Wednesday, August 12, 2009

MyWords | Ya Ampun..

Aduuuuhhhh.....gue malu sekali!

Hari nih hari rabu. Hampir semua cikgu pakai pakaian beruniform kecuali beberapa orang termasuk aku. Kaedahnya bukan aku tak nak pakai, tapi aku punya pangkat tuh dah hilang. Aku tak tau kat mana aku simpan, kat ceruk mana ntah. Puas dah aku selongkar laci, almari hatta dalam kabinet kat dapur sekali aku geledah. Tetap tak jumpa. Kalo talipon boleh la aku wat missed call. Misteri sungguh..anasir manalah yang ambik pangkat krs aku nih....

Hari ni suasana pemakaian uniform dlm kalangan students agak baik daripada minggu2 sebelum ni...maybe sebab Mr. Najib dah tegur n pengetua serta gpk koko dah campurtangan. Tambah2 lak pelajar F1 yang dapat bantuan pakaian seragam tuh dah dapat pakaian masing2..so diorang pakai la. Cuma yang musykilnye student2 lama yang dah ada uniform tapi taknak pakai uniform. Still lagi pakai t-shirt sedangkan t-shirt unit tuh adalah pakaian ketika nak wat aktiviti. Apalah budak2 nih. Kalo cakap kat depa nih bagai mencurah air ke daun keladi. Tak pernahnya masuk dalam pale otak. Kalo masuk telinga kanan kuar telinga kiri pun ok lagi..ni tak sempat masuk telinga lgsung. Aduhaii..

Haa lantak..lepas nih kalo kena tindakan apa2 jangan nak saman2 ye. Dah bgtau banyak kali..pandai2lah bawak diri.

No comments:

Post a Comment