Best! Satu perkataan saja yang boleh aku gambarkan seusai menonton filem Setem ini. Bergerak atas jalur aksi komedi, Setem boleh aku gambarkan sebagai sebuah filem yang lain daripada filem-filem Melayu sebelum ini. Tak dapat dinafikan ketika menontonnya, banyak kali filem Ocean's 13 lakonan George Clooney dan Brad Pitt muncul di fikiran. Bukan nak cakap ini filem ciplak cuma corak penceritaannya ada sedikit persamaan. Begitu juga dengan pemilihan muzik latar. Yang membuatkan aku kagum, ceritanya berjalan dengan sangat lancar tanpa satupun babak yang membosankan. Setiap babak saling menyokong antara satu sama lain. Dah lama aku nantikan filem Melayu seperti ini yang mahu lari daripada klise filem Melayu biasa yang lebih mementingkan unsur drama. Nampaknya penantian aku berbaloi kerana filem ini memang harus ditonton oleh penggemar dan penyokong filem Melayu.
Filem ni diarahkan oleh Kabir Bhatia yang terkenal lewat filem Cinta (2007) dan Sepi (2008) serta tidak ketinggalan siri drama seram Kekasihku Seru (2008). Cerita dan lakon layar yang diilhamkan si Kabir ni memang ada kelas. Walaupun filem Cinta dan Sepi adalah filem cinta yang syahdu, tapi menonton Setem membuat kita lupa tentang filem beliau sebelum ini. Aksi dan komedinya begitu bersahaja dan menjadi. Paling menghiburkan pastinya dialog2 lucu Afdlin dan Sathiya. Tidak bersandarkan komedi dalam dialog semata, malah elemen dark comedy diterapkan.
Pemilihan pelakon dan persembahan mereka juga baik. Setiap watak memang sesuai dengan pemerannya. Setem ditunjangi oleh pelakon yang sememangnya terkenal dan hebat di Malaysia malah memang sering muncul dalam filem-filem Kabir. Watak utama didokong oleh Rashidi Ishak (Mami Jarum, Cinta, Sepi) sebagai Sid, Afdlin Shauki (Buli, Sumolah, Sepi) sebagai Joe, Sathiya sebagai Vellu, Indi Nadarajah sebagai Mani, Vanidah Imran (The Red Kebaya, Sepi) sebagai Alliya, Que Haidar (KL Menjerit 1, Cinta, Maut) sebagai Iskandar, Bront Palare sebagai Burn, Isma Yusoof sebagai Heryanto dan Chew Kin Wah sebagai Lim Piranha.
Setem mengisahkan komplot beberapa individu yang ingin mencuri sekeping setem yang berharga USD4 juta yang akan dipamerkan di Muzium Melaka. Setiap mereka mempunyai sebab untuk memiliki setem tersebut. Apa yang membezakan adalah tujuan dan cara mereka terlibat dalam komplot tersebut. Geng Anak Yatim si Rashidi dgn Afdlin memerlukan duit untuk menyelamatkan rumah anak yatim tempat mereka membesar. Memang diorang sengaja nak curi sebab kena paksa oleh penjaga rumah anak yatim Si Aziz Satar. Geng Tosai si Sathiya dgn Indi Nadarajah pulak nak duit tu untuk bina semula rumahtangga yang hancur. Geng Piranha pulak sebab nak duit. Manakala Geng Tak Bersalah Si Vee dgn Que perlukan duit untuk pembedahan mata Que dan diaorg termasuk dalam komplot secara tak sengaja. Sub plot-sub plot dalam cerita ini digabungkan dengan kemas sekali untuk menjadi plot yang menarik. Lupakan kebetulan yang sekian banyak dan beberapa scene yang agak tak logik seperti setem terbang terus masuk dalam beg, orang buta bawak kereta, meletup tapi tak mati dan lain2, jalan ceritanya memang menghiburkan. Alah, kalo orang putih buat filem tak logik, kita telan gak. Ini kita bikin sendiri, apa salahnya.
Dialog yang paling best dalam cerita ni adalah "I know how you Malaysian like titles" yang sinis dituturkan oleh mat salleh yang tipu pasal setem tuh. Ada kebenarannya, memang orang Malaysia suka dengan gelaran. Terpanjang, terpendek, tercantik, Dato...dan pelbagai lagi gelaran.
So, kesimpulannya, citer nih memang best. Sangat berbaloi!

No comments:
Post a Comment