Panggilan telefon aku kepada 2 orang cikgu aku petang tadi membuat aku rasa bangga jd seorang cikgu. Cikgu berdua nih memang sangat rapat dengan aku masa aku sekolah kat SDAR : Sekolah Dato' Abdul Razak yang tercinta. Namanya Pn. Zainah n Pn. Nirwana. 2 orang yang dah aku anggap sebagai sahabat, kakak, mak, nenek, jiran tetangga dll lagi selain Pn. Hasni & Pn. Norzila. Masa dulu diaorg ni gelar diri sendiri Black Roses atas sebab musabab yang pihak tertentu saja tahu. Nak citer betapa sayangnya aku kat mereka ni memang takleh aku gambarkan dengan kata-kata. Kat cikgu lain sayang jugak..tp diorang ni sayang lebih laa. Aku pilih kasih..? memang pun.
Kalo waktu aku tension..kat diorang nilah tempat aku mengadu n curah perasaan walaupun akhirnya aku lak yang kena menyanyi nak hiburkan diorang. Kat mana...? Bilik kaunseling..hehe. Kalo lapar diorang selalu belanje makan. Kalo sedih diorang selalu hiburkan. Kalo bosan diorang bawak gi jalan-jalan. Kalo senior kacau dia selalu backup. Kalo masalah study diorang slalu tunjuk ajar tak kenal jemu. Macam2 kenangan aku simpan dengan diorang nih. Mana pernah ada cikgu lain bawak aku g kenduri kahwin kat Melaka. mana pernah ada cikgu lain bawak aku g tengok wayang. Mana pernah ada cikgu lain bawak aku datang umah n masak n makan2. Mana pernah cikgu lain bwk aku g seremban. Mcam2 lagi la..tapi itu la yang diorang buat. Nak kata yang mana paling best...bagi aku semuanya best. Banyak sangat. Sebab itu they will always be my favorite (sori cikgu Sahak..even u tak jadi nak rotan i pun..tetap takleh lawan).
Petang td aku talipon Cikgu Zainah dgn Cikgu Nirwana. Mcm2 kitaorang borak. Dari hal kerje sampai la yang lain2. Mcm2 nasihat diorang bagi. Walaupun aku smpat cakap dgn Cikgu Zainah sekejap aje sbb dia kena jawab call penting...tp lepas tuh dia sms aku tanya ada problem ke..? sesuatu yang mungkin takde apa2 pd dia tp pada aku it was HUGE. Terharu sangat sebab she still ambik berat. Atau dia masih ingat aku ni student dia yang comel mcm dulu kot..hehe.
Pastu aku talipon pulak Pn. Nirwana. Yang ini lagilah..siap bagi aku panduan camne nak elak H1N1 lagi. Panjang ceritanya. Gelak sakan. Tak terkecuali ceramah motivasi dan juga kerjaya. Sesuatu yang sangat berguna untuk aku.
Semua nih buat aku terpikir maksud sebenar seorang cikgu@guru@pendidik. Seorang guru walau selama manapun tetap sayang kat anak murid dia. Tetap nak anak murid dia berjaya. Nasihat dan panduan tak akan berhenti keluar dari mulut seorang guru. Walaupun dah 12 tahun sejak aku menjadi bekas pelajar SDAR, namun mereka ini tak pernah berhenti menjadi cikgu aku. Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana dikurniakan the best teacher that anyone can ever imagine. Semoga mereka sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kebahagiaan yang tidak ada penghujungnya seperti mana aku merasa bahagia menjadi anak murid mereka.
To these teachers..you will always be my idols. I will try my very best to be a great teacher like all of u. Terima kasih cikgu..
betul tu same lah gan saya haaaa
ReplyDelete