Monday, August 17, 2009

MyStage | Muzikal Tun Razak



Agak mengecewakan. Harapan menggunung untuk menyaksikan sebuah pementasan hebat sebagaimana yang diwar-warkan di media massa akhirnya berakhir dengan sebuah kekecewaan tatkala selesai menyaksikan Muzikal Tun Abdul Razak yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi. Sepengetahuan aku ini adalah pementasan yang kedua selepas di pentaskan oleh Aswara pada tahun 2008.
Muzikal ni diarahkan Rahim Razali, pelakon yang memang aktif berteater. dan pernah mengarahkan beberapa pementasan. Watak utama didokong Rashidi Ishak (Tun Abdul Razak), Fauziah Latiff (Toh Puan Rahah), Shahrul Mizad Ashari (Wan Rakyat), Rime Nazri (Tun Dr. Ismail), Syukor Ibrahim Bachik (Tunku Abdul Rahman) dan pelakon2 Aswara.
Kat sini aku senaraikan beberapa sebab yang membuatkan aku kecewa dengan pementasan ini (nasib baik dapat tiket free) :

i) Set - melihat set yang ditonjolkan malam tadi membuatkan aku tak rasa pun perasaan menonton kat pentas hebat seperti di Istana Budaya. Set yang ditonjolkan seolah-olah baru siap semalam. Dah tu pulak, warna dan catnya sekata aja. Cikgu seni sekolah aku warna lagi cantik. Senang cerita, set yang ada dalam muzikal tuh tak hebat la. Macam tak cukup bajet nak buat. Lepas tu pulak, bila ader je slideshow yang dipancar pada latar belakang, mesti ada benda yang menghalang sampai tak nampak langsung apa yang dislide show kn. Contoh masa babak konfrontasi, ada slide show keratan2 akhbar dari Indonesia, ada plak benda kain berjuntai2 n menghalang pandangan. Nak bagi tengok tapi mcm tak ikhlas.

ii) Nilai sejarah - tujuan aku menonton muzikal ini adalah untuk mengenali Tun dengan lebih dekat. Yelah, manalah tau kot2 ada fakta2 tambahan dalam muzikal ni yang cikgu aku tak ajar kat sekolah. Tapi, hampeh. Memang la kalau nak masuk semua tak cukup masa. Tapi sekurang2nya, masuk kan la perkara2 yang orang belum tahu. Tak tahu la plak kan kalau2 semua yang dipaparkan dalam muzikal tuh memang orang tak tahu. Kalau gitu, buta sejarah la orang2 tuh.

iii) Isi kandungan - sisi Tun yang cuba dikupas melalui muzikal ini sangat nipis. Hanya pada kulitnya saja. Zaman kanak-kanak beliau hanya diceritakan oleh watak bernama Wan Rakyat sambil disokong tayangan multimedia gambar2 berkenaan. Itupun tidak menyeluruh. Saat perkenalan Tun dan Toh Puan Rahah langsung tak disentuh yang pada hemat saya pastinya menarik jika diimbau. Malah, ada pulak babak yang penting diabaikan dan babak tidak penting ditonjolkan berlebihan. Contohnya, babak konfrontasi dan 13 Mei. Babak ini sangat penting sebenarnya kerana disitulah kebijaksanaan Tun teruji, namun babak ini hanya ditampilkan melalui gerak tari para penari yang langsung tak menarik ditambah dengan props yang entah apa2. Kalau budak2 atau remaja tengok, belum tentu diaorang akan paham. Aku tertanya-tanya adakah babak bersama orang gaji lebih penting daripada itu. Tidak ada babak-babak penting yang memberi kesan yang menggambarkan Tun sebagai seorang wira besar.

iv) Lakonan - aku tak berapa pasti apa yang menyebabkan Rashidi Ishak dan Fauziah Latiff terpilih mendokong watak utama sedangkan lakonan mereka berada pada tahap biasa-biasa saja. Malah Rashidi kurang boleh menyanyi. Watak Tun Razak tidak dijelmakan sebaiknya. Watak Toh Puan pula sekadar pelengkap yang hampir tidak meninggalkan impak. Begitupun pujian harus diberikan kepada beberapa orang pelakon dari Aswara yang menunjukkan lakonan berkesan.

v) Perwatakan - watak utama tidak meresap dan watak pembantu sekadar penghias yang kadangkala nampak seperti pokok bercakap. Tegak macam kayu. Ahli politik memang berdiri tegak je ke? Tak nampak langsung keje2 Tun membangunkan negara dan paling penting, tak nampak langsung yang Tun tu sakit. Tiba2, meninggal.

Alah. Malas nak tulis panjang2. Kesimpulannya, muzikal ini tak best dan agak tawar rasanya. Tidak seperti teater2 yang pernah dipentaskan IB sebelum ini. Langsung tidak meninggalkan kesan. Ditambah pulak dengan bau yang kurang menyenangkan yang datang daripada orang depan aku. Lagilah spoil mood aku nak layan. Apparaa..... Ni ada sikit gambar untuk tatapan.

Kat lobby Istana Budaya

Tengah menunggu show nak start.

Show abih doh.

Berangkat la keluar.

Pameran kat luar.

Pameran lagi.



2 comments:

  1. Anonymous5:58 PM

    waahh..cm encem jerk!!hehe..ntah pape la ckgu nie pkai bju fom3..xdk taste lgsg r ckgu nie..hu5 xad r..gurau jerk!!!hehehe

    ReplyDelete
  2. Shahrul Amri bin Ab Wahab Aljazeera9:49 PM

    saya cadangkan agar cikgu jayaletchumi atau mohd noh abadan menjadi panel perombak skrip dan isi kandungan teater ini... sila bawa perkara ini kepada YB Azalina Othman agar dibahaskan di Parlimen

    ReplyDelete