Hmm. Pertama kali melangkah ke bazar ramadan maran , aku terus melilau mata mencari makanan favorite aku waktu bulan puasa n bulan tak puasa. Apa lagi kalau bukan popia goreng. Bezanya, kalau bulan tak puasa aku boleh tibai je mana2 popia goreng. Tapi kalau bulan puasa aku kena makan popia goreng yang dijual oleh seorang kakak yang aku pun tatau nama dia. Walaupun tahun lepas dah beli tiap2 hari, tetap aku tak pernah tanya nama dia. Dia pun tak pernah tanya nama aku.
So, tahun ini dengan semangat yang berkobar2 aku pun melangkah ke bazar ramadan dengan satu harapan, satu tekad untuk mencari popia goreng tersebut. Kunjungan aku ke lokasinya tahun lepas hampa kerana orang lain plak yang berniaga kat port itu. Dalam hati aku mengandaikan mungkin kakak tersebut tak berniaga tahun nih sebab nak beribadat. Aku pun terus la beli popia kat kedai lain. Nampak je popia yang macam sedap, aku beli. Sampai 3 ringgit aku beli petang tuh.
Akhirnya aku putus asa dan buat keputusan untuk balik. Sebelum balik, aku round lagi sekali buat kali terakhir. Nak kompem betul2 gerai kakak tuh takde. Tiba2, aku terperasan seseorang yang aku kenal bentuk badannya sedang berjalan. Ya! Itulah kakak popia yang aku cari2 tadi. Rupanya dia pun sibuk membeli belah makanan nak berbuka barangkali. Aku ingatkan dia jalan2, tapi mata aku cepat menangkap apron yang dia pakai menandakan dia pun berniaga kat situ. Aku mengekori dia untuk mengetahui mana port baru dia. Untuk tidak disyaki orang lain dan tertuduh, aku sembunyi dan menyorok di balik orang ramai. Begitupun, usaha aku sekali lagi gagal kerana kakak tersebut berjaya meloloskan dirinya. Terpaksalah aku cuba esok plak. Tapi, macam biasalah. Cari yang lain. Orang lain aku jumpa. Aku jumpa beberapa orang cewek yang macam pernah ku lihat, tapi di mana ya? Ni gambar2 diorang.
No comments:
Post a Comment