan jumlah penonton..kita menggadaikan masa depan generasi kita.

Sama2 lah kita berdoa Malaysia ini akan terus aman dan sentosa.

Tuesday, September 21, 2010

MyWords | Menguatkan Pertahanan, Menyerang Peperiksaan, Menembusi Cita-Cita

Pertahanan kamu perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu ditingkatkan
Usaha semua perlu digandakan
Senjata individu perlu ditajamkan
Latihan perlu diperbanyakkan

Percayalah
Jeneral perang anda akan memimpin anda ke arah kemenangan
Ikutilah strategi , kaedah dan teknik perang mereka
Hormtilah Jeneral supaya mendapat berkat

Ingat!
Dari hari pertama anda menjejak kaki ke alam persekolahan
Anda tidak dapat mengelak daripada peperangan
Anda tidak boleh berundur
Anda hanya boleh mara ke hadapan

Sama ada anda ditumpaskan
Sama ada anda menumpaskan
Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-galanya
Jika menumpaskan akan memperoleh segalanya
Biar memperoleh daripada kehilangan

Perjuangan manira belum tamat
Lawan tetap lawan
Berjuanglah sepenuh hati , sepenuh jiwa
Anda tidak boleh terkorban
Hanya masa, usaha dan tenaga boleh dikorbankan
Anda tidak boleh menyerah kalah walau apa terjadi
Biar putih tulang , Jangan putih mata

Bawalah semangat dan keyakinan bersamamu
Bersatu menyerang peperiksaanmu
Biar kubu cita-cita yang kukuh dapat ditelusuri
Biar sekuat kubu itu dapat ditawan

Peperangan dengan peperiksaan mesti menang
Kalahkannya, Tumpaskannya
Kemenangan akan memberi kekuatan
Kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini

Sedarilah
Biar sekuat mana pertahanan, serangan dan kekuatan
Yang Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah pada Yang Maha Besar
Percayalah anda akan dirahmati, dilindungi
Rahmah dan lindungan ini akan memodenkan senjatamu

Bersatulah!
Sedarilah!
Bangunlah!
Bangkitlah
Berjuanglah!
Wahai golongan remaja dan pelajar yang unggul

Nukilan:
Shen Yee Aun

dipetik dari blog Dunia Penyair

Saturday, September 18, 2010

MyWords | Tak releven

Aku tertanya-tanya apa kaitannya sambutan Aidilfitri dengan filem2 seram? Bukan apa...sepanjang cuti raya ni aku tengok banyak sangat citer seram yg tak berapa seram yg ditayangkan di tv. Kalau best takpe jugak. Ini....ya Allah...ceritanya macam apa ntah.

Lagi wat aku lebih berbulu bila ada satu saluran tuh siarkan cerita seram dari Indonesia setiap hari sepanjang cuti ni. Xsilap aku ada dalam 10 tajuk semua sekali. Itu belum masuk lagi koleksi citer2 bertajuk pocong yg ditayangkan masa ramadhan tempoh hari. Dan lagi...belum masuk lagi citer2 tak berunsur seram yang ditayang di seluruh saluran tv malaysia. Dan belum masuklagi siri2 konsert artis sana yang ditayangkan percuma di saluran kita. Bahananya....orang Indonesia sibuk nak ganyang malaysia...kita duduk senang lenang dibuai dongeng2 dari sana. Tak peduli pun apa diorang buat kat kita.

