Tuesday, August 25, 2009

MyScreen | Up


Menonton filem kartun or animasi di pawagam memang jarang2 berlaku dalam hidup aku. Tapi semalam aku pg jugak menonton filem animasi terbitan Pixar ni kat wayang. Sebab? Sebab citer lain sume aku dah tgk. Sempat lagi bulan2 pose nih gi tgk wayang. Hehe.
Filem Up nih diarahkan oleh Peter Docter pengarah yang terkenal dengan Toy Story dan Monster's Inc. Suara pelakonnya pulak, sorang pun aku tak kenal. Tapi semuanya bersesuaian la dengan karekter masing2.
Filem nih mengisahkan pengembaraan seorang jurujual belon berumur 78 tahun naik rumah dia yang diikat dengan beribu-ribu belon. Mula-mula citer nih, penonton di kisahkan dulu tentang hidup masa kecik sampai la tua pakcik yang bernama Carl Fredricksen nih. Mcmana dia suka sangat dengan sorg mamat penjelajah yang apa nama ntah, yang pergi menjelajah ke Paradise Fall (tempat yang dikatakan terpencil dan terputus hbgn dengan dunia luar dan tempat tinggal haiwan2 pelik). Minat dia yang mendalam sangat dengan penjelajahan tuh menemukan dia dengan isteri dia, ellie. Diorang bercinta dari kecik sampai kahwin, sampai tua. Dan diaorang kongsi angan2 yang sama iaitu nak pergi ke Paradise Fall. Kelakar betul bila diorang kmpul duit tiap2 hari, tapi last2 kena pecah tabung byk kali sbb ada keperluan lain. Malangnya angan2 tu tak kesampaian bila Ellie mati. Dan Carl nih pulak hidup la sendirian berbekalkan kenangan isteri dia. Yang menarik kat sini, pengkisahan hidup dia nih, takde dialog pun. Babak demi babak dipaparkan. Tapi dapat menyentuh hati. Sedih sgt bila wife dia mati.
Kick citer nih mula bila Carl nih dipaksa pindah oleh pemaju bangunan sbb kawasan umah dia akan dirobohkan sbb nak wat bangunan. Hari2 kena desak sampai kejadian dia kena tahan polis n nak dihantar ke rumah orang tua, membuat kan dia nekad ikat belon beribu-ribu pada umah dia, terbang dan menuju ke Paradise Fall (hasrat hati isteri dia nak buat umah n hidup kat sana). Tapi masalahnya, bila dah terbang tuh, ada lak sorang budak yang bernama Russel ikut sekali. Budak nih ala2 pengakap la, tengah kumpul lencana. Start dari situ bermula la pengembaraan mereka. Penuh kelakar dan kelucuan. Masa tuh diorang jumpa dengan sejenis burung pelik yang si Russell namakan Kevin. Pas tuh jumpa la anjing2 pengesan yang nak tangkap burung tuh. Nak dijadikan cerita, anjing2 nih tuannya adalah si penjelajah masa kat awal cerita td.
Boleh tahan la citer nih. Kelakar pun kelakar, emosi pun emosi. Sedih gak lah. Filem nih betul2 mengajar tentang kasih sayang, persahabatan dan setia kawan. Abih citer, tringat kat kawan2 aku.


1 comment:

  1. di chennai ni tak teringin pun nak nonton wayang..

    layan dvd saja di rumah.

    ReplyDelete