Jumaat 28 Ogos 2009.
Aku n Nonie bergerak ke KL untuk urusan pembelian motor. Walaupun macam2 angan2 nak shopping sana sini, semuanya tak jadi sebab urusan kat JPJ Wangsa Maju abis agak lewat. Itupun nasib baik JPJ Wangsa Maju nih begitu efisien. Kalo lembab tatau la abis kul berapa.
Lepas tuh pergi pulak hantar motor ke Puchong n buat urusan pemindahan wang kat Maybank Puchong. Diorang masuk bank, aku gasak tido dalam kereta. Selesai hal kira2 pukul 3.30. Nak shopping memang dah tak sempat dah. Terus la kitaorang bergerak pulang. Kat area Ampang ada lak accident yang membuatkan jalan menghala ke Seremban jam. Nasib baik takkena kat kitorg. Kalo tak, subuh la sampai gamaknya.
Sebelum terus balik, sempat la aku singgah kat Dunkin' Donuts untuk beli donut kesukaan aku n family. Kat situ, boleh pulak terjumpa dengan satu group MyVi. Nak balik kampung kot. Aku pun sakan posing.
Akhirnya, aku sampai Temerloh ngam2 pukul 7.20. Dah masuk waktu berbuka. Terus berbuka kat restoran Serasi. Malam balik Kg.Awah mengadap ayah bonda. Hehe.
No comments:
Post a Comment