Dalam masa orang2 di Indonesia sibuk pijak Jalur Gemilang...kita sibuk nak tayangkan cerita2 n filem2 diorang. Di kala orang2 di Indonesia tengah bakar jalur Gemilang...kita sibuk nak dengar lagu2 diorang...radio2 sibuk nak putar lagu diorang. Pada saat diorang protes depan kedutaan kita suruh balik...kita sibuk nak panggil artis2 seberang buat konsert kat sini sedangkan artis2 kita ada yg tak pernah pun merasa buat konsert. Semua sibuk nak puji diorang tuh melambung sedangkan diorang pandang kita sebelah mata pun tidak. Pada diorang Malaysia ni sekadar tempat nak cari duit banyak2. sebab tuh ada lebih kurang 2 juta pekerja indon kat sini. yang akan datang tak tau lagi berapa ramai. itu yg masuk secara halal. yang masuk secara haram...tatau la berapa banyak. malaysia gari orang indon yg ceroboh perairan malaysia...bukan main jadik agenda nasional indonesia...bila pendatang2 haram diorang masuk sini secara haram ikut pintu belakang...takde plak diorang pikir kita ni suka atau tidak. yamg kita tanggung pendatang2 haram diorang tuh siap tanggung makan semua...tak pikir plak. Isu gari yg diorg nak hebohkan. kurang bijak.

Orang Malaysia je yang sibuk nak berkawan...sibuk nak jaga semangat serumpun...sibuk nak kerjasama ekonomi...sibuk nak jaga hati keluarga kononnya... sedangkan baru ada masalah kecil...orang2 sana dah sibuk usung buluh runcing nak usir org malaysia dari bumi indonesia tuh. Bila ada silap kecil yg sebenarnya bukan kesilapan Malaysia pun...terus lupa...org2 malaysia nilah yg hantar bantuan kemanusiaan masa diorg kena tsunami arituh...kutip derma...hantar makanan...hantar sukarelawan....sedangkan kat malaysia sendiri pun ada org yang hidup miskin.

Dan seperti biasa...bila ada kejadian begini...org malaysia takkan buat apa2. teruslah diam tengok org pijak dan bakar bendera kita. terus menikus tatkala kedutaan kita dilempar najis...kecil betul hati org malaysia.

kita tak perlu bakar bendera indonesia. pijak bendera indonesia atau lempar najis di kedutaan indonesia...kerana tindakan begitu hanya akan menjatuhkan martabat negara berdaulat malaysia serendah martabat diorang...kerajaan tak perlu putuskan hubungan diplomatik. tapi jangan sampai tidak bertindak langsung sampai org terus pijak kepala kita. apa salahnya kalau kerajaan ajar sikit diorang ni....keluarkan larangan penyiaran bahan2 hiburan dari indonesia....jangan panggil artis2 sana buat show kat sini...jangan import filem2 diorang...kita kena tunjuk bahawa kita tak suka diorang pijak n bakar jalur gemilang kita. Yes....memang kegiatan itu didalangi pihak tertentu...penunjuk2 perasaan itu diupah dan dibayar, tapi takkan itu sebabnya kita kena merendahkan maruah kita sendiri! Memang perlakuan tersebut hanyalah menggambarkan perasaan sebilangan kecil rakyat sana terhadap malaysia...tapi kenapa tak fikir yang perlakuan sebilangan kecil tersebut melukakan hati sebilangan besar rakyat malaysia...!!!

dan seperti biasa...akhirnya perkara ini akan diam begitu sahaja...pihak di sana diam...pihak di sini pun diam. maka tinggallah maruah malaysia yang dipijak2 tanpa sebarang pembelaan. bila ada lagi kes2 membabitkan kedua2 negara nanti..percayalah...kita akan terus dipijak dan kita juga yang akan terus diam. jalur gemilang dibakar...kita akan terus diam. jalur gemilang dipijak...kita akan terus diam. maruah negara kita di bawah tapak kaki indonesia...kita akan terus diam....

Friday, September 17, 2010

MyWords | Makin Jelas..

Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga aku menyambut aidilfitri dalam keadaan yang tenang walaupun pelbagai keje ada depan mata. Sepanjang ramadan hari persekolahan begitu sibuk. macam2 benda nak buat. Hias lorong la. Buat sambutan merdeka la. Jumpa dato' la. Budak2 f3 trial la. Tanda kertas pekse la. Buat itu la. Buat ini la. Wow...busy betol. Tapi takdelah teruk sngat. Aku masih boleh beraya dengan senang hati walaupun tak banyak berjalan ke sana sini sebab nak duk berehat dekat rumah dgn ahli keluarga (walaupun umah di kampung dah jadi litar lumba utk anak-anak sedara aku main lumba lari).

Diam tak diam...PMR 2010 semakin dekat. 5 Oktober ni maka akan tibalah harinya budak2 f3 aku ni masuk dewan pekse utk menduduki peperiksaan penting bg diorg. Aku pun tatau diorg ni dah sedia ke tidak. Kalau mengikut pengamatan aku....tak semua yang dah bersedia. Macam mana nak sedia...lagi 2 minggu nak pekse pun ada lagi soalan2 mudah yang masih tatau nak dijawab. Masih lg tanya soalan2 yang budak f1 n f2 pun bole jawab. Keadaan ini kadang2 buat aku telan air liur banyak kali....betul ke diorg ni nak PMR? aku lak yg heran. Diorang yg nak pekse tuh aku tatau la apa yg ada dlm pikirannya.

Tapi takpelah. Aku n kawan2 lain buat la apa yang termampu. jangan nnt org kata cikgu2 ni tak buat keje lak. Cukup la dengan surat2 yg melayang sejak 2 menjak ni. Cikgu2 akan buat apa yang patut n mampu. Terpulang la pada budak2 ni sendiri nak terima atau tidak. Semuanya terletak di tangan anda sendiri..

Friday, August 06, 2010

MyWords | Apa nak jadi..

What should i do? Tak tau nak buat apa. Apa tindakan yang perlu diambil bila nampak sesuatu yng tak berapa betul berlaku depan mata? Nak ditegur takut kecik hati. Nak dibiar takut diulangi. Nak dibetulkan takut dikata menyibuk. Akhirnya diam je la. Tapi kalau diam pun bukan dapat selesaikan masalah. Tak pasti lagi apa yang nak dibuat. Masalahnya, bendanya bukan besar sangat pun. Tapi kalau dibiarkan akhirnya jadi besar dan akibatnya orang lain yang tanggung. Inilah akibatnya bila sikap tak kisah...tak apalah....ada dalam diri. Semuanya nak ambik mudah. Semuanya nak pandang ringan. Semua nak harap orang lain. Akhirnya benda yang dibuat tak sempurna. Masa tu mulalah jari orang lain untuk dituding. Masa tulah baru nak cakap...sepatutnya macam ni...sepatutnya macam tu...sedangkan semuanya boleh selesaikan kalau ringankan sikit mulut nak tanya orang lain. Apa la....dan yang paling penting, apa yang dah jadi langsung tak nak diambil iktibar. Bukan sekali jadi...dah 2, 3 kali dah. Tapi tetap la tak reti2 nak perbaiki. Sudahnya...selamanya lah gitu tahapnya.

Takpelah. Aku berdoa semoga aku dan semua manusia diberikan petunjuk daripada Allah dan dijauhkan dari segala sifat riak dan takbur.

Wednesday, August 04, 2010

MyWords | Slow2..

Wah. Diam tak diam lagi seminggu je lagi nak pose. Rasa macam baru je lagi raya. Baju raya tahun lepas pun tak silap aku adalah 5 kali aku pakai. Sib baik pose takde yang kantoi. Kalo tidak..senak juga nak menggantinya. Tapi bukan susah pun. Sekarang pun aku memang dah kurang makan. Sebagai persediaan agar perut aku tak tergezut masa start pose nanti...

Cuma bila makin hampir nak pose nih...semakin aku terpikir. Camnelah dengan ibadat pose aku tahun2 sebelum ni. Banyak ke pahalanya. Sempurna ke puasanya...atau aku dapat lapar dan dahaga saja? Dunia zaman sekarang...banyak sungguh godaan. Kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah...macam2 godaan yang memanggil dan menggoda2 untuk menipiskan puasa aku. Tak payah la nak cerita aurat2 yang terdedah yang mencolok2 mata aku...pergi pasar ramadan je cukup. Makanan masya Allah banyaknya. Kalau tak pandai kawal nafsu makan yang membuak2 dalam diri...maksudnya terbabas la perbelanjaan. Berat pun terbabas la jadinya. Tapi bab perbelanjaan mungkin la aku terbabas..tapi kalo bab berat badan...tiada ertinya aku terbabas. Tak pernahnya berat aku terbabas melebihi 58kg. Makan la banyak mana pun bagai membela hantu raya, polong dan sebagainya...berat aku tetap la macam tu juga. Maintain.... tapi orang2 lain selalu gitu. Bulan pose konon2 nak kuruskan badan...tapi makin bertambah adalah. Tuh belum masuk campur ketupat, lemang, rendang n kuih semprit yang akan di makan sepanjang hari raya. Sepatutnya...kalau mengenangkan tabiat makan orang Malaysia nih...dah memang wajar kita ada show The Biggest Loser sendiri...

Aduh2...begitulah adanya kalo citer pasal pose ni. Takpelah..bulan ramadan nanti aku citer la lagi pasal pose. Simpan dulu.

Saturday, July 17, 2010

MyWords | Fuhh..

Alhamdulillah...akhirnya berakhir jugak Hari Keluarga SMK Cedung Jaya 2010 di Le Paris PD. Selepas berbulan2 membuat perancangan dan perbincangan, syukurlah acara tahunan tersebut berjaya jugak dijalankan. Mungkin tidak sehebat mana tapi rasanya best jugak dapat lari sekejap dari suasana sekolah yang kadangkala rasa mencekik-cekik leher ni ha. Tengok laut n berendam di kolam renang rasa aku mampu jugak buat release tension. Hilang sekejap rasa gusar di fikiran akan nasib budak2 yang nak periksa tapi perangai macam dunia takkan kiamat.

Tahun ni KGKT SMKCJ rasa dah tiba masanya ahli2nya keluar dari kebiasaan. Biasanya family day buat kat Cherating je...tapi tahun ni venuenya di Port Dickson. Tempatnya jauh...perjalanan pun jauh. Maaflah kalau ada ahli yang rasa terbeban, penat, letih dan sebagainya sbb perjalanan jauh. Tapi bukannya selalu kan.... Setahun sekali je. Lain lah kalau ada org ajak nak wat lagi tahun ni jugak...hehehe..

So...semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah2 besar. Pendaftaran, sukaneka, dinner n bowling match semuanya lancar. Kecuali bowling yang dijalankan agak lewat sbb ada group lain potong queue. Aku happy je sepanjang majlis berlangsung. Yang lain pun aku harap happy jugak.

Insya Allah...ada rezeki tahun depan jumpa lagi di tempat yg lain pulak. Jadi di kesempatan ini aku nak mengucapkan terima kasih kepada :

1. Pengerusi dan AJK2 KGKT 2010 yg bersepakat dan bekerjasama dalam merealisasikan family day tahun ni. Thanx utk pengerusi, SU n bendahari yg pening kepala nak cari sponsor. Penat ye...takpe. Tahun depan kita relaks pulak. AJK baru lak yg anjurkan.

2. Semua ahli KGKT yang turut serta dalam family day tahun nih. Dari pengetua, gpk2, cikgu2 hinggalah kakitangan yang ikut sekali serta ahli keluarga mereka. Sokongan anda semua amat dihargai. Kalau ada salah silap, tak best, tak puashati dan sebagainya...sila pendamkan saja. hahaha.

3. Zulhafiz, Saufee n Arif yg sudi ikut dan membantu buat itu ini. Tapi kalo mak bapak korg marah...saya wat tak kenal jee...kui kui.

4. Pihak Le Paris PD atas penyediaan tempat, makanan dan lain2. Walaupun bukan percuma... tapi biasalah..org Melayu kena berbudi bahasa.

5. Tak lupa juga kepada sponsor2 yang membuat sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan hamper. Tahun depan we all mintak lagi. hehe.


akhirnya kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...TERIMA KASIH DAUN KELADI...kepada ahli yang tak dapat join...jgn risau...ada lagi aktiviti sepanjang tahun nih. Nanti joinlah ye.

Wassalam